• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts in category movie

Dexter Season 5 sudah ditayangkan!!!

Oct07
2010
1 Comment Written by Sekilas

tapi bukan tayang kan Malaysia la yer..hikhik.

First episod season 5 sudah keluar di kaca TV di luar negara tu ha..Showtime tahu? tak tahu gi laman web dia eh. hikhik.

26 Sept 2010 aritu dah keluar. rancangan ni memang hits kat US tu k…

Aku ni…kalau tak kerana Mdm June kenalkan aku kat mamat ni..aku tak kenal Dexter tu sape. haa…dia la yang telah mempengaruhi aku untuk menonton drama bersiri ni. Sape yang baru-baru baca blog aku…aku pernah buat entry pasal Dexter ni time aku keje kat Putrajaya tu. Maklumlah keje gomen ni bukan banyak sangat benda nak buat. jadi boring-boring aku layan Dexter. dari season 1 sampaila season 4. Dulu officemate dah masak sangat kalau tengok aku duk sorang tak bergerak dan bersuara kat depan PC tu. tengah layan dexter la tu.

ini antara entry aku pasal Dexter.

Nampaknya masih belum sampai

Ni semua berpunca daripada Parcel E

Cadangan : tontonilah Dexter

Nak tunggu season 5 abis entah bila..pastu nak tunggu release kat Malaysia lagi le entah bila kan. jadi aku search kat internet ada pulak orang yang upload season 5 ni kat internet. tapi baru episod 2…kira rancangan dia seminggu sekali la ditayangkan kat TV. kalau korang teringin nak tengok semua season. dari 1-4..orang leh pergi ke TV Show Online ni. takyah sesusah beli DVD dah. semua ada kat situ. tengok jerk. hehe… eh..kat Malaysia pun ada tau tayangan dia. kat TV2. tapi aku tak pernah tengok la. member aku cakap. tapi biasala..kalau kat TV yang sex ke kejam ke…dia potong. apa maknanya kn. cerita ni dah sah-sah pasal pembunuh bersiri. tak best la kalau dia potong scene-scene yang best. tapi kalau scene2 sex tu..tak yah tengok la..huhu..


Time ni pengebumian isteri dia Rita yang kena bunuh last season tu..sob’sob..time ni aku geram sangat!! sebab ape Rita mati..waaa…hihi…emosi plak.

tapi aku tengok season 5 kat web ni… http://way2shows.com/ sebab TV Show Online tu kena jawab survey la apa la. so kalau korang peminat Dexter..korang leh ler watch season 5 kat laman web atas tu. apa lagi..go go…

Season 5

Episode 1 – My Bad

Episode 2 – Hello Bandit.

kawan aku kata…sabar la jangan tengok dulu. tunggu season 5 abis kita beli DVD. hikhik..yela kalau layan DVD best sikit. satu lagi ade la jugak english subtitle. kalau aku tengok tanpa English subtitle..memang 2-3 kali aku kena replay balik nak kasi clear. al maklumlah english aku bukan bagus sangat kan.

So korang..apa tunggu lagi…layan!

sekilas : pas tengok citer kat June. mesti dia tak sabar nak tengok jugak. hahaha

Posted in drama bersiri - Tagged Dexter, season 5

Review : Filem Muzikal MAGIKA

Sep30
2010
12 Comments Written by Sekilas

bertukarr……Ting… akulah puteri gunung ledang yang digila-gilakan oleh Sultan Melaka. hahaha…..*oke dialog tu takde langsung dalam cerita ni*

Dek kerana hasutan daripada Azwan Hashim peminat no satu Dato CT tu dan ahli setia SITI ZONERS..kelas kau aku promote kau ngan siti zoners lagik. aku telah mengajak My Cinta pi tonton dan menang filem terbaru terbitan KRU Studios iaitu MAGIKA.


Pengarah Filem MAGIKA, Edry Abdul Halim

Waktu tengok trailer aku terasa nak tengok tu sebanyak 50%. bila aku tengok seorang member si Syahman duk updet facebook dengan segala macam dialog dalam Magika, keinginan melonjak 70%.  bila Azwan plak sama 2 kali 5 macam Syahman…aku terus teruja dan jadi 98% nak tengok. *eh mana pergi 2% lagik? sukati aku la nak bagi berapa peratus pun kan?*

jadi semalam tanpa dirancang terus berdesup jumpa My Cinta. wohaa…bestnye dapat jumpa dia. hahahaha…lain plak. tapi semalam dia tak berapa sihat. so tak happening sangat. nak gi makan pun tak sempat. pas tengok wayang pun terus balik je. cian dia ek..hari ni pun kurang sihat lagi. semoga cepat sembuh ye sayang.

Sape belum tengok trailer MAGIKA…meh layan dulu trailer dia.

Sinopsis :

Mengisahkan dua beradik iaitu Ayu dan Malik yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta. Malik ni cenggeng sket kalau citer pasal mak dia. sebab eh mak dia meninggal dunia kerana dermakan buah pinggang kat dia. jadi dia ni merajuk lari pi duk kat hutan time maghrib. Ayu ni pun pi la cari dia. sampailah dua beradik ni termasuk dalam dunia magika. ala-ala dunia bunian la kan..kena sorok dek bunian. sebab tu jangan kuar time-time maghrib ni pi hutan.

Dunia Magika sangatlah pelik dengan bermacam-macam orang kat situ. Ada Puteri Gunung Ledang yang gemok, Nenek Kebayan dengan jamunya yang beramuankan air mata budak, Orang Minyak, Pak Pandir, Badang..eh..ramai lagi la. Bermula nya bila Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan. JAdi Ayu nak selamatkan adik dia, dia terjumpa dengan Badang. so Badang ni la banyak tolong Ayu untuk dapatkan Malik semula. MAcam-macam orang yang Ayu jumpa dan macam-macam pengalaman yang dia dapat.

Ending dia…?? happy Ending la. Malik terselamat. apa da…

Komen best dari aku :

- Lagu-lagu yang ada dalam MAGIKA memang best dan sedap di dengar. aku palingggg suka yang M. Nasir nyanyi. walaupun 2 baris je…tapi aku suka dengar. “Nak kemana kamu bertiga, Jangan sampai bangunkan Naga”. Lirik tu memang best for me. hehe..

- Aku suka watak Bendahara Puteri Gunung Ledang yang dilakonkan oleh Sabri Yunus. Scene dia mungkin satu tu je. tapi waktu mula-mula dia muncul tu pun aku dah gelak. Pastu Bendahara kecek Kelantan okey! Dialog dia memang lucu. korang patut rasa ia lawak, sebab My Cinta gelak ye. dia tu susah sket nak gelak dalam wayang. serius je tengok…citer kartun pun serius. *sebab tu nak tengok citer kartun takleh ajak dia*

- Bawang merah dan bawang putih memang pilihan yang tepat! first2 tengok My Cinta kata “eh kembar ke dorang” bukan la..itu kan Sharifah Aleya & Sharifah Amani. dorang berdua memang nampak cute skali. hehehe…

- Logik..bicara soal logik…korang kalau tengok cerita Alice Wonderland ke? Harry Porter ke? logik ke? takkan la kan..tapi sebab dia movie, aku percaya semuanya dalam cerita tu. Maknanya apa…? maknanya jalan cerita dia di atur dengan baik. walaupun mungkin la ada satu dua babak yang korang rasa “lar..takkan macam tu pun..” contoh la. Tapi Karya Edry ini bagi aku memang bagus dan ia satu langkah abru dalam dunia perfileman kita sekarang.

- Effect? CGI? haa…kalau bab-bab ni kita dah boleh tengok hasil kerja KRU before diz ngan Cicakman. kali ni ia lebih menarik. Penggunaan warna dalam filem ni la kekadang leh buat orang konpius sket. kejap warnanya terang, kejap kekuningan. aku tak pasti sama ada ia memang nak tunjukkan beza warna tu ataupun ia terjadi kerana kesan khas/ teknik CGI yang nak digunakan untuk filem ni. Yang menarik bagi aku ialah babak Maya Karin yang diklon banyak kali kat sungai tu, Jambatan kat Tasik Chini dan first transformasi M. Nasir nak jadi Naga tu. mula-mula tu memang nampak real. tapi sayang dapat kejap je efek camtu. tetiba terus jadi Naga.

- Lawak! yes…filem ini boleh buat kroang ketawa. Watak Orang Minyak, watak Hang Tuah and the geng, Of course Bendahara, Mahsuri, dan ramai lagi la yang boleh buat korang gelak.

- Kesemua pelakon dalam filem ni semua yang bagus-bagus dan popular di dalam industri. walaupun…ye..Walaupun…hanya satu babak je dorang lakonkan. tapi dorang lakonkan dengan baik. terutama untuk Vanida Imran, Adibah Noor, Norman Hakim, Nabil dan M. Nasir. My Cinta kata “Lar sekejap je watak dorang” ye..sekejap sayang. tapi sekejap itu pun berbaloi bukan untuk movie ni. oh ye..lagi-lagi Maya Karin…nampak macam takde function jer dia dalm filem ni…tapi sebab dia lawa..aku layan kan aje. hahaha…

Komen yang tak best bagi aku :

- aku suka watak Badang. ala-ala romantik gitu. tapi sayangnya watak ini dibawa oleh Mawi. aku fikir mungkin ada lagi pelakon lain yang lebih sesuai. tapi agaknya tak ramai yang boleh menyanyi kot. lagi suara Mawi for me ..best la. *dulu kan aku minat mawi..hahaha*

- Aznil. Watak Pak Pandir shud be lawak la kan. memang lawak watak dia. tapi Aznil suka macam berlakon over acting tau. entah la..mungkin kot pengarah suh wat camtu. kalau pengarah suka nak wat camne. tapi aku tak suka. boleh? *dalam cicakman pun aku tak gemar sangat dia lakonkan profesor Klon tu*

- Kenapa mesti bapak Malik (Jalaludin Hasan ) pun menyanyi…hahaha…suara dia langsung tak best. but nice try.

- Rasanya kalau tak tunjukkan arwah mak Malik pun takpe. biar lah misteri sikit. tapi mungkin sebab nak bagi semangat kat Malik, penulis skrip kena keluarkan watak tu. oh ye, mak Malik adalah lakonan Ogy Ahmad Daud yang berlakon sebagai Puan Khatijah.

- Maya Karin memang takde function. tapi sekali lagi takpe. Dia cantik. hahahaha!

okeyla…itu ajer review dari aku. time aku tengok semalam kat eCurve…memang ramai gile orang. penuh ye panggung wayang tu. bangga kejap sebab korang semua sokong filem Melayu. Walaupun begitu daku berikan 8 /10 untuk filem ini. Kalau korang kata cerita ni tak logik….ada aku kisah! cerita kalau nak logik buat realiti TV la.

Tiada yang mustahil dalam MAGIKA kalau kita berimaginasi. pewiiitt!

credit : gambar cilok kat sini

sekilas : admire kat M. Nasir boleh? hahaha


Posted in Artis, cinta, me - Tagged MAGIKA, review, ulasan filem

Why Vampires Suck?

Aug03
2010
2 Comments Written by Sekilas

Shit! tajuk movie ni pun dah buat aku rasa macam hampeh!

Why Vampires Suck? itu satu soalan mencarut bagi aku. hahaha. tapi takpe, bagi menjawab persoalan ini, aku tidak akan menggunakan kata-kata lucah mahupun 18 SG. jadi adik-adik bawah 12 tahun pun boleh baca ya. sebab akak memang sopan orangnya. hohoho…sila muntah sekarang!

pertama, Sebab dorang bajet dorang cun dan ensem. haha..cuba tengok citer Twilight tu. gile berlagak semua vampire ni. Edward dikecualikan. wakakaka! pilih bulu ni nopa ni. ala..sebenarnya Edward pun sama. control ensem. bapak dia pun macam tu jugak. mentang-mentang la dorang ni tak tua-tua, eksen nak mampos!so karakter vampire ni macam siut jer kalau depan orang. konon tak bercampur dengan orang lain la. blah la….

Kedua, muka pucat! memang patut la orang pun tak nak  kawan ngan lu. efek make up tak nak melampau kan. bibir merah bak delima. hahaha…tak kose la hai nak tengok muka pucat terlampau ni.

ketiga, giginya taring! oh i tak brape gemar la orang ada gigi taring ni. ciri-ciri orang jahat jer rasa. hoho…vampires kan jahat kan kan kan.

keempat , vampire tak tido! woit…tak tido pi jadi jaga la. banyak bank-bank dan kedai emas sekarang memerlukan security guard yang tak tidur malam. ..kalau tak tidur malam, tidur la siang kan..ini tak tidur langsung! kalau jadi suami aku payah le camni. sebab aku tak dapat membelai rambut suami ketika dia tidur. hahaha! over plak.

kelima, kawan dengan kelawar. busuk tau kelawar tu. ape kelas kawan ngan kelawar. satu spesis ngan Batman la tu.baik lu pi kawan ngan Batman skali..

keenam, darah! haiya..orang sekarang lagi mau derma darah pada orang sakit. lu sedap-sedap hati je nak sedut darah orang. apahal? cubala biasakan diri tu makan  benda lain. tak elok tau makan darah ni. benak hati. eh..memandai je aku kan. kotor la lu makan darah!

Vampires memang Sucks…tapi Edward tak…hahahaha! aku tak suka Vampires tapi aku suka Edward jerk. boleh? aku takmo karakter vampires dalam diri edward..tapi aku nak romantika Edward tu..hakhak!

ala Nuffnang..terima jela entri aku ni sebagai pemenang!  :) malas nak kipas-kipas ni. sejuk…

Jom tengok trailer Filem Vampires Suck. Sapa yang memang benci tengok Twilight boleh tengok movie ni. tapi aku tak benci, aku nak tengok jugak. hahaha.

sekilas : Trailer filem ni buat aku pecah perut kot nak gelak!

Posted in Nuffnang - Tagged Trailer, Vampires Suck

Drama TV3 : Pengakhiran Ilusi

Jul30
2010
2 Comments Written by Sekilas

Siapa yang selalu tengok cerita Drama slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama ni dah pun menemui pengkahirannya. aku takdelah terpacak depan tv jam 6.30 petang. tapi selalunya aku cuma tengok dekat TV3 online sahaja. hoho…maklum ler, 6.30 kekadang ada akt ofis lagi, dan kadang-kadang dalam kereta lagi. mana nak dan tengok cerita tu. lainla akak aku sumijelly tu yang terkejar-kejar nak balik awal semata-mata Benci Bilang Cinta dia tu. tak kuasa aku!

Okey, semalam rasanya episod terakhirkan? aku tengok online dah episod 23. so kira last episod la tu kan.

Ulasan aku :

Mula-mula tengok cerita tu best. first episod yang aku pernah cerita dulu. Lepas tu aku tengok dan tengok nak tahu aper terjadi. cerita jadi complicated. plot dia semakin rumit nak buat penonton faham.

Watak Rizal yang sebenarnya memang berkomplot dengan ayah dia, macam innocent. Mula-mula nak kesiankan Rizal, tapi akhirnya Rizal yang jahat. Tapi dia macam tak tahu apa-apa, dengan ayah dia, dia marah sebab ayah dia bergaduh dengan Tok Man la. dengan Liza la. tapi last-last dia sendiri yang nak sakiti Liza.

Pastu tak pasal-pasal Rizal gila. dan Dr Imran tu plak naik syok dengan Liza.

senang cerita ending dia tak best, tak mengancam, tak masyukkkk hohoo…dan tak logik! sekian terima kasihan.

sekilas : apa-apa pun pelakon utama ensem dan cantik! :)

Posted in drama bersiri - Tagged drama ilusi, ilusi, ilusi tv3

Review : Ong Bak 3

Jul29
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

seperti yang aku bagitahu. aku dah tengok Ong Bak 3 bersama My Cinta. jadi marilah sama-sama kita mengetahui apakah yang terdapat dalam filem ini yang aku nanti-nantikan sejak aku melihat trailer nya di merata tempat.


Sinopsis :

Ong Bak 3 adalah kesinambungan filem terdahulunya Ong Bak dan Ong Bak 2. aku pernah review pasal Ong Bak 2. korang boleh klik kat link tersebut untuk mengetahui aku suka filem tu dan tak sabar nak tengok yang ketiga ni. waktu last scene dalam Ong Bak 2 aku ingat Tien mati. jadi filem ketiga ini banyak mengisahkan penderitaan Tien yang menjadi mangsa belasahan daripada orang-orang Tuan Rajasena. Dia kan nak balas dendam kat raja tu sebab pembunuh upahannya bunuh ahli keluarga Tien. sekarang ade pulak musuh baru Rajasena iaitu Crow Demon. Dia tu pun ada niat nak rampas kuasa Rajasena. Lepas kena belasah teruk, Tien diselamatkan dan memulihkan dirinya di perkampunga Arokaya. Kat sini Tien jumpa girlfriend dia balik. Sementara Rajasena telah dibunuh oleh Crow Demon, kuasa pemerintahan berada di bawah Crow Demon. Crow Demon telah menyebabkan kematian di perkampungan dan mereka yang hidup dijadikan hamba abdi termasuk girlfriend Tien ni. Kesudahannya..hero tetap menang!

okey aku malas nak cerita panjang pasal sinopsis dia. sebab aku sendiri tak berapa nak faham plot cerita ni yang bercampur aduk sampaikan aku tak tahu mana satu flashback atau pun kisah semasa yang sedang berlaku. siap dalam wayang tu terus aku cakap kat My Cinta, “ape ni, tak faham la”

Apa yang menarik :

- seperti biasa aksi berlawan dari Tien memang mengancam. begitu juga aksi dari Crow Demon.

- aku suke watak Crow Demon. buruk, jahat. dan buat aku menyampah dan geli. haha..

- Filem ini mempertaruhkan satu sisi pertarungan melalui gerak tari Khon yang lengkap dengan gerakan karakter jin, monyet dan protagonis.

- props dalam filem ni bagusla. kat perkampungan tu, time kena bakar semua tu. it’s real la memang ade orang bakar. pastu yang gajah batu tu tiba-tiba macam jadi hidup tu. okela..aku nampak smart jugak la.


Apa yang tak menarik :

- Plot cerita tah apa-apa tah. buat aku tak faham. orang lain aku tak tahu la faham ke tak? tapi kejap flashback, kejap macam ada bayangan. entah la..pening aku! kalau korang faham bagusla. aku tak.

- tak konsisten. waktu Tien nak pulihkan diri, berlatih sorang-sorang kejap ade jambang, kejap takde jambang. kalau ye pun nak buat konon-konon dia dah bercukur. tunjuk la sket dia berehat ke ape ke. ini asik berlatih jer, mestila kita ingat dia berlatih tanpa henti. so, takde kesinambungan.

- banyak yang tak logik. Tien dah kena belasah teruk-teruk, dah lunyai la kata orang. kene hentak kat dada, muka, sampai kepala lutut pun kena hentam dengan tukul. kalau betul-betul dah pecah tau kepala lutut tu, dah takleh bangun. tangan kena ketuk lagi, bukan perlahan kuat. itu mahu retak atau patah terus. tapi Dia masih hidup dengna jayanya walaupun keadaan dia lemah giler. tak mampos-mampos jugak.

- time yang sepatutnya Tien kena pancung, tetiba ada perutusan cakap Tien tu milik raja dia. tah ape-ape tah. itu adalah salah satu jalan camne penulis skrip ni nak lepaskan Tien dari mati. tapi memang tak logik. tiba-tiba jerk datang perutusan tu.

- di penghujung babak, ada plak vision dari Tien konon-konon girlfriend dia mati dan dia berlawan sampai kan dia kena bunuh sendiri dengan Crow Demon. aku suka scene ni. tapi itu cuma bayangan dia! kenapa dia tak buat realitinya Tien mesti mati…aku suka je bila crow Demon senang-senang bunuh dia. simple! tapi sayang itu cuma bayangan.

- Gajah-gajah yang dikeluarkan tak membantu langsung, melainkan babak akhir Crow Demon tu mati kena gading gajah tu. macam siut jerk..

- pelakon-pelakon extra yakni, orang-orang jahat yang serang Tien, kena hempuk sekali dua dah tak larat atau mampus terus. tapi Tien yang awal babak tu kene belasah kaw-kaw macam belacan boleh hidup lagi. tak logik!

banyak pulak yang aku tak suka dalam filem ni. senang cerita, pada aku filem ni tak best! aku bagi 2/5. dua tu pun sebab ada aksi sikit jerk. My Cinta pun kata citer ni tak best! hoho…

sekilas : expectation daku jauh sekali terhadap filem ni.

Tagged Ong Bak 2, Ong Bak 3, sinopsis Ong Bak 3, Tony Jaa

Movie : SALT~~ best wooo!!

Jul27
2010
11 Comments Written by Sekilas

hahaha….mendung berarak mengiringi kabus di waktu pagi dan akhirnya hujannnnnnnnnnnnnnn….yeah! boleh tidur… hohoho…tido la sangat nopa oii. kat tempat kerja kot.

okey2…ape ni cerita pasal SALT ni. bukan ke kuar panggung 29 Julai 2010. haa..tu maknanya ape. aku dapat invitation dari Nuffnang tengok premier la apa lagi. thanks to Nuffnang kerana sudi bagi tiket free dan dapat tengok awal dari orang lain. so jangan jeles eh. walaupun entri aku tak terpilih, tapi ada sorang awek yang terpilih. aku tak tahu apa nama blog dia, tapi namanya Nadrah. betul tak? aku sempat tengok email dia jela. itu pun staff Nuffnang bagitahu. hoho…

aku datang kemain awal, tapi akhirnya beratur dah panjang dah. maunya tidak, sebab pikir terlalu awal dalam 630 kitorang sampai. takdelah jauh sangat dari bukit jalil nak ke Mid Valley tu. ingat kena tempuh jem lagi. tapi rupanya sekejap je dah sampai. haha..aku pergi dengan bestie, Mdm June. husband dia hantar kat ofis aku, then kitorang gerak ke Mid Valley menaiki kancil turbo ku. wakakaka..

konon bajet datang awal, kitorang pergi makan la dulu.. makan dan makan..nak tahu ape kitorang makan.

*aku tak ingat apa nama kedai ni. tapi kat midvalley la*

Lepas makan barula dapat tengok movie SALT. dapat seat K9 & K10. nampak macam jauh, tapi okeyla sebab panggung dia besar kan. so takdela rasa dekat sangat dengan screen. huhuhu…

mari kita mulakan cerita ini dengan sinopsis ringkas ciptaan aku.

Sinopsis :

Evelyn Salt adalah seorang wanita cantik! pewiitt! jadi dia dah kawen dengan orang Jerman, namanya Mike, seorang peminat labah-labah.. Salt ni pernah dituduh sebagai perisik kat Korea dulu. Jadi cerita ini dimulakan dia ingin menyambut ulangtahun perkahwinan dia. Salt seorang agen CIA. tiba-tiba ade orang datang konon nak bagi info kat CIA ni.  Salt kira nak soal siasat la. tapi tak pasal-pasal Salt ni pula dituduh sebagai perisik Rusia yang nak bunuh presiden Rusia. Jadi Salt melarikan diri dalam usaha membersihkan namanya sebagai tertuduh. disamping itu juga dia begitu risaukan suami dia yang tercinta. sayang tau dia kat suami. Jadi agent Peabody ngan Winter ni (rakan setugas dia) dok buru Salt ni la. sebab bila Salt lari, lagila dorang syak kan…tapi sebagai penonton kita mesti nak backing Salt ni sebab dia cun. hahaha…

Oke…lebih kurang gitu la sinopsis dia. haha…sekian terima kasih!

sebenarnya aku tak mahu cerita panjang movie ni pasal ape. nanti tak surprise. sebab aku pun surprise dengan plot cerita ni. hoho…mari kita cerita apa yang menarik dan tidak menarik dalam movie ini.

sumber : sini

menarik :

- lakonan Angelina sebagai Evelyn Salt memang best. aku rasa nak curi je bibir dia yang menggoda tu. opss! im not lesbo okey. saya ada My Cinta! yehaa…
- Semangat sayangkan suami itu begitu menebal di dalam diri Salt. kerana hobi Mike adalah mengkaji tentang labah-labah. jadi, korang akan nampak Salt selamatkan labah-labah milik Mike untuk dibawa lari bersama.
- Aksi lompat melompat dia memang bahaya. dari atas jambatan pi terjun atas lori kontena, terjun atas lori tangki, pastu rembat motor orang. pergh! slumber jerk.
- pengarah berjaya twistkan cerita ni dengan cemerlang sekali sehinggakan aku memang tertipu.
- Salt jadi lelaki memang menjadi. hoho…
- tiada adegan seks. bagus ape. barula fokus tengok action movie.

sumber : sini

Tidak menarik :
- ada beberapa babak yang nampak sangat camera trick.
- aksi Angelina Jolie tak berapa ‘kick’
- Salt tu dah sepatutnya injured dah. patah kaki ke..patah tangan ker. dah berapa kali dah dia duk jatuh-terjun-jatuh terjun. sihat walafiat je. paling tidak pun, muka jela cedera. apa barang! hoho..tak logik.
- Mike mati. kesian kat Salt. *emosi*
- ending dah best, tapi tergantung…maknanya akan ada Salt 2…waaaa…kenapakah? presiden Amerika kan ade jadi saksi, dia leh bagitahu sape sebenarnya yang jahat! ..takpe tunggu jela salt 2. hoho..

baik itu saje review tak best dari aku. dan ia bukan lah review ilmiah yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar filem. aku pun dah lupa camne nak wat review ilmiah. hoho…

sekian terima kasihan.

sekilas : tapi aku tetap kata cerita ni best!

Posted in friends, Nuffnang - Tagged makan, Mid Valley, salt, sinopsis salt

Bahasa Melayu vs Bahasa Inggeris

Jul15
2010
2 Comments Written by Sekilas

Rasanya isu ni sampai bila-bila pun takkan ada kesudahannya. Lihat sahaja percakapan kita seharian. tak sah kalau tak terselit sepatah dua bahasa inggeris. ada pro dan kontra nya menggunakan kedua-dua bahasa ini dalam perbualan harian kita. yang tak bestnya adalah apabila kita menggunakan bahasa rojak. ‘Broken English’ takpe lagi. sekurang-kurangnya ada di antara kita memperlajari bahasa Inggeris.

Bahasa rojak ialah mencampurkan bahasa inggeris dan bahasa Melayu dalam perbualan. Kalau korang dapat perhatikan, perkara ni banyak kita dengar kat dalam drama dan filem-filem tempatan. Nama pun filem Melayu, kenapa mesti ada bahasa rojak ni. kalau betul menggunakan bahasa Inggeris, gunakan secara penuh. contoh : I hope you can understand what i’m saying just now . bukan jadinya.. “i hope you faham apa yang i cakap just now”

Contoh jela..tatabahasa aku pun bukan betul sangat. hoho…baiklah. sudahlah kita menggunakan bahasa rojak dalam perbualan. aku pun kadang-kadang guna jugak. tapi takdelah selalu kan. sedangkan bahasa Melayu ni pun aku duk cakap tak penuh. betul tak? tengok jela penulisan aku yang lepas-lepas. banyak je terma-terma yang dipendekkan. sebenarnya ia lebih memudahkan korang faham. bahasa santai iaitu bahasa pasar. hahaha…

tapi kita bicara tentang filem dan drama. salah ke jika kita menjadikan filem Melayu itu betul-betul Melayu..jika ada babak-babak yang perlu menggunakan bahasa Inggeris, gunakan jelah. tapi guna dalam ayat yang penuh. takmo la sekerat sekerat jadinya bila dengar, banyak pula i , you..i, you dalam filem tersebut. susah ke nak bahasakan diri ‘saya’ sekarang ni?

Kalau kita lihat filem-filem luar negara..jika bahasa Inggeris..sepenuhnya bahasa Inggeris. jika bahasa Cina pun sama. kita boleh nilai sendiri bukan. takde nya dorang nak guna bahasa lain sekerat-sekerat macam yang ada dalam filem-filem kita sekarang ni.

Mungkin hakikat kepada kata-kata “Filem kita wajah kita” menjadikan penerbit dan pengarah betul-betul menggambarkan situasi bahasa rojak di Malaysia ni. Janganlah begitu. bukanlah nak kata filem yang tidak menggunakan bahasa rojak itu filem yang bagus. filem-filem P.Ramlee pun kalau kita perasan ada jugak gunakan bahasa rojak. bohonglah takde kan.

tapi, bilanya nak datang filem yang betul-betul filem Melayu. menggunakan kata ganti yang betul dalam bahasa Melayu. aku sekadar berkongsi pendapat je. bukan pakar dalam mengkritik. takde pun aku masukkan apa-apa rujukan untuk korang sokong apa yang aku cakap. mungkin korang ada pendapat tersendiri. kadang-kadang ada ketika aku terfikir jugak. sudahlah bahasa Melayu kita semakin teruk penggunaannya…sesekali diabadikan sepenuhnya di dalam filem atau drama pun bagus jugak kan.

sekilas : sekadar pendapat. jangan menghentam aku ye.

Posted in Isu Semasa, masyarakat, me - Tagged bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa rojak

Semalam…

Jul08
2010
9 Comments Written by Sekilas

saya tension.

saya termenung.

saya bawa kereta tapi rasa pening.

saya dah tengok Twilight Saga : Eclipse

saya jumpa kawan baik saya.

saya pinjam bahu dia.

saya dapat selendang baru.

saya pakai baju baru yang saya beli dengan si dia.

saya bercakap, kawan baik saya mendengar.

saya diam, kawan baik saya bercakap.

ada ketika, kami tak bercakap apa-apa, just to enjoy the silence.

sekilas : saya seperti biasa

Posted in friends, me

Permulaan hari yang tidak baik

Jul07
2010
8 Comments Written by Sekilas

Boleh? jalan yang selalu dilalui, tetiba ada bonggol baru pulak. tengah syok-syok bawa kete dengan menekan pedal minyak agak kuat. terpaksa brek mengejut pulak. bonggol tu plak tak diwarnakan lagi. terkejut beruk nyah…huhu.

Lepas tu, dengan semangat waja datang ofis. lupa plak kunci ofis bagi kat en. Az. wawawa…semalam dia kata nak duplicate kunci tu sebab kunci dia tah ke mana melarikan diri. aku pun lupa minta balik kat dia. so tercongok ler aku duk dalam kete tunggu en. Az datang membawa harapan. cewah! dia sampai jer, bagi kunci then aku naik ofis.

Paling tidak baik hari ini ialah aku tak kompom lagi dapat pergi tengok Twilight Eclipse dengan My Cinta. lantaran si dia merajuk sebab aku tak bagitahu dia aku keluar semalam dengan june tengok Frozen. mulalah perang dingin dilancarkan. aiyaa…wa bukan pigi culang ma dengan olang lain.

tengokkan aje macam mana malam nanti. jadi semoga mood orang lain okay agar mereka dapat menceriakan hari-hari ku seperti selalu..aku tidak mahu jatuh hanya kerana benda yang remeh temeh. penat! betul tak? jatuh bangun selalu bukan bagus sangat tapi sekurang-kurangnya aku tahu apa nak buat.aku sentiasa bersedia. aku bukan aku yang dulu..mengerti?

sekilas : tidak perlu lagi memikirkan yang lain.

Posted in cinta, me - Tagged moody, My Cinta

Saya sayang si dia

Jul06
2010
4 Comments Written by Sekilas

oh bajet entry jiwang la kan. jangan harap! hehe…

saje nak story mory aktiviti hari Ahad yang lepas. Aku telah memaksa My Cinta untuk datang amek di rumah dan pergi bercinta di hujung minggu. Mula-mula aku pergi kedai nak buat spec dulu. di dalam poketku cuma ade 300 sebagai bajet ku membeli spec baru. seperti yang kalian sedia maklum, cermin mata kesayanganku ini sudah 3 tahun tidak berganti. malah sudah calar berbalar lantaran aku sangat tidak berhati-hati. dapat pulak anak-anak buah yang ganas. (ceh salahkan budak pulak). korang mungkin leh baca entry aku pasal keinginan aku untuk membeli spec baru.

Al kisahnye..gaji sudah masuk, aku bersama My Cinta poie la Focus Point. Tempat aku selalu buat spec tu tutup plak. jadi alang-alang dah keluar…pi jela kan mana kedai yang ada. Mula-mula tengok frame dulu la kan. cari punya cari ade la yang dah berkenan. siap ade 30% lagi diskaun. suke la konon kan. bila dah check mata aku ni, orang tu kata rabun jauh sudah ade turun sket. tapi rabun silau ku sudah bertambah. hurm…jadi dia suggest aku ambil transition punye lense. ayark! bajet sudah larik. tapi kalau biasa punye lense pun bajet ku lari jugak.

Tapi orang tu ayat aku bagus la. My Cinta pun rasanya suke lense transition tu, walaupun rega dia mahal. for me mahal la weyh..total semua untuk rega spec baru aku 620. WHATTT!!! separuh gaji aku habis kat situ jerk. tolak-tolak tolak…pergh! berapa je yang tinggal di poket. bukan dalam bank lagi dah. kompom2 aku dah kuarkan abis duit dari bank! aiseyman..tak dapat lagi nak menyimpan.

tapi memang aku dah lama nak beli, tapi tak pernah menyimpan kan.camne nak beli. keje pun baru 3 bulan.  Jadi aku pasrah je…dengan kehilangan duit itu. huhuhu…hari Khamis siap. baru bayar semua sampai abis.

hai hai hai…awatla aku rabun..pas aku gi buat spec tu, kami bergerak ke The Mines. sebab situ macam dekat je kan. nanti My Cinta nak anta aku balik pun dekat kan. Mula-mula kitorang nampak parking kat luar banyak kosong. sebab tengok macam banyak kereta je nak masuk dalam. hari minggu kan. kitorang bajet mesti penuh parking kat dalam. So parking la luar. dengan slumber badak je kitorang kuar berjalan. tetiba nampak ader sorang lelaki India nak minta duit parking. brape? tanye kitorang ni. bukan kitorang jer. ader beberapa orang lagi yang dah parking kena tahan dek India tu. RM10..mak aih..mahalnye!! jangankan aku semua cakap mahal. kitorang cakap parking dalam rm2 jerk. dia kata ini memang mines punye tiket. siap tunjuk resit la.

last-last kitorang blah. semua pun blah la..tak sanggup nak bayar rm10. mahal giler. kitorang masuk cari parking kat dalam. bayar rm2 ..masuk dalam ….haaaa…hamek kau! bersepah parking kosong. hahaha…semua orang kat luar tu tertipu. dorang termasuk kami ni ingat dalam dah penuh. yela nampak banyak sangat kerete bergerak ke dalam. pastu slow. ingat penuh la. naseb baik kitorang tak giler pi bayar rm2 kat orang tu.

kitorang jenjalan kat dalam. pastu pi karaoke sejam…pastu, lapar makan. hurm..ape menu kami hari itu. kami makan di Nando’s. segalanya ayam.

atas ni menu makan saya!!

bawah pula menu makan si dia.

hurm..ade satu lagi menu. yang starter ape kejadahnye nama dia. huhu..tapi yang bestnya kami dapat juga menghabiskan kesemua makanan tersebut. tapi makan lambat2 la. sambil-sambil bagi makan kat ikan dalam tasik mines tuh. sebab seat kitorang kat tepi skali. so leh tengok ikan2 besar yang pelahap nak mentedarah. bagi jela apepun..smua ikan tu makan. bagi roti, makan. bagi ayam, makan. bagi kentang goreng pun makan okey. ikan-ikan sekarang dah tak kire ape dah. aku pikir, kalau bagi kaki pun dia makan la. huhuhu…

Pas makan-makan, memula ingat takmo tengok wayang. aku sebenarnya nak tengok cerita FROZEN. macam baru keluar je kan. tapi My Cinta takmo. jadi kami tengok A-Team. kebetulan memang tak pernah tengok lagi. tapi movie tu memang best la. dia suka. aku pun suka. lawak pastu ade action untuk melaksanakan misi. aku suka watak Murdock. hehe..lawak seyh.

pas tengok wayang…hurm..tak tau nak watpe..memula ingat nak gi masuk mines wonderland tu. tapi sekarang dah jadi animal land. macam mini zoo. lar..dah tekde dah ker mines wonderland cam dulu. waktu aku pergi last sekali ngan Linda. dapat masuk tempat ais tu. skrang sudah tiada…jadi, kitorang pun blah dari the mines.

dah masuk pandan indah, aku cakap ngan dia. kalau gi tesco pun bagus gak. dapat beli barang sket. dengan kuasa ultraman, dia pun pusing stereng kete pegi tesco Ampang. hehehe..baguih no! cakap je terus sampai. hahaha…dalam tesco beli la barang sket. ala memang sikit pun. beli air, telur, pencuci lantai dan biskut untuk ayah. beli extra biskut bawa pi ofis nanti. =)

lepas tu balik..sampai depan rumah tengok takde kete. aik mak ngan ayah tak balik lagi. duk jap dalam kete tetiba nampak kete kancil ku..mereka dah balik..so, pastu My Cinta pun balik. penuh betul jadual ku di hari Minggu. hehehe..

so..mari kita buat kerja setelah penat bercerita. sekian terima kasih.

sekilas : jadi, siapa kata saya tak sayang dia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in cinta, me - Tagged bercinta, dating, My Cinta, spec mata
« Older Entries Newer Entries »

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 4 Bulan Sebelum
  • Hari Kejadian

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress