• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts in category me

My Last Raya As A ‘Single’ ~ Woha!

Sep04
2011
4 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.
Hai.
Apa khabar? Selamat Hari Raya. Hari ni dah masuk 6 Syawal kan? Korang dah puasa 6 ke? aku belum lagi. hehehe…

Hopefully hari raya korang gembira. Pada mereka yang kehilangan insan tersayang, aku ucapkan takziah. pada mereka yang mendapat kehadiran cahayamata baru, tahniah aku ucapkan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Aku takde apa pun nak hupdet….just nak bersihkan habuk kat blog ni. Lagipun kalau kira dari hari esok….ada 6 hari lagi menuju #MajlisKahwinNopa. Dan raya kali ni adalah yang terakhir sebagai anak dara…hehe…pasni raya ngan suami plak. woha~!!

hehehe…..takut tak? hahaha apa da….nak kahwin mana boleh takut. kuikuikui…takat ni aku takde rasa sgt debaran tu. kata kawan2, ko tunggu la 2 hari sebelum majlis. ha..kelam kabut kau. huhuhu…harap2 aku tak kelam kabut. kena tenang ni….

Dalam dupdapdupdap, mak aku nampak begitu bersungguh2 membuat persiapan. dia lah orang yang paling sibuk, walaupun dah cakap ngan mak takyah buat apa2…tapi, mak kan….mana boleh duduk diam. aku? hurm…mak siap bebel2…macam tak kawen jek..ekekeke…

Oklah, aku harap korang yang dijemput tu datanglah ye kenduri kawen aku…merangkap open house ler di hari raya ni. hehehe…pakej!

Aku mewakili keluarga Mahdi B. Ab Hamid & Rahimah Idris, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca sekilass.com dan seluruh umat Islam di dunia.

*Minggu depan kena ambik balik gambar ni, tambah sorang ahli kelaurga baru. hehehe*

sekilas : Eh,a ku dah test pakai iani tau…saje nak tgk merah ke tak? hehehe

 

Posted in family, peristiwa - Tagged Aidilfitri, Hari Raya Aidilfitri, inai, perkahwinan, selamat hari raya

Salam Aidilfitri Buat Semua Pembaca Sekilas ~ 1432H

Aug30
2011
3 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum. Selamat sejahtera.
Alhamdulillah, selesai sudah kita menjalani ibadah puasa. Ikutkan banyak je entry-entry di bulan puasa yang aku tertinggal nak buat. Gegambar pun sikit punya banyak snap, tapi tak publish2. huhuhu…

Hari ini 1 syawal, aku pasti ramai umat Islam pasti gembira..malah mungkin ada yang bersedih kerana Ramadhan telah meninggalkan kita. Adakah kita akan menemui Ramadhan lagi di tahun hadapan? Hanya Allah yang tahu…

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca sekilass yang tak jemu menjenguk blog picisan ni. huhu…terima kasih banyak-banyak.

Aku mohon maaf seandainya sepanjang pembabitan aku dalam arena blogging ni ada yang menyinggung hati dan perasaan sesiapa secara sedar mahupun tidak. mungkin ia tidak disengajakan.

Seperti yang sedia maklum juga, raya kali ini penuh bermakna buat aku. hehehehe… 12 Syawal 1432H bakal tiba untuk aku diijabkabulkan bersama pasanganku nanti. Doakan segalanya berjalan lancar ye. Dan semoga kami tergolong dalam hamba-hamba Allah yang diredhai. InsyaAllah.

Last but not least,

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. =)

sekilas : Takbir raya sememangnya menyentuh hati nurani ku.

Posted in peristiwa - Tagged Hari Raya Aidilfitri, suasana hari raya

Friday is Half Day! Horey~

Aug26
2011
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum semua~~

Ni mood tengah happy tahu? Hari ni Jumaat, kerja lagi. Tapi bos bagi half day! jadi harus gumbira tanpa sempadan.

So…Kalau dah half day, mood kerja memang ke laut la kan…hahaha….
Aku datang office tadi pun, kelihatan kereta tak banyak. jalan lenggang. aku syak ramai dah amik cuti nak balik kampung.

Pesan aku, agar semua pemandu bersedia sepanjang masa dengan keadaan sekeliling, jangan memandu laju, kereta diservis dengan baik sebelum memulakan perjalanan dan doa aku agar kalian selamat pulang ke kampung halaman dan kembali semula ke destinasi asal.

kalau dikira start esok…ada 14 hari lagi menuju #MajlisKahwinNopa. Lain macam plak rasanya. ekekeke…14 hari weh……kalau dah masuk esok, kurang 2 minggu tahu?

suspen betul. Sebenarnya lagi dihitung hari bahagia tu, lagi banyak benda yang menggelabah ayam nak buat. Dan banyak plak dugaan yang mendatang. Aku harap baik aku mahupun My Cinta sama-sama mengharunginya dengan tabah.

Oklah, mungkin speanjang hari raya, aku tak menghupdet sangat blog ni. Korang kena paham, aku busy bukan sekadar hari raya. tapi membuat persiapan menjelang majlis aku nanti. *berdebartahu*

Kalau korang rajin leh baca entry persiapan perkahwinan 2011 dan anak-anaknya. hehe. Kalau baru je jejak kaki kat sini, leh ler godek2 entry lama eh.

Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Aku mohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang aku kenal seandainya dalam sedar atau tidak aku ada buat salah kat korang, atau melukakan perasaan korang atau terambil pen sebatang tak pulang2 atau rosakkan kereta korang. percayalah itu semua berlaku secara tak sengaja atau tanpa dirancang. (cewaahhhhh~~)  Tapi buat PTPTN, jangan risau, kalau ada duit aku akan langsaikan hutang ku dengan mu. huhuhu *sedihplak*

sekilas : Muka ada senyummmmmmm…..

Tagged friday, hari raya, suasana hari raya, ucapan hari ibu

Majlis Berbuka Puasa Di Bangkok House, De Palma Inn Shah Alam

Aug25
2011
4 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.
Selamat Sejahtera.

Seperti yang korang sedia maklum, kelmarin (23/08/11) aku dan my cinta telah pun pergi berbuka puasa di Bangkok House sebab aku salah seorang pemenang untuk contest yang dianjurkan oleh madammondoq.

Actually, aku segan jugak nak pergi. Tapi memandangkan orang BELANJA, pastu ada 2-3 orang yang aku kenal, maka aku pun gagahkan diri pergi. My cinta pun segan tahu? hehe…

Thanks to Madammondoq dan Bangkok House yang menyediakan makanan yang sodap. Kekenyangan jugak lah aku. Konon nak berhenti sebelum kenyang, tapi masalahnya dah kekenyangan tahap perut buncit baru aku berhenti. Itu pun sebab ada lokasi lain harus dituju. maka aku dan my cinta angkat kaki beransur pulang. kalau tak, boleh sambung lagi seround dua. hahaha.

Ok aku tak bawa kamera pun untuk snap gambar lauk pauk dan pelbagai makanan yang dihidangkan. *oh tidak, time ni dah terbayang plak puding caramel kat situ* Puasa…puasa…sabar! heh.

Jadinya, agak sukar untuk aku gambarkan betapa bestnya makanan di sana tanpa gegambar. Kalau aku detailkan korang leh bayangkan tak? *Errr….takut batal plak puasa korang nanti.ekekeke*

Takpe…nanti aku link kan aje antara blogger yang pergi ke majlis tersebut semalam. so korang leh tengok kelazatan makanan di Bangkok House. Okay? Kalau ada henpon semalam, aku dah snap jugak. tapi memang henpon pun aku tertinggal kat rumah. jadi tak leh ler nak amik gambar bagai kan.

Antara makanan yang sempat aku rasa adalah kerabu mangga >>> ini sodap! sangaaattt sodap. ekceli aku memang suka kerabu mangga dan juga sontam. lagi pedas, lagi terangkat! ekeke…


Gambar ehsan : Teratakarmo (menyelerakannnnnn~!!)

Pastu butter prawn pun layan jugak. Kalau korang penah tengok ghupe butter prawn..sila bayangkan sekarang…fuh~~ best.

Ada gulai lemak ada ayam…Aku suka semua DESSERT dia. hambik ko semua tahu. puding caramel, pulut mangga, kuih muih, abc, bubur dan macam-macam lagi. nak senarai pun tak ingat dah. aku lapar ni! grrr….. pastu ada satu roti dia goreng ngan telur tak silap aku…ke dengan tepung ke apa..itu layaan…benda pertama aku rasa. haissh….korang kena gi sendiri la kat Bangkok House De Palma Shah Alam tu. Cuma RM45nett…murah dan layan beb~!!

Kalau rasa-rasa jauh nak gi kat Shah Alam tu, korang leh juga pergi ke cawangan di PJ. Kat PJ ni harganya murah sket untuk buffet buka puasa ni. RM39++. tapi plus plus tu, tak banyak mana la hai…kan…kalu nak di bandingkan dengan harga di restoran lain…belum tentu dapat harga rendah macam ni.

Pada yang tak tahu, Bangkok House ni menyediakan makanan berasaskan masakan Thai. Nama pun Bangkok House kan, mestila citarasa nya Thai. Kalau korang ni memang minat masakan Thai…apa tunggu lagi. pergi lah cair Bangkok House di Shah Alam dan PJ. DAn berita baik untuk orang di sekitar Kota Damansara. Satu cawangan lagi akan di buka di sana. Mudah-mudahan murah rezeki pengusahanya iaitu Puan Farah. Maaf sangat-sangat, tak dapat jumpa dengan Puan Farah malam tu.

So apa tunggu lagi, bulan Ramadhan bakal tiba di penghujungnya…Cepat segera ke Bangkok House untuk rasai buffet yang disediakan.

Sekali lagi, terima kasih kepada madammondoq dan Bangkok House untuk juadah berbuka yang istimewa ini…mudah-mudahan ada rezeki dan jodoh kita jumpa lagi ye… =)

Berikut adalah senarai blogger yang hadir pada malam tersebut, mungkin ada yang aku segan sangat nak tegur2 tu mintak maap sangat2 tau…hehe..

abang ensem
Eyriqazz 
Je Jai
Anak Perak (mamat ni ganti orang tak datang ni..hehehe)
Sizuka
Uzair
Tetikusrosak
Broframestone

(eh ada lagi kan…tak ingat..huhuhu…sedih tak?)

sekilas : yang dapat kad jemputan saya, sudi-sudi le datang kenduri nanti. 

Posted in contest - Tagged Bangkok House, blogger, hotel de palma, Madammondoq, makan-makan

Alhamdulillah, Menang Untuk Ke Majlis Berbuka Puasa Di Bangkok House

Aug23
2011
11 Comments Written by Sekilas

Sebenarnya aku tak tahu pun entry pasal contest yang aku join tu dah keluar. Itu pun anakperak tuit aku bagitahu aku menang dan bagi link kat aku.

Aku pun dengan pantas kelik, dan lihat keputusan.

Sebenarnya hanya 5 orang pemenang je kan yang derang pilih. tapi scroll bawah baca lagi, madammondoq pilih lagi 7 orang pemenang.

Untuk keputusan penuh leh tengok kat sini okay.

Alhamdulillah, rezeki bulan puasa menang contest dan dapat berbuka puasa bersama madammondoq di Bangkok House De Palma Inn Shah Alam. =) Terima kasih bebanyak sebab pilih saya.

Paling best sekali, aku boleh bawa partner crime sehidup semati aku…wahahaha…Aku pun terus call My Cinta, sebab dia kan kerja kat Shah Alam. Apa lah guna ke sana tanpa bertemu si dia. cewah~

Sekali lagi terima kasih kepada Madammondoq dan Pn Farah sebab sudi menganjurkan contest ini dan pilih aku sebagai salah seorang pemenang.

Kalau ikut list pemenang tu, aku cuma kenal bro eyriq, Bro Je jai, ngan Broframstone. hehehe…nanti leh borak2 ngan wifey bro-bro tu semua…errr…broframestone belum ada wife lagi kan? ekekeke…

sekilass : Jumpa di sana semua!

Posted in contest - Tagged Bangkok House, blogger, Madammondoq

Majlis Buka puasa bersama ex-schoolmate SMKPI

Aug15
2011
7 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan Selamat berpuasa serta selamat sejahtera.

Hai korunkkk!!  – oppps! over tau nopa ni.
Okay2, hari Sabtu lepas aku ada pergi berbuka puasa dengan kengkawan sekolah aku di Restoran Saba. Alhamdulillah, walaupun tak begitu ramai yang hadir, tapi seronok je jmpa kawan-kawan lama.

Ada yang memang lepas sekolah tak jumpa langsung, bila jumpa anak dah 2 orang tahu. aku? ek eleh..rilek lar, rami je lagi bebudak skolah aku single mingle dan bujang. wakaka…

Tairkh berbuka dah dirancang sejak bulan Julai lagi, supaya kawan-kawan dapat free kan masa. tapi masiha da yang terlibat dengan urusan peribadi. tak apa, ada rezeki lain kita berjumpa okay.


Ini 2 orang kategori kawan baik jugak lah time sekolah. satu kelas dengan aku. Yang bertudung, Akmar. Yang sebelah dia tu, Fiza. Fiza ni duduk depan rumah aku je…single lagi. boleh lah cucuk jarum. hahaha…aku dah book dia suh jadi pengapit aku nanti. boleh? ekekke…


Budak lelaki ni kawan sekolah aku. Nama dia Asyraf. aku panggil acap je. Dulu satu kelas juga. Sebelah dia tu kekasih hati agaknya. hehehe. Lupa dah nama dia. Tapi baik tau gadis ni. salam-salam kami yang perempuan ni sampai cium2 tangan. Aku pun konpius jap..eh acap, umur dia brapa? hehehe…Moga kekal hingga ke akhir hayat.


Eh sejak bila budak 2 orang ni satu sekolah dengan aku? hahaha….ekceli, kawan aku mdm June, ajak derang datang skali. sebab dia kenal mamat 2 orang ni kan. so..mekaceh sebab datang walaupun korang macam blur-blur je dengan kawan-kawan aku yang lain. Eh, tak kenal? lar…anakperak ngn aus ler…ekekeke…


Makan time! Antara rakan-rakan yang hadir. Mekaceh tau..lama tak jumpa korang.


Pasangan sebelah kanan tu, pengantin baru….hehehe…masih ada inai lagi di jari. Tahniah Suria dan husband. Pasangan kiri tu pun baru bertunang. Eyna dan pasangan. tahniah jugak. tunggu kad kawen korang plak tau… (dah kalau tulis pasangan tu tak tahu nama la…hehehe)


Ni anak-anak buah aku ler…saje aku bawa sekali. memeriahkan suasana berbuka. *memang meriah la sangat* hehehe


Eh…ada lagi muka emi ni. hehehe…Emi dan tunang, Linda! bakal berkahwin juga tahun ini…tunggu! (err..dorg bukan budak skolah aku tau..saje bagi peringat!)


Lelaki ganteng gitu kat SMKPI dulu. hahaha…kiri Amin, Mat, kanan Muaz & Nizam. aku tak tahu ler kalau dorang single lagi ke tak? tapi rasanya single kot…hahahaha…ok betul. single lagi.


Yang ni mostly budak-budak kelas Arab. kelas KAA. Tapi yang lelaki je datang. yang kelas untuk perempuan takde kot. Last 2 years, ramai yang datang. Takde rezeki la kan.


Ni semua clasmate aku. Hehhe…Masing-masing dah besor! wah..besor. hehehe..dari kiri Acap, azin, eh aku ke?, Chemy, Faizah, dan Fiza. thanks sebab sudi datang.

Lepas sembahyang maghrib ada aktiviti beramah tamah sikit, so, disediakan cenderahati dan beberapa hadiah bagi merea-mereka yang bertuah. Tahniah! hehehe…Eh, Aus pun dapat hadiah tau! wah…kemain kau aus.

Kad kawen aku pun dah kuedarkan time tu. So, sapa yang ada masa tu datanglah ye. Kad undangan sudah diberi. Kepada Amin, ingat pesan aku! Jangan kau pandai-pandai nak jemput ‘orang lain’ hahaha….

Banyak lagi gambar2 yang diambil oleh kawan aku. tapi gambar ada kat dia lah. lagipun kalau aku tepek kat sini. panjang pulak entry bergambar aku ni. hehehe…

So nanti akan dipublish kat group sekolah jela…Terima kasih pada yang hadir, yang tak hadir tu lain kali kita jumpa ye. kot2 ada sesapa nak wat open house ke kan. korang jemput aku, InsyaAllah aku datang dengannnn suami…eh? ada suami tau raya nanti. hahaha…

Makanan pun semua ok kan..sorry ler kalau ada yang terkurang, terkasar ke sepanjang aku kendalikan majlis, *sempat makan sikit je tau* huhuhu….kecian aku! =P  takpe…aku kan dalam proses diet. wakaka….ok till we meet again…adios!

sekilas : seronok jumpa awan-kawan lama.

Posted in friends - Tagged kawan lama, kawan sekolah, makan-makan, Restoran Saba, SMKPI

Bantuan Baitulmal JAWI

Aug13
2011
3 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

AKu baru terbaca kes Gaysec yang kata mohon maaf sebab kes Arlene Tan dan hamba Allah yang menghina Islam tu. So kepada semua orang yang post entri pasal tu, apa lagi, boleh juga buat perohonan maaf secara terbuka. TAk baik simply2 tulis yang bebukan pasal orang lain. Kesian orang lain jadi mangsa.

Well, aku nak cerita pasal Baitulmal JAWI yang aku singgahi semalam. MEsti kroang pelik apa aku buat kat sana. Sebenarnya aku nak mohon Bantuan Perkahwinan dari baitulmal. Mungkin nampak macam tak patut je kan aku minta. TApi walaupun begitu ada peruntukan bantuan perkahwinan.

Waktu aku sampai tu, punyalah ramai oprang minta bantuan. Yang minta bantuan makanan macam beras pun ada, bantuan kecemasan RM50 pun ada, batnuan akademik pun ada, bantuan perniagaan dan sebagainya.

Pendek kata, memang ada macam2 bantuan untuk umat Islam yang memerlukan. Yang payahnya, nak kena sediakan dokumen, nak pengesahan, nak surat dan isi borang. Kalau untuk orang macam aku, takde masalah sangat. sebab aku boleh usahkan cari dokumen tu dengan jayanya.

Tapi ko bayangkanlah bagi macik pacik yang tua-tua nak mohon bantuan ni, aduhai. sedih rasanya. Dorang kena datang berulang kali bila dokumen tak cukup, surat tak ada.

Dah ler ada yang datang naik bas, nak lrt, jalan kaki, tak kesian kau? Macam-macam jenis orang minta bantuan, sampai satu masa tu aku rasa macam tak patut je aku minta bantuan perkahwinan tu. Tapi, rezeki masing-masing, aku mencuba nasib mohon. Kalau dapat, boleh ler nak tampung mana2 yang berkaitan kan.  kalau tak dapat, maka ia pergi kepada orang yang lebih memerlukan la.

Berbalik cerita pasal orang-orang yang mohon tadi. ADa juga akak-akak yang mohon nak meniaga. tapi sahsiah diri pula tak terjaga. pakai tudung, tapi baju lengan pendek. ada juga Pegawai JAWI di situ pun menegur secara berhemah.

Alhamdulillah, aku tengok pegawai JAWI memberi layanan baik pada setiap pemohon walaupun mereka berdepan dengan pelbagai karenah. Cuma ku rasa kesian dengan pacik macik dan ada seorang muallaf yang rasanya memang memerlukan bantuan sehinggakan dia keluarkan wallet dari poketnya untuk beritahu dia kesempitan.

IA mengingatkan aku kisah baru-baru ini tentang isteri dan ibu tunggal yang pergi ke gereja meminta bantuan dari agama lain. Mungkin kerana bantuan yang diterima itu tidak memerlukan prosedur yang sulit untuk menerima bantuan berbanding kita yang perlukan lebih kurang 8 jenis dokumen yang perlu disahkan bagi memastikan bahawa seseorang pemohon itu layak.

Yela, aku faham juga prosedur tu. pemohon bukan sedikit. malah bukan tiada orang yang menipu untuk mendapatkan bantuan ni. Tapi bayangkanlah, kalau tak susah, kalau memang tak kerana memerlukan, kita dah tentu tak memohon kan? Cuma aku harap, janganlah ada kes yang menipu. kita kemukakan aja dokumen yang betul, dan segala yang betul. Kalau dapat, alhamdulillah. kalau tidak, maknanya rezeki tu untuk orang yang lebih memerlukan. Tak perlulah sampai nak menipu untuk dapatkan bantuan.

Agak beremosi aku semalam kerana mengalirkan air mata melihat mereka yang memohon bantuan. Sampaikan aku rasa nak balik je. tapi dah datang rempuh jem sampai ke chow kit, takkan nak balik macam tu je. aku pun cuba nasib juga.

Alih-alih ada 3 dokumen aku masih tidak cukup. surat akuan sumpah (bujang), bil letrik, dan salinan buku akaun. Aku kenalah datang balik submit borang tu Isnin ni. kalau berksesempatan. InsyaAllah.

KEpada mereka yang memerlukan bantuan, jangan segan-segan untuk memohon. bagi mereka yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur, boleh lah ke Baitulmal JAWI. bagi negeri-negeri lain eloklah merujuk kepada jabatan Agama Islam yang berkenaan.

Untuk selangor, Bantuan perkahwinan hanya untuk Muallaf atau saudara baru sahaja. Mungkin jika anda benar2 susah boleh try and error bertanya bagaimana nak mohon. Aku pun pelik kenapa JAIS berikan pada muallaf sahaja. sedangkan JAWI dibolehkan pada orang Islam yang lain.

Nanti aku senaraikan dokumen apa yang perlu ada untuk memohon bantuan perkahwinan di baitulmal JAWI. mana tahu ada di antara korang yang memang memerlukan nak mohon. dah leh prepare. takde la nak kena ulang alik 2-3 kali untuk bawa dokumen yang tercicir. Tapi lain entry lah buat yer…

sekian sahaja cerita ku. moga yang susah sama dibantu, yang senang hulur2kanlah tangan membantu.

sekilas : bersedekah adalah amalan mulia di bulan Ramadhan ni.

Posted in masyarakat - Tagged baitulmal, Jabatan agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI

Protected: Memang susah nak puaskan hati semua pihak.

Aug12
2011
Enter your password to view comments. Written by Sekilas

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Posted in cinta

Selamat Hari Blues!

Aug08
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

hehe…

Monday blueessssss………
Malas tahap 8 rasanya nak pergi kerja kan?
Aku doakan bakal suami aku nanti murah rezeki, tetibakan…jadi takyah ler aku kerja sekali. hohoho…duk rumah, jadi isteri solehah. *berangan*

sekilas : Sebulan tu lama tak? 

Tagged kerja

4 Tahun. Aku Telah Jatuh Cinta.

Aug07
2011
3 Comments Written by Sekilas

Hari ini genap 4 tahun aku bersama My Cinta menyulam kasih.
Hari ini genap 4 tahun kiraan hariku untuk terus bertahan.
Hari ini yang aku nantikan setiap waktu melihat kembali perjalanan cinta kami.

Selamat ulangtahun untuk kami berdua, Aki & Norfa. Moga selama ia bertahan ini akan terus kekal sehingga akhir hayat.
Moga selama mana si dia bersabar, akan terus kekal selama-lamanya.

Bersabar. Membantu. Mendidik. Bersama-sama membetulkan mana yang salah. Moga hubungan ini diberkatiNya.

sekilas : Thanks for everything.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in cinta - Tagged My Cinta
« Older Entries Newer Entries »

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Hari Kejadian
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress