• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category movie

Wasiat : Drama terbaru di Astro Prima

Jul17
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Bagi peminat drama melayu tanah air…perghh, meh teman nak kabo kan kat kome semua. Astro Prima di saluran 105 bakal menayangkan satu drama terbaru yang diberi nama WASIAT. Drama WASIAT ini dibarisi pelakon yang hebat-hebat bagi aku seperti Farid Kamil, Beto Khusyairy, Sara Ali, Yasmin Hani dan ramai lagi.


FARID KAMIL


SARA ALI


YASMIN HANI


BETO

Korang mesti tertanya-tanya-tanya apa sinopsis cerita ni. Okay drama ini mengisahkan tentang……eh suspen tak? ekekeke…korang baca jela sinopsis kat bawah ni. ekekeke…

Sinopsis Drama WASIAT
Kisah ini bermula apabila seorang hartawan Agus Raizal meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas, apa yang disangka khalayak ramai, perkahwinan kedua beliau. Shark fikir Agus akan meninggalkan semua harta Agus kepadanya, kerana dia satu-satu anak Agus. Marina merasakan apabila dia berkahwin dengan lelaki tua itu, dia akan memiliki semua kekayaaan yang dicari-carinya selama ini

Tidak terlintas di fikiran mereka yang Agus mempunyai perancangan yang hebat untuk mereka. Walaupun dia telah meninggal dunia, dia masih mampu memperdayakan mereka. Dalam wasiatnya, mereka perlu tinggal sebumbung dan bekerjasma bagi memajukan salah satu daripada perniagaannya sebelum segala hartanya dibahagikan.

Perkara ini menyusahkan Shark dan Marina yang menginginkan harta tersebut untuk diri mereka sendiri. Sementara mereka bertungkus-lumus menjatuhkan sesame sendiri, Sofiyan anak Cik Ros dibiarkan bersendirian meratapi kematian Agus. Sofiyan mempunyai karisma anak lelaki yang Agus impikan. Agus sentiasa melayan Sofiyan seperti anaknya sendiri, dimana Shark merasa jauh hati atas tindakan bapanya. Shark inginkan kasih sayang daripada Agus tetapi dia tidak faham kenapa dia diketepikan.

Kebencian Shark terhadap Sofiyan menjadi lebih teruk apabila teman wanita Shark, Hanna mula mencintai Sofiyan. Sofiyan dan Shark akan bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan Hanna dan harta. Bagi Shark, ia tentang kuasa dan wang manakala bagi Sofiyan, ianya kerana kasih sayang dan tanah yang mereka duduki sebagai satu keluarga. Sayangnya, perkara sebenar tentang diri mereka tidak mereka ketahui.

Ha…amacam..ada tertarik menarik tak??….kalau nak tahu apa kesudahan drama ni..bagaimana ia bermula..jangna lupa untuk tonton drama WASIAT di ASTRO Prima saluran 105 bermula 27 Julai 2011 ini. Senang Cerita SETIAP HARI RABU.

sekilas : aku pun excited nak tunggu drama ni. menarik!

Posted in Artis, drama bersiri - Tagged astro prima, Wasiat

Encik Tunang, saya mahu tengok filem ini bersama anda

May10
2011
3 Comments Written by Sekilas

Nanti saya teman anda tengok filem Fast 5, lepas tu anda kena teman saya tengok filem ini. leh nangis2…hehehe

sekilas : korang agak-agak dia nak tengok tak ngan aku? hehehe

Posted in cinta - Tagged nur kasih the movie

Drama Juvana : Episod 1

Apr26
2011
2 Comments Written by Sekilas

Semalam sebuah drama baru menggantikan drama Gemilang sebelum ini muncul di TV3. Drama bertajuk Juvana telah bermula episod satu semalam. Aku tak tahu menahu pun pasal drama ni. malah jarang tengok tv pada waktu jam 9 malam. Memandangkan waktu aku balik kerja semalam terdengar sedutan pagi HotFM pasal drama ni. dan kat karpet twitter aku pun ramai duk tonton drama ni. aku pun layan lah. sebab apisod pertama. Biasa kalau dah tengok episod pertama mesti berjangkit kedua..ketiga…dan ke seterusnya.

Pada yang masih belum ketahui drama ini, ia mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun.

Dalam drama ini Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak warden yang jahat, Raja tidak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat. Macam menarik bukan drama Juvana ini, tambahan pula ada Bront dan Beto Khusairay.

Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila). Cikgu Zakiah ini menjadi baik dalam drama Juvana ini. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu. copy paste dari sini

Okay itu sinopsis penuh la konon. Untuk episod pertama semalam, Takde lagi watak Cikgu Zakiah. Episod pertama merupakan pengenalan kepada watak-watak bila Daim mula memasuki Wira Bakti. Warden dan pesalah-pesalah juvana. Time episod ni Raja tak nampak lagi jahatnya. Macam biasa-biasa je. Tapi, aku jadi boring sebab banyak babak asyik-asyik gaduh jek. Yela, pesalah Juvana. Sesekali kehidupan dorang dalam Wira Bakti tu macam duduk asrama penuh je. Budak baru masuk kena buli. baush kasut la..basuh baju la. (tapi aku tak pernah pun duduk asrama, cliche pada cerita2 yang aku selalu tengok la) Pastu baru aku teringat, pesalah Juvana. kira bawah umur lagi.

aku harap episod seterusnya menarik la. sebab ternyata aku tak berapa nak minat bila tengok episod pertama ni. Boleh agak jalan cerita dia! kang kalau tersalah sikit, mula la nak gaduh. Tapi dah memang cerita pasal pesalah juvana. itu la kisahnya ye tak? aku expect, Si Daim tu akan jadi Taiko kat situ. Aku ingat watak dia macam memula nampak lembik. tapi sebenarnya dia hebat! sebab bila tengok dia macam marah je kawan dia kena pukul. rupanya dia takleh buat apa. takut jugak! So…ia takde ‘sesuatu’ lagi yang menarik minat aku.

Terpulang pada korang yang tengok…aku just bagi pendapat aku jer. Aku harap episod seterusnya akan menjadikan aku ternanti-nanti drama ni kat depan tv.

Episod dua aku dah leh agak dah apa jadi..mesti si jambu tu mati. hohoho!

p/s: kemain senang si kicap tu buka mangga guna screw driver. huhuhu…btw, aku suka watak Apek.

sekilas : minggu yang tough untuk aku, perah otak cari idea. Semoga dipermudahkan.

Posted in drama bersiri - Tagged drama tv3, juvana

Filem : Penunggu Istana | Pandangan aku

Apr25
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Hai semua! Monday bluessss…Happy Isnin. takpe nanti cuti panjang 3 hari gitu sebab hari pekerja jatuh hari ahad. so isnin (2 Mei) cuti.  *aku cuba untuk tidak meletak noktah panjang-panjang cam ni……..aku harap dalam entry ni aku tak akan buat. hehe*

Last Saturday, i and My Cinta went to cineleisure to watch horror movie from local film. Kalau aku ajak dia nengok horror movie mat saleh, kompom dia takmo tengok! one of his fevret movie iala horror movie Melayu dan action movie (yang ni tak kira ler melayu ke filem luar ke, dia suka) Aku ada ajak dia nak tengok Nur Kasih The Movie. Dia kata, cite gangster la baru betul…ini Nur Kasih..ekekeke. Layan jela B oii.

Sinopsis aku :

Penunggu Istana mengisahkan sekumpulan penyelidik paranormal yakni ada beberapa orang student dan juga kumpulan seekers yang membantu student2 ni untuk menjejaki makhluk halus di sebuat istana Billah. Dedulu istana ni ada kesahnya yang mana krew produksi untuk drama ‘Warkah Terakhir’ mengalami pengalaman dasyhat dan ngeri di situ. so sebab tu student2 ni nak buat kajian wujud atau tak makhluk halus ni kat situ. Kalau ada diorang dapat markah tinggi la bila dah hantar saimen tu.

Jadi sepanjang beberapa hari mereka di situ, berlaku pelbagai perkara misteri yang tidak terjawab sehingga akhir cerita. tengok ler sendiri ok.

Pandangan aku :

Aku ni dah lama tak praktikkan kritikan filem dalam review aku. Jadi bila tak praktikkan aku pun dah lupa perkara-perkara utama yang perlu dibincangkan dalam review filem. So sorry ler kalau aku hanya bagi pandangan peribadi yang takde kaitan dengan ilmu filem.

Filem ni mengingatkan aku pada filem paranormal lain version oversea iaitu “Paranormal Activity” dan “Blair Witch Project”. Kalau korang pernah tengok kedua-dua filem ni korang faham maksud aku. Penggunaan kamera hand held dan static camera from tripod. Totally dari kamera yang digunakan untuk mengambil video kehadiran makhluk halus.

Actually, aku tak expect pun filem ni macam tu. aku tak pernah tengok trailer. aku just dengar dari radio jer. that’s mean aku tak tengok video just hear the dialog from radio. That’s one of the reason aku berminat nak tengok dan ajak la my cinta.

Bila aku tengok penggunaan kamera macam tu, aku macam tengok my cinta kat sebelah, sebab dia tak suka tengok cerita kamera gerak-gerak banyak . Sebab dah pernah kena time tengok Cloverfield, dia siap pening kepala sebab kamera banyak shack pusing sana sini. Bagi aku takde masalah. sebab filem macam ni nampak real. Dan aku memang suke filem jenis dokumentari.

Cerita ni kosong sebenarnya. Tapi nama pun dokumentari kan. korang hanya melihat footage rakaman daripada 5 orang pelajar yang nak kaji pasal entiti ni. Kalau ikutkan pengajaran filem ni, jangan cakap besar, jangan menipu, jangan memandai buat benda yang bukan2 tanpa pengetahuan orang yang lebih berpengalaman dan pandai-pandai la korang cari lagi.

Korang akan nampak filem ni macam uncle seekers pernah bawa korang tengok hantu kat rancangan TV tu. lagi plak nengok uncle lagi aku rasa macam tengah tengok tv. hahaha. Mula-mula cerita, macam slow je, sebab dorang macam catat every single things dan rekod apa yang berlaku. yela untuk evidence yang dorang dapat capture kewujudan makhluk ghaib ni. Ada elemen yang lawak, yang serius, yang korang rasa mendebarkan dalam filem ini. Dan ada saat yang korang rasa, eh boleh rewind balik tak scene tadi. atau, boleh fowardkan tak sampai dia jumpa hantu. Sebab perasaan time tu macam ko tengah tengok kawan ko ambil gambar video dan ko balik rumah tengok kat laptop ko. Tapi bagi aku ia agak seram*bluekk aku kan memang penakut* Seram di sini, korang bukan nampak hantu tu!sebab dalam ni takde nampak hantu derr. cuma macam nampak entiti jela.hihi. gedik! jangan risau, takdenye korang nak jerit dalam panggung!

Watak

Watak utama adalah 5 orang pelajar yang buat kajian ni. Uncle seekers and team dia tu macam membantu dorang di awal cerita agar kita tahu flow dorang macam mana nak dapat tangkap hantu. after that dorang yang terus bawa cerita ni sampai abis.

Mus - watak yang kadangkala menghiburkan dengan aksinya dan menjengkelkan dan korang akan rasa nak maki je dia. kekadang dia ni macam ada bayang-bayang Adlin Aman Ramli / Que haidar plak rasa.

Amar – Watak ni macam watak sokongan kepada Mus . sebab deme je 2 orang lelaki. Dan dia dirasuk dalam filem ni. tapi bukan rasuk histeria tu. korang kena tengok apa dia buat!

Sara - She’s Funny! and cutE! Aku paling suke watak dia ni! hehe tak tahu apsal(kalau tak silap aku la..ini untuk watak pompuan yang rambut pendek tu) Karakter dia sangat menjadi (eh bukan filem ni kisah benar ke?memang la menjadi.huhu)

Yaya - Watak sokongan yang membantu tapi last2 dia tarik diri. tanpa sebab yang diketahui oleh kawan-kawan dia.

Sorang lagi aku lupa nama dia. Fira tak silap aku. tapi watak dia seorang gadis bertudung yang memang bagus! hehe. Aku pun suka dia!! arggh..semua nak suka. Watak dia mengingatkan aku pasal dalam sekumpulan kengkawan, mesti akan ada seorang yang memang baik. dia la orangnya! =)

Semua karakter ni real! sangat real. (katanya kisah benarkan- so lakonan dorang memang santai. dialog bukan macam filem Azura)  aku dapat tahu juga filem ni takde pengarah takde skrip. idok le teman tahu kebenarannya.

Perasaan ingin tahu sepanjang korang menonton filem ini sangat besar wujud dalam diri korang. Sebab ia bergantung kepada kamera-kamera yang ada dalam istana tersebut. Ke mana? di mana? bila? semuanya bergantung pada kamera itu. Dan banyak yang misteri bila ia tidak berlaku di depan kamera itu. Ia sangat mencemaskan ok. Aku feel macam aku ada di tempat dorang! huahua.

Para pelakon filem ni pun tak didedahkan sebab mungkin mahu penonton menilai kebenaran filem ni. sebab tu kalau tengok takde promosi besar-besaran. Bagi aku ini adalah salah satu strategi penerbit untuk menarik minat penonton. Aku sampai sekarang duk tertanya-tanya kot, betul ke filem ni?? hahaha…tapi aku dah ada jawapannya. apa kata korang ke panggung dan tengok sendiri filem ini.

Menurut kenyataan Penerbit Eksekutif, Primeworks Studios, “Tiada sebarang tokok tambah dan hanya rakaman sebenar saja disiarkan dalam cerita ini” Apa kata korang tengok sendiri dan nilai!

Aku bagi 4/5 pada filem ini. Well, jangan samakan ia dengan filem seram yang lain sebab ini adalah filem berbentuk dokumentari dan aku gelarkan ia Blair Witch Project versi Malaysia! heh. Yok sokong filem Malaysia dan cemaskan diri anda di panggung! meh tengok trailer.

sekilas : lepas ko tengok filem ni, ko mesti jadi macam aku nak tahu pasal semua pelakon ni. kat blog uncle seekers ramai tanya apa nasib pelajar-pelajar ni. aku takde la sampai nak tanya uncle seekers! aku cari sendiri jawapannya! yihaaa… (tapi my cinta tak sibuk2 pun nak tahu pasal ni. hikhik)

Tagged blair witch project, kisah seram, Paranormal Activity, penunggu istana

Astro First Memantapkan Lagi Industri Cetak Rompak

Mar25
2011
3 Comments Written by Sekilas

Setuju tak? Tak setuju ada aku kesah.

Apa yang pasti sejak kehadiran Astro First, semakin ‘cantik’ hasil video cetak rompak yang dijual oleh ‘abang-abang’ kita kat luar tu. dan video yang ‘cantik’ tu pulak filem Melayu. Dekat Youtube toksah citer la. punya bersepah. Bukan sorang dua upload. ramai Je yang sukarela duk menghadiahkan kat pengguna internet dengan filem-filem percuma.

Nah, Kenyataan Erma Fatima satu masa dulu menjadi kenyataan. astro First bukan membantu industri filem negara, malah cuba membankrup kan penerbit filem. Apa kejadahnya kau buat filem ribu riban, tapi hasilnya hampeh kalau dah penonton hanya menonton filem di Youtube atau beli DVD cetak rompak.

Mari tonton filem-filem berikut di Youtube :

Aku Masih Dara

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Kembar Siang

Haq

sekilas : Itu sahaja luahan daku hari ini. sekian terima kasih!

Posted in Isu Semasa - Tagged astro first, cetak rompak, youtube

Filem : Hantu Kak Limah Balik Rumah

Dec24
2010
15 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum. Dan selamat hari Jumaat. Cam biasa, buat kaum Adam sekalian. jangan lupa solat Jumaat!

Dah lama sebenarnya aku tengok citer Kak Limah ni. Last week tak silap aku. Dengan 2 orang anak buah aku. Abang aku la beriye konon nak suh bawa anak-anak dia tengok wayang. masalahnya, aku pun tak tahu anak buah aku tu paham ke tidak cerita tu. gelak kemain kuat lagi. kalah macik dia ni ha.

Sinopsis :

Filem ni adalah kesinambungan dari filem Zombie Kampung Pisang. Maka adalah watak-watak lama yang masih dikekalkan dan adalah watak-watak baru dalam filem ni.  Ceritanya pasal Husin yang baru balik dari Singapore. kononnya mencari rezeki. Dia ada ternampak Kak Limah jiran sebelah rumahnya tu dan menegur. Tapi Kak Limah buat dono je dengna dia. Sejak dari itu Husin macam terganggu dengan Kak Limah ni. Dia pun pi la kat kedai Pak Jabit dan report dia nampak Hantu Kak Limah kat orang-orang kampung. Perkara tu di persetujui oleh Abu sebab dia pun pernah nampak Kak Limah kat tepi kubur. Orang kampung pun cuba menyiasat dan terjumpalah mayat reput kat rumah Kak Limah dan mengebumikan mayat tersebut. Ingatkan habis dah gangguan. rupanya hantu Kak Limah ado laie ni ha…haa…macam-macam bomoh dah di panggil untuk halau hantu Kak Limah ni…macam2 la cerita dan peel nye ye tak? jadi kalau nak tahu kenapa Kak Limah muncul mengejut, sila lah ke pawagam menonton! hihi…

Gheti? tak gheti pedulik apa aku kan….

Cerita Kak Limah ni bagi aku biasa-biasa sahaja. kalau nak compare ngan Zombie kg.Pisang tu, hebat lagi cerita tu dari Kak Limah ni. lawak lagi yang itu dari yang ini. Gelak besar algi aku yang itu dari yang ini.

Perjalanan ceritanya macam slow sket la. ada certain part aku rasa keboringan. Tapi yang boleh di gelak tu aku gelak la kan. bohong la kalau aku tak ketawa langsung tengok citer ni.

Part-part bomoh tu banyak lawak. Dan banyak maksud-maksud tersirat dan kata-kata sinis yang macam biasa menjadi trademark Mamat Khalid dalam berkarya. Aku ade terbaca satu entry dari blog penyubiru. Kalau pada sesiapa yang dah tengok, ada scene bomoh Thailand nama dia Comprak Chawatbesiwat.  AKu lupa nama pelakon dia….Dalam satu babak, bomoh ni duk cakap “Pelawok…pelawok” berulang kali. kira macam baca mantera la.

Aku duk pikir gak apa makna pelawok ni. adakah ia bermaksud pelawak? tapi rupanya maksud dia ‘penipu’ dalam dialek Terengganu. Jadi bila bomoh ni duk cakap pelawok pelawok tu..dia cakap penipu penipu la kan. Aterrr…bomoh-bomoh ni semuanya penipu. jadi ia mungkin salah satu sindiran dari Mamat Khalid kepada orang Melayu kita ni yang percaya sangat kat bomoh ni. hehe….klako la plak.

kalau nak bagi bintang…aku bagi 6/10 jela. bagi aku cerita ni lawak biasa. best lagi Zombie Kampung Pisang. dan tiba-tiba aku rasa menyampah dengan watak mamat lembut tu….argghhh!! tu pun aku lupa nama watak dan pelakon dia. nampak sangat dalam cerita ni watak dia tak berapa nak menjadi bagi aku.

sekilas : tapi lain orang lain pandangan. ada orang gelak sampai senak perut tengok movie ni. nak tahu tengok sendiri.

Tagged hantu kak limah balik rumah, sinopsis hantu kak limah balik rumah

Filem : Khurafat ~ mendebarkan!

Dec21
2010
9 Comments Written by Sekilas

Seperti yang sedia maklum, filem Khurafat merupakan filem terbaru arahan anak Datuk Yusuf Haslam..iaitu Syamsul Yusof yang ala-ala-ensem gitew…auuww! tak kuasa la hai.

Gambar Ehsan Kak Ina KL

Semalam merupakan preview filem tersebut di Midvalley bersama para media dan bloggers. Ramai artis-artis dan teman-teman yang aku kenali hadir semalam. Antara artis yang aku ‘kenal’ ialah Liyana Jasmay, Syamsul, Rahim maarof, Datuk Yusuf, Aziz M.Osman & isteri nya yang vogue, Sabrina Ali, Maya Karin, Yusry KRU, Norman KRU, Scha dan ramai lagi la…dan antara teman-teman blogger yang hadir ialah Kak Ina KL, Anakperak, CikHel, Rabiatul, Hamzah dan awek, Ery dan temannya, Bean dan isteri (dan mungkin ada yang aku tertinggal) Dan tak semana Azwan Hashim pun ada oke! patutlah beriyer dia ajak aku join preview ‘Aku Tak Bodoh’ dulu. Rupanya Su kan keroje ngan GBSB. Su pun ada skali semalam bagi tiket. Kawannya CikHel jugak! cait! echa gitu nama ko hel…hahaha Helena Aisha okey! sila ngaku!

Sinopsis :

Johan baru sahaja mengahwini Aishah. Dia pulang bercuti di kampung kerana ingin menjenguk ibu dan adiknya. Selepas pulang daripada masjid bersama Pak Imam, Ada orang kampung memberi tahu Pak Aziz dirasuk hantu. Dari situ Johan tahu Pak Aziz telah ‘membela’ sesuatu dan Pak Imam Mengatakan ia adalah khurafat kerana meminta tolong dan mempercayai selain daripada Allah. Bekas kekasih Johan, Ana frust menonggeng bila Johan dah kawen.Dia tak boleh lupakan Johan. Jadi dia datang jumpa Johan dan merayu Johan kembali pada dia. Tapi Johan kan dah kawen. Sejak dari itu, Johan dan Aishah di ganggu oleh hantu-hantu ni la. Persoalannya, siapa yang cuba membuat kehidupan mereka sengsara??siapa???? kalau nak tahu pi tengok sendiri la.! hihihi….

Khurafat bukan macam filem seram Melayu yang biasa kita tengok. kalau sebelum ni Jangan Pandang Belakang merupakan filem seram yang bagus..tapi aku fikir filem Khurafat mungkin ada peningkatan bagus. hihi…maksudnya, Syamsul tidak mahu Khurafat berada se’level’ dengan JPB la kan. mestila ada peningkatan prestasi. eh macam naik kereta plak.

Pelakon-pelakon filem ni memang cemerlang. lakonan mereka berjaya menarik penonton untuk turut sama join rasa takut tersebut. bunyi dan segala macam efek cahaya toksah cakapla…memang buat korang ternanti-nanti apakah yang terjadi. aku tak cakap main-main. walaupun berlagak macam tak takut, tapi sebenarnya kita bagaikan dapat menyelami perasaan dorang. dapat feel la macam duk dalam movie tuh.

Nama pun cerita seram. korang nak expect ape lagi dalam filem seram. mesti la lightingnya suram…muziknya suspen…dan ada hantu. Tapi Syamsul bukan sahaja menggunakan elemen hantu untuk merasa takut, tapi korang bayangkanlah macam mana seorang lelaki yang mendukung jenazah yang dh dikapankan di tengah hutan waktu malam..seram tak seram ko…Memang Terbaik.

Dan kalau korang nak tahu, scene van jenazah jatuh ke dalam gaung tu, penonton ramai yang tepuk tangan termasuk aku. sebab Syamsul memang berani dan mahu menggunakan aksi stunt yang benar-benar menjadi. Dulu kalau KL Drift dia menggunakan kenderaan betul apabila berlakunya kemalangan begitu juga dengan babak ni. Van jenazah yang jatuh ke dalam gaung tu benar-benar berlaku dan aku memang mengucap banyak kali kot! sebab aku fikir dalam tu ada jenazah…! Jenazah oke! kompom sekali shoot dan ada banyak kamera. itu yang aku kagum dengan Syamsul ni kalau buat babak yang ada aksi-aksi camni.

Aku respect kat Sabrina Ali & Syamsul sebab berani melakonkan watak-watak kat bilik mayat, dikafan dan di dalam kubur. well, jangan berani melakukannya je..harap-harap artis-artis ni pun sedar jugak lah dengan apa yang dorang lakukan.

Satu je yang aku geram dengan watak Johan tu…tiap kali dia nampak ‘benda’ tu..memang la dia macam berani-berani takut. Tapi at least, mulut tu terkumat-kamit la baca apa-apa surah sebab ternampak-’benda-benda’ macam ni kan. Jadi sebenarnya aku marah kat Syamsul ni la. apesal dia tak buat macam tu…ni tutup mata , berlari… tu jela..Sebab kalau kita nampak ‘benda’ ni kita kenalah mohon pada Allah minta dijauhkan syaitan ni mengganggu kita. Sebab kekadang ‘benda’ ni tengok je kita atau saja-saja nak muncul depan kita. jadi pada siapa nak mohon kalau bukan pada Allah kan.

Jalan cerita filem ni, memang mantap! korang takkan menduga sebenarnya kenapa Syamsul dan keluarganya di ganggu oleh hantu-hantu ni.? kalau korang nak tahu kenapa? jangan lupa saksikan filem ni di pawagam berdekatan pada 13 Januari 2011. Pasti menggegarkan jantung anda…

aku bagi 9/10…mendebarkan!

Nak menang Maxis iPad + WIFI Maxis Modem?

Dapatkan Prepaid BlackBerry BBM plan dari DiGi

Jom tengok video terbaru kat YouTube..best woo..

sekilas : Tak puas nak tengok lagi..boleh tak? hahaha

Posted in Artis, friends - Tagged blogger, khurafat, liyana jasmay, Maya KArin, scha, syamsul yusuf, ulasan filem, yusry KRU

Filem : Rapunzel BEST!

Nov26
2010
14 Comments Written by Sekilas

Semalam cuti. Selesai urusan seri paduka baginda di siang hari , aku pulang rumah awal sikit. Lagipun hujan lebat di Kuala Lumpur buat aku rasa malas nak bergerak ke mana-mana. Semalam juga bukan la hari baik bagi aku di siang hari. tapi tak baik mengeluh okey.

Jadi sampai rumah, anak-anak buah aku dah mengingatkan “Maksu, hari ni hari apa?” Hari apa…? bukan hari jadi kau kan. hahaha..ye…hari semalam tu ialah hari Khamis, 25 Nov. so dorang dah remind kat aku star dorang duk rumah mak aku lagi nak suh bawa tengok cerita Rapunzel.

Ni pengaruh Tv kuat sangat tau. aku sendiri tak tahu bila filem ni keluar panggung sebab dah lama tak tengok TV. (oke sangat alasan, macamlah internet takde) tapi dorang boleh tahu bila movie ni keluar. dan beriye-iye mengingatkan aku. memujuk rayu, menggedik-gedik bagai. (maklumla semuanya pompuan) Tengok dulu duit dalam wallet. aiya..sikit saja ma… gaji belum masuk la wahai anak-anak.

Tapi tangan dok ligat tengok showtime dan price kat MBO Galaxy Ampang. kanak-kanak RM5 je. so kira-kira tak banyaklah terbang pun duit aku. okey proceed. Belanja jela mana yang ada ni. Dengan harapan, gaji aku masuk la cepat hendaknya. huhuhu…Maka semalam seronoklah mereka di awal waktu untuk menonton…bila balik semua dah tak seronok. sebab ape? nanti akhir entry aku bagitahu.

kiut nya watak-watak ni. Sesumpah tu pun kiut taw! =D

Sinopsis :

Rapunzel ni seorang puteri yang telah hilang sewaktu kecilnya. Dia ni diculik oleh seorang perempuan tua ni sebab rambut Rapunzel ni ada kuasa sakti (magik), boleh sembuhkan sakit, boleh bagi perempuan tua ni kelihatan muda, boleh bercahaya bila dia menyanyi. Jadi, perempuan tua ni culik nak gunala rambut Rapunzel ni untuk kepentingan dia. Rapunzel ni pula ingat dia ni betullah mak dia. Jadi ‘mak’ dia ni tak bagi Rapunzel keluar dari menara sebab takut orang nak curi rambut dia.  Kisahnya Rapunzel dah 18 tahun, setiap kali harijadi dia dia akan nampak macma tanglung bercahaya terbang di langit. So dia berhajat nak tengok tanglung2 tu dengan sendirinya secara dekat. Bermula ekspedisi dia bila ada sorang mamat ni sesat kat menara tu, yang dikenali sebagai Flynn Rider atau nama sebenarnya Eugene. encem taw! lepas tu Rapunzel dapat melihat dunia luar….dan akhirnya….sila tonton sendiri filem ni. hahaha

Watak-watak dalam filem ni comel2 bangat!! Ada Rapunzel, Eugene, kuda Maxis, sesumpah, watak budak-budak..haii la…kiut miut semuanya.


Kuda ni comel ler..hihihi


Perempuan jahat. Anis tanya aku, “maksu dia jahat ke dia gile?” Aku tak tahu nak jawab ape. hahaha….

storyline dia menarik. Ada unsur sedih, kelakar dan buat kau dibuai fantasi. Soundtrack dia best. English yang digunakan senang nak paham!


haha..babak ni lawak okey! hampeh punya Flynn Rider!

Arrghh! tak tahu nak citer camne..tapi memang best la.

sampaikan aku teringin nak ada rambut macam Rapunzel tu. tapi bahayanya nanti jadi rebutan la plak kan. maklumlah rambut ada kuasa sakti. Dah la rambut panjang berjela…siap bolah bergayut-gayut. boleh berselimut dengan rambut sendiri. comel gilak!


Tengok-tengok rambut dia bercahaya! teheee…

Aku bagi 5 bintang!! best…kalau ajak my cinta tengok, haram dia nak join. sebab dia tak suka tengok kartun. tapi NARUTO suka plak dia. hahaha…

p/s : kenapa dorang seronok di awal pergi menonton..sebab semua tengah segak-segak mata..tapi bila balik, dah muram durja sebab amta dah ngantok. siap tidur dalam panggung. cis! rugi je bawa orang tidur…

sekilas : pergilah tengok. tak rugi!

Posted in family, me - Tagged Aktiviti, anak buah, Rapunzel

Cerita HANGAT sepanjang hari ini

Nov18
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Mahu tak hangat…dari pagi bawa ke petang timeline kat twitter aku ade dua perkara jerk. Kat blog-blog masa kini pun ada 2 jerk. Kat status fesbuk semua pun banyak2 dua perkara ni jugak yang paling hangat orang duk perkatakan.

Pertama,

seperti yang sedia maklum, hari ini merupakan tayangan hari pertama filem 2 Alam di pawagam seluruh Malaysia okey. Kalau dunia kena tunggu Pamela Anderson berlakon dulu. aku pun pernah tulis pasal Filem 2 Alam mengecewakan?.  Macam-macam cerita yang keluar dan kebanyakkannya respon negatif dari masyarakat. pastu ada pulak poster parody dari orang kita ni ha, nak bersaing dengan dR. Romzey. Yela, kononnya filem itu pecah panggung sebanyak RM40 juta. jangan ko…kalau betul tercapai , mana korang nak sorok muke korang. Tapi, sebagai manusia biasa ni, kita pun tak boleh la nak cakap besar ye tak. tahu le kaya raya….takpelah dR. Romzey oitt….semoga berjaya hendaknya. Aku pun belum tengok lagi ceritanya, jadi nak ngata lelebih pun tak patut kan.

Kedua,

Kisah cinta ssyhhh uncleseekers yang dah kecoh seantero Malaysia ni ha. sampaikan orang kata uncleseekers ni duk main-main sihir. itu komen aku baca la si anon bagi. biar benar kak bedah oiii…jangan buat pitnah. berdosa tau tak? sape-sape yang belum tahu lagi, kononnya uncleseekers ni bercinta dengan mantan permaisuri agong negara Siti Aisyah tu???  kalau tak tahu leh terjah kat blog uncleseekers ni ha…ada part 1 sampai ke part 7 engko. cepat-cepat sebelum entry-entry itu bakal di delete kelak. reveal baik punya siap dengan gambar-gambar lagi. peliknya aku, depa tu belum kawin ape pun. tapi betul ke cerita uncleseekers tu kata Siti Aisyah tu duk salam cium tangan bagai. itu cerita. tapi gambar membuktikan pulak, depa duk berpeluk sampai gambar Siti Aisyah pun ada yang tidak bertudung. haa..ape cerita tu? tak berani la daku nak cerita lebih-lebih. korang boleh le nengok sendiri kat belog dia tu.

ps : maaf tiada gambar. kalau nak pi tgk kat belog dia. kang dia saman aku plak duk curi gambar2 tu. kata personal blog kan?? huhuhu

sekilas : ade tak putera raja nak kawen dengan aku? muahaha…takpela, ade putera Akii pun jadila.

Posted in Artis, Isu Semasa, masyarakat - Tagged filem 2 Alam, mantan permaisuri agong, Siti Aisyah, uncle seekers

Filem : 2 Alam mengecewakan??

Oct23
2010
4 Comments Written by Sekilas

Begitu banyak promosi yang sikit punya gempak….kontroversi yang melampau-lampau pasal pemilihan tarikh tayangan filem dan perlbagai lagi karenah dR.Rozmey yang memang glamer dengan rambutnya yang ‘segak’ itu…akhirnya selepas tayangan perdana filem 2 Alam ini, ada yang mengatakan ia filem yang mengecewakan.

First mari kita lihat trailer 2 Alam ni yang ‘konon’nye mula-mula dulu nak ditayangkan pada bulan Mei 2010. tapi diganjakkan tarikhnya pada bulan November 2010 pulak.

Aku suka tengok trailer dia. cerita dah macam gempak…pelakon hebat_hebat. Aaron Aziz tu dah macam kekasih gelap aku la kan. hihi…Kuswadinata lagi pulak berlakon. Faizal Hussein *bukan Akii la yer* . Aku kira semua pelakon nya glamer-glamer belaka dan punya bakat untuk berlakon.

Malah promosi filem ni pun kira hebat. Tiap-tiap hari rasanya kat surat khabar tu ade promosi pasal tayangan filem ni.

Malah kontroversi yang best punya bila poster 2 Alam dikatakan tiru poster filem Exorcism.

[Gambar]

Tapi kenapa aku baca komen-komen di blog mengatakan filem ini ‘teruk’. Tak best…dan paling dasyat sekali penggunaan kata ‘laknat’. huhu…sasaran untuk filem ni memang tak  agak-agak la kan sampai RM40 juta.

Antara blog yang aku baca adalah di TONTONFILEM dan jugak di AMYIKRAM

Adakah itu juga satu bentuk promosi untuk 2 Alam ni. yela..kita dengar dari mulut orang atau baca cerita-cerita orang kata filem ni tak best…mesti menggerakkan hati kita untuk tengok dan tertanya “teruk sangat ke filem ni?”

kalau korang camne? orang dah kata tak best, tapi korang nak tengok jugak ke tak? biasa-biasa aku akan tanya pendapat kawan-kawan yang sekepala ngan aku. kalau dorang kata tak best…aku akan sokong tak best. hahaha…Tapi aku selalunya beranikan diri untuk tengok je cerita yang tak best sekalipun. sebab at least, kalau aku nak kutuk filem tu pun best jugak sebab aku dah tengok kan. ade la point sikit. dari orang yang tak tengok tapi kutuk kaw-kaw punye, lagi busuk hati kan. huhu….

sekilas : baik aku tengok Estet. Filem-filem Mamat Khalid selalu mendapat tempat di hatiku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tagged 2 Alam, dR. Rozmey, review filem 2 Alam
← Older Entries

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress