• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category merapu

ARGGGHHH!!!!!

Oct08
2010
3 Comments Written by Sekilas

aku tension…tension!!

Baru nak jenjalan kat alam maya..nak blogwalking…nak tahu gosip terbaru..nak menghendap mamat-mamat hensem…nak curi-curi tengok fesyen terkini..nak gelak ketawa!!

tapi bila aku dah suka..aku dah berkenan ngan entry tu..dah tangkap lentok…dah tacing menangis macam orang mati kucing…

tetiba…..bila aku nak komen tinggalkan pesanan sebagai seorang kakak yang prihatin atau sebagai adik yang comel..

APEEE??? APE HAL ni?? Eh, internet..lu kalau tak puas hait dengan aku cakap..takyah nak seksa aku camni. aku pun ade perasaan jugak. apesal ko kata takde pape…aku dah komen cantik punye tadi…nothing to see here!!

Masalahnya, kalau aku boleh komen guna username and site url tu takpela…tapi dorang bagi pilihan ini je kat aku.

tak aci!! tak aci!! aku nak komen tak boleh la macam ni………korang dengki tau dengan aku. apa salah aku waaaaaa………..Omakk!!!

takpe korang….aku akan ingat apa korang buat kat aku. korang tak bagi aku komen … Open ID plak menggedik dengan aku buat hal. apesal aku takleh komen guna Open ID aku….

aku sepak ko kang Open ID. jangan memain ngan aku. aku lapar ni. kang semua benda aku makan kang!!

sekilas : makan budak!!! ade je google account..tapi aku tak suke guna. puas hati??

Posted in me - Tagged komen, open id

kau nak tahu apa berlaku hari ini?

Oct01
2010
5 Comments Written by Sekilas

aku nak menulis sesuatu tapi aku takde idea. padahal naluri hati aku kuat sangat ingin jari jemari halus ini menaip-naip di keyboard yang ada kejutan letrik ni untuk meluahkan sesuatu.

tadi My cinta call, bincang pasal sesuatu. lepas letak phone aku tahu dia seakan tak senang dengan jawapan yang aku berikan.

aku termenung selama 15 minit tanpa buat apa-apa. aku search internet…melayari entah apa benda pun aku tak tahu. buang masa betul aku ni. aku belek website untuk buat kerja aku. hilang mood nak buat apa-apa. kerja aku untuk checklist content terbantut macam tu je. office yang sejuk terasa panas.

tapi tangan ingin juga menaip apa yang korang baca sekarang ni. aku termenung. sesekali mata ku meleret pandang En. D yang aku fikir sedang khusyuk membuat kerja. suasana pejabat menjadi sunyi. *ceh, rasa skema je guna perkataan pejabat* takde orang. aku pun terus buka youtube dan pilih lagu-lagu secara random. asik dengar bunyi grill kat pejabat orang jerk. *rasa nak je sound dorang, “Cantik sangat ke office kau tu nak drill hari-hari” memekak betul. kalau dia memekak tu aku leh layan takpe jugak.

sebenarnya tadi aku ade terfikir-fikir nak buat giveaway kat blog ni. tapi itu pun blur jugak. nak cari pengunjung bertuah ker? nak suruh jawab soalan ke? tapi macam nak bagi yang senang-senang je. aku tak tahu nak buat ape ni. hari tu ade bincang dengan seorang member pasal nak buat contest kat blog. dan dia sanggup nak sponsor hadiah tapi tak sure lagi hadiah wang tunai atau hadiah berbentuk barang. maybe dia nak bagi wang tunai senang.

cuma sekarang aku tak tahu nak buat contest pasal ape. jadi dengan itu aku perlukan komen dan pandangan korang untuk berikan aku idea contest ape yang patut aku buat supaya korang boleh buat dan dapat hadiah wang tunai seperti yang kawan aku janjikan tu. dan pada idea-idea korang yang mungkin aku berminat tu…nanti aku bagilah saguhati sikit sebab kasi aku idea kan…mungkin bagi korang topup ke…mungkin bagi korang duit rm5 ke..rm10 ke…mungkin! …kalau rasa ade idea bagitahu la eh…

eh eh…macam dah terus buat giveaway je rasanya…hahaha…cepat bagitahu apa nak buat?

sekilas : apa tajuk aku nak bagi kat entry ni?

Posted in giveaway

perkembangan terkini 9 Syawal

Sep18
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Hari ini Sabtu!

Esok Ahad!

Lusa Isnin = Kerja !

Kerja = Malas!

Malas sebab dah cuti lama!

jadi…………………………………

Jom bermalasan sampai lebam!!

sekilas : masih dalam mood raya…!

Tagged cuti, malas

pening jadinya kepala otak aku

Sep09
2010
2 Comments Written by Sekilas

Dah la cerita semalam takde apa-apa penjelasan! mood ceria jadi cacat dah..hajat di hati semalam pun terpadam macam tu jer. takde inisiatif langsung nak betulkan keadaan, nak ceriakan suasana. kalau silap besar consider lagi la. ini benda yang mengarut. sebab tu aku malas nak tegur, kalau tegur kang, terus mood berseri-seri ilang, tanya sepatah jawab sepatah.

hari ini…samala…tanya sepatah jawab sepatah.. tanaya berjela-jela pun jawab sepatah jugak! apa faedahnya aku tanya dan cakap apa-apa lagi kan?

okey prangai dia memang macam tu!! tapi msalahnya jadi tak happening tau tak..tak ceria. lagi-lagi orang nak sambut hari bergembira ni. nak rosakkan mood buat ape kan? aku ingat dia ni kena kawen cepat la, lepas tu baru hidup dia happy sikit, ade orang teman dia selalu. takdelah nak moody je tak pasal2..

tapi soalnya..bila tu nak kawen?

sekilas : sorry coretan merapu sikit. anak tekak dah sakit sebab rasa nak marah!

Posted in cinta, me - Tagged tension

hangpa ingat tak ade mamat ala2 Jepun bagi ucapan hari Ibu dulu?

Aug30
2010
4 Comments Written by Sekilas

haa..kalau hangpa semua tak ingat leh baca entry aku pasal “Kalau aku jadi mak dia aku ketawa + Terharu” kat situ aku ade post video mamat ni bagi ucapan hari ibu kat mak dia. sempoi la…

kali ni mamat muka ala-ala jepun ni  buat video lagi dengan adik dia. kali ni dia nak bagitahu kita apa aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama adik di rumah. hahaha…slank cakap sudah terang lagi bersuluh la dia ni orang Kedah kan..hehe…

layan kan aje la…

sekilas : cute je dengar mamat ni cakap. hehe

Posted in lawak - Tagged Aktiviti, ucapan hari ibu

Hari ini ada berita gembira + sedih.

Aug19
2010
2 Comments Written by Sekilas

Gembiranya…….

oh ibu kepada cinta hati saya ajak berbuka di rumahnya.

Sedihnya….

saya tak dapat sertai buka puasa bersama blogger yang lain pad ahari Sabtu ini kerana ibu cinta hati saya ajak makan hari Sabtu jugak.

Tapi saya akan raikan yang gembira la …hoyee!! sudah mula fikir nak pakai baju aper? nak bawa buah tangan aper…lalala…

gilak nopa ni.

oh jam dah pukul 4 petang. tahukah anda bahawa hari ini saya tidak sempat mengjenguk blog kesayangan ini. mahunya tidak…menghadap kerja yang rasanya banyak hari ini.

sebenarnya, terlalu terkejar-kejar waktu menjadikan saya kelam kabut, giler…dan serabut. padahal kerjanya sangat senang. maafkan saya encik bos. Mac mini yang baru ini belum dapat membantu saya yang sangat lembab! haha…bukan kesalahan saya sepenuhnya..mungkin kerana tiba-tiba…okey ayat itu tidak dapat dihabiskan. perkataan tiba-tiba sangat menakutkan.

Ahad ini juga saya ada ‘ajakan’ dari kawan-kawan fakulti untuk berbuka di Sunway. oh ye..ex-fakulti saya ketika belajar di UiTM dulu. karang ingat saya masih belajar sekali. Adakah saya ke’teruja’an untuk menghadirinya. jawapannye ialah YA! tapi hati jadi kendur…(boleh ke hati kendur) kerana fikirkan saya akan bertemu dua orang sahabat yang lama sudah tidak bertegur sapa.

kisah-kisah lama itu sudah lama saya lupakan. tapi…entahlah. mungkin mereka pun tidak suka kan saya. jadi…apa yang buleh saya katakan…saya akan berdepan juga dengan mereka. dan kita lihatlah reaksi mereka bila bertemu dengan saya. pasti diam..

saya takde masalah dengan kawan seorang lagi. mungkin ahli sihir mengganggu pemikiran saya. oke sudah! anda tak akan faham apa yang saya tulis.

oh tahukah apa kelainan di entry saya ini…siapa dapat jawab…saya akan lawat blog dia. hahaha….

sekilas : saya nak pergi toilet!

Posted in cinta, friends, me - Tagged berbuka puasa, My Cinta

Siapa yang nak jaga ni?

Aug05
2010
3 Comments Written by Sekilas

ha..sape yang nak jaga. gadis itu yang nak jaga, atau kau yang nak jaga?

mari kita lihat keyword hari ini.

Baik korang jawab dengan aku. kenapa keyword itu berbunyi sedemikian. kalau gadis itu yang nak jaga maybe dia akan search macam ni ” macam mana nak menjaga kemaluan agar kemerah-merahan” *okey aku rasa nak muntah baca ayat itu. terlalu lucah rasanya*

Siapa yang nak jaga kemaluan gadis ni..si gadis ke atau ada orang yang nak tolong jagakan si gadis ni. baik ko jawab!!

itu belum lagi ramai manusia yang nak search cara nak buat syabu tu. hari-hari at least mesti ade satu keyword pasal syabu ni. pelik no la korang ni. takkan la aku nak terangkan cara buat syabu…cara menjaga kemaluan si gadis. aya..ini blog adalah personal . bukan untuk memberi tips seperti itu yang kelihatan sangat menyalahi undang-undang dan keliahtan sangat lucah.

tapi kalau nak jaga sangat kemaluan si gadis itu..gunakanlah Urinelle hygiene yang terdapat dipasaran sekarang. tapi kalau boleh ikut nasihat doktor. sebab skarang ada hygiene tu yang pakai bahan yang terlarang. cewah..memandai jerk.  yang penting hindarkan bakteria tu. kalau nak merah…kau cubit je..gerenti merah..hahahaha!! lucah lucah lucah!

sekian….kalau korang nak tahu link itu kemana…korang search sendiri..tengokla apa yang keluar. hohoho…

sekilas : ini entry umum yang tidak disengajakan. TQ.

Posted in info - Tagged kemaluan gadis, keyword

Kadang-kala mereka tidak akan memahami

Aug05
2010
4 Comments Written by Sekilas

Ketika aku menanam satu impian,

Aku leburkan dengan satu pengorbanan.

Yang mana aku tidak tahu sampai bila akan bertahan.

Hari ini saat aku mencapai satu kejayaan

Banyak mulut yang lempar caci dan makian.

Apa salah diriku?

aku sekadar ingin mengejar ilmu

bukan pergi mencuri dan merambu?

Jangan kau lihat manusia dari segi penampilan.

Mungkin mereka cantik dan tampan,

sehingga dilambung dengan puji-pujian.

Tapi tahukah dikau mereka itu jantan dan mungkin pondan!

yang berselindung sifat diri dari sebesar-besar kejadian.

manusia itu lahir penuh sifat kemuliaan.

tapi kemulian itu musnah dengan sifat syaitan.

Aku berdiri hanya melihat dari kejauhan

sampai bila aku mampu bertahan dengan segala keji-kejian.

sekilas : korang faham ke?

aku ada benda nak cerita ni.

Jul13
2010
6 Comments Written by Sekilas

Maaflah, seharian tak update blog. sebab ape? ha..sebab ade kerja di ofis. so, lebih mesra alam melayan facebook berbanding blog ini. korang pun nak tak ndak je datang. mood nak update pun semakin mundur. hoho..alasan lagik! jangan beri perlbagai alasan. kalau malas tu katakan je malas. tapi, kalau boleh katakan tidak kepada malas! haha..macam katakan tidak pada rokok la kan. eh, kempen plak yer.

Okey…mari kita mulakan cerita aku ini dengan…..Pada suatu malam.

1…2….3…

Pada suatu malam yang lalu…..ketika suasana kelam lagi suram, aku masih lagi berada di pejabat. jam di tangan menunjukkan angka 8 malam. oh masih muda kata orang. Tapi bagi pekerja yang sepatutnya boleh pulang awal, ia tidak lah kategori malam masih muda. tapi tidak mengapa. aku pun tiada apa yang ingin dikejarkan di rumah. rutin harianku tetap sama seperti selalu. menonton TV jaranglah sekali lantaran si ibu telah menerajui tv tersebut dengan jayanya. maka tiada chance la anak bongsunya ini melihat cerita kegemaran di HBO mahu pun AXN.

keadaan sunyi sepi di dalam pejabat itu. Aku resah gelisah. Ku lihat suhu aircond 16 darjah celcius. tapi, terasa bahang seluruh badan. takkan aircond dah rosak kot! patut takde orang ni la segala kesejukan itu datang pada aku kan. ini terasa bahang pulak. ye…pejabat sunyi kerana tiada orang. tapi telinga ku tidak sunyi kerana mendengar lagu yang ntah apa-apa ntah. semakin rancak semakin galak aku melayari internet. ini tak boleh jadi, aku menukar lagu-lagu yang lebih baik untuk didengar. zikir-zikir memuji nama Allah lebih baik bukan?

tengah syiok melayari internet, tiba-tiba hang pulak laptop tu. haissh..kacau betul la. Dengan kening berkerut, aku bercadang untuk pulang sahaja. tapi bos dan staf lain belum balik makan lagi. kenapa aku risau dorang tak balik pulak kan. macam aku tak boleh balik kalau dorang tak masuk pejabat semula. oh yer..sebenarnya aku malas nak kuncikan alarm kat pejabat tuh. hoho…kalau buka, no problem. tapi nak kunci balik…alahai, macam tak confident jerk. >>> tengok masih dengan alasa. cit poodaahh!

aku shut down laptop yang berskinkan merah jambu di atasnya. aku kemas kertas yang berselerak menandakan aku sibuk pemalas. kemudian, aku mencari kunci kereta di dalam beg yang dah ghope poket doraemon dah. macam-macam khazanah ada dalam beg. lagi besar, lagi banyak la benda mengarut aku sumbat. dapat kunci kereta, aku matikan aircond sambil berkata dalam hati, ‘baik guna kipas jer’ hoho…

mematikan lampu. kemudia mengeluarkan pas dari dalam beg. aku buka pintu dan memasukkan no keselamatan pada pintu. tertutup sudah pintu…pintu hatiku. eh…nyanyi lagu Agnes Monica plak. dah la awek tu cun. aku menyarung kasut tumit yang dah dimamah usia. menekan lif untuk dibuka.

Ting! bunyi lif sampai di tingkat 3 di mana aku sedang menunggu. masuk dalam lif, aku teringat kunci kereta tadi. aku cari-cari dalam beg. pintu lif sudah tertutup.  tapi aku masih mencari kunci…oh, mesti tinggal kat dalam pejabat tadi. baru nak tekan butang ‘open’ lif itu turun. berhenti di tingkat bawah sekali. takde orang. mungkin lif lambat turun, jadi orang tu nek tangga kot. aku biarkan lif tertutup. baru aku nak tekan tingkat 3…lif sudah naik. terus menuju tingkat 3. aik…suspen dah ni! tak tekan lagi ni dah naik tingkat 3. situ ada pejabat aku jer. orang pun takde, sape plak yang tekan. aku duduk je dalam lif. menelan air liur. melihat dulu dengan jelingan manja.

aku langkahkan kaki kanan dengan bacaan Bismillah. terkumat kamit mulut membaca apa-apa yang patut. aku terpandang di depan pintu, kunci kereta ku. oh..lega, takyah masuk pejabat balik. jadi, aku capai kunci kereta tu…tiba-tiba tangan ku di sentuh oleh seseorang.

“pergi mana ni?” aku toleh perlahan-lahan ke arah seseorang itu.

“akak nak pergi toilet ni tau. kunci tak bawa.” kata kakak tersebut.

siapa ni? soal aku dalam hati. aku tak kenal pun. dia kenal aku ke?

“Kenapa diam?” soal kakak tu kepada aku. memangla aku diam, tak kenal. kang cakap kang malu.

“err…ni pejabat akak ke?” soal aku balik.

“Lar…apa ke soalan ko tanya akak ni? akak kan keje sekali ngan kau.” ah sudah! lagi suspen ni…setahu aku ader 2 orang je staff pompuan. aku dan isteri majikan ku.

“yeke? kenapa saya tak perasan akak?” tanyaku berpura-pura lagi. takut pulak orang ni ade niat lain.

“memang la…sebab….sebab….”

aku menanti jawapan kakak tu. sebab ape pulak aku leh tak perasan ni? soal aku kebodohan sendiri.

“Sebab ape eh? akak pun tak kenal kau sebenarnya. ni bukan pejabat Star Regent ke?” soal akak tu.

aku dah pening. giler ape akak ni. “entahlah kak, saya pun tak tahu. saya cleaner je kat sini. tadi bos saya yang suh saya naik amek kunci kereta dia tercicir” jawab aku dalam keadaan binggung.

Kakak tu tengok aku semacam. Apa hal la kakak ni. telefon berdering. yang pasti bukan ringtone aku. Kakak tu keluarkan henpon dia yang kaler pink.ololo..cantik nya. “Helo..ha…apa? ” begitula lebih kurang.

kakak tu letak tepon. dia pandang aku lagi. macam nak telan orang. dia datang dekat dengan aku. aku undur dan undur. dia pegang bahu aku dan berkata ;

“dik, sorrylah. akak salah pejabat la. baru sehari akak keje kat sini. tadi kawan akak call, dia tunggu akak tak sampai-sampai” muka akak tu kemerahan. hohoho………..salah pejabat rupanya! kakak tu pun terus turun menggunakan tangga. ala 3 tingkat je pun. malu sangat la kot.

tapi persoalannya…macam mana aku leh tak perasan dia waktu keluar lif dan macam mana lif tadi leh bergerak dengan sendirinya tanpa di tekan tingkat berapa?? misteri nusantara…………………..

sekian terima kasih.

*cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia.

sekilas : haha..takde idea nak tulih.

Posted in me - Tagged kerja, kisah seram

apa entri yang dikatakan berilmiah?

Jun29
2010
1 Comment Written by Sekilas

dulu sewaktu aku belajar di UiTM, Pensyarah selalu bising-bising mahukan satu ulasan filem yang berilmiah. Ramai kawan-kawan yang menghantar assigment telah di ‘reject’ oleh para pensyarah ini. aku termasuk daripadanya.ulasan filem satu muka surat pun tulis merapu. paling femes sekali semua nak cerita pasal konti, pemilihan pelakon, lighting, dan kamera. memang itu ilmiah..tapi mereka yang tak belajar filem juga rasanya boleh mengulas seperti itu. aku faham kehendak pensyarah itu. tapi, aku memang tak pandai mengulas. haha…

setahun sudah aku meninggalkan alam universiti. aku sudah lama tidak mengulas filem secara ilmiah. sudah lama tidak mencari quatation yang berguna untuk dibahaskan bersama kawan-kawan. lama juga aku tidak menyentuh aspek-aspek teknikal. dulu waktu masih belajar, kalau menonton wayang, kami bukan sahaja melihat jalan cerita. kami tengok lighting, tengok pergerakan kamea, tengok konti pelakon, tengok letak duduk pelakon, metafora, dan sebagainya.

kalau dulunya arwah Dr. Anuar Rai mengajar, sekecil-kecil benda di dalam filem pun dia masih boleh kaji dan menyatakan ia bersebab di adakan di dalam filem. contohnya babak seorang lelaki minum air dan gelasnya diletakkan di atas meja. persoalan yang akan dikaji, kenapa gelas tersebut diletak di atas meja di bahagian tengah-tengah. pasti bersebab. mula la pelbagai idea kreatif pelajar-pelajar akan keluar…sedangkan pengarah takde nak bawa maksud apa-apa pun. dah takde tempat nak letak, letak jela..kebetulan plak pelakon letak kat tengah2..ye tak? kalau korang apa yang korang fikir? hurm..bergantung jugak pada jalan cerita.

kadang-kadang idea akan diterima, kadang-kadang ada juga pensyarah yang memperlekehkan kami pelajar-pelajar..idea tidak berkembang, tak ilmiah, budak sekolah pun boleh menjawab seperti itu dan sebagainya.

Sekarang ini, kalau aku tengok wayang, aku terus menghayati cerita dan beremosi tanpa memikirkan, pelakon itu memakai baju yang lain dalam babak yang sama, atau cahaya di bahagian mukanya gelap…tahu-tahu aku menangis sebab terlalu sedih heronya mati, atau mungkin gelak ketawa sekuat hati kerana lawaknya cerita itu.

itu bercerita tentang ulasan filem sewaktu aku belajar dulu. rasanya aku tak mampu untuk buat ulasan seperti itu sekaran ini. banyak aje terma-terma yang aku dah lupa. dan tokoh-tokoh filem berapa sangat yang boleh aku ingat. lagi pulak kerjaya aku sekarang tidak menggunakan istilah-istilah filem. huhuhu…semakin aku melupakan pengajian filem ku di universiti. aku kagum melihat kawan-kawan yang berada di dalam industri sebenar yang diimpikan. niat aku masih tak tercapai. dan mungkin jauh perginya dari diri aku ini.

bagaimana pula aku ingin membuat entri yang berilmiah di dalam blog aku ni? siapakah tokoh-tokoh yang perlu aku sebutkan. hurm, rasanya dalam blog bersifat peribadi ini juga tiada entri yang berilmiah. sekadar cakap-cakap kosong dari aku. kisah hidup, kisah cinta, kawan..melepaskankan rasa marah. geram. suka dan duka.  masih adakah pembaca yang ingin mengunjungi blog ini membaca kisah-kisah itu. atau mereka sebenarnya mahukan penulisan yang berilmiah yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.

jika itu yang kalian cari, maaflah tiada di sini. aku tiada daya atau lebih kasarnya aku dah tak suka berfikir secara ilmiah. entah kenapa…otak ini tidak mahu belajar mengkaji di sekitar. mungkin perlukan latihan satu hari nanti agar kembali cergas. aku tidak mahu menjadi lembab dicampurkan dengan bodoh kerana tidak dapat berfikir secara kreatif. aku ingin maju kehadapan dan menjadi orang yang berjaya.

sekian sahaja entry yang sebenarnya tiada faedah!

sekilas : lihat..di manakah enrty yang berilmiah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me - Tagged entry ilmiah, ilmiah, ulasan filem
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress