• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category masyarakat

Kedai fotostat yang banyak songeh!

Nov19
2010
6 Comments Written by Sekilas

Selamat tengah hari. waktu ketika menulis adalah 12.32 PM. Lunch time..lunch time!! hihihi…orang lunch kul 1 la nopa! dulik ar…

Makan aper hari ni? lauk daging je ke? hihi…takpe2..daku paham. seminggu ni lauk pauk kat rumah memang daging jela memanjang yer. Buat bapak-bapak suami-suami tu, terima jela ye lauk daging tu. rezeki sempena Aidiladha. takkan nak banyak bunyi kan. penat ibu dan isteri masak tau. Tapi ibu isteri tu jangan ler masak satu jenis je tiap-tiap hari. masak ler daging masak kicap, masak lomak cili api, goreng kunyi, masak lada hitam, salai ke daging tu, buat kari ke..haiss…banyak tau menu boleh di buat.

korang pernah pergi fotostat kertas kat kedai tak? biasa-biasa kalau fotostat, paling cikai pun 10 sen sekeping la kan. melainkan la kertas kau nak fotostat tu besar dari saiz A4, mungkin la cas lebih. kalau fotostat banyak dapat plak kadang2 jatuh 5 sen sekeping, kadang-kadang 2 sen sekeping.

Tapi ada satu kedai ni, banyak benor songehnya. ingat customer je selalu banyak songeh. tokey kedai pun banyak cekadak jugak. ini aku terjumpa kat OhMedia…itu pun gambar ini di snapkan oleh haikal khairuddin. credit to him..tapi tak dinyatakan pulak kedai kat mana. kalau korang tahu, komen sket kat aku.

engko bayangkanlah..dah le banyak songeh..IC 20 sen. aku gi kedai runcit mamak tu, 10 sen jek. ape ada hal. fotostat banyak gambar, dikiranya gambar satu 10 sen. memang sakit la. nak2 kalau student yang nak fotostat. lepas tu siap suruh bawa beg plastik sendiri lak tu. orang nak bayar guna duit 5 sen takmo. issh2…

5 sen tu pun duit jugak. takde 5 sen tak jadi 10 sen tau. macam-macam la manusia sekarang. terlalu nak mengejar duit, itu la jadi macam ni. korang kalau tau kat mana ni, bagitahu eh. saje nak tengok tuan kedai tu camne rupanya. kalau dekat la..leh ler singgah. kalau jauh..korang jela tgk kan. hihihi….tapi singgah tengok je. nak fotostat kat kedai dia..idok ler teman…

sekilas : kalau kita murah hati, rezeki lagi bertambah-tambah. Insyaallah.

Tagged fotostat, kedai

Cerita HANGAT sepanjang hari ini

Nov18
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Mahu tak hangat…dari pagi bawa ke petang timeline kat twitter aku ade dua perkara jerk. Kat blog-blog masa kini pun ada 2 jerk. Kat status fesbuk semua pun banyak2 dua perkara ni jugak yang paling hangat orang duk perkatakan.

Pertama,

seperti yang sedia maklum, hari ini merupakan tayangan hari pertama filem 2 Alam di pawagam seluruh Malaysia okey. Kalau dunia kena tunggu Pamela Anderson berlakon dulu. aku pun pernah tulis pasal Filem 2 Alam mengecewakan?.  Macam-macam cerita yang keluar dan kebanyakkannya respon negatif dari masyarakat. pastu ada pulak poster parody dari orang kita ni ha, nak bersaing dengan dR. Romzey. Yela, kononnya filem itu pecah panggung sebanyak RM40 juta. jangan ko…kalau betul tercapai , mana korang nak sorok muke korang. Tapi, sebagai manusia biasa ni, kita pun tak boleh la nak cakap besar ye tak. tahu le kaya raya….takpelah dR. Romzey oitt….semoga berjaya hendaknya. Aku pun belum tengok lagi ceritanya, jadi nak ngata lelebih pun tak patut kan.

Kedua,

Kisah cinta ssyhhh uncleseekers yang dah kecoh seantero Malaysia ni ha. sampaikan orang kata uncleseekers ni duk main-main sihir. itu komen aku baca la si anon bagi. biar benar kak bedah oiii…jangan buat pitnah. berdosa tau tak? sape-sape yang belum tahu lagi, kononnya uncleseekers ni bercinta dengan mantan permaisuri agong negara Siti Aisyah tu???  kalau tak tahu leh terjah kat blog uncleseekers ni ha…ada part 1 sampai ke part 7 engko. cepat-cepat sebelum entry-entry itu bakal di delete kelak. reveal baik punya siap dengan gambar-gambar lagi. peliknya aku, depa tu belum kawin ape pun. tapi betul ke cerita uncleseekers tu kata Siti Aisyah tu duk salam cium tangan bagai. itu cerita. tapi gambar membuktikan pulak, depa duk berpeluk sampai gambar Siti Aisyah pun ada yang tidak bertudung. haa..ape cerita tu? tak berani la daku nak cerita lebih-lebih. korang boleh le nengok sendiri kat belog dia tu.

ps : maaf tiada gambar. kalau nak pi tgk kat belog dia. kang dia saman aku plak duk curi gambar2 tu. kata personal blog kan?? huhuhu

sekilas : ade tak putera raja nak kawen dengan aku? muahaha…takpela, ade putera Akii pun jadila.

Posted in Artis, Isu Semasa, movie - Tagged filem 2 Alam, mantan permaisuri agong, Siti Aisyah, uncle seekers

Aku takde hutang dengan family ko, aku bayar ko cash tau!

Nov02
2010
10 Comments Written by Sekilas

Before this aku ada buat blog under wordpress. Bila dah beli domain, blog itu macam aku tak usik-usik la. tapi masih ada komen-komen baru yang datang, dan aku akan selalu update komen-komen tu. walaupun entry tak update dah, tapi aku jenguk-jenguk jugak blog lama aku tu.

Dalam salah satu entry ada lah seorang pembaca ni bertanya hal rumah tangga kat aku. al maklumlah, aku ni mana pernah kawen. jadi takde pengalaman dan tak tahu nak balas apa kat komen dia tu. Komen beliau adalah seperti berikut :

…sesetengah suami mengatakan ‘ABANG CARI DUIT JEE UTK ANAK2.KEJA2 RUMAH N JAGA ANAK..2 KEJA AWAK LA’..suami apa eh cam ni..geram btl dgn suami mcm ni..pas 2 tak prihatin langsung dgn family..n yang paling menyakitkn hati bla c istri membebel sikit..’JANGAN BANYAK CAKAP LA.. AKU TAK DE HUTANG DGN FAMILY KO..AKU BAYAR KO CASH TAU’.Macam mana nk menghadapi suami spt ini?

dah macam pakar kaunseling rumahtangga plak bila kakak ni duk tanya aku. soalannya macam mana nak menghadapi suami seperti ini. tapi mungkin dari segi pembacaan aku melalui pengalaman orang yang dah berumahtangga ni, masalah akak ni masih boleh di selesaikan. Suami itu tak bersalah sebenarnya, cuma cara dia bersuara itu kelihatan tegas. mungkin dalam keadaan marah dan penat…keluarlah ayat-ayat macam tu.

Aku teringat blog Hamka yang aku baca ada cerita pasal suami yang tak membantu membuat kerja-kerja rumah ni. Kata Hamka, kenapa mesti marah suami yang tak buat kerja rumah. Duduk goyang kaki, baca surat khabar dan tengok TV tanpa memikirkan penatnya isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Wahai isteri-isteri, cukup baik suami-suami awak tu tak duduk melepak kat luar rumah, kat kedai kopi, berpeleseran dengan wanita lain dan melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang best di mata isteri. Bukankah bagus suami tu duduk dirumah di depan mata kita dan kita tahu apa yang dibuatnya?

Adalah di kalangan lelaki ni kata, sebenarnya jauh di sudut hati mereka, mereka kasihan melihat isteri-isteri ni buat kerja. dalam pada baca surat khabar di jelingnya isteri yang memasak di dapur atau mengemas rumah. nak tengok betapa gigihnya si isteri. Pasti ada terselit kasih sayang dan perasaan simpati dalam diri mereka. janganlah berprasangka yang bukan-bukan. Waktu di rumahkan untuk sang suami berehat-rehat. konon lah!

dan seperti biasa, mana-mana lelaki pun tak suka kalau perempuan membebel. hihi….My Cinta pun tak suka kalau aku membebel kat dia. itu belum kawen. kalau dah kawen camnelah gamaknya aku membebel nanti. harap-harap dia tabah menghadapinya..ahaks! Kalau boleh dikurangkan bebelan tu adalah lebih baik. daku pun sedang cuba praktis untuk takmo memanjangkan cerita dengan membebel. boleh?

suami kan penat balik kerja, cari duit, bagi nafkah zahir dan batin setiap malam. hahaha..jadi fahamilah suami. ada satu kisah di zaman Nabi yang rasanya semua orang dah tahu.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu haritelah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasabaik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembanturumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milikbaginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya : “Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yangkamu minta siang hari tadi?”

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklahdia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesahdalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Betapa besarnya pahala seorang isteri yang melakukan kerja-kerja rumah tanpa keluh kesah. Semoga ini juga dapat membantu aku dan para isteri yang lain.

Bukan itu aje ada juga hadith-hadith mengenai khidmat isteri ini kepada suami. antaranya ialah

  • Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
  • Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
  • Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
  • Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
  • Isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun,
  • Isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..
  • Isteri memasak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka,
  • Apabila menjemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari.

Betapa bestnya menjadi isteri. huhuhu….Jadi, wahai kakak, redhalah dengan segala tugas-tugas di rumah sebagai isteri. dan berdoalah agar suami akak menjadi suami yang taat kepada perintah Allah. Kepada suami kakak tu tadi, takyah ler sampai mengherdik mengeluarkan kenyataan serupa itukan. Isteri itu tempat untuk dimanja dan dibelai. bukan diherdik. sama-samalah kita menjadi suami isteri yang diredhai Allah swt. *eh macam lah aku dah kawen. hikhik*

sumber maklumat :google dan blog hamka

sekilas : ingin Khidmat kaunseling rumah tangga : hubungi saya! hihi

Posted in Kisah-kisah itu - Tagged masalah, perkahwinan, suami isteri

Memandu ikutlah peraturan, bukan ikut suka hati kau!

Oct28
2010
4 Comments Written by Sekilas

Kadang-kadang aku geram betul dengan sikap pemandu yang berlagak teror memandu kereta ni. itu baru kereta, belum lagi aku cakap pasal lori sampah, lori balak, bas express, motor rempit dan yang sewaktu dengannya.


[Gambar]

Kalau lah melanggar kereta dia tidak merosakkan kereta aku sekali, aku dah langgar dah!! Kesilapan yang selalu membuatkan aku bengang :

1. Signal.

Ape ke susah sangat kau nak bagi signal kalau nak masuk simpang ke, nak masuk lorong jalan raya tu ke…susah ker weh? hanya dengan satu tindakan ajer. Dekat je pun tangan dengan stereng dengan signal punya tempat tu. Ini kang tetiba je memotong orang macam kau tu pelesit kan. Pastu tengah syok-syok aku duduk belakang kau, bedesup kau terus masuk simpang..tak terkejut adik kau ni?

2. tak sabar

Kalau memandu tu cuba bawa-bawa bersabar sikit. Kejap masuk kiri, kejap masuk kanan…padahal jalan tu jem kemain kat depan tu. Dah tu plak, aku  ni bawa lane perlahan, kau nak cucuk-cucuk aku suh bawa laju tu apehal..kau nak laju pergi lane laju la…ko pecut la sampai ko terlanggar batang pokok! (ada plak batang pokok tengah jalan raya)

3. Perlahan tak kena tempat.

Ni pun satu hal jugak. Kalau dah kat lane laju kau pergi bawa macam kura-kura tu kenapa? ada 2 lane kau boleh pergi kiri. ada 3-4 lane kau pergi kiriiiii sekali. Bagi signal dan ke kiri. ini aku tengah sedap bawa 90km/j tiba-tiba aku kena slow sampai 60km/j. hai…bikin panas nampak. Itu satu hal lagi la. Ini time jalan jem…memang la kereta kat depan tu semua slow sebab kereta banyak. tapi tak perlu la kau bawa slow sampai 3-4 biji kereta boleh potong kau kat depan tu. agak-agak la pakcik, brader, makcik, sister, nak slow pun. dekat-dekat la sikit dengan kereta depan. kalau macam tu punya perlahan, takkan kau sampai nak langgar kereta depan plak kan…slow tu bole tapi rapat sikit. ini elok-elok aku kat depan, terus jadi ke belakang dan ke belakang dan ke belakang. macam ni makin lambat la perjalanan aku.

4. Dengki.

Sikap dengki ni pun menyampah jugak. Kadang-kadang ada la jugak masalah terlepas simpang ke, atau jalan terlalu jem, sampaikan sepatutnya lorong yang satu nak masuk simpang jadi 2 lorong ke…biasala, kita bukan tahu kedaan kat depan macam mana kan. jadinya, ada ketika kita ni terlepas sampai ke depan. apa la salahnya kau bagi chance sket kat orang yang nak masuk simpang potong line kau tu. dorang bagi signal kot! lama giler tunggu chance nak ke simpang tu, tapi sebab kau dengki kau macam berlagak sangat kau tak bagi orang tu masuk. kalau kita bagi orang masuk simpang potong kita, nanti kalau kita aku buat camtu lain masa pun mungkin akan ada chance. sebab ape, kalau kita dengki kat orang, nanti satu masa ade orang lain plak dengki ngan kita. kita bukan tahu apa jadi kat masa depan kan…jangan ler dengki-dengi sangat. kang kalau dah sampai terlanggar side mirror patah, sampai bergesel kiri kanan time tu baru kau nak maki hamun orang lain. buat baik sudah kan…

cukup itu jela…kang duk celoteh panjang, korang pun boring nak baca kan. harap-harap korang yang baca ni pun jangan le buat prangai ghope itu ye. memandula ikut peraturan bukan ikut sukahati mak ayah dan ahli kerluarga korang jerk…jangan memandu ikut emosi!

sekilas : memandulah dengan berhemah, pakailah tali pinggang kaledar anda. pesanan khidmat masyarakat! hoho

Posted in me - Tagged memandu, tips pemanduan

Mandi wajib lepas bersetubuh

Oct26
2010
6 Comments Written by Sekilas

woopps! tahu ler daku belum kawen. macam tak sesuai je nak buat entry ni. tapi ini kan info umum. tiap-tiap orang patut tahu an. tadi tengah aku berjalan di tengah kotaraya di dalam laman sesawang ni. aku terjumpa tentang satu soalan mengenai soal jawab agama. topik untuk entry itu ialah mengenai bersetubuh di bulam Ramadhan sebelum Subuh. jadi pembaca ni duk tanya, adakah wajib Kafarah (yakni Kafarah puasa). lepas ustaz tu jawab, kalau sebelum subuh takyah Kafarah. tapi kalau berjimak selepas Subuh di bulan Ramadhan wajib Kafarah.

kemudian banyak la soalan-soalan menyusul di kemudiannya di bahagian komen. Aku nak gelak baca satu soalan tu.

Soalannye berbunyi begini,

assalammualaikum ustZ,nak bertanya ni,bg pasangan suami isteri, sekiranya pasangan ini besetubuh d waktu pagi sebelum brsahur
adakah pasangan ini perlu mandi wajib,..ataupun berpuasa spt biasa jee,..

Pastu Ustaz tu pun jawab,

waalaikumussalam wbt.

Wajib mandi, kalau tak mandi bagaimana nak solat subuh, meninggalkan solat berdosa besar.

hahaha….mestila mandi wajib, kot tak camne nak smbahyang Subuh. ape selama ni dia tak pernah mandi wajib ke? huhu…sebab kalau macam pompuan kan ada mandi wajib tetiap bulan. tengok sesetengah wanita la. Bukan mandi wajib sebab berjimak ye. sebab ‘datang bulan’. Jadi kalau aku tak mandi wajib macam mana aku nak sembahyang kan. so samala kes dengan orang tanya soalan tu..hihi..memang aku tersenyum la baca komen tu. :) tapi siapalah kita untuk mentertawakan orang lain kan. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. macam aku ni masih kekurangan ilmu agama lagi.

sekilas :

Posted in Kisah-kisah itu - Tagged berjimak, mandi wajib

Tesco dan Carrefour, pilihan anda?

Oct20
2010
6 Comments Written by Sekilas

cop cop cop!! kalau aku dah bagi dua je pilihan jawapan sila pilih salah satu daripadanya sahaja oke. takyah ngengada nak pilih selain dari itu. kang kompom ada yang jawab Giant la…Jusco laa…ah takdek takdek..!!

Sekarang tolong aku buat pilihan….mana satu tempat yang ramai orang, mana satu yang tempat yang murah dan berpatutan, mana satu tempat yang bagus.

Carrefour??

[Gambar]

Tesco??

[Gambar]

Mana satu?? aku tengah nak wat survey ni dari segi marketing ni. so boleh tolong aku tak??

sekilas : 2 tempat ni dekat ngan rumah aku, sebab tu ade 2 pilihan je. TQ!

Posted in me - Tagged carrefour, tesco

Biar aku beritahu kerajaan…

Oct13
2010
8 Comments Written by Sekilas

takpayah nak susah payah…nak kaji selidik nak tanya orang awam, masyarakat nak hantar orang pergi luar negara untuk sahka perkara ni layak atau tak.

tak payah wahai Perdana Menteri. Tak payah wahai menteri-menteri kabinet yang lain. Dengan ini aku nak tegaskan…tak payah la engkorang semua bersusah payah untuk menambah sylibus dalam pelajaran sekolah menengah rendah iaitu

PENDIDIKAN SEKS!!

dan tak payah jugak nak bentang kertas kerja nak bincang dengan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Dato Shahrizat kita tu nak adakan pulak

SEKOLAH KHAS UNTUK PELAJAR MENGANDUNG!!!

tolonglah wahai menteri-menteri yang ada. bukalah mata luaskan lah minda. budak-budak sekarang tidak sebodoh anda-anda di zaman kecil dahulu. seuisa 7 tahun juga ada kes merogol, mencabul dan sebagainya. Bukan soalnya tiada pendidikan tentang bahayanya seks maka terjadilah kes tangkap khalwat, kes mengandung anak luar nikah, kes buang bayi dan sebagainya. tapi kerana kurangnya

PENDIDIKAN AGAMA!!

Siapa yang akan ditangkap berkhalwat???

orang ISLAM

Siapa yang kebanyakkannya mengandung anak luar nikah??

orang ISLAM

Siapa yang membuang bayi merata-rata??

orang ISLAM

maka apa yang kurangnnya dalam sistem pendidikan kita? apa yang sepatutnya kita tekankan dalam pendidikan??

PENDIDIKAN ISLAM!!

lebih baik beritahu kepada anak-anak kecil ini tentang azabnya seksa di kubur dan juga neraka daripada memberitahu bahawa akan datangnya penyakit kelamin sekiranya melakukan hubungan seks tanpa nikah dengan pelbagai jenis manusia kotor di luar sana.

lebih baik beritahu kepada anak-anak kecil ini tentang kisah para Nabi kita, dan bagaimana Allah begitu murka dengan hambaNya yang ingar maka diturunkan bala kepada mereka.

lebih baik beritahu kepada anak-anak kecil ini tentang indahnya Syurga yang bakal kita duduki selama-lamanya sekiranya kita tidak melakukan dosa dan menunaikan perintahNya.

Lebih baik beritahu anak-anak kecil ini tentang sakitnya hidup di dalam Neraka jika kita ingkar perintah Allah dan melakukan laranganNya.

Bukankah itu lebih baik daripada sibuk membuat kertas kerja tentang PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH dan SEKOLAH UNTUK PELAJAR MENGANDUNG!

Jika ada sekolah seperti itu, maka mereka yang terlibat ini tidak akan risau jika mengandung, kerana masih ada sekolah yang menerima mereka, masih ada ramai pelajar yang senasib mereka.

sedarlah perkara ini!!

sekilas : daku rasa bersalah kerana sesuatu maka itu aku menyuarakan pendapat ini!!

Posted in Isu Semasa - Tagged pendidikan seks, sekolah mengandung

apa korang nak buat?

Oct12
2010
8 Comments Written by Sekilas

Apa korang nak buat?

kalau korang diarahkan jadi security guard, lepas tu ade orang nak masuk bangunan korang jaga tu nak tumpang sembahyang. tapi sebab rules kat situ tak benarkan orang awam masuk selepas office hour, korang berbelah bagi sama ada nak bagi dia solat kat situ atau tidak. kebetulan situ adalah tempat terdekat untuk hamba Allah ni tunaikan perintahNya…benarkan atau minta maaf kerana anda sekadar menjalankan tugas?

Apa korang nak buat?

sekilas : aku ada pandangan aku sendiri, cuma nak tanya pendapat korang.

berbaloi ke kalau kahwin buat pinjaman bank?

Oct06
2010
18 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum kawan-kawan semua. Dan selamat sejahtera di ucapkan buat pengerusi majlis, para hakim yang cun dan ensem, para jemaah sekalian..sidang hadirin dan hadirat yang diredhai oleh Allah. fuh! dah macam nak masuk pidato rasanya.

Aku terbaca blog zara yang mana dia berkongsi rasa dan citarasa oh ayat macam ape ntah, dengan kita semua mengenai seorang temannya (lelaki) yang ingin berkahwin dengan GF dia. oke dipendekkan cerita, BF ni dah hantar rombongan meminang kat rumah keluarga GF dia ni. tapi yang sadisnya, Pihak perempuan meminta duit hantaran sebanyak RM20 RIBU dan hantara serba satu. pergh!!

kenapa kita kata perghh!! kenapa kita terkejut? kenapa? sukati mak pak dia la nak letak hantaran berapa pun kan. katanya dah penat besarkan anak! huh! siap tanya lagi kat mak lelaki Berapa harga cincin risik tu?

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang merasakan menjaga anak dara seorang lebih sukar daripada menjaga lembu sekandang tu, menjual lembu dengan harga RM20 ribu lebih berbaloi daripada meletakkan hantaran sebanyak itu seolah menjual anak.

Mungkin zaman sekarang sudah berubah, jadi mak bapak rasa belanja kawen itu banyak, dan perlu menggunakan banyak duit untuk kenduri kawen, Pelamin indah bak kayangan, di sebuah hotel / dewan… Baju pengantin ala-ala cinderela ibarat perkahwinan Siti Nurhaliza, ingin menjemput tetamu VVVIP dan kena bagi goodie bags yang harga satunya cecah rm100, bunga telur yang mungkin boleh tahan selama 7 hari 7 malam (telurnya sahaja) dan menempah kek setinggi 7 tingkat sambil memegang pedang kesatria untuk dipotong, kad kawen yang wange nak mampos sampai design punya gempak berenda-renda, khemah sebanyak 10 untuk ditempah dan sebagainya.

tapi berbaloikah itu semua jika selepas kawen sebenarnya si lelaki telah membuat pinjaman ceti @ bank untuk perkahwinan itu dan sedang menanggung hutang piutang yang menimbun. kemudian nak beli beras, nak beli barang dapur, nak beli susu anak selepas berjimak dan melahirkan zuriat yang comel dan sihat belaka sebab kuat minum susu. maka suami bekerja siang malam, isteri minta je duit kan. tapi bila tak cukup mengamuk, mengadu kat mak. pastu bergaduh lagi dan akhirnya bercerai.! itu pun kalau sempat buat anak. kalau baru 3-4 bulan kawen dah terduduk bercerai…berpuluh ribu yang dibelanjakan itu berbaloi ke?

ceritanya…TAK PAYAH ler buat pinjaman bank… tu ha..PTPTN aku pun tak berbayar lagi. baik bayar PTPTN aku. dan bakal-bakal suami yang sanggup bayar duit hantaran sebanyak itu..silalah bayar jika MAMPU. jika tidak, berbincanglah secara baik untuk mendapatkan gadis itu. sebab Islam itu amat mudah…jadi cuba slow talk-pujuk rayu-iqram muslimim, sedekah (rasuah) serta bagi hadith dan fatwa amaran bahaya lambat kahwin..haha..aku ingat nak suruh je My Cinta buat camni kat mak ayah aku. jadi tak? hikhik….

Apakah itu perkahwinan?

Sebenarnya, maksud yang tersirat di sebalik perkahwinan yang telah tersurat selamat di ijab kabulkan adalah bermakna,segala dosa sang isteri yang sebelum ini di tanggung oleh ayah dia, abang dia,bapak dia, kini korang sang suami yang kena tanggung segala dosa isteri korang tuh, ayah dia dah boleh cuci tangan… sebab tu ada ganjaran yang besar untuk ibu bapa yang ajar anak perempuan dia dengan ilmu ugama dan kahwinkan cepat cepat… -HAMKA-

Sabda Nabi Muhammad s.a.w (lebih kurang) “kemulian wanita terletak dalam tiga perkara:

1.Cepat kahwin
2.Murah maskahwin
3.Cepat beranak.”

Dalam Hadith riwayat Saidina Ali Karamallahuwajjah, 3 perkara kena cepat2,:

1. tanam mayat
2. Solat bila masuk waktu.
3. kahwinkan anak perempuan bila ada org berhajat padanya.

“Kain buruk lebih mulia dari wanita yang tak nak beranak (lebih kurang hadith)”

Jadi kalau nak tunggu orang sanggup bayar rm20 ribu untuk anak dia..bermakna dia pinjam ceti atau dia memang kaya. ada tak korang baca sebelum ni aku tulis, Nabi kata orang kaya adalah orang yang lambat sikit masuk syurga ~~ tapi tidak bererti kita yang miskin hina dinar ni cepat masuk syurga. kalau dosa lebih banyak dari pahala apa faedah Allah nak bagi kita masuk Syurga cepat kan.

Kan lebih elok kalau Tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang merasakan menjaga anak dara seorang lebih sukar daripada menjaga lembu sekandang tu, bertanya pada pihak lelaki, anak kamu tu solat 5 waktu cukup tak? kalau cukup, solat di awal waktu ke tak? selalu pergi masjid tak? pernah tak dia tinggal puasa? boleh tak dia jadi imam dalam solat berjemaah bersama-sama isteri? dah cukup ilmu agama untuk mendidik isteri tak?

mana lah tahu karang tak tertanggung dosa isteri dek kerana kejahilan suami dengan perkara remeh temeh ni. kotnya la isteri pakai tudung berlengan pendek, di biarkan je isterinya itu…haa…sape yang dapat dosa? suami jugaaaa sebab tak tegur isteri dan tak tahukah dia, betapa perkara itu akan mengheret suami sekali masuk neraka kalau suami diam je buat tak tahu.

Jadi kalau rasa cinta sangat dengan gadis itu buatlah solat istikharah..minta petunjuk dari Allah benarkah si gadis itu untuk ko..kalau tak, cari jela yang lain. memang susah nak jumpa wanita yang benar-benar wanita di dunia akhir zaman ni. tapi Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNya. InsyaAllah…

sekilas : yang…bila nak datang minang ni. hihi…saje bikin panas!

Posted in cinta, Kisah-kisah itu - Tagged hantaran, perkahwinan

Kalau geram sangat pun tak payah la tunjuk depan orang

Sep21
2010
12 Comments Written by Sekilas

Pagi tadi aku terlewat sikit sampai ofis. sebab baru keluar rumah terperasan minyak kereta hampir empty. jadi aku kena gi stesen minyak dulu. kalau balik keje nanti pergi alamatnya tak sampai stesen minyak la aku, kerete dah benti tengah jalan.

jadinya dari rumah kalau otw ke tempat kerja aku akan lalu Esso kat depan safari lagoon tu. lepas isi minyak terasa nak makan roti Gardenia yang 60 sen tu. kat 7-eleven bukit Jalil tu takde jual ar roti tu. aku pun heran. makanya aku park kereta dan masuk dalam mart Esso tu.

dah capai-capai apa yang patut aku pun beratur kat kaunter nak bayar. lagi pulak, kaunter minyak kat luar dah tutup agaknya, so orang ramai bayar kat dalam. dalam pada nak beratur tu aku tak tahu apa masalah kat kaunter dengan customer tu, maybe pasal pump minyak kat luar dah ade orang isi ke ape ke…cashier tu macam bengang dengan orang luar yang dah angkat pump isi minyak..boleh tak dia hentak meja kaunter tu tunjuk rasa geram tu. depan customer kot!!

dahla hentak meja kaunter tu dengan kuat, dia berjalan keluar sambil membebel.. “aku geram betul la macam ni” …aku dengar kot! orang lain mesti dengar.

so aku pun bayar kaunter sebelah, sebab cashier tadi dah keluar. boleh pulak cashier satu lagi ni turut sama membebel..aku tengah bayar ni, dia cakap-cakap dengan member dia “nak cakap bangang kang….”

Ya Allah..apa kasar benor bahasa ko dik oitt….aku kat depan kau ni..kau nak membebel kat customer tadi depan aku. kalau aku ni kawan dia ke, sedara dia ke…pastu bahasa kemain lagi. kot ye pun kau marah, tunggu2 la takde orang depan kau. takkan tak reti adab sopan kot. aku dulu pun jadi cashier jugak kat pump minyak. dah kerja kita tu berkhidmat untuk customer..memangla macam-macam pe’el ko jumpa orang kat situ. rilek la…! pagi-pagi dah nak mengarut tak tentu pasal.

Tak semua orang bijak pandai datang kat stesen minyak kau tu. takkan kau nak expect orang tahu semua benda. Lagipun dia kat luar kau kat dalam boleh dengar ke komunikasi kau kalau kau marah dia angkat pump ke apa ke…

Aku memang tak puas hati betul. ikut hati tadi nak aje aku sound balik cashier tu. tapi sebab aku takmo pagi aku yang indah menjadi panas…aku geleng kepala jek. tak sepatutnya dia bersikap demikian.

hentak meja, cakap perkara yang tak sepatutnya. pernah dengar customer always right?? yeah..memang dorang akan sentiasa betul walaupun salah. waktu aku kerja dulu kat mobil jadi cashier…ada customer bagi aku seringgit nak isi minyak. aku ingat dia pakai motor. tapi alih-alih dia masuk dalam marah-marah aku cakap aku isi minyak dia seringgit. dah memang dia bagi aku seringgit…tapi dia kata dia bagi aku sepuloh ringgit. apahal kan? even aku yakin aku betul pun…orang tu tetap bertegas kata dia bagi sepuluh ringgit. dia kata “takkan aku nak isi minyak kereta seringgit?” aku pun tak prasan dia naik kereta ke motor. orang ramai kan pagi-pagi, dia cakap pump berapa jadi aku isi jela.

aku siap suh bos aku replay rakaman cctv bagi dia tengok…nak tahu sape salah? orang tu la…memang jelas dan nyata dia bagi aku duit warna biru seringgit. dia dah tentu malu, tapi tetap tak puas hati. bos aku kata “takpe, dia selalu isi minyak kat sini. biar jela”

see….customer tu bagi kita rezeki..dia salah pun, dia tak puas hati. dan sebagai pekerja, tak perlu la nak membebel dan mengarut bukan-bukan kat depan dorang. customer always right. dia ada hak juga sebagai pengguna. kalau dia tak tahu kita bagitahu, bukan kita nak maki dia.

aku harap korang yang kerja berdepan dengan macam-macam karenah customer banyak-banyakkan bersabar. Allah suka orang yang bersabar. kita akan puas hati kalau customer happy terima layanan kita. ingat, customer always right even they’re totally wrong. huhuhu…

sekilas : aku pernah shot rm500 utk sebulan keje jadi cashier. penyudah gaji aku rm200 je. time tu first month keje. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me - Tagged customer always right, stesen minyak
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress