Archive for the ‘merapu’ Category

Ceritera Dunia

Tuesday, June 1st, 2010

Ketika hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya, aku di sini dilanda kesejukan yang separa maksima. Ku melangkah kaki menuju ke pantry dan membancuh secawan kopi panas untuk mengurangkan rasa sejuk pada diri.

Hakikatnya, aku tidak gemarkan kopi susu, tapi ku telan jua kerana aku sendiri tidak mempunyai stok milo 3 in 1. jadi apa sahaja rezeki di depan mata tidak ragu-ragu lagi untuk ku sambar. sambil mengunyah-ngunyah goreng pisang yang dibeli oleh Puan I , ku borak-borak kosong menemaninya menjamah nasi yang dibeli oleh suami tercinta.

Tatkala pabila En Z datang ke pantry untuk sama-sama menghabiskan pisang goreng itu, aku mengangkat kaki ke meja sendiri. mungkin segan berdepan dengan lelaki itu. huahuahua..takdo kono mengono.

Menyudahkan beberapa kerja yang tak sudah. Menyelak-nyelak laman web yang perlu ditokok tambah dan melihat susun atur jadual sendiri dengan list-list yang bertanda. Siap. tapi ade 3 perkara yang perlu disuarakan kerana aku seorang manusia yang serba kekurangan mengenai hal-hal kerja di SL ini. tapi melihatkan En. Ad kesibukan di sebelah, ku padamkan niatku untuk bertanya.

Melihat to do list, ade kerja yang perlu diselesaikan…tapi perlukan kepastian dari En. Ad kita. Takpe..kubiarkan dulu sebab dia pun tak beri apa-apa maklum balas untuk menyudahkan tugasanku itu.

Sementara menunggu waktu Asar berkumandang (time ni dah masuk waktu pun) ku coretkan kata hati di diari hidupku ini. Kualunkan jari jemari menekan punat berbentuk empat segi di atas ini dengan pelbagai tanda huruf dan tanda aras dan tanda-tanda yang sewaktu dengannya. Maka terhasilnya entry ini.

Sebenarnya sebelum tadi aku baru sahaja berjalan-jalan di alam maya melihat perkembangan mengenai Israel yang kejam menyerang kapal Mavi Marmala yang dalam usaha menghantar bantuan ke Gaza. Lebih menyedihkan apabila rakyat Malaysia juga terbabit di dalam misi itu. Allah sedang menguji hamba-hambaNya di dunia. semoga umat Islam lebih berwaspada dan selamat dari sebarang penindasan terhadap agama mulia kita ini.

Pic google

Nampaknya akan kembalilah isu memboikot barangan Israel lantaran kekejaman mereka berterusan dan melibatkan negara kita.Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah SWT. sama-samalah kita berdoa. maaf, coretan terhenti di sini.

sekilas : En. H sudah selesai solat, tiba giliran saya :)

Selamat Petang : balik kerja mau buat ape?

Wednesday, May 26th, 2010

aku pun tak tahu..korang tahu?

nak berjalan2 duit takde. tapi ade hati nak makan pizza hut ni…kalau korang nak join aku, jom jumpa di Pizza Hut di area Bangi..katne..PKNS eh?

okela..selamat petang, selamat bekerja bagi yang masuk keje petang..selamat pulang ke rumah bagi yang dah balik kerja…selamat menempuh jem! hehe..

sekian terima kasih.

credit pic : here

sekilas : aku dikategorikan sebagai balik kerja petang…ngee~~

Mari belajar membuat kraftangan.

Thursday, May 20th, 2010

Mungkin korang yang bercita-cita nak buat kraftangan boleh merujuknya di sini. ia sangat mudah dan tidak memerlukan perlatan yang sangat banyak.

Anda pasti akan menjadi kreatif dengan menonton cara-cara membuat kraftangan ini yang diberi nama

“Kraftangan penenang jiwa”

cilok dari sini

sekilas : senyum semua!

Pengalaman memberi pengajaran kan?

Wednesday, May 19th, 2010

itu pendapat aku yang masih muda belia ni. 25 tahun kira belia muda negara lakan…25 tahun hidup pun aku rasa macam2 hal yang aku dah tempuh. *kecuali zaman berkahwin la sebab i single but not available oke*

setiap hari aku akan belajar benda baru. tak kisahla dari segi pembelajaran kerja, perbualan, memahami sikap lelaki dan perempuan, memahami tugas sebagai seorang ketua, memahami bagaimana menjadi seorang pekerja, memahami hati seorang adik kakak, menyelami perasaan seorang sahabat dan sebagainya.

Ada beberapa perkara yang kadang-kala menyentuh perasaan aku sebagai seorang manusia yang bergelar adik, anak, kawan, kekasih, perempuan dan sebenarnya sebagai hamba Allah. perasaan itu pula pelbagai gembira, sedih, marah dan lain-lain.

Hari ini aku menangkap sendiri maksud pembelajaran yang ku rumuskan diakhir nya…

“Hidup bukan semudah yang disangka. mempelajari ABC juga tidak mudah bagi seorang kanak-kanak. Jangan juga kita melihat kegembiraan seseorang itu cukup sempurna bagi dirinya kerana siapa tahu di hatinya penuh gelora dan seribu satu masalah yang tak dapat diungkap dengan kata-kata dan riak wajah”

aku, kau, mereka dan sesiapa sahaja…sentiasalah menginsafi setiap yang berlaku di sekeliling dan bersyukurlah kerana hidup kita sebenarnya lebih baik berbanding mereka yang lain.

p/s : entry ini mungkin sukar untuk kalian fahami. tapi aku menulis dari hati.

sekilas : ketakutan pasti akan memberi kekalahan kepada diri. aku harap ia tidak terjadi pada aku.

Anak Perak Ditauliah Sebagai Admin

Monday, May 17th, 2010

Assalamualaikum. Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada cik norfa kerana memberi peluang kepada saya untuk memegang jawatan yang telah lama saya nantikan iaitu menjadi administrator kepada Sekilass.com. Terima kasih kepada beliau kerana memberi kepercayaan sepenuhnya menguruskan blog ini semasa ketiadaan beliau. Saya berasa cukup terharu, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik beliau.

Saya berharap semua pembaca setia sekilass.com supaya meneruskan sokongan anda kepada saya. Tanpa anda semua, siapalah sekilass.com di mata dunia. Dengan amanah yang diberikan ini, insyallah saya akan menaikan nama sekilass.com yang sememangnya telah melonjak naik. Akhir kata sambutlah salam satu Malaysia dari saya.

Yang Benar,
Anak Perak
http://anakperak.com

sekilas : demi menjaga maruah anakperak aku publishkan juga entry yang dia tulis ni. barula nampak dia kacak dan bergaya! hakhakhak! Untuk perhatian ramai jawatan ini hanya akan kekal sekiranya dia bantu aku dalam hal-hal blogging. kegagalan membawa padah. AWAS!

maaf!

Friday, May 14th, 2010

Maaf!

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Aku sangat lapar! Tak dapat update blog!

If I were to die tomorrow…

Wednesday, May 12th, 2010

Do you want to say something to me?

No.

But this is for you…

I’m sorry

&

I love you more than you know!

UPDATE : Apa yang jadi sebenarnya?

Sunday, May 2nd, 2010

Pagi ini aku keluar dari rumah awal pagi…bukan nak menunjuk-nunjuk aku bangun pagi di hari cuti..cewah!

itu pun kemain liat nak bangun…Mak dah panggil berkali-kali. yela semalam punya jalan-jalan bukan main syok..main bowling bagai..mendukung si kecik Anis Suffiyah bagai…pergh…memang leh patah pinggang aku. okey..itu cerita lain yang akan aku share nanti di lain entry.

Aku ke petrol pump berhampiran untuk mengisi minyak. Sampai jer…aku park kerete di pump no. 2. Kemudian, aku matikan enjin dan keluar menuju ke kaunter.

Sampai di kaunter aku hulur duit rm30 tapi nak isi rm25 jerk…rm5 tu leh wat beli air kan.

Aku duk fikir baju aper nak pakai ke AIM malamnidi PWTC.kata June warna hitam…dia siap beli baju baru kot! hahaha…aku tak beli. mana yang ada nanti aku pakai. tapi kalau takde kang aku gi beli la jugak.hakhakhak…

Sampai di kereta aku buka penutup tangki minyak aku. ku hulurkan tangan ke arah pump dan ambil…telah ku isi minyak sehingga rm 3 …baru ku perasan…….

A. Aku isi Diesel dalam tangki.

B. Enjin keretaku tak dimatikan.

C. Duit aku dalam poket dah abis.

D. Anak buah aku keluar kereta.

Jika anda bijak bistari..apakah jawapannya….huhuhu…

UPDATE : jawapannye ialah C …hehe…

selepas ku dapati duitku kehabisan maka selesai sahaja mengisi minyak…aku pun masuk balik dalam petronas tu pi ATM machine dalam tu…hakhak….END!

sekilas : huhu..hari minggu nak wat kuiz.

apa aku layan sekarang?

Tuesday, April 27th, 2010

Kenapa hari ni aku tak rajin sangat nak wat entry. kerana aku ada beberapa perkara mustahak perlu diselesaikan. hurm…walaupun begitu nampaknya sekilass.com masih lagi dapat menghupdet satu entry sehari. InsyaAllah…cuma kadang-kadang bila aku wat auto publish dia miss schedule. tah kenapa aku tak tahu.

Dalam kesibukan melakukan kerja…aku juga sempat lagi menjengah twitter, Facebook, dan juga blogwalking. Alasan terbaik berbuat demikian untuk menghilangkan stress sebab menghadap kerja tu terlalu lama. aku rasa bos aku leh terima kot! sebab dia pun ada twitternya. lagi pula dia ada iphone yang sangat canggih itu. hehe…

Dalam ber fb’ ing aku sempat jugak main game. haha..orang lain dah berpuluh-puluh ranking..aku ni baru nak bertatih. tetiba macam syok plak.

hehe…dulu syok main pet society..skrg layan mafia wars dah. aku tengok orang len punye level dah beratus ratus dah. aku ni baru 27. saje rileks2 main…

okela sambung buat kerja…kalau boss baca aku duk main game naya je kan. sebab rasa macam dah kantoi ni blog ini di office…love peace no war k…

p/s : pada warga SL yang membaca ni..terima kasih.hehe..sudi jugak jenguk2 yek. tapi ssyhh..jangan bising2..dendiam je yek..huhuhu.

sekilas : telinga bingit dengar bunyi construction entah dari arah mana kat office ni!

Tabahkan hati

Friday, April 2nd, 2010

Hari ni baca kisah kehilangan seorang ayah daripada blog seorang sahabat.

Air mata aku mengalir tapi ku kesat.

sedih melihat kisah kematian.

Siapa pun boleh membuat aku menangis jika tahu di mana lemahnya aku?

oh aku sangat sayangkan keluarga aku dan TAKKAN pernah aku dapat bayangkan, jika aku kehilangan mereka seperti yang berlaku pada sahabat-sahabat yang lain.

Tabahlah kalian di atas pemergian insan tersayang. dan semoga satu hari itu nanti, orang lain juga tabah di atas pemergian kita…

tetapi bagaimana sebenarnya untuk menjadi seorang yang tabah? aku tak tahu. sebab aku belum lagi lalui perasaan seorang yang tabah menerima kenyataan. biasanya aku mesti akan rasa kecewa dan jarang-jarang dapat akui hakikat untuk pertama kali…hanya selepas itu baru aku terima. semoga kita tetap tabah pada satu hari itu nanti!!

sekilas : aku tetap aku!