Assalammualaikum.
Saya agak terkejut dengan segala macam feedback yang saya terima. dan saya pasti pihak ‘sana’ juga turut sama terkena tempiasnya mengenai entry ini.
Saya mahu anda semua bertenang. Ada beberapa komen yang gayanya terus mengkritik pihak sana. dan ada juga yang mengkritik saya, dan ada jugak yang menyalahkan pihak groupon.
Sebenarnya ada benarnya kata sesetengah feedback yang saya terima. Mengenai kebodohan saya kerana mempercayai deal yang terlalu murah! yes! Terlalu murah. Dan mungkin juga ia salah pihak groupon kerana membenarkan terlalu banyak pembeli. Bak kata pihak sana’, mereka pun tak expect terlalu ramai pembeli mencecah 200 orang. Mereka cuma anggarkan 20-30 orang sahaja.
Bagi semua orang, kes ini seperti terpedaya, tertipu dan sebagainya. Itu juga yang saya rasakan. Tapi benarlah, “What you paid is what you get”. Saya cuma rasa ia tidak adil itu sahaja. Bagi menuntuk keadilan pula, saya tidaklah sehingga ingin membuat laporan ke tribunal, atau kemana-mana pihak berkaitan. Saya tidak punya niat sehingga ke situ.
Malah saya pun tak berharap pihak di sana memberikan sebarang penjelasan. Walaupun saya tahu mereka sudah pun membaca nukilan saya. Saya tak minta sebarang ganti rugi atau sebagainya. Saya cuma mahu mendedahkan perkara ini agar semua orang berhati-hati dengan deals yang terlalu murah, atau mungkin jangan terpedaya kerana pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan tawaran murah itu.
Kalau anda semua lihat video-video mereka, nescaya anda yakin mereka mampu berikan yang terbaik. Saya tak nafikan hasil kerja mereka pada video-video pelanggan yang lain. Malah saya tidak tahu pun nilai video-video itu? adakah ia bernilai RM1200 untuk 5 minutes montage. i dont even know!
Kerana terpedaya melihat video lain yang cantik dan mengharapkan hasilnya seperti itu, maka saya rasa saya tertipu. itu sahaja…Saya tak mahu jugak kerana perkara ini, mampu menganggu kerjaya mereka di syarikat itu. Mereka manusia yang melakukan kesilapan sama macam saya. Saya akur dengan itu.
Janganlah anda semua terlalu menghentam mereka. Saya membaca status mereka di facebook,
Thanks to all your comment,
We admit the groupon was a big problem for us, we dint want 200, we were only looking for a few, 200 are numbers beyond our wildest expectations that is years of work cramped to a few months, we thought of getting 20 maybe 30, even groupon was sceptical that we would sell any groupons, as the ones before us all had failed, so they started it with minimum number of purchase and maximum number of days to purchase. We wont be having anymore groupon promotions in the future. Its just a stepping stone to penetrate the malaysian market.
We try to give our level best to all our customers, even through all the long days, and many sleepless nights, we truly apologize if we are not to your expectations.
Here we apologize again, we understand that through this we may have ruin our business, but we can only learn from this, we have learn a lot and We only hope to get better.
To Munirah, thanks for all your support
![]()
Munirah itu mungkin salah seorang client mereka yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Mungkin dia bayar lebih. tak seperti saya hanya RM120 untuk 5 minutes montage. Walaupun begitu, saya tidak kata saya menyebelahi mereka. Cuma saya terima sahaja apa yang berlaku dan mahu orang lain tahu mengenai pengalaman saya. Seperti yang telah saya nyatakan pada entry saya ini. Saya cuma mahu mereka jadikan ini sebagai pengajaran agar tidak mengulanginya lagi. Malah berikanlah perkhidmatan/layanan sebaik mungkin kepada pelanggan walaupun saya cuma membeli sebatang pensil di kedai kamu. Anda faham maksud saya bukan?
Ramai yang meminta saya untuk menguploadkan video tersebut, tapi suami saya tidak izinkan. Mungkin bagaikan tidak adil bila kamu semua judge tanpa melihat hasil sebenarnya bukan?Saya tahu itu. Tapi cukuplah sekadar apa yang anda lihat. Saya tak mahu ia terus menjadi cerita orang. Lagipun, saya juga tak tahu begitu cepat berita seperti ini tersebar.
Kawan-kawan yang tak tahu kewujudan blog saya pun tiba-tiba beritahu saya hal ini. =) terima kasih dengan keperihatinan anda semua.
Saya berharap kita boleh lalui hidup seperti biasa dan melihat ini sebagai satu pengajaran tanpa perlu menunding jari kepada sesiapa lagi. (hati berdarah sudah kering, cuma lukanya belum sembuh, kelak pasti akan pulih)
sekilas : Mungkin ada di antara kamu semua tahu, macam mana saya nak uploadkan video tersebut tanpa boleh seorang pun yang mengambil semula link itu dan mengambil video itu?
















