• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts in category masyarakat

Cikgu Shida Parit Buntar!

Dec28
2010
8 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni aku duk layan lagu-lagu yang cikgu Shida miming kan. sila baca : DENGAR LAGU! bukan tengok clip video dia. dalam memilih lagu-lagu tu, aku tengok thumbnail video tu dah bermacam-macam pakaian, perwatakan dan make-up yang Cikgu Shida ni persembahkan kat video dia tu.

kretip kemain lagi cikgu Shida ni dengan aksesori dia tu ha. baju make up belum ditambah dengan aksi dia tu. fuh~!

Banyaknya barang kat rumah cikgu ni. Cikgu ni dah kawen ke belum? aku idok ler marah cikgu ni nak release tension atau nak menghiburkan hati sendiri atau orang lain. ada sesetengah clip tu aku nengok biasa je okelah. yang just miming nampak muka dan kepala dia tu je. *kire miming time tengah duduk. Ini ada plak siap joget lambak, siap gelek-gelek. issk…jadi malu la plak nengok ghupe itu. over acting plak jadinya. aku nengok reaksi muka dia nak menyanyi tu pun dah berkerut-kerut kening aku ni ha…

Tiada orang sempurna cikgu. aku paham. tapi mungkin cikgu boleh berpada-pada kan video clip cikgu tu. err…cikgu pahamkan? Tapi cikgu memang kretip abis la cikgu. tabik tul ngan cikgu dapat hasilkan pelbagai watak. hihi….pasni tukar profesion jadi cikgu kelab budaya plak untuk anak-anak murid. kompom cikgu2 lain tak pening kepala nak pikir baju apa patut dipakai oleh anak murid.

sekilas : aku nak cerita lain, jadi lain plak. huhuhu

Tagged cikgu shida, parit buntar, youtube

Boleh tak buat blog tu tak meniru identiti orang lain?

Dec27
2010
28 Comments Written by Sekilas

Boleh je kalau anda menjadi diri sendiri. buat blog ni memang ler mudah. yang payahnya nak keluarkan idea ‘original’. nak menarik minat orang nak membaca dan mungkin nak mencari pembaca setia.

Ada sesetengah orang tak memikirkan pun berapa ramai pembaca blog dia. yang dia tahu dia dapat menulis dan melepaskan hobinya itu.

Tapi aku jadi hangin je bila baca sesetengah blog orang yang cuba-cuba menjadi ‘orang lain’ yang sememangnya kita dah kenal trademark penulisannya. Kalau kita baca satu entry, kita tahu..haa ni mesti si polan yang tulis ni.

Dahnya kalau aku baca blog kau sama je pengisian macam blog si polan tu, nampak sangat kau mengalami krisis identiti. aku tak mahu la nyatakan blog berkenaan di sini. tidak mahu mendedahkan apa yang buruk. tapi sebagai seorang blogger pasti rasa tak seronok bila tengok blogger lain ni takde identiti sendiri. nak ciplak-ciplak gaya penulisan orang, nak tiru design, dan sebagainya.

Gambar gugel di internet!

Tak best la macam ni kawan. just be yourself. aku tak ingat aku baca kat mana…tapi ade blogger kata nak menulis blog ni umpama bersembang dengan pembaca di alam maya ni. macam kau bercakap dengan orang la umpamanya. menjadi diri sendiri tu, adalah macam mana cara kau bersembang dengan orang lain. macam tu la kau tulis. Terpulang! asalkan itu adalah engkau dan engkau tidak meniru sesiapa di arena blogging ni.

Kalau sama 2-3 benda tu normal lah. contoh macam nama panggilan diri…mungkin ada yang guna ‘kau aku’, ‘Gua Lu’, ‘saya awak’ dan sebagainya. ini paling biasa la nak jumpa kesamaannya. tapi kalau style nak sama, ayat nak sama…kau pun agak-agaklah…orang boleh bezakan la.

Aku harap korang jangan lah buat blog dan cuba-cuba nak jadi orang lain. fokus la pada satu perkara dan minat. jangan terikut-ikut orang lain. Cari kelebihan diri…okey? renung-renungkan dan selamat membuat amal!

sekilas : rindukan Anis Suffiyah!

Tagged blog, blogger, blogger menipu, identiti

Macam mana aku pada usia 15 tahun?

Dec20
2010
4 Comments Written by Sekilas

Selebet…selekeh…Pakai tudung pun tak betul. (sebab dulu kita ni pakai tudung sebab tengok kengkawan lain pakai tudung gi sekolah) Tapi bila bersukan hambikk!! semua terbuka di atas kepala ini. huhu Jahil siut!

Apa aktiviti jahat yang aku buat ketika usia 15 tahun?? ohhh..time ni paling-paling jahat aku buat pun ponteng kelas sebab nak pergi bersukan! sangat aktif bersukan okey! dulu kalau dak-dak sekolah yang memang pakai tudung tu, nak tahu aktif sukan ke tak tengok kan aje belang kat muka tu. kompom dah leh agak sebab ape? men bola jaring, men bola baling…

Di mana tempat melepak ketika usia 15 tahun dahulu? KLCC?? hurm..ye ke? oh tak time 15 tahun tak berapa nak kenal sangat KLCC. so lepak kat  area Ampang je jumpa ngan budak-budak skeolah lain. Maklumlah bila kita bersukan ni jaringan sosial semakin luas. Nak pulak berkawan dengan sorang minah getik yang jenis suka melayan. Dia lah yang banyak kenalkan kawan-kawan dari sekolah lain.

Sosial-sosial daku ketika  zaman sekolah, takde pulak berani nak cakap kurang ajar dengan orang tua. Takde pulak berani nak pukul-pukul orang sebab pakwe. Lu nak amik pakwe wa..lu amek jela. wa takde hal! wa bukan gangster beb! paling busuk glamer-glamer sampai kena panggil dek guru kelas dan mak ayah dapat surat merah pun sebab ponteng kelas je kot! itu pun ketua darjah aku dengki aku pi berlatih menari. tak masuk kelas je..bukan tak gi sekolah! (eleh, menari la sangat…klau suh aku menari skarang kompom kayu)

kalau glamer sangat pun sebab aktif bersukan jek! ganas-ganas pun aku nengok orang gaduh je..tapi idok le sampai angkat kain belasah bagai. perang mulut je kot….

Lar ni budak-budak usia 15 tahun toksah citer la…yang berani beraksi di ranjang memang dah hebat. yang beranak pinak buang merata pun boleh tahan jugak. yang bercakap kurang ajar macam gengster tak usah cakap la. bersepah kat KL ni. kat tempat lain aku idok tahu ler. yang seksi meksi pakai sampai nak tersembul buah dada dia tu pun boleh nampak kat area KL ni. yang berani masuk clubbing bawah umur camtu pun banyak gak.!

Pagi tadi memang menyirap je dengar panggilan hangit HotFM bila Fafau duk nak hangitkan budak nama Nana yang baru tingkatan 3 konon nya pukul budak sekolah yang lain. Dia punya cakap kurang ajar memang boleh bagi makan kaki kot! kalau dia nak cakap kat kakak sedara budak tu aku accept lagi la. budak muda, time-time ni memang hangin jek! tapi kalau dah dengan orang tua yang mana Fafau menyamar jadi mak ngah dia tu takkan takleh slow down! siap ngaku, “Memang saya kurang ajar, memang tak hormat orang tua. apa masalahnya?”

Cis! Memang nak makan penampor la budak ni. Mujur bukan aku kenal. kalau kenal dah kena basuh ngan sabun clorox dah biar bersih sket hati dan otak dia tu.

Aku fikir Fafau pun dah jadi malas nak hangitkan budak tu sebab kurang ajar tidak kena pada tempatnya!

sekilas : Apa pandangan korang?

Posted in Isu Semasa - Tagged HotFM, kurang ajar, panggilan hangit

“Saya gay, saya okay”

Dec17
2010
14 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Pe habaq orang-orang kampung sekalian. ada sehat ka? alhamdulillah. bersyukur hendaknya sebab time ni korang masih hidup dan bernafas di bumi Tuhan ini. Kalau-kalau aku mati pas updet blog ni, minta ampun maap kat korang k..tapi kata ustaz, kalau sebelum tidur tu, kita kena maafkan semua orang yang buat salah dengan kita…moga-moga korang buat perkara yang sama. tak nyusahkan orang yang hidup nanti. LOL…

baik…beralih kepada title yang agak drastik! siapa yang gay? siapa yang okay? kompom bukan aku kan..tapi ia merujuk kaum lelaki yang meminati kaum sejenisnya. Straight to the point…tadi aku berjalan-jalan di alam maya…then terus ternampak satu video yang di post kan oleh seorang teman di FB. akus earch kat youtube untuk amik embed code dia dan share dengan korang.

Ia merupakan pengakuan seorang LELAKI MELAYU yang pastinya ISLAM tentang siapa dirinya yang sebenar. aku pun takdelah nak marah sangat kalau dia tu memang takde nafsu dengan pompuan, tak suka pompuan dan sebagainya..tapi mungkin jadi isu bila GAY itu melakukan perbuatan keji seperti mana yang dihalang dalam ISLAM yang mana Nabi tak ngaku umat la kata orang tu. Umpama lelaki yang nak jadi pompuan…naluri dia ke arah kewanitaan..tapi takdela perlu sampai nak buat pembedahan plastik..nak tukar jantina terus kan…bukankah haram mengubah kejadian Tuhan pada diri kita?

kalau Pompuan ngan lelaki tu bernafsu..tak tahan sangat boleh jugak berkahwin. Kalau lelaki dan lelaki??? pompuan dan pompuan??? apa nak jadi??

Kalau yang buat pengakuan ni chinese ke..indian ke? aku accept le jugak..tapi sebab dia Melayu terus jadi isu pada aku…bukan isu besar pun..just rasa kecewa! tak tahu la korang….aku cuma merasakan aku terlalu kerdil di sisi Allah. harap-harap kita mampu menghindari segala kerosakan akhlak dan akidah ni.

So korang boleh bagitahu aku tak ini lakonan atau pengakuan betul-betul??? siapa Azwan Ismail ni? ada orang kenal??? anyone?!!

sekilas : saya straight!

Posted in Isu Semasa - Tagged azwan ismail, gay, pengakuan gay

Undi adalah rahsia!

Dec05
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Aku mungkin boleh dikategorikan sbagai rakyat yang tidak mengnang budi atau mungkin derhaka kepada Malaysia lantaran tahun ini di mana 14 Dis ini daku genap berusia 25 tahun, tapi daku masih blum pernah mengundi mana-mana parti politik di Malaysia ini.

adakah wajar menggelarkan daku derhaka kepada pemimpin Malaysia?? pedulik hapa kan…aku lagi takut derhaka kepada Allah dan Rasul. lebih takut derhaka kepada kedua ibu bapa.

Sejak berusia 2 tahun lagi aku tak sukakan politik. hohoho…jadahnya kan aku tahu pasal politik pada usia bgitu. okey, sejak aku mlangkah kaki ke Universiti, pada usia 18 tahun baru la aku kenal erti politik sebenar. cewah! politik mahasiswa jela yang aku tahu.

waktu zaman SPM kalau bab sejarah cerita pasal UMNO yang aku ingat bendera UMNO ada lambang bulat warna merah. itu jek. yang lain2…aku bengap! sebab tu sejarah aku dapat 8 waktu SPM.

Bila belajar kat kat UiTM…tahu sikit2 la..sebab ada pilihanraya kat fakulti. tapi malangnya, takde sorang pun Budak fakulti aku hantar calon untuk mengundi. maksud aku, calon kebanyakkannya sorang. jadi, tak payah mengundi, memang dia la yang akan menang. takde pilihan. jadi sepanjang aku belajar 5 tahun kat UiTM tu, sekali je seumur hidup aku mengundi calon untuk MPP. itu pun tah sape-sape aku pangkah! nak cukup syarat je. Pastu bila kuar dari bilik undi, semua sibuk tanya, “kau undi sape” .ssyhhh… “undi adalah rahsia” hahaha….

Sekarang ni aku tahu aku dah terlalu terlajak usia untuk keluar mengundi. yela..kan kerajaan tak kasi siswa siswi terlibat dengan politik. jadi aku rasa, walaupun usia aku dah 21 tahun pada tahun 2006. aku tak bleh keluar mengundi. makanya, aku pun tak mendaftar. sampailah aku abis belajar tahun 2009. umur aku 24 tahun.

So tahun ni aku dengan bersemangat waja pegi tulis borang dan hantar borang untuk layak mengundi kat SPR. oke..tipu, aku tulis borang pastu aku pas kat jiran aku suh antakan borang tu. tah sampai ke tak pendaftaran aku tu.

Masalahnya, bila aku baca pasal politik kat arena blog yang gempak ni, aku jadi terkejut dengan perkembangannya sekarang. Parti X kata Parti Y. eh…apesal mesti guna huruf X dan Y je ek..macam kromosom X dan Y. okey, aku tukar…Parti Oren dengan Parti Cokelat. hahaha….

kutuk mengutuk….bidas membidas. dan bab menconteng poster-poster yang ada gambar pemimpin pun dasat kemain. aku pelik betul la….kalau bagus sangat empunya diri tu, kenapa mesti nak kena draw muka pemimpin parti lain dalam keadaan yang jijik dan teruk! Yang parti Oren kutuk kaw2 sambil potocop poster pemimpin parti cokelat. sama la juga nanti parti cokelat tak puas ati potocop plak pemimpin parti oren. aiyyaa…!

abis kalau dah semua parti ada poster geli-geli….aku ni jadi was-was la. semua sama jek! yang Oren kata cokelat…yang Purple kata Kuning. arrghhh…..kenapa weh?

maknanya dorang ni pun kira jahat la. takde lah baik sangat sebab dok ngata orang, dok pedajal gambar orang kat potocop.

tapi aku percaya, mungkin ada yang buat potocop tu bukan dari parti sebenar. kalau bukan pun, kenapa mesti kita copy dan sebarkan poster tu??

sebagai rakyat Malaysia…aku sampai tak tahu siapa patut aku sokong untuk memimpin rakyat!

Jadi mungkin aku akan putuskan tahun depan juga aku tidak mahu keluar mengundi. baik aku undi contest2 kat blog ni. lagi bagus! hahaha…sekian terima kasih

Klik sini >> kalau engko pakai DIGI

Klik sini >> kalau engko pakai Celcom

Klik sini >> kalau engko nak gi New Zealand

sekilas : aku tanya mak, dia undi apa. mak jawab “undi adalah rahsia” ceh!

Posted in me

Isu keganasan rumah tangga semakin meningkat.

Nov28
2010
5 Comments Written by Sekilas

Kalau tak tiap-tiap hari, tapi pasti ada dalam seminggu dilaporkan di akhbar mengenai kes suami memukul isteri. Aku yang belum berkahwin ni terasa pulak takutnya untuk menempuh alam perkahwinan.

Al maklumlah, kata orang sewaktu bercinta kita tak pernah duduk serumah, tak pernah tidur sebantal. Tapi dah kawen semuanya depan mata. Makan gelojoh pun boleh nampak sebab dah takde apa yang nak di cover-cover sebab dah suami isteri. Jadi takut, kalau sebelum ni tak pernah tengok pasangan tu marah-marah sebab selalu mencuri hati kita. tapi bila dah kawen rupanya banyak pantang larang, banyak pulak yang yang kita tak tahu trang tang tang depan kita. kaki pukul, panas baran dan sebagainya yang menyumbang ke arah keganasan rumahtangga.

Pagi Ahad ni terbaca lagi kisah suami mengganas kerana cemburu buta. fuh~! berpeluh jugak aku membacanya. seram sejuk. Memanglah, kalau kita tak buat salah apa yang ingin ditakutkan, apa yang ingin dirisaukan. Tapi hakikatnya, kalau kita tak buat salah, atau takde ribut angin petir tahu-tahu ada salah tahu tahu kena marah. mau tak trauma kat situ kalau dah diacu pisau ke leher! seram la plak kalau dapat suami macam ni.

MELAKA: Luluh hati seorang isteri apabila suami yang diharapkan menjadi pelindungnya tergamak memukul dan mengugut membunuhnya akibat cemburu buta, awal bulan ini.

Dalam kejadian jam 11.35 malam pada 4 November lalu, Siti, 29, mendakwa suaminya yang berusia 35 tahun menamparnya sejurus mengejutkannya daripada tidur di ruang tamu rumah mereka di Tanjung Keling, dekat sini.

“Suami menampar pipi kiri dan kanan serta memukul kepala saya bertalu-talu sambil bertanya mengapa saya curang. Saya terpinga-pinga dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut. Saya hanya mampu mengalirkan air mata menahan kesakitan.

“Kemudian dia ke dapur sebelum menghampiri saya semula dengan tangan kirinya memegang pisau. Dia mengacukan pisau ke leher saya dan tangan kanannya menarik rambut saya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

laporan : metro

Aterrr…..kalau aku ni jenis suka melawan sket lagi-lagi terhadap keganasan terhadap diri sendiri. Mana boleh biar je orang pukul kita. tapi kalau dah ade pisau kat leher sendiri, mahu aku kaku beku kat situ. silap hari bulan boleh arwah. Sebelum ni pun laporan akhbar ada pasal isteri kena kelar dengan suami sendiri…ha…kan sampai maut tu dibuatnya.

Aku harap, future hasben aku nanti seorang yang mampu menahan rasa marah dan tidak bertindak diluar batasan. Aku faham kita ni manusia biasa. tapi kalau dah macam ni punya cerita hari-hari kat paper, mau semua gadis-gadis sanggup membujang je nanti. Takut pulak nak kawen kan…

sekilas : InsyaAllah, si dia bukan begitu kan?

Posted in Isu Semasa - Tagged keganasan rumahtangga, suami isteri, surat khabar

Kebenaran itu kadangkala menyakitkan

Nov24
2010
4 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dah tengok surat khabar? tengok aje takde gunanya. dah baca?

Dah makan? makan angin pun tiada maknanya. nanti bila perut dah masuk angin, mula la kepala pening dan keluar balik angin kus-kus dari dalam badan.

Pernah tak anda teringin tahu siapa sebenarnya kekasih anda di masa lalu? Pernah tak anda nak korek-korek rahsia dia daripada kawan-kawan, atau membuat kaji selidik sendiri?

Ada terdetik di hati anda nak selongkar kehidupan lampau dia? Pernah sesekali bertanya dengan dia mengenai kisah-kisah lalu sebelum mengenali anda?

Aku percaya ada di antara kita baik lelaki mahupun wanita seringkali mempunyai rasa ingin tahu seperti ini. Mengenali siapa dia kini tidak sama dengan mengenali siapa dia sebelum kamu.

Kadangkala persoalan-persoalan ini timbul apabila pasangan kita itu mempunyai kawan-kawan yang berbeza dengan perwatakan beliau. Contohnya, pasangan kita ni orangnya baik, sopan, bertudung litup, tapi kawan-kawannya ramai yang seksi, sosial, dan sebagainya. mesti lelaki ni nak tahu, siapa wanita yang dicintainya sebelum ini?

Ada juga terkadang mendapat pasangan yang gila-gila, sosial, tapi kawan-kawannya ramai jugak yang dari ahli masjid. Ini adalah contoh. jadi ada dari kita tertanya-tanya dia ni baik ke tidak ni sebenarnya?

Pembaca yang ku sayangi,

Kadangkala dalam kita menyelidik siapa pasangan kita yang sebenarnya adalah perkara yang sewajarnya. Namun jika anda mengetahui kebenaran tentang si dia, adakah anda akan menerima dia seadanya?

Tidak semua orang dapat menerima kebenaran. kerana kebenaran itu kadangkala menyakitkan. Jika terasa diri anda tidak berada dalam keadaan bersedia untuk menerima segala kemungkinan, berhentilah daripada menyiasat dan mengetahui tentang kebenaran. Kebenaran ada yang indah, dan ada juga yang menyakitkan malah terkadang kebenaran itu seperti satu tikaman tajam di dalam sanubari.


[Gambar]

Bagi yang kuat imannya, maka kekallah dia dalam keadaan yang waras. jika tidak, macam orang gila jadinya nanti.

Sedang anda berkawan dengan teman baik yang banyak membantu anda dan begitu sayangkan anda, sebenarnya dalam diam dialah punca utama anda berpisah dengan kekasih anda. sakit bukan menerima kebenaran itu? sangka anda selama ini perpisahan kerana anda itu sudah tidak cantik di mata lelaki (yang bodoh sebab berpisah dengan anda) , sangka anda mungkin kerana keluarga si dia tidak sukakan anda. tapi rupanya teman baik sendiri yang mengapi-apikan keadaan sehingga anda berpisah dengan si dia! itupun setelah 2 tahun baru anda tahu.

Pernah mengetahui bahawasanya anda adalah anak angkat keluarga?? Sebenarnya anda diambil dari rumah kebajikan. Maka anda kaji selidik asal usul anda, anda adalah anak luar nikah!! kemudiannya ibu anda seorang penagih dadah!! Bapa anda seorang pembunuh? Perit menerimanya bukan?? Kehidupan anda tidak seceria dulu. diri anda bukan yang dulu sebelum mengetahui kebenaran. Muram…rasa terasing. rasa tertipu!

Ya, kadangkala tidak tahu kebenaran adalah lebih baik dari mengetahuinya. sebab perasaan yang selama ini sayang bertukar benci. Diri yang selama ini baik menjadi jahat. Semuanya bakal bertukar sekelip mata. Jika mengubat kelukaan hati itu seperti menampal handplast, mudah la kerja kita.


[Gambar]

Kiranya, persiapkanlah diri anda jiwa dan raga. baik lelaki dan wanita, untuk menerima satu kebenaran yang mungkin menyakitkan di dalam hubungan cinta, hubungan sahabat, hubungan keluarga. Tidak semua kebenaran itu menggembirakan. kerana jika ia tersembunyi pasti bersebab. pasti kerana tidak mahu anda terluka. pasti kerana demi menjaga perasaan anda. Pasti kerana mereka menyayangi anda.

Jangan memaksa diri untuk mengetahui kebenaran. Biarlah kebenaran itu terbukti dengan sendirinya. Biarlah ia hadir saat anda bersedia menerimanya. Semoga hari ini jika anda mengetahui sesuatu kebenaran, ia tidak menjatuhkan anda.

sekilas : kebenaran terindah ialah apabila anda tiada siapa di dunia ini, tetapi anda tahu Allah sentiasa ada untuk anda!

Posted in info - Tagged kebenaran menyakitkan

Kedai fotostat yang banyak songeh!

Nov19
2010
6 Comments Written by Sekilas

Selamat tengah hari. waktu ketika menulis adalah 12.32 PM. Lunch time..lunch time!! hihihi…orang lunch kul 1 la nopa! dulik ar…

Makan aper hari ni? lauk daging je ke? hihi…takpe2..daku paham. seminggu ni lauk pauk kat rumah memang daging jela memanjang yer. Buat bapak-bapak suami-suami tu, terima jela ye lauk daging tu. rezeki sempena Aidiladha. takkan nak banyak bunyi kan. penat ibu dan isteri masak tau. Tapi ibu isteri tu jangan ler masak satu jenis je tiap-tiap hari. masak ler daging masak kicap, masak lomak cili api, goreng kunyi, masak lada hitam, salai ke daging tu, buat kari ke..haiss…banyak tau menu boleh di buat.

korang pernah pergi fotostat kertas kat kedai tak? biasa-biasa kalau fotostat, paling cikai pun 10 sen sekeping la kan. melainkan la kertas kau nak fotostat tu besar dari saiz A4, mungkin la cas lebih. kalau fotostat banyak dapat plak kadang2 jatuh 5 sen sekeping, kadang-kadang 2 sen sekeping.

Tapi ada satu kedai ni, banyak benor songehnya. ingat customer je selalu banyak songeh. tokey kedai pun banyak cekadak jugak. ini aku terjumpa kat OhMedia…itu pun gambar ini di snapkan oleh haikal khairuddin. credit to him..tapi tak dinyatakan pulak kedai kat mana. kalau korang tahu, komen sket kat aku.

engko bayangkanlah..dah le banyak songeh..IC 20 sen. aku gi kedai runcit mamak tu, 10 sen jek. ape ada hal. fotostat banyak gambar, dikiranya gambar satu 10 sen. memang sakit la. nak2 kalau student yang nak fotostat. lepas tu siap suruh bawa beg plastik sendiri lak tu. orang nak bayar guna duit 5 sen takmo. issh2…

5 sen tu pun duit jugak. takde 5 sen tak jadi 10 sen tau. macam-macam la manusia sekarang. terlalu nak mengejar duit, itu la jadi macam ni. korang kalau tau kat mana ni, bagitahu eh. saje nak tengok tuan kedai tu camne rupanya. kalau dekat la..leh ler singgah. kalau jauh..korang jela tgk kan. hihihi….tapi singgah tengok je. nak fotostat kat kedai dia..idok ler teman…

sekilas : kalau kita murah hati, rezeki lagi bertambah-tambah. Insyaallah.

Tagged fotostat, kedai

Cerita HANGAT sepanjang hari ini

Nov18
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Mahu tak hangat…dari pagi bawa ke petang timeline kat twitter aku ade dua perkara jerk. Kat blog-blog masa kini pun ada 2 jerk. Kat status fesbuk semua pun banyak2 dua perkara ni jugak yang paling hangat orang duk perkatakan.

Pertama,

seperti yang sedia maklum, hari ini merupakan tayangan hari pertama filem 2 Alam di pawagam seluruh Malaysia okey. Kalau dunia kena tunggu Pamela Anderson berlakon dulu. aku pun pernah tulis pasal Filem 2 Alam mengecewakan?.  Macam-macam cerita yang keluar dan kebanyakkannya respon negatif dari masyarakat. pastu ada pulak poster parody dari orang kita ni ha, nak bersaing dengan dR. Romzey. Yela, kononnya filem itu pecah panggung sebanyak RM40 juta. jangan ko…kalau betul tercapai , mana korang nak sorok muke korang. Tapi, sebagai manusia biasa ni, kita pun tak boleh la nak cakap besar ye tak. tahu le kaya raya….takpelah dR. Romzey oitt….semoga berjaya hendaknya. Aku pun belum tengok lagi ceritanya, jadi nak ngata lelebih pun tak patut kan.

Kedua,

Kisah cinta ssyhhh uncleseekers yang dah kecoh seantero Malaysia ni ha. sampaikan orang kata uncleseekers ni duk main-main sihir. itu komen aku baca la si anon bagi. biar benar kak bedah oiii…jangan buat pitnah. berdosa tau tak? sape-sape yang belum tahu lagi, kononnya uncleseekers ni bercinta dengan mantan permaisuri agong negara Siti Aisyah tu???  kalau tak tahu leh terjah kat blog uncleseekers ni ha…ada part 1 sampai ke part 7 engko. cepat-cepat sebelum entry-entry itu bakal di delete kelak. reveal baik punya siap dengan gambar-gambar lagi. peliknya aku, depa tu belum kawin ape pun. tapi betul ke cerita uncleseekers tu kata Siti Aisyah tu duk salam cium tangan bagai. itu cerita. tapi gambar membuktikan pulak, depa duk berpeluk sampai gambar Siti Aisyah pun ada yang tidak bertudung. haa..ape cerita tu? tak berani la daku nak cerita lebih-lebih. korang boleh le nengok sendiri kat belog dia tu.

ps : maaf tiada gambar. kalau nak pi tgk kat belog dia. kang dia saman aku plak duk curi gambar2 tu. kata personal blog kan?? huhuhu

sekilas : ade tak putera raja nak kawen dengan aku? muahaha…takpela, ade putera Akii pun jadila.

Posted in Artis, Isu Semasa, movie - Tagged filem 2 Alam, mantan permaisuri agong, Siti Aisyah, uncle seekers

Aku takde hutang dengan family ko, aku bayar ko cash tau!

Nov02
2010
10 Comments Written by Sekilas

Before this aku ada buat blog under wordpress. Bila dah beli domain, blog itu macam aku tak usik-usik la. tapi masih ada komen-komen baru yang datang, dan aku akan selalu update komen-komen tu. walaupun entry tak update dah, tapi aku jenguk-jenguk jugak blog lama aku tu.

Dalam salah satu entry ada lah seorang pembaca ni bertanya hal rumah tangga kat aku. al maklumlah, aku ni mana pernah kawen. jadi takde pengalaman dan tak tahu nak balas apa kat komen dia tu. Komen beliau adalah seperti berikut :

…sesetengah suami mengatakan ‘ABANG CARI DUIT JEE UTK ANAK2.KEJA2 RUMAH N JAGA ANAK..2 KEJA AWAK LA’..suami apa eh cam ni..geram btl dgn suami mcm ni..pas 2 tak prihatin langsung dgn family..n yang paling menyakitkn hati bla c istri membebel sikit..’JANGAN BANYAK CAKAP LA.. AKU TAK DE HUTANG DGN FAMILY KO..AKU BAYAR KO CASH TAU’.Macam mana nk menghadapi suami spt ini?

dah macam pakar kaunseling rumahtangga plak bila kakak ni duk tanya aku. soalannya macam mana nak menghadapi suami seperti ini. tapi mungkin dari segi pembacaan aku melalui pengalaman orang yang dah berumahtangga ni, masalah akak ni masih boleh di selesaikan. Suami itu tak bersalah sebenarnya, cuma cara dia bersuara itu kelihatan tegas. mungkin dalam keadaan marah dan penat…keluarlah ayat-ayat macam tu.

Aku teringat blog Hamka yang aku baca ada cerita pasal suami yang tak membantu membuat kerja-kerja rumah ni. Kata Hamka, kenapa mesti marah suami yang tak buat kerja rumah. Duduk goyang kaki, baca surat khabar dan tengok TV tanpa memikirkan penatnya isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Wahai isteri-isteri, cukup baik suami-suami awak tu tak duduk melepak kat luar rumah, kat kedai kopi, berpeleseran dengan wanita lain dan melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang best di mata isteri. Bukankah bagus suami tu duduk dirumah di depan mata kita dan kita tahu apa yang dibuatnya?

Adalah di kalangan lelaki ni kata, sebenarnya jauh di sudut hati mereka, mereka kasihan melihat isteri-isteri ni buat kerja. dalam pada baca surat khabar di jelingnya isteri yang memasak di dapur atau mengemas rumah. nak tengok betapa gigihnya si isteri. Pasti ada terselit kasih sayang dan perasaan simpati dalam diri mereka. janganlah berprasangka yang bukan-bukan. Waktu di rumahkan untuk sang suami berehat-rehat. konon lah!

dan seperti biasa, mana-mana lelaki pun tak suka kalau perempuan membebel. hihi….My Cinta pun tak suka kalau aku membebel kat dia. itu belum kawen. kalau dah kawen camnelah gamaknya aku membebel nanti. harap-harap dia tabah menghadapinya..ahaks! Kalau boleh dikurangkan bebelan tu adalah lebih baik. daku pun sedang cuba praktis untuk takmo memanjangkan cerita dengan membebel. boleh?

suami kan penat balik kerja, cari duit, bagi nafkah zahir dan batin setiap malam. hahaha..jadi fahamilah suami. ada satu kisah di zaman Nabi yang rasanya semua orang dah tahu.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu haritelah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasabaik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembanturumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milikbaginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya : “Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yangkamu minta siang hari tadi?”

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklahdia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesahdalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Betapa besarnya pahala seorang isteri yang melakukan kerja-kerja rumah tanpa keluh kesah. Semoga ini juga dapat membantu aku dan para isteri yang lain.

Bukan itu aje ada juga hadith-hadith mengenai khidmat isteri ini kepada suami. antaranya ialah

  • Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
  • Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
  • Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
  • Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
  • Isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun,
  • Isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..
  • Isteri memasak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka,
  • Apabila menjemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari.

Betapa bestnya menjadi isteri. huhuhu….Jadi, wahai kakak, redhalah dengan segala tugas-tugas di rumah sebagai isteri. dan berdoalah agar suami akak menjadi suami yang taat kepada perintah Allah. Kepada suami kakak tu tadi, takyah ler sampai mengherdik mengeluarkan kenyataan serupa itukan. Isteri itu tempat untuk dimanja dan dibelai. bukan diherdik. sama-samalah kita menjadi suami isteri yang diredhai Allah swt. *eh macam lah aku dah kawen. hikhik*

sumber maklumat :google dan blog hamka

sekilas : ingin Khidmat kaunseling rumah tangga : hubungi saya! hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Kisah-kisah itu - Tagged masalah, perkahwinan, suami isteri
« Older Entries Newer Entries »

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • 4 Bulan Sebelum
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Hari Kejadian

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress