• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category merapu

Gara-gara bubur mekdi

Jun27
2010
7 Comments Written by Sekilas

haha..hari jumaat yang lepas, skyone begitu berlagak dengan aku sebab dia makan bubur mekdi. so, balik je kerja..aku dan sahabat mdm june telah singgah di mekdi cineleisure a.k.a eCurve untuk melantak bubur mekdi kegemaran skyone!! hehehe..

dan untuk tatapan mu wahai sahabat..ku lampirkan gambar ni spesel dari cineleisure…. =) nak tunggu kau bawa aku makan bubur mekdi, memang lambat tahap cipan la gamaknye..tapi aku tetap tuntut mekdi dari ko ngan anakperak...

sekilas : lambat plak masa berlalu untuk menerima gajiku.. =P

Posted in friends, me - Tagged bubur McDonald, Mc Donald

TAHNIAH! Anda Pengunjung Bertuah =)

Jun15
2010
8 Comments Written by Sekilas

Ye..terima kasih kerana mengunjungi blog sekilass dot com ini. kerana kali ini anda merupakan pengunjung yang sangat bertuah.

Tak percaya??? ye ye..aku sendiri pun tak percaya korang ni pengunjung bertuah. giler la…aku pun nak jadi pengunjung bertuah blog aku sendiri boleh? hehehe.

Al kisahnye, hari ini aku buat research mengunjungi laman web korporat di internet. kadang masuk sini..kadang masuk situ..dan terkadangnye sesat sket terbaca blog orang untuk mengetahui cerita-cerita terkini korang semua. hikhik…ala..sambil selam minum air la katakan. jangan maree!!

dalam aku duk click dan click laman web tetiba mesti je ade sesat iklan-iklan nak promosi barang la ape la. tapi takleh blah iklan pengunjung bertuah!

pergh…dapat Apple iPad tu…sape takmo kan…tapi sungguh la aku tak pernah nak tekan. malas nak layan. tapi aku just layan buat screenshot jer. sebab bukan sekali dia menganggu..banyak kali. pastu kalau tak kuar iklan ni, kuar iklan yang konon2 leh tengok pompuan bogel tuh. haish! sabo jela.

okeyla…sedang membusykan diri. tu yang lambat update blog. tah ape yang busy pun aku tak tahu la nopa ni. hahaha…busy layan hindustan agaknye ..Teett…..larikkkk!!! kang En. H baca nanti dia ingat aku nanges2 tengok hindustan. =P

sekilas : bos sudah masuk kerja. kelihatan sungguh gembira. apekah?

Posted in me - Tagged hadiah, pengunjung bertuah

Biarkan ku sendiri

Jun09
2010
7 Comments Written by Sekilas

pergghhh tajuk dah macam lagu sedih jerk. eh…aku ni nak buat entry pasal lagu ke pasal ape ni…sebenarnyatajuk takde kena mengena dengan entry aku ni. just tak tahu nak tulis ape jer kat atas tu. janji ado?? hehe…*perempuan macam aku memang cepat beremosi* >>>oke yang ni lagi takde kene mengena.

Keriuhan rumah akan berakhirdalam beberapa hari sahaja lagi lantaran kanak-kanak riang akan pulang ke rumah ibu bapa mereka semula menjelang hujung minggu ini. memanglah cuti sekolah itu selama 2 minggu. tapi takanlah sampai 2 minggu nak duk sini kan. cian plak dorang @ lebih tepat cian plak mak pak dorang kesunyian di rumah. eceh!

Malam ni aku tenang-tenang sahaja dengan rintik hujan yang tidak berhenti sejak petang tadi. alhamdulillah, hujan itu memberikan bumi sedikit tenaga kerana kepanasan di siang harinya.

Sejak entry panas di keluarkan, dah rasa macam ape je blog aku ni. aku tak mahu lah dikatakan memburuk-burukkan perihal orang lainkan.sebab itu bukanlah tujuan utama aku berblogging.  al maklumlah, aku ni manusia biasa. ade kelebihan dan kekurangan yang mana tiap-tiap dari kita tak lepas dari melakukan kesilapan.

Jadi pada sesiapa yang terasa, terlibat, terkata, terselit, terkena, dan segala macam ter yang ada di dunia ni…minta maap la ye banyak2. aku memang macam ni orangnya. kalau nak marah pun marahnya kejap. kalau nak benci pun bencinya kejap. asal jangan dicetuskan perbalahan dan rasa-rasa kurang enak sudahla yer. kot tak yang kecil jadi besar, yang sejuk jadi panas, dan segala macam perumpamaan la.

Di malam yang indah sebelum kutidur lena…satu kata buat renungan kita bersama..

“Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.”

sekilas : selamat malam semua!

Posted in me - Tagged aku dia dan kamu, selama, Selamat Malam

Protected: Kisah orang lain

Jun02
2010
Enter your password to view comments. Written by Sekilas

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Tagged gangguan, orang gila, perkahwinan

Ceritera Dunia

Jun01
2010
7 Comments Written by Sekilas

Ketika hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya, aku di sini dilanda kesejukan yang separa maksima. Ku melangkah kaki menuju ke pantry dan membancuh secawan kopi panas untuk mengurangkan rasa sejuk pada diri.

Hakikatnya, aku tidak gemarkan kopi susu, tapi ku telan jua kerana aku sendiri tidak mempunyai stok milo 3 in 1. jadi apa sahaja rezeki di depan mata tidak ragu-ragu lagi untuk ku sambar. sambil mengunyah-ngunyah goreng pisang yang dibeli oleh Puan I , ku borak-borak kosong menemaninya menjamah nasi yang dibeli oleh suami tercinta.

Tatkala pabila En Z datang ke pantry untuk sama-sama menghabiskan pisang goreng itu, aku mengangkat kaki ke meja sendiri. mungkin segan berdepan dengan lelaki itu. huahuahua..takdo kono mengono.

Menyudahkan beberapa kerja yang tak sudah. Menyelak-nyelak laman web yang perlu ditokok tambah dan melihat susun atur jadual sendiri dengan list-list yang bertanda. Siap. tapi ade 3 perkara yang perlu disuarakan kerana aku seorang manusia yang serba kekurangan mengenai hal-hal kerja di SL ini. tapi melihatkan En. Ad kesibukan di sebelah, ku padamkan niatku untuk bertanya.

Melihat to do list, ade kerja yang perlu diselesaikan…tapi perlukan kepastian dari En. Ad kita. Takpe..kubiarkan dulu sebab dia pun tak beri apa-apa maklum balas untuk menyudahkan tugasanku itu.

Sementara menunggu waktu Asar berkumandang (time ni dah masuk waktu pun) ku coretkan kata hati di diari hidupku ini. Kualunkan jari jemari menekan punat berbentuk empat segi di atas ini dengan pelbagai tanda huruf dan tanda aras dan tanda-tanda yang sewaktu dengannya. Maka terhasilnya entry ini.

Sebenarnya sebelum tadi aku baru sahaja berjalan-jalan di alam maya melihat perkembangan mengenai Israel yang kejam menyerang kapal Mavi Marmala yang dalam usaha menghantar bantuan ke Gaza. Lebih menyedihkan apabila rakyat Malaysia juga terbabit di dalam misi itu. Allah sedang menguji hamba-hambaNya di dunia. semoga umat Islam lebih berwaspada dan selamat dari sebarang penindasan terhadap agama mulia kita ini.

Pic google

Nampaknya akan kembalilah isu memboikot barangan Israel lantaran kekejaman mereka berterusan dan melibatkan negara kita.Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah SWT. sama-samalah kita berdoa. maaf, coretan terhenti di sini.

sekilas : En. H sudah selesai solat, tiba giliran saya :)

Posted in Isu Semasa, me - Tagged Gaza, Kapal Mavi Marmala, Kekejaman Israel, rakyat Malaysia, umat Islam

Selamat Petang : balik kerja mau buat ape?

May26
2010
3 Comments Written by Sekilas

aku pun tak tahu..korang tahu?

nak berjalan2 duit takde. tapi ade hati nak makan pizza hut ni…kalau korang nak join aku, jom jumpa di Pizza Hut di area Bangi..katne..PKNS eh?

okela..selamat petang, selamat bekerja bagi yang masuk keje petang..selamat pulang ke rumah bagi yang dah balik kerja…selamat menempuh jem! hehe..

sekian terima kasih.

credit pic : here

sekilas : aku dikategorikan sebagai balik kerja petang…ngee~~

Posted in me - Tagged balik, pizza hut, selamat petang

Mari belajar membuat kraftangan.

May20
2010
16 Comments Written by Sekilas

Mungkin korang yang bercita-cita nak buat kraftangan boleh merujuknya di sini. ia sangat mudah dan tidak memerlukan perlatan yang sangat banyak.

Anda pasti akan menjadi kreatif dengan menonton cara-cara membuat kraftangan ini yang diberi nama

“Kraftangan penenang jiwa”

cilok dari sini

sekilas : senyum semua!

Posted in lawak, masyarakat - Tagged cara-cara membuat kraftangan, kraftangan

Pengalaman memberi pengajaran kan?

May19
2010
13 Comments Written by Sekilas

itu pendapat aku yang masih muda belia ni. 25 tahun kira belia muda negara lakan…25 tahun hidup pun aku rasa macam2 hal yang aku dah tempuh. *kecuali zaman berkahwin la sebab i single but not available oke*

setiap hari aku akan belajar benda baru. tak kisahla dari segi pembelajaran kerja, perbualan, memahami sikap lelaki dan perempuan, memahami tugas sebagai seorang ketua, memahami bagaimana menjadi seorang pekerja, memahami hati seorang adik kakak, menyelami perasaan seorang sahabat dan sebagainya.

Ada beberapa perkara yang kadang-kala menyentuh perasaan aku sebagai seorang manusia yang bergelar adik, anak, kawan, kekasih, perempuan dan sebenarnya sebagai hamba Allah. perasaan itu pula pelbagai gembira, sedih, marah dan lain-lain.

Hari ini aku menangkap sendiri maksud pembelajaran yang ku rumuskan diakhir nya…

“Hidup bukan semudah yang disangka. mempelajari ABC juga tidak mudah bagi seorang kanak-kanak. Jangan juga kita melihat kegembiraan seseorang itu cukup sempurna bagi dirinya kerana siapa tahu di hatinya penuh gelora dan seribu satu masalah yang tak dapat diungkap dengan kata-kata dan riak wajah”

aku, kau, mereka dan sesiapa sahaja…sentiasalah menginsafi setiap yang berlaku di sekeliling dan bersyukurlah kerana hidup kita sebenarnya lebih baik berbanding mereka yang lain.

p/s : entry ini mungkin sukar untuk kalian fahami. tapi aku menulis dari hati.

sekilas : ketakutan pasti akan memberi kekalahan kepada diri. aku harap ia tidak terjadi pada aku.

Posted in masyarakat, me - Tagged pengajaran, pengalaman

Anak Perak Ditauliah Sebagai Admin

May17
2010
9 Comments Written by anakperak

Assalamualaikum. Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada cik norfa kerana memberi peluang kepada saya untuk memegang jawatan yang telah lama saya nantikan iaitu menjadi administrator kepada Sekilass.com. Terima kasih kepada beliau kerana memberi kepercayaan sepenuhnya menguruskan blog ini semasa ketiadaan beliau. Saya berasa cukup terharu, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik beliau.

Saya berharap semua pembaca setia sekilass.com supaya meneruskan sokongan anda kepada saya. Tanpa anda semua, siapalah sekilass.com di mata dunia. Dengan amanah yang diberikan ini, insyallah saya akan menaikan nama sekilass.com yang sememangnya telah melonjak naik. Akhir kata sambutlah salam satu Malaysia dari saya.

Yang Benar,
Anak Perak

http://anakperak.com

sekilas : demi menjaga maruah anakperak aku publishkan juga entry yang dia tulis ni. barula nampak dia kacak dan bergaya! hakhakhak! Untuk perhatian ramai jawatan ini hanya akan kekal sekiranya dia bantu aku dalam hal-hal blogging. kegagalan membawa padah. AWAS!

Posted in peristiwa - Tagged anak perak, bergaya, gagah, hensem, keunggulan, mutu, perkasa, seksi

maaf!

May14
2010
1 Comment Written by Sekilas

Maaf!

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Aku sangat lapar! Tak dapat update blog!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress