• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category merapu

Berdosakah Aku?

Mar18
2012
3 Comments Written by Sekilas

Kiranya aku tak pernah menjamah Tutti Frutti…

Salahkah aku kalau tak pernah tahu apa rasanya Tutti Frutti tu?

Gambar amik kat sini

Apsal kalau orang dapat makan menatang ni depa pi updet kat blog, fb, twitter….argggggh!!

sekilas : Selamat berhujung minggu!

Posted in me - Tagged Tutti Frutti

Pernah fikir tak apa terjadi pada blog sendiri kalau kita mati?

Feb22
2012
2 Comments Written by Sekilas

Pernah? Agak2nya time tu ramai lah yang tinggalkan komen. tapi kita memang tak akan baca pon. Antara alam barzakh dan dunia, memang terpisah abis kecuali doa anak yang soleh.

Jadinya, pernah bagi password dan user pada orang-orang tertentu? supaya apabila kita tiada nanti, blog ini boleh la ditutup serta merta. heh.

Itu niat aku la. Kalau aku dah tak ada…buat apa orang nak baca nukilan orang yang dah meninggal ni. agak seram pulak. haissh..kalau nukilan tu ilmu berguna tak apa jugak. buatnya benda yang merapu tak tentu arah. haaa…guane tu?

tapi sejak-sejak ada orang pantau blog aku ni, aku pun berhati2 dalam menulis..dan kalau boleh entri lama2 yang tak berkaitan dan boleh mendatangkan fitnah dan dosa tu, sebolehnya aku remove.

Oh ye, janganlah fikir semacam dengan entry ni. saja-saja terfikir. sebab sebelum ni ada jugak blogger yang dah kembali ke rahmatullah. maka aku terfikir, ada tak orang tahu password dia untuk manage blog dia…kadang2 siapa da ahli keluarga sambung lagi legasi blog itu. kaan?

Oh kalau aku..mungkin yang akan tolong tutupkan blog ni, kakak aku la. hehehe…kalau tak akak aku pun, suami kan ada. dia semua password alam maya aku ni dia tahu. apatah lagi benda yang sulit2. hikhik..

oklah…cau cin cau…nak buat kerja. selamat bertugas semua.

sekilas : dah hujung2 bulan ni, mula la bawa bekal gi opis. hihihi..lambat plak gaji nak masuk ye tak hubby?

Posted in me - Tagged my blog

Impian yang tidak tercapai

Feb18
2012
2 Comments Written by Sekilas


sumber : sini

Berapa ramai di antara kita yang ada macam-macam impian di kepala otak tatkala duduk termenung seorang diri.

Ada yang mengimpikan untuk mempunyai perniagaan sendiri, ingin menjelajah ke seluruh dunia, ingin berkahwin dengan putera raja, ingin memiliki gadis yang punya paras rupa menawan.

tapi berapa ramai yang sedar bahawasanya mengejar impian itu perlukan usaha. bukan setakat nak berangan sahaja, angan-angan terus dapat kan. Dan bak kata Anuar Zain “Cinta tak harus memiliki” . Macam mana sukanya kau, macam mana teringinnya kau terhadap sesuatu perkara…adakalanya ia bukan untuk kau. Dan kau bukan untuknya.

Tapi, percayalah setiap dari kita mempunyai bahagian masing-masing yang telah Allah tetapkan untuk setiap hambaNya. Kalau kita usaha, maka cepatlah kita dapat bahagian kita. Kalau lambat maka lambatla. malah kalau kita usaha lebih, mungkin kita dapat lebih daripada apa yang telah disediakan untuk kita.

Untuk itu, saat aku bermuram durja, saat aku berduka dalam memikirkan impian aku yang tidak terlaksana, aku selalu menganggap, Tuhan mahu memberikan yang terbaik kepada aku pabila aku tidak dapat memiliki sesuatu yang aku inginkan itu.

Ya, kadang-kadang kita tak sedar, saat kita melepaskan / redha dengan keadaan tidak memiliki sesuatu atau seseorang, kemudiannya Tuhan berikan pula kepada kita sesuatu / seseorang yang jauh lebih baik daripada apa yang kita idamkan sebelum ini.

Misalnya, Kau teringin benar menjadi seorang wartawan. Minat. Tapi, kau gagal dalam setiap temuduga. Akhirnya satu syarikat telah terima kau bekerja tapi bukan dalam bidang wartawan. Namun dengan kerjaya itu kau telah berjaya ke satu peringkat yang mana kalau kau kerja wartawan, kau masih di takuk lama. itu satu contoh yang mana kalau kita tak dapat apa yang ktia nak, maka janganlah terus mati. Pasti ada sesuatu lain yang lebih bersinar di hadapan.

Macam satu kisah mengenai pensyarah aku dahulu. Beliau kehilangan anak sulungnya yang tercinta saat masih bayi kerana tersedak susu. Sedih. Itula intan pertama dalam hidup mereka suami isteri. Namun mereka redha. Tidak lama kemudian, isterinya disahkan mengandung, Alhamdulillah, Allah kurniakan sepasang kembar kepada mereka. siapa sangka bukan? hilang satu, Allah berikan dua sebagai ganti.

Dan sekarang, kalau aku rasa down, rasa aku gagal dalam hidup aku, rasa aku tak gembira dengan apa yang aku lalui, atau apa jua jenis perasaan yang mungkin membuat aku tidak bersyukur, pasti aku kan kenangkan setiap peristiwa yang orang lain lalui.

Kalau kata hidup susah, ada orang lain yang hidupnya lebih susah. Kalau kata kehilangan insan tersayang, ada orang lain yang memang hidup sebatang kara tanpa kasih sayang. aku pasti akan baca perkara-perkara yang boleh memberikan motivasi kepada aku untuk terus hidup dan berfikir, aku bukan orang yang paling teruk di dunia ni sehinggakan tak boleh nak hadapi ujian dari Allah.

Aku perlu sedar, ada orang yang ingin berikan aku yang terbaik. tapi aku perlu bersabar untuk mendapat yang terbaik itu. Ya, kuncinya kejayaan kita pada hari ini adalah terus bersabar. Mari kawan-kawan, terus bersabar dan kuatkan iman kita. Insyaallah, pasti ada jalannya.

sekilas : walaupun agak kecewa, tapi aku yakin dengan pilihan ini.

Posted in me

Setiap Orang Melalui Kesukaran Dalam Hidup

Jan03
2012
6 Comments Written by Sekilas

Kisah hidup kita berbeda.

Kau, aku, dia, mereka ada cerita tersendiri.

Soalnya, bagaimana kita mengatasi dan menyelesaikan kesukaran hidup itu?

Bagaimana?

Posted in masyarakat, me - Tagged hidup, masalah

Aku Berada di Bima Sakti Ketika Ini

Aug02
2011
3 Comments Written by Sekilas

Mode : Menjadi Astronaut

Gambar time aku berlepas ke angkasa!

s

On the way tu, aku dah excited dah nengok keindahan Ciptaan Tuhan.

Okay…dah selamat tiba.

Wow!

Tolong aku kena culik dengan alien!!!

Semua gambar aku gugel jek!

sekilas : betul2 belajar astronomi aku ni…

Posted in me - Tagged astronomi

Kota ini tidak sepi

Jun10
2011
1 Comment Written by Sekilas

Kota ini tidak sepi
Pada waktu begini masih penuh dengan deruman enjin kereta
Masih banyak motor-motor yang memecut laju ke kiri dan kanan
Lampu jalan tidak padam selagi tiada gangguan elektrik

Kota ini tidak sepi
Manusia masih ada yang bersengkang mata
Tapi bukan kerana ibadah kepadaNya
Terkadang hanya borak kosong soal dunia

Kota ini tetap begini
Walau ada yang bersujud kepadaNya dihening malam
Namun, ia tetap begini
Yang kaya terus kaya
Yang miskin terus miskin

Jangan pernah sekali kita menidakkan takdir itu
Tuhan menguji manusia mengikut kemampuan
Semoga kota yang tidak sepi ini akan terus segar di malamnya
Tapi hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya

Selamat Malam saat ini ditulis.

sekilas : kota ini sepi tatkala dunia ini musnah

Posted in Kisah-kisah itu - Tagged kota, Selamat Malam

Makan atau Tidur, Mana Lebih Baik?

Apr28
2011
4 Comments Written by Sekilas

Aku pilih MAKAN.

Sebab lepas makan dan makan. kalau aku tahan mata tak tidur pun nanti aku tidur jugak.

p/s : kenapa berita kat TV ni asik cerita kes pacik Anwar Ibrahim tu? boring! nak tunggu smpai pilihanraya ke apa?

sekilas : kenapa aku lapar?

Tagged berita, makan, tidur

Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah

Mar27
2011
3 Comments Written by Sekilas

hohoho…adakah ia satu peribahasa? kesimpulan? tatabahasa? atau yang sewaktu dengannya. Berapa ramai yang seuju dengan title aku tu?

Bagi aku orang yang hidup senang lenang ni pun pasti ada saat getir pahit manis suka dukanya sebelum meraka melangkah kaki menjadi orang kaya atau hidup senang lah kata orang. mungkin bermula dari bawah atau mungkin mewarisi kekayaan keluarga *yang ni tak ada la susah mana pun kan. lahir-lahir je dah kaya*

Dan hidup kalau menyusahkan orang juga amat mudah. *contoh yang lahir-lahir je dah berlagak kaya* Nak apa minta aje. suruh aje. Arah aje. Wah…kemain cekadak kau yer. Itu kalau menyusahkan orang la. Kalau hidup tiba-tiba dapat susah pun senang sangat. Buat benda bodoh, atau mungkin berlagak pandai, atau mungkin malu bertanya, atau mungkin tak nak berusaha, akhirnya hidup susah. senang je kan?

Anda tergolong di antara yang mana? yang berusaha dari bawah untuk hidup senang. atau anda memang hidup senang? atau anda pernah hidup senang tapi akhirnya susah? atau anda maintain hidup sederhana yang mana anda rasa susah anda rasa senang?

Atau…anda tiada jawapan untuk soalan aku tu. tak tahu hidup anda senang atau sedang menyusahkan orang lain. okay, aku tergolong dalam situasi macam hidup susah dan senang pada ketikanya. bukan hidup senang macam orang-orang kaya. tapi adakalanya tak sedar diri tu susah, tapi nak jadi senang.

ok bye. aku rasa entry ni dah ke laut. layar entah ke mana. seperti fikiran ku jua. tak dapat menunjuk arah. sekian terima kasih.

sekilas : saat-saat ini aku sangat rindukan zaman kanak-kanak aku. Tapi masa tak akan berputar kembali kan?

Tagged susah senang

Pertama kali dalam hidup aku

Feb23
2011
1 Comment Written by Sekilas

Hari ini sementara buat research untuk RMC nak study website dan menunggu translation Mandarin, marilah menghupdet blog selagi boleh. hihi…

Tahu maksud pertama kali? pertama kali adalah nombor 1. pertama kali adalah satu keadaan di mana kau buat atau kau berada atau..arggh…takyah explain lar. hihi…

Adakah kamu masih ingat saat pertama kali sesuatu itu berlaku dalam hidup kamu? Mari melihat pertama kali dalam hidup aku yang aku masih ingat.

1. Pertama kali aku buat blog

Yer..pertama kali aku baut blog menggunakan url http://norfa08.wordpress.com. dan entry pertama aku bertajuk “eksperimental” ia berkaitan dengan project untuk subjek Eksperimental yang telah diajar oleh arwah Dr. Anuar Rai. Itulah pertama kali aku buat entry di dalam belog. bertarikh 27 July 2007. hampir 3 tahun juga aku dah mengenali apa itu blog.

2 Pertama kali aku buat Twitter

Tahun  lepas kot. keh3….itu pun sebab akak aku suruh buat. nak join Nuffnang punya contest tu. time tu dah daftar twitter pun tak reti jugaklah hai nak guna macam mana. nak update apa. semuanya blurrr….tapi aku tak ingat lar orang pertama yang aku sakan sangat bertweet. aku kenal pun dari kakak aku tu la..tah sape tah. tak ingat pulak aku. dan ketika entry ini ditulis aku baru tweet 9251 kali. hoho..orang lain lagi berpuluh ribu kot.

3. Pertama kali jejak kaki ke Universiti.

Yeaaahh…pertama kalinya pada tahun 2003. aku tak ingat tarikhnya. tapi kalau aku selak balik surat tawaran time diploma dulu. mungkin aku akan jumpa. dan time tu yang menghantar aku ialah mak ayah dan kawan baik aku June. eh kalau tak silap aku ada Anak buah aku Aisyah skali. sebab aku ingat lagi gambar yang kitorang amik kat depan kolej Seroja. Pakai baju kebaya kaler pink lagi. time tu tak pakai tudung. takleh ler nak upload gambar tu kat sini. keh3…aurat..aurat.

4. Pertama kali aku bekerja

Di sebuah pasaraya Hong Kiong ke ape tah. kaler hijau pasaraya tu. time tu jadi promoter untuk brand Anakku. syokk keje situ. sebab buat OT je dapat duit lebih. dan kebetulan rumah dekat. jalan kaki je pergi kerja, makanya begitu banyak lah aku dapat gaji aku kan.

5. Pertama kali dapat lesen kereta

Tahun 2007. ngeh3…tapi itu lesen P. kalau lesen penuh tahun 2009, bulan 12. Siap amik gambar tunjuk kat My Cinta lagi. Dia punya menyampah, siap cakap “eleh orang dah banyak kali renew lesen tak kecoh pun” hahahha…biar la..jeles kan sebab pertama kali dapat dulu B tak sempat amik gambarkan kan. hihi…

hihi..banyak lagi pertama kali yang berlaku. tapi setakat ini sahaja la…tiba2 ada kerja nak buat plak. Korang macam mana pulak? mesti tiap-tiap benda ada pertama kali kan? share la sket. kalau nak update kat blog pun okay. bagi link, aku terjah nanti.

sekilas : pertama kali bertunang boleh kira? hahaha…takleh ar..sbb biarlah itu pertama dan terakhir kali.

Posted in me - Tagged pertama kali

Yahoooo….Blog updated!

Feb18
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Selamat hari Jumaat.

Hari ini saya update belog. sekian terima kasih.

sekilas : keroje banyak, nanti2 buat entry serius plak. hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tagged my blog
← Older Entries

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress