• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts in category me

Ofis Semakin Meriah

Dec06
2011
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.

Takde cerita sangat. saja update pasal persekitaran dan berkongsi cerita. Rasanya lama tak cerita pasal tempat kerja saya. (selesa pula guna perkataan saya sebagai ganti diri).

Waktu mula-mula kerja di Secretlab.Media, saya sendiri tak pasti berapakah jumlah pekerja di sini. Tapi dari sehari ke sehari saya rasa staff pun semakin bertambah.

Sekarang di ofis sudah ada, Barney, Tata, Sudin, Ehsan, Waaah….semua lelaki tahu. Takpe nanti akan ada Suraya! yahooo…ada jugak geng wanita.

Ofis saya tak ramai perempuan. Ada Kak Ina, Reen, Kak Intan, hurrrm…termasuk saya. Yela ofis pun tak besar sangat. jadi kalau ramai perempuan agaknya bising jugak ofis ni. hehehe…

Ini gambar waktu majlis kawen saya baru-baru ini. Ini hanyalah sebahagian daripada mereka yang hadir. Terima kasih =)

Tak ada apa-apa makna pun entry ni. Saya cuma mahu perkenalkan rakan sekerja saya yang super duper best walaupun ada kala sangat menyakitkan hati untuk melayan karenah mereka yang nakal itu. hahahaha…. (kalau anda bijak, dalam gambar ni ada 3 orang adik beradik…hehehe okbai!)

Saya sayang company saya bekerja sekarang, entah apa perasaannya kalau saya perlu pergi dari sini… (perlu ke?) hehehe…

Dan untuk itu saya juga ingin perkenalkan sekali lagi Mr. Gonjak dari KayuApi Sdn. Bhd.

Ayuh ramai-ramai download KayuApi apps (Saya dah download)

Dan ikuti The Making of Mr Gonjak Collectible Figure.

sekilas : tak tahu sangat apa motif buat entry ni. saja nak kasi entry baru kot. hehehe…

Posted in info, SL - Tagged kayuapi, Mr. Gonjak

Asam

Nov24
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Sayang : B, Nanti tolong belikan asam kat kedai. Nak makan bagi elak rasa muntah.
Hubby : Asam keping ke asam jawa?
Sayang : (ketawa dulu) Asam nak makan la. bukan nak masak. hahahahaha

(Kejadian berlaku ketika aku sakit muntah2. hehehe….)

Hai…lama betul aku tak hupdet blog.
Banyak nak hupdet. Pasal pergi genting dengan anak buah hari sabtu lepas. Gegambar semua ada. Tapi tinggal malas je nak upload kat sini. Tunggu2 la kalau aku rajin nak buat. Korang sendiri pun leh tengok blog aku ni. Dah tak update hari2 macam selalu.

Kerja pun banyak kat ofis. Hujung2 tahun ni masa untuk clearkan kerja. Supaya tak bawa ke tahun depan. Tapi kisahnya, nak hujun tahun ni la banyak cuti sebab sakit.

Ya, balik daripada genting hari tu, aku muntah-muntah. Tak pernah-pernah naik pirate ship sampai pening2. Pastu bila turun genting blueeeekkk semua isi makan keluar.

Keesokkan harinya, muntah lagi tapi kali ni pakej dengan cirit birit sekali. bukan sekali dua gi toilet. berbelas kali rasanya. laju je kuar macam air. pastu muntah pastu cirit pastu muntah…haiissshh poning den.

Sampai tak larat la nak makan. padahal makan bubur jer. tu pun cirit birit gak.

Kebetulan hubby ada kenduri kat Klang. Jadinya aku kena tunggu dia balik baru pergi klinik. Itu pun singgah dulu kenduri Syazwani anak Paksu Ariffin bertunang. makan jela kat situ. tarammm…pi toilet lagi kuar semula.

Pergi jumpa doc, dapatlah MC untuk hari Isnin.

Disebabkan kekadang kuar ikut bawah kuar ikut atas, aku minta injection dari doc, untuk tahan muntah. Tapi hari Isnin tu muntah jugak…huhuhu…kesian betul aku. Itu yang minta hubby beli asam nak makan tu…ada ke patut tanya asam keping ke asam jawa…cait!


Pada yang tak tahu ni asam keping. [sumber]


Ni asam jawa. Memang la ada juga asam jawa yang orang buat minum or makan. Tapi kalau dah tanya dengan asam keping dah sah2 dia ingat yang jenis masak tu kan…kan.. kan… [sumber]

Oklah…sekarang ni Alhamdulillah, dah beransur pulih. harap2 takdela cirit birit lagi. seksa wooo nak pi toilet byk kali…

sekilas : Allah Maha Mengetahui.

Posted in cinta - Tagged asam jawa, asam keping

Lambat Tak Nak Ucap Selamat Hari Raya AidilAdha?

Nov09
2011
2 Comments Written by Sekilas

aku rasa dah sangat lambat.
lupa pulak buat auto post hari tu. huhu.

Takpela, lambat pun aku ucap jugak selamat hari raya aidiladha.

I busy you tahu tak. ekekeke.
Busy dengan kerja, dengan hubby. busy body lagik. waaah…kelas kau mariaa…

Aku buat summary jela pasal raya haji aritu eh.

Tahun ni, aku sambut di Meru Klang. Rumah sebelah Hubby ler.
Walaupun begitu, hari Sabtu sehari sebelum raya tu, aku sempat jugak balik Pandan, masakkan rendang untuk bonda dan ayahnda tercinta.

Sian kat derang. tahun ni raya haji berdua jerk.

Maksud aku, di pagi raya la. Tapi malam Ahad tu, aku balik semula pandan. ala, rumah dekat jekan.

kalau abg n akak aku tu lain la. kampung mertua jauh-jauh. so, takpelah tak dapat balik pun. sebagai anak bongsu, aku juga tidak mahu menghampakan kedua orang tua ku.

Pestime raya aji sambut sebagai isteri dan menantu. Turung padang weh korban kali ni.

Sebabnya, family hubby korban seko lembu. so ada bahagian-bahagiannya. Maka haruslah turun rewang. melapah ler, membungkus ler, memasak ler..tapi keje aku ialah….menimbang.

hahaha…timbang berat daging untuk diberi sama rata kepada orang. Lebih kurang la timbangnya. nak dapat ngam-ngam memang ada yang dapat daging potong kecik2 ler plak kan.

Seronok bercampur gaul ngan sedara-sedara ni. Time ni la dapat kenal ahli keluarga baru..hehehe…yang mana maciknya, paciknya kan…

Perhatian, aku ni baru 2 bulan kawen. belum jumpa betul2 lagi seluruh ahli keluarga hubby tu. nama pun ingat2 lupa. banyak kali tanya hubby, ini siapa..itu siapa. gile ko..aku ni ingatan jangka pendek. kalau jumpa hari2 insyaallah aku ingat.

Mudah-mudahan ibadah korban kita diterima Allah.

ada amek gambar time korban tu. tapi guna henpon hubby. al maklumlah henpon baru kalau tak digunakan apa lah maknanya..ekekeke…now, hubby lak takde. tkleh transfer gambar. jadinya, takdelah gambar yer…

Sekilas : Sayu pulak kenangkan mak ayah tinggal berdua. harus aku selalu tetap bertanya khabar dan berada berdekatan dengan mereka.

Posted in family, peristiwa - Tagged hubby, ibadah korban

Hujan Rahmat Dari Tuhan

Nov02
2011
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.
Selamat sejahtera semua. Amacam sehat? kalau tanya aku, aku tengah sakit gigi ni. gigi bongsu tumbuh tak habis lagi..aritu dah benti kejap sakitnya. Ni proses nak sambung tumbuh lagi la agaknya. sakit balik pulak.

Ada ke patut hubby kata sebab aku amkan eskrim! isskk…jeles la tu. hehehe…

Semalam kelmari dan hari-hari sebelum ni rasanya cuaca asik mendung hujan je kan. Minggu ni kan aku duk Meru. Jadi tiap kali aku balik tu mesti hujan..tak hujan pun baru lepas hujan…Pastu jalan lepas tol batu 3 tu, kemain la melimpah airnya. belum lagi dikira jalan kat area lepas Klang sentral tu. pun sama jugak mencurah airnya ke jalan raya. jalan dua lorong jadi selorong sebab semua takmo redah air tu.

gile ko? nak redah jugak menempah kereta masuk ke workshop! tak nak aku…

Tapi macam-macam mana pun lah kan…ada lah hikmahnya Allah turunkan hujan tu. nak beri kita rasa sejuk..tak panas sangat. nak bagi tumbuh-tumbuhan hidup segar bugar…kan..hujan itu rahmat juga dari Allah. Syukurlah.

Sebabkan hujan semalam kecian hubby balik nek motor pertengahan jalan basah lencun. hehehe…tu la takmo tunggu adinda dia ni balik jemput kat opis. tapi kalau tunggu aku lambat pulak dia nak balik. sebab minggu ni dia tak banyak buat ot sangat. tu yang balik awal tu.

Disebabkan dia balik awal, dialah kena basuh baju, dan siap masak lagi. hehehe..hujan-hujan kan lapor! mahu tak bergerak sendiri masak. Aku sampai2 rumah, dia tengah menumis. wahh..sedap tau hubby masak!


Cer teka lauk apa ni? hehehe…

Satu lauk je..makan 2 orang.! simplekan…aku ni kalau tanya dia nak makan apa, masak apa..semua cadangan aku dia takmo. reject. tak tahu ler tekak dia ni nak makan apa…huhuhu…

oklah. Hujan-hujan pun best tido…sejukkkkk!! okbai!

sekilas : agak-agak berapa lama tempoh tumbuh gigi bongsu ni yer. sakit tau!

Posted in cinta - Tagged hujan, makan-makan

Balik Kampung =)

Oct30
2011
2 Comments Written by Sekilas

dah 2 minggu bertapa di Pandan Indah. Minggu ni aku dan hubby ke Meru pula.

Yee..beginilah kehidupan nomad. hahaha…rumah sendiri belum ada lagi. jadinya kejap duk rumah pandan indah, kejap duk meru.

hari ini Ahad, Hubby pergi kerja, aku juga memutuskan untuk pergi kerja. So breakfast kami pagi ini ialah nasi lemak. Hasil masakan ibu mertua aku…

berserta sambal sotong..kegemaran hubby! nyum3…Terima kasih ibu! cewah…

Aku bangun pagi tadi pun terlajak subuh. Geram betei…bunyi alarm dimatikan. *aku la yang matikan. Hubby pulak, buat tak tahu jerrkkk join sekaki sambung tido. ceh!

hujung minggu kami di office. sekian, terima kasih.

sekilas : moga usaha kami diberkatiNya. amin.

Posted in cinta, family - Tagged balik kampung, meru, nasi lemak

Alamak, Kunci Kereta Tertinggal Dalam Kereta!

Oct29
2011
6 Comments Written by Sekilas

pheww~!
Assalammualaikum.
Selamat Sejahtera.

Ya, tajuk di atas benar2 terjadi pada aku. Last week i went to KLCC. (speaking la sangat). Aku pergi dengan akak aku dan anak2 dia. Ada hal kat Maxis centre. cewahh…

Lepas jalan-jalan kat area KLCC tu, kitorang pun nak balik. Cari-cari kunci dalam beg takde. Aku mula syak, aku tertinggal kunci kat tempat start enjin tu, memandangkan aku kunci tu secara manual, dengan menekan kunci pintu tu dan tutup. Hebat!

Oh ye…lupa plak nak bagi tahu. aku bawa kereta kancil. Jadinya, kancil aku tu, kalau kunci guna kunci tu dia payah sangat nak pusing. itu yang aku dah terbiasa kunci secara manual (arrrghhh…korang paham tak maksud aku???)


Tu dia kuncinya. Terletak baik je kat situ. Nasib baik takde orang rompak kereta aku ni! CUAI!!!! (marah diri sendiri)

\
Ni maksud aku, aku buka pintu, tekan benda alah ni, Then terus tutup pintu…Paham? huhuhu sedangkan kunci ada lagi kat dalam…kereta skarang je ada bunyi2 kalau kunci tak cabut, kereta lama ni, mana ada bunyi bunyian…

Dengan muka tak bersalah, aku pi tekan intercom kat basement KLCC tu minta tolong pegawal dorang.

Sekali datang pengawal eh, sampai 3-4 orang naik motor. nak syak aku curi kereta la tu…huhuhu…

Dia pun cuba la amik batang besi duk jolok-jolok…tak boleh jugak. Ingat boleh la jadi hero. hehehe…

Tiba-tiba hero sebenar datang. Ada brader bangsa cina bersama family dia lalu. Sambil-sambil brader tu dukung anak, bertanya “Mahu tolong ka?” aku terus angguk kepala dan kata “haa..boleh”

Besi bertukar tangan dari pengawal kepada brader cina tu. Kurang dari 20 saat, brader tu dah berjaya membuka pintu kereta aku. perggghhhh~!!

Sangat berjaya!

Takdelah aku nak expose sangat camne cara orang tu buka kereta aku, kang kroang rompak plak kereta aku…huhuhu

nak cerita kat korang ni…sebenarnya sangat mudah untuk “Penjahat” merompak kereta kancil camni. Ko tengok je kereta aku tu buruk ala2 uzur dan takde ekon. hahaha…tapi berjaya jugak bawa aku ke KLCC. Walaupun anak buah aku berpeluh2 duk dalam tu bila jalan sesak kan… =P

Moral of the story, jangan tinggal kunci kereta dalam kereta, barang berharga dan sebagainya yang menarik perhatian perompak. paham!! paham tak Nopa? huissh marah betul aku dengan nopa ni. ekekke…

sekilas : hubby cakap, dia pun pandai ler nak buka kereta kancil tu…huh! eksen.

Posted in peristiwa - Tagged cara membuka kereta kancil, KLCC, Maxis centre, rompak kereta

How does your life change after marriage

Oct25
2011
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.
Selamat Sejahtera.

entry ni Bahasa Melayu, title je nak mat saleh skit. heh.

Hai, sorry sangat2 pada mereka yang selalu singgah(harap2 ada). Aku dah ajrang nak updet blog. Cerita banyak. Kesempatan tu tak berapa nak ada. Kat office sekarang pun kerja banyak. Serius!. sesekali je dapat jenguk blog sendiri. Tapi kalau blog orang lain, rajin la aku singgah. sebab aku kena baca je. Kalau blog sendiri, kena buat ayat pulak kan. =)

Ramai orang tanya aku, Macam mana life lepas kawen ni? Soalan ni bukan sekali. tapi banyak kali diajukan oleh orang yang berlainan. kadang kala orang yang sama jugak.

Apa aku nak jawab eh. mungkin orang lain yang dah kawen pun boleh jawab, tapi realitinya life kita berbeza antara satu sama lain.

Kalau orang kaya, life dorang mesti lagi bertambah gembira bila dah kwen. ada pasangan, ada teman sebilik sekatil, teman bergurau dan tidak sunyi. Kalau orang tak berapa nak kaya, mula lah pening kepala, pikir nak tanggung isteri, nak cari tempat tinggal nak itu nak ini.

Beza kan? tapi biasa-biasa soalan yang ditanya tu merujuk, macam mana kehidupan aku ni berubah selepas kawen.

Bohong sangat kalau aku cakap tak ada apa yang berubah. Walaupun itu lah jawapan yang aku cakap. “biasa je. Tak ada beza pun” Tipu tau. itu jawapan tipu. Sebab aku tak tahu nak jawab direct kat orang.

Sebenarnya memang perkahwinan banyak merubah kehidupan aku. Sekarang kena bangun tidur lebih awal. Supaya aku boleh mandi dulu, siap sedia sembahyang, kalau tak lewat, kena buat sarapan. Kalau lewat, buat air je. Lepas tu, kena kejut pasangan. baca :Bukan sekali. Tapi banyak kali.

Baru tahu si dia tu bangun tidur mula la nak golek2 lelap dulu seminit dua. pastu tertidur. terlajak. Jadi tugas aku tu, dah memang terang….perlu kejutkan dia sampai betul2 bangun.

Berubah! dulu, bangun aje 630 pagi, lepas sembahyang, tidur balik. huhuhu…itulah kehidupan aku yang dulu.

Penampilan. Sekarang ada suami, harus hormat beliau. Bukan mengongkong cara aku berpakaian. tapi aku faham, dia tak mahu diheret sama ke neraka kerana membiarkan isterinya tidak mengikut syariat berpakaian. Maaf. Aku tak tujukan kepada sesiapa mengenai ini. Terpulang pada diri masing-masing.

Aku akui. lepas kawen ada perubahan dari segi penampilan. si dia banyak beri teguran, apa yang boleh dan apa yang tidak. Sedikit sebanyak, aku rasa malu sendiri. Ya! ini memang sudah menjadi tuntutan dalam Islam. jadi, kenapa aku tak boleh nak buat. Lebih2 lagi ada pasangan yang memberi dorongan. Kau tak gembira hal tu? of course aku gembira. Ada orang yang ambil berat dan mula menjaga aku.

Ramai jugak yan menegur, aku dah lain dari segi penampilah. Terima kasih kerana menyedarinya. Dan aku harap orang lain tak kritik aku. Aku lakukannya kerana Allah. Sama waktu aku mula-mula berhijab dulu. Semua kerana Allah. Cuma kerana ada dorongan makanya kita lebih mahu untuk melakukannya.

Perkahwinan itu bukan mahu mengongkong kehidupan kita yang lama. Tapi ia mampu merubah kita ke arah lebih baik. Jadinya apabila melakukan sesuatu perkara, aku perlu ingat aku ada dua keluarga yang perlu dijaga maruah dan aibnya. Keluarga sendiri dan keluarga si dia. Mahukah aku mencalarkan maruah keluarga baru itu? Tak. Aku akan elakkan perkara ini dari berlaku.

Social life? Ia sememangnya berubah hampir 80%. Dulu aku tak ada masalah sangat untuk ke sana ke mari. tapi sekarang, Izin si dia amat penting bagi aku untuk mencium bau syurga. Kata orang wanita ini sangat mudah masuk syurga. lakukanlah 4 perkara utama ini. Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami. Namun janganlah hanya melakukan 4 perkara ini aje. fikir jauh sikit ye.

Kita dah banyak terleka ketika zaman bujang dahulu. Aku amat bersyukur dikurniakan si dia di dalam hidup ini. Kerana banyak perkara yang beliau bimbing aku dari kehidupan berkeluarga, dan selok belok agama.

Pernah satu hari aku mengaji al-Quran selepas solat. Tiba-tiba dia nak dengar. Malu jugak rasanya. kata dia “biarlah, kalau ada salah macam mana?” aku diam. dan biarkan si dia mendengar. Bila dia tegur salah itu dan ini. Hampir menitis air mata kerana terharu. Malah tersedar, selama ini aku sendiri. Bila ada si dia ada di sisi, maka aku gembira, Allah berikan aku seorang suami yang terbaik. Alhamdulillah.

Kalau nak cerita lagi banyak. cukuplah sampai di sini dulu coretan aku. Lain kali kita bicara lagi. Hakikatnya kini aku lebih bahagia.! Terima kasih Allah.

sekilas : Mudah-mudahan Allah panjangkan usia untuk aku menebus segala dosa lalu. Amin.

Posted in cinta

Honey To The Moon (1)

Oct11
2011
11 Comments Written by Sekilas

Hai semua.
Lama tak share story mory kat korang. heh.
Satunya aku cuma dapat online kat ofis jek. Kalau balik pandan baru dapat online. Kalau balik meru, tak dapat ler.

Wokey, hari ni nak hupdet cerita pi hanimun kat langkawi…hurm, agak lama meninggalkan tarikh itu…jadi terlupa plak aktiviti yang dilakukan. boleh?

pada 19 – 22 Sept 2011, aku dan My Cinta pergi hanimun kat langkawi. PErgi tu kitorang naik flight MAS, balik kitorang naik flight AirAsia. Kata My Cinta nak bagi aku rasa naik dua-dua. hehehe..tengkiu~


Ni time sampai airport. Abang ipar aku yang tolong hantarkan kitorang ke airport. terima kasih abg ipar…heh.


Dalam flight. dapat duk tepi tingkap. =)


Ketibaan..feeling obersea la sangat kan…hahaha…

Sampai kat airport langkawi, sebenarnya dah ada orang nak pick up kitorang dari hotel Meritus tu. Tapi kitorang tak tahu, dah pi sewa kereta dulu. kau tahu jela, kuar-kuar jer pas amik beg tu, hambik…semua orang duk panggil2 untuk sewa kereta. tak rambang mata kau..

Jadinya tak naik la kereta dari Meritus Pelangi Beach Resort & Spa tu. (aku tak tahu nak panggilhotel ke resort?)  kitorang naik kereta yang kitorang sewa jerk. Untuk rate kereta, depends ka korang nak kereta apa. tapi ikutkan semua harga sewa kereta kat situ murah2. nak nampak best, naik kereta mewah sket lar..hehe..tapi kitorang memilih kereta yang menjimatkan minyak jer. sbb akan banyak berjalan naik kereta kan.

Kat sebelah kiri tu toilet dia. ada bath up..phewiittt~~ hikhik…
Sampai resort, harus lah ambik gambar bilik…best jugak bilik resort ni. dan rate dia pun haruslah best. tapi kalau korang book online, dapat diskaun…Korang leh check kat website www.meritushotels.com untuk mengetahui rate bilik dia. ikutkan bilik nya semua sama design. cuma view sahaja yang lain-lain. kitorang memula amik garden terrace. tapi sampai sana bilik tu tak siap kemas lagi. last2 orang tu bagi lake view. harga sama..oklah kan..sebba kitorang dah booking. bila dia tengok kitorang ni nak hanimun baru kawen..dorang bagi lake view..bagus tau depa ni.

staff semua mesra alam, peramah bebaik belaka la kata kau. hehehe…sesuai jugak duk sini untuk hanimun. cewah~! pantai pun sangat dekat. macam kawasan pantai tu private untuk resort ni la..

Ni la view kitorang dari bilik. Ada kat beranda tu, My Cinta duk lepak hisap rokok…tengok ler bilik orang lain. tapi so far, takde pun orang nak lepak beranda. hahaha…

Bilik saya 2205…hehehe..

Ini taman kat resort tu. So pepagi, leh exercise…tu tengah excercise la sangat…saja nak ushar awek mat saleh tu la tu.


Swimming pool…tak mandi pun…hehehe..mandi laut lagi best. tapi ni kalau bawa bebudak memang aku terjun jugak mandi. takde orang weh time ni..hehehe.


dah mandi kolam, leh berjemur kat sini yer…hikhik…

ni tempat makan resort ni…nila maksud aku kawasan pantai ni private to guest hotel. depan tu pantai..malam-malam sure best.~! tapi kitorang malam2 lepak bilik la..hahaha..

lepas check ini hotel, kitorang pi lunch kat luar. lepas lunch sesaja jalan2 kat tepi pantai. eh eh terjumpa Nabil Raja Lawak pulak…tinggi jugak mamat ni kan..

Time ni Nabil nak amik gambar pre-wedding dia. Siap tanya kitorang “Hanimun eh?” iyer lar bang bil..hehehe…best kan kawen bang bil? ekekeke…

Eh bang bil nak pi mana…ngan saya tak ambik gamabr pun…oh takut isteri marah yer…heheheh…

oklah..itu dulu cerita psal hanimun aku…tu baru cerita pasal tempat menginap je tu…hehehe..nanti ada masa aku hupdet lagi yek.

sekilas : senangnya dalam hati… =)

Posted in cinta, Cuti-cuti - Tagged Hotel Meritus Langkawi, Pulau Langkawi

Majlis Bertandang – Meru, Klang (17 Sept 2011)

Sep26
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Assalammualaikum.
Lama dah rasanya tak menjenguk blog. seminggu tak ku tahu khabar berita pengomen hehe.

Alhamdulillah majlis di rumah aku sudah selesai. Majlis di rumah pihak lelaki pun dah selesai. kakak-kakak aku dah hupdet pasal ni, aku baru nak hupdet. yela majlis aritu sabtu, Isnin tu aku dah fly ke Langkawi. Pastu masuk keje ni la baru dapat jamah internet ni.

Haip, ni time aku tengah hupdet ni dah lepas kul 6 petang yer. Sementara tunggu My Cinta jemput ku pulang kerja, leh ler story mory ngan korang kan.

Majlis rumah My Cinta 17 Sept (sabtu). So aku bertolak ke rumah dia pagi tu jugak dengan BFF Mdm June. Terima kasih bebanyak kat beliau yang sudi bangun pagi menghantar aku. siap belanja makan nasi lemak lagi. hehehe…

Pastu, Sampai kat rumah macik my cinta, dalam kul 10 pagi tu, mak andam pun sampai. Make up ler daku. Nak tengok muka sebelum make up dengan selepas? hehehe…muka aku memang tak cantik mana pun, tapi dengan sentuhan ajaib alat mekap..hehehe jadi cantik ler…


Sebelum…


Selepas…

Beza tak? hahaha…untuk orang yang jarang mekap cam aku ni, memang nampak beza tau..hehehe..jadi yang korang tengok cantik tu tertipu jela dengan mekap. ekekek…macam aku ni ha.

Lepas tu My Cinta pun sesiap..dah halal ni, leh ler tolong2 kan..takdela segan-segan nak betulkan baju ke apa ke..ekekeke..gedik you!

tak lama pastu, family aku pun sampai. dapat ler bergambar ngan derang serba sedikit (macam banyak jer aku rasa bergambar time tu) hahaha…


Bersama mak, kakak-kakak dan kakak iparku.


Ini macik aku – Mak Tam.

Okay time dah sampai. boleh bergerak dah

Berarak….

Makan time…

Bergambor!

okay..sakan!

Lepas bergambor sakan tu, family aku pun pulang..Haish sebenarnya rasa semacam tahu. yela nak duduk rumah mertua kan. mau tak semacam.

Disebabkan kenduri sebelah rumah lelaki ni masak sendiri, memang banyak ler periuk-periuk yang perlu dibersihkan. barang-barang yang perlu dikemaskan. Terima kasih kat My Cinta sebab dia pun tak bebankan aku dengan kerja-kerja tu semua. kira dia buat kerja lebih lagi la dari aku. huhu…

Memang semua orang agak kepenatan malam itu. nak buat sesi buka hadiah pun tak sempat. itulah bezanya masak sendiri dengan catering. Kebetulan pula, memang ada orang datang lagi malam tu. Makanan untuk tetamu pun memang ada lebih lagi.Rezeki orang lah kan.

Begitulah kisahnya yang berlaku di rumah pengantin lelaki…seronok kawen ni. tapi macam-macam dugaan pulak yang datang menjelang perkahwinan tu. PAda bakal-bakal pengantin, selamat menempuhi dugaan itu seperti kami. heh.

sekilas : dah kahwin ni, ada satu perasaan tanggungjawab yang sangat berbeza tahu.

Posted in cinta, Perkahwinan

Untungnya jadi pengantin

Sep16
2011
7 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum…
Selamat beristirehat kepada mereka yang dapat cuti, kepada mereka yang bekerja, jangan risau, ada bahagian anda nanti (mungkin dpt gaji lebih ke? hehe)

Sesiapa yang belum baca flow citer pada hari kejadian boleh rujuk entry itu yer. Hari ini nak cerita betapa untungnya menjadi pengantin.

Pertama sekali, kerana mendapat perhatian tetamu. cewah, pi mana-mana pun orang nak snap gambar. nak pi shoot gambar outdoor pun kereta lalu lalang duk pon pin pon…ekekeke…perasaan lebih tahu. maklumlah tengah dress up cantik kan.

bukan selalu orang nak ambil gambar kita. aku ni bukan artis kan, jadi sapa la nak ambik gambar aku. hehehe.

Lepas tu, jadi pengantin boleh mekap cecantik. hahaha..orang mekapkan pulak tu. cantik cantik pulak tu. aku ni idok ler cantik mana (tapi manis tu ada) hahaha…jadinya nak ajdi cantik ni time kawen jela. pastu ntah bila la aku dapat mekap cecantik gitu lagi.

Dan paling best jadi pengantin adalah kerana, pengantin dapat hadiah!! yeyeh….ini yang aku nak hupdet ni. selepas siap My Cinta duk sental periuk belanga, yang mana isteri dia ni duk rileks jek..ekeke..maka selepas isyak adalah acara membuka hadiah. lepas makan-makan tu…

Inilah acara yang ditunggu oleh semua orang termasuk pengantin. hehehe…anak-anak buah aku dah standby dah depan hadiah tu nakt engok pengantin buka hadiah. termasuklah adik badik mak ayah. ini sesi paling meriah.

Alhamdulillah, bagi aku hadiah-hadiah yang korang bagi ni sangat bermakna. maklumlah orang baru nak mula hidup sebagai suami isteri, terima kasih banyak-banyak kat korang yang bagi hadiah-hadiah ni. baik saudara mara atau kawan-kawan atau sesiapa sahaja lah…terima kasih.

Berikut adalah sesi membuka hadiah yang kakak aku ambil gambar guna henpon dia. ni semua cilok dari facebook dia.


Hadiah dari pembalut merah ni sangat lah sexyyyy….mula2 aku tak tahu siapa yang bagi. tapi setelah disoal siasat, ada yangsudi beritahu. hehehe…terima kasih lah yer…


Lampu meja. yang ni dah guna, letak kat side table katil tu. hehehe..tak silap aku ni mr Don (secretlab) bagi. terima kasih.


Ni hadiah paling mahal sekali. hahaha…dari BFF. terima kasih banyak2…boleh bawa pi hanimun…yahuuu…


Tak ingat sapa bagi. cantik!


Dapat periuk nasi! yeeehhh…err..tak ingat jugak sapa bagi.

Ni kalau nak tepek semua gambar memang jenuh jugak. hadiah bukan satu dua…nah aku tepek semua sekali yang aku dah buka.


Tadaa….macam-macam hadiah ada. dapat microwave dari boss secretlab…frame ayat Quran dari masayu, dapat pinggan kuali cawan…macam2 la…ada lagi yang tak masuk dalam gambar..nak susun sekali semua pun tak pandai. hehehe…terima kasih banyak2..aku suka!

tu yang aku kata untungnya jadi pengantin. hehehe..rasa nak bersanding selalu jek, hehehe… tapi nikah sekali jelah yer..jangan pikir bebukan. doakan aku bahagia hingga akhir hayat bersama My Cinta.


Penonton yang ada pada sesi pembukaan hadiah…abaikan mak aku yang dah penat nak tido tu. ekekke…

Last but not least…ada satu gambar best nak bagi korang tengok. ia di ambil guna kamera baru hadiah dari BFF aku tu. tak tahu pasai apa, tiap kali aku tengok gambar ni, aku happy! hahahha….


p/s : I love you, Hubby!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in cinta, family, Perkahwinan - Tagged hadiah, Selamat pengantin baru
« Older Entries Newer Entries »

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 5 Bulan sebelum
  • Hari Kejadian
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress