• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts in category masyarakat

Sudah hampir tiba masa itu…

Jun24
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

“Sudah hampir tiba suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali”

[HR Baihaqi].

sekilas : moga kita terus beriman dan tergolong dikalangan orang yang diredhaiNya

Posted in Kisah-kisah itu - Tagged Islam pada nama

Renungan Bersama | Manusia Beriman

Jun17
2011
4 Comments Written by Sekilas

Suatu hari pada waktu solat Jumaat di sebuah masjid yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian serba hitam. Tidak nampak apa, cuma kelihatan dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik, “Sesiapa yang sanggup mati kerana Allah sila berdiri di tempat kamu.”

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 itu tadi hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata, “Ok Pak Imam, saya dah halau semua yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat.” Lalu kedua orang lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.

Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selain terhibur anda fikirkanlah. Lawakkan, dari 1,000 orang yang mengaku dirinya Islam hanya 40 yang betul-betul beriman. Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan Allah apabila menghadapi bahaya.

Kedua orang lelaki itu hanya membawa mesin gun, dia tidak kata pun hendak membunuh. Tapi generasi sekarang, amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang, lupa yang dia tidak menunaikan solat Jumaat lagi.

Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, itu pun apabila waktu solat Jumaat. Tunjuk muka pada orang kampung. Ada yang lebih dashyat lagi, setahun 2 kali sahaja apabila waktu solat sunat raya.

Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran. Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.

Lawak, kita boleh bersembang dengan pasangan kekasih kita berjam-jam lamanya tapi hendak berdoa kepada Allah alahai tidak cukup masa dibuatnya. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat hendak berkongsi atau menghantar artikel-artikel yang berunsur agama, lawak bukan?

p/s : aku pelik juga 2 org mamat yg bawa mesin gun tu blah camtu je, nape dia tak stay solat Jumaat skali. huhuhu…

p/s/s : aku tak tahu artikel asal ni milik siapa. Aku harap beliau tak kisah aku share.

sekilas : Aku tak rasa satu perkara pun yang lawak kat atas. Cuma termenung merenung masa depan aku dan umat Islam yang lain. moga kita semua di bawah lindunganNya.

Posted in Kisah-kisah itu - Tagged agama, Islam pada nama

Lagi kes kematian berkaitan dengan SPRM

Apr07
2011
1 Comment Written by Sekilas

SPRM berfungsi sebagai badan yang mencegah rasuah di negara kita. Jadi kalau ada kes rasuah, badan ini yang akan menyiasat kes rasuah dan yang berkaitan untuk membuktikan rasuah itu berlaku di antara si polan dan si polan.

Kes terbaru, Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara Jabatan Kastam Diraja Selangor (KDRM), Ahmad Sarbini Mohammed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu, Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane di sini, semalam. Mangsa ditemui tertiarap dengan kesan kecederaan parah di kepala oleh seorang pegawai SPRM sebelum memaklumkannya kepada pihak atasan. – Sumber METRO

Akan ada la suara-suara di belakang mengatakan SPRM tidak lagi selamat, asyik jatuh bangunan jer. Siapa aje yang cuba membunuh orang yang berkaitan dengan SPRM ni? Mestilah orang yang tak mahu rahsianya terbongkar dan menyebabkannya di tangkap. betul tak? Takkan kali ni nak kata mangsa bunuh diri juga kan?

SPRM berkaitan siasatan kes rasuah. SPRM mahu membanteras rasuah. Tapi kalau orang yang datang SPRM kena bunuh..maknanya apa? orang yang bunuh tu takut rahsia dia terbongkar..dan mangsa ni ada rahsia dia. argghhh…sangat spekulasi.

Apa-apa pun takziah kepada keluarga arwah. Semoga individu yang berkaitan dapat ditangkap. PDRM…jalankan tugas anda!

sekilas : Bagi aku SPRM tak salah. Tapi salah siapa?

Posted in Isu Semasa - Tagged SPRM, surat khabar

Bukan semua orang yang pergi surau/masjid itu kita kenal

Mar24
2011
3 Comments Written by Sekilas

Ye sesekali kita juga harus berprasangka dengan orang lain. terutama dengan orang yang kita tidak kenali.

Ini bukan cerita orang surau/masjid yang kena tangkap khalwat atau merogol orang. itu dah jadi kes lain. Sah-sah kita tak akan sesangka kan.

ini kisah benar yang berlaku di surau rumah aku. yang diceritakan semula oleh mak aku dan aku yakin cerita itu ada sedikit olahan bahasa dari mak. hehehe. tahu jela mak kalau bercerita. mana pernah bulat-bulat copy dari orang tu. ada yang tercicir gamaknya nanti.

Jiran aku duduk di surau. (kita namakan beliau sebagai pakcik Kasim) kebetulan ada seorang lelaki pertengahan usia (kita namakan beliau Jalal) turut bersama pacik Kasim. Kisahnya, Jalal bersuara dengan pacik Kasim, “Badan pakcik ni ada yang tak kena la saya tengok” dah macam ahli nujum kau. “Ha’a, sejak balik dari Mekah tu hari badan ni sakit-sakit” balas Pakcik Kasim.

Jalal pun cakap, ” Marilah saya urutkan” ….Pakcik Kasim setuju dengan pelawaaan Jalal. “Boleh jugak” Lalu dibawala Jalal ke rumahnya. dihidangkan air untuk tetamu itu. Kemudian, Pakcik Kasim tanya “Berapa bayaran nak mengurut ni?” Jalal jawab,” Percuma je” . Selepas sesi mengurut dilakukan, Pakcik Kasim bertanya sekali lagi, “Nak bayar berapa ni?” ….

maka dengan itu, Jalal pun jawab, “Ala..bayar RM401 jer” . Tunggu….tunggu….Pakcik Kasim rilek jer, tak terkejut pun. Mula-mula Jalal mintak beras kat rumah, tapi sebab beras tak cukup, dia minta RM401. Pakcik Kasim pun jawab, ” Mana ada duit banyak tu”

Jalal balas, “Minta la duit budak-budak ni.” merujuk pada anak-anak Pakcik Kasim. Tapi, Dengan selamba Pakcik Kasim balas, “Takpelah, guna jelah duit saya” ..Lalu Pakcik Kasim pun ambillah duit RM401 dan beri pada Jalal. Kemudian, Jalal pun blah dari rumah itu dengan selamba jugak.

apa??? korang kata Pakcik Kasim bodoh? tunggu…tunggu…..

Selepas Jalal blah….barulah Pakcik Kasim sedar… “Eh kenapa aku bagi duit kat budak tu banyak2?”

Sebabnya, Pakcik Kasim telah dipukau oleh Jalal. haaa….seram tak? cuma yang aku pelik kenapa Jalal cuma mintak RM401 sahaja?? aku cuma fikirkan 2 kemungkinan ini.

1) Jalal nak test market. menjadi tak taktik pukau dia kepada penduduk di situ.

2) mungkin ilmu pukau tu cuma boleh minta RM401 sahaja daripada mangsa.

Jadinya, orang-orang yang datang surau ke masjid ni belum tentu mereka itu dengan niat baik nak beribadah kepada Allah. Tapi ada niat jahat. Aku juga pesan dengan mak aku, kalau nampak orang asing/ tak kenal datang kat surau tu, toksahlah mak mesra alam sangat. kita bukan tahu dia dari mana, siapa dia, dan sebagainya.

Pakcik Kasim kata, dia cam muka orang tu. Kalau jumpa dia nak tumbuk! *okay ini aku reka cerita. hehehe…aku tak tahu dia nak buat apa kalau jumpa dengan Jalal.

Sekilas : berhati-hati dengan orang yang tak dikenali.

Posted in info - Tagged masjid, orang surau, pukau

Kenapa wanita bertudung jarang/tak pernah dilihat bekerja di hotel?

Mar22
2011
2 Comments Written by Sekilas

Aku pernah dan selalu perhatikan, kebanyakkan hotel-hotel di Malaysia ni jarang memperlihatkan wanita bertudung untuk bekerja di bahagian front desk hotel mereka? terutama untuk menyambut tetamu.

Aku katakan jarang sebab dulu kakak aku kerja hotel, dia pakai tudung tapi hotelnya itu di Kelantan. so tak nampak pelik mana pun kan kan kan. *kunun lar* Aku katakan jarang, sebab aku pernah terlihat wanita bertudung bekerja di resort tapi di Terengganu itu pun sebagai housekeeping. Nampak pelik tak? tak pun kan.

Jadi, mungkin ada yang tak pernah lihat wanita bertudung bekerja di frontdesk hotel atau di bahagian menyambut tetamu? pernah lihat? di mana? sebab rata-rata industri perhotelan di Malaysia ini meletakkan syarat untuk bekerja di bahagian front desk kepada wanita untuk tidak bertudung.

aku pernah ada seorang teman dari industri perhotelan ini. Beliau ini sejak belajarnya lagi memang perhotelan. Jadi bila bekerja haruslah kerjanya di hotel kan. Sejak bekerja di hotel, katanya beliau perlu kelihatan kemas, rapi, comel ayu jelita + WAJIB make-up (bagi perempuan). Jadinya, aku memang nampaklah gambar-gambarnya di ‘muka buku’ kelihatan dengan muka yang cun dek kerana mekap dia tu.

Sewaktu aku tmat belajar dan sedang-sedang mencari pekerjaan, beliau ini ada menawarkan aku kerja kosong di hotel.

“Kau nak kerja kat hotel tempat aku tu tak?”

“Ada kosong ke?”

“Ada. Tapi kau kena buka tudung la. Kerja hotel ni kau tahulah, mana boleh pakai tudung.”

“serius? takkan pakai tudung tak boleh kerja kot?”

“Ada je yang datang kerja pakai tudung, tapi bila dorang dah pakai uniform dorang buka tudung”

Okay, aku malas nak tulis semua perbualan aku dan dia. sebab aku memang argue abis dengan dia. Tentunya aku tidak memilih pekerjaan itu jika memaksa aku untuk buka tudung kan.

Kawan aku sendiri sebenarnya tak ada jawapan, kenapa bekerja di hotel wanita bertudung tidak dibenarkan. *maknanya kalau kau bertudung, kau harus sbuka tudung*. Aku tak nampak pun mana-mana peraturan perhotelan yang di keluarkan oleh Menteri perlancongan yang mana pekerja wanita di hotel harus tidak bertudung.

Jika kau nampak yang bertudung, kerjanya cleaner, housekeeping atau yang mungkin bekerja di bahagian ‘belakang’. Tapi untuk pengetahuan korang, kerja yang kawan aku ofer ni di bahagian admin. Itu yang aku argue sangat dengan dia tu.

Jika admin dah begitu, apetah lagi di bahagian frontdesk. Jika pihak hotel mahu yang duduk di depan itu gadis-gadis yang cun, bukannya tiada wanita bertudung yang cun putih menarik tertarik dalam negara ni. tak perlu pun buka tudung. kadang-kadang yang tak bertudung bekerja kat front desk tu pun bukan cun sangat. harap mekap tebal je kat muka. nak kaver jerawat la katakan. Ada tu over sangat mekap..lawanya tidak.

Apa silapnya meletakkan wanita bertudung di front desk? Negara kita ni pun negara Islam. tak akan nampak pelik dan janggalnya di situ. Aku tak faham dengan situasi ini sebenarnya. Kalau kau tengok hotel kat Genting Highland lagi la kan. memang susaaahhh nak nampak orang kerja hotel tu pakai tudung. Uniformnya dah harus kena pakai skirt. huhuhu…

Kawan aku yang mula-mula baru kahwin ni konon nak berubah tak mo kerja hotel siap pakai tudung depan aku, tahu-tahu kerja hotel balik dan akhirnya buka tudung! so…kerja di hotel telah mula membuat beliau berubah semula macam sebelum dia kahwin. Nak kata apa, laki bini kerja hotel. hanya mereka jela yang dapat memahami sesama sendiri kehendak masing-masing kan.

Jadi kenapa mesti meletakkan syarat sebegitu dalam industri perhotelan? Ini telah mendiskriminasikan wanita bertudung. bukankah ia kelihatan seperti itu?

sekilas : kerja hotel itu bukannya nampak teruk kan? bukan macam kerja kat kelab malam pun.

Posted in Isu Semasa - Tagged perhotelan, wanita bertudung

Sekarang memanglah tiada pilihan, nanti kalau dah ada yang mati, masih tiada pilihan ke?

Mar07
2011
2 Comments Written by Sekilas

Aku tahu aku takde di tempat mereka. aku tahu bukan aku yang rasa susah dan payahnya nak berjalan lebih jauh untuk ke sekolah or maybe ke tempat kerja untuk menempuh jalan besar.

Tapi tindakan melintas jalan di laluan keretapi kan bahaya.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salee, Tamliselven Tanggachami, 17, keadaan itu disifatkan tidak memberi masalah kepadanya yang sudah biasa melalui laluan terbabit selama tiga tahun.

“Orang luar mungkin akan beranggapan tindakan kami ini membahayakan keselamatan diri, tapi ini saja jalan untuk kami ke sekolah. Kami sudah biasa dengan cara ini, ia lebih mudah.

“Kebanyakan kami enggan menggunakan jalan besar kerana ia jauh dari sekolah dan sekiranya kami menggunakan motosikal ia lebih membahayakan keselamatan kerana laluan sesak setiap kali waktu puncak,” katanya. METRO

“saya tiada masalah, dah 3 tahun saya guna jalan ni” bagus. anda adalah anak jati laluan keretapi. huhuhu…

Aku cukup risau kalau dorang ni kena langgor ngan keretapi. Cubalah pihak KTM tu bertegas sikit. Kalau dibuat je pagar besi yang lebih kuat kan bagus. daripada mereka sedar ramai penduduk melintas jalan dan ‘akan’ mengambil tindakan…segerakan tindakan memasang semula pagar tu. kalau dah pasang balik pagar tu, mereka pun takde pilihan jugak..kena juga ikut jalan jauh.

Ni sebab pagar dah ada yang gatal tangan duk potong, sebab tu la dorang biasa. bayangkan dah 3 tahun budak sekolah tu jalan kat situ. maknanya dah lebih dari 3 tahun KTM tak ambil apa-apa tindakan…salah penduduk jugak ke yang nak melintas.

tolonglah KTM oiitt…segerakan tindakan memasang semula pagar.

sekilas : tunggu la kalau dah ada yang mati kena langgar, time tu nak salahkan siapa?

Posted in Isu Semasa - Tagged KTM, surat khabar

360 dan pusat hiburan

Mar02
2011
2 Comments Written by Sekilas

Tadi aku sempat tengok rancangan 360 kat TV3. kisah kali ni pasal pusat hiburan. wartawan duk pin interview manusia-manusia kaki clubbing ni nak tahu apa pengalaman perasaan dan sebab munasabah dorang pi masuk kelab-kelab ni.

Tiba-tiba aku teringat filem ‘Aku Masih Dara’. kisah remaja yang suka pergi clubbing dan kebanyakkannya rosak. *ekceli baru hari ni layan kat youtube filem tu*

Okay tujuan aku menulis, bukan nak kata pasal orang yang suka clubbing ni kebanyakkannya rosak. sebab ada jugak yang tak pergi clubbing tapi rosak. ‘rosak’ banyak makna. Tidak hormat orang tua, mencuri, antara perkara yang merosakkan. Mungkin tak semua yang kaki clubbing itu ‘rosak’ tapi korang boleh fikirkan lah. kalau korang terasa apa aku tulis ni, minta maaf lah banyak-banyak. tulisan ini sangat umum.

Gambar

Kisah di 360, remaja sekolah seusia 16 – 17 tahun sudah mula menjejaki kelab malam di sekitar ibu kota. Mereka terpengaruh dengan rakan bukan sebaya. yakni, mereka berkawan dengan golongan yang sudah berusia 20 tahun ke atas. Macam biasa kalau di tanya, nak enjoy, lepak-lepak, release tension. duh~! aku tak suka betul dengar jawapan dorang.

Sebab hakikatnya, dorang bukan sekadar lepak. tapi lebih dari itu. pergaulan lelaki dan wanita toksah citer la. dan perkara-perkara lain yang difikirkan logik terjadi. sila senaraikan sendiri.

Sanggup plak tu orang interview dorang, dorang nak layan. Hakikatnya, kebanyakkan daripada mereka yang pergi kelab ni adalah di luar pengetahuan ibu bapa dan keluarga. Terutama perempuan. Melihat filem ‘Aku Masih Dara’ aku melihat realiti yang sama di paparkan dalam 360.

Kalau family dorang kaya, mereka nak enjoy 2 sebab. tak dapat perhatian keluarga atau keluarga terlalu sporting.

Kalau family mereka golongan biasa-biasa, 2 sebab. tertekan hidup susah atau ibu bapa terlalu mengongkong.

Tapi mak kata tadi “Ingatkan dorang ni anak orang kaya, tapi kebanyakkan semua golongan sederhana yang pergi tempat-tempat macam ni”

Wartawan jugak sempat temubual 3 orang lelaki yang asalnya duduk melepak. bila di tanya adakah mereka kaki clubbing, jawapannya tidak. tapi wartawan tunggu jugak. memang 3 lelaki tadi tunggu time untuk berhibur kat kelab. pujuk-punya-pujuk mereka setuju untuk ditemubual.

Ayat yang terasa macam takutnya dengan keadaan sekarang ni, bila mamat tu kata “masuk kelab minum tu ‘harus’. kalau tak minum tak enjoy la” pergghhh…harus okay. Minum di sini membawa erti, minum arak.

Perbualan seterusnya, “kubur kita lain-lain. memanglaha da yang menegur. tapi kau nak share kubur dengan aku ke?”

oh please lah….jawapan macam ni sangat sengal skali. kau dalam kubur, memang dah takde sapa yang nak tolong der. memang orang yang menegur kau tu pun, takut keadaan dirinya sendiri dalam kubur. jadi bukan risaukan kubur kau, risaukan kubur sendiri punya pasal la dia menegur.

Time ni berani betul la dia cakap macam tu. Aku harap mereka semua dan dengan aku aku sekali insaf dan bertaubat.

ekceli, 360 memang memaparkan realiti. tapi aku benci dengan realiti itu. aku akui, aku bukan sempurna. bukan bagus sangat, malah rendah diri…aku pun banyak dosa. tapi ada perasaan benci dengan realiti itu. aku harap sangat aku dapat berubah lebih baik dan mampu mengubah orang ke arah kebaikan. semoga Tuhan mempermudahkan urusan kita di dunia ini.

Okeylah…topik ini serius bagi aku. kalau korang rasa tak serius…terpulang.

sekilas : aku memang sentiasa merenung-renungkan, dan ingin perbanyakkan amal.

Posted in Isu Semasa - Tagged pusat hiburan, rancangan 360, remaja, tv3

Tak cukup dengan artis, blogger pun ada gossip jugak

Feb16
2011
4 Comments Written by Sekilas

Aku ingat artis je dilanda kontroversi dan terlibat dalam arena gossip-gossip ni. ghupenya, blogger pun duk jadi bahan orang bual bicara di kalangan blogger sendiri.

gambar di sini

Adakah selepas ini, MELODI akan interview blogger untuk dijadikan bahan siaran mereka. Maklumlah, sekarang kalau ada preview filem, producer n director tak segan-segan menjemput para blogger ke majlis tersebut supaya blogger ni boleh review filem dorang dengan jayanya. Macam wartawan la kiranya kan.

Tapi kalau aku dapat jemputan tu, aku tak review sangat pun filem dorang. janji dapat tiket free. kah3…okey aku tipu. aku ade review. tapi aku bukan review secara ilmiah. rasanya dah lupa camna nak masukkan elemen2 perfileman dalam ulasan filem. huhuhu…

berbalik kepada blogger bergossip…tak sudah lagi ke cerita hangat ‘dulu’ tu. dah ade puak-puak plak blogger ni. yang suka A, tak suka B..begitulah sebaliknya. ekceli aku dah naik menyampah baca entry yang bergossip pasal blogger ni.pasal blogger ni bajet cun, bajet ensem, bajet popular…bajet 2011..hahaha…

Yang korang suka *terutama yang glamer* korang puji sanjung melambung sampai terbang ditup angin pujian korang tu. dorang tu dah cukup fofular dah. puji cmne pun dorang tak heran dah.

yang tak suka ni, kutuk kemain lagi *masih ada juga yang glamer* pun dorang bukan kisah pun.

senang citer…kalau ade blogger yang kena kutuk tu, takyah lar ade blogger lain masuk campur jadi batu api duk kutuk balik blogger yang dikutuk tu. berapi-api lagi, kalau yang join sekaki tak tahu hujung pangkal cerita. hai laa….aku baca jadi sedih kot.

Sebab aku terbayangkan berada ditempat orang yang kena kutuk tu. adakah begini rasanya kalau dikutuk orang? korang tak kena batang hidung korang sedaplah nak menyakitkan hati orang lain. nanti kena kat korang, mula la buat entry berapi kat blog. lagi cari perhatian orang lain.

*aku dah insaf buat entry panas hati kat blog, My Cinta tak suka*

jangan ikut masuk campur masalah orang. sebab korang bukan mendamaikan dua pihak, tapi korang buat hati pihak lain sakit. Jadi mana lebih baik? menyakitkan hati orang lain yang tak sakitkan hati kita, atau duduk diam dan cuba perhatikan kejadian duniawi dan bandingkan pada diri. sempurnakah kita?

sekilas : aku sekadar dipinggiran…errr…ada kaitan tak?

Posted in Isu Semasa - Tagged artis, blogger

Dengar sini remaja semua~!

Jan18
2011
5 Comments Written by Sekilas

Aku dulu pun pernah lalui zaman-zaman korang time sekolah. pernah jugak monteng kelas. pernah jugak melepak tak tentu hala. tapi serius (korang kena bayangkan muka aku serius) …. kalau aku fikirkan sekarang, aku tak nak buat semua tu!! aku tak nak ponteng kelas, aku tak nak melepak, aku nak buat aktiviti yang sepatutnya remaja buat sahaja.

Yang banyak menyelamatkan aku dulu pun sebab aku aktif dalam sukan, aku join camping, aku banyak aktiviti bersama cikgu-cikgu…dan paling UTAMA mak dan ayah aku kawal aku time sekolah. (tapi kekadang terlepas jugak anak dara dorang ni)

Aku rasa tersangat BODOH bila kenangkan semua tu. Kadang-kadang memang menyesal tapi kita tak perlulah menyesal sepanjang hayat, sebab perkara dah berlalu dan kebanyakkan semua perkara yang aku lalui itu berikan aku banyak pengalaman dan pengajaran. betul tak? kalau hidup ni terlalu sempurna kita tak kan dapat rasai nikmatnya hidup. Takde orang yang sentiasa betul di dunia ini. takde orang yang sentiasa baik dalam dunia ni.

Tapi tolonglah korang semua…!! aku MERAYU kat korang jagalah diri baik-baik. Aku sedih siut tengok korang yang tak tentu hala ni. umur baru 18-19 tahun, baru abis SPM ada jugak yang belum pun amik SPM…tapi keadaan diri dah melampaui norma-norma kehidupan sebagai remaja seusia begitu. aku tak kata salah kalau korang nak bersosial…aku tak pernah menidakkan kehendak remaja yang itu. sebab dulu pun aku bersosial. tapi dalam bersosial dulu, banyak benda yang aku TAKUT nak buat. banyak perkara yang aku sentiasa berhati-hati.

Sekarang, dengan kecanggihan teknologi, dengan keMURAHan pakej berukband, dengan internet yang tiada batasan, semua maklumat positif mahupun negative sepantas kilat korang boleh dapat. Dem! hebat siut….dedulu nak gi cybercafe bayar sejam rm2 aku sanggup jimat duit blanje sekolah. sekarang, korang tingkatan satu pun dah pakai henpon…eh toksah cakaplah..anak buah aku baru darjah 5 dah ade henpon…konon memudahkan komunikasi. oke henpon kalau takleh amik gambar, video…takpe..kita kasi cool jek.

Now, henpon semua dah ade ‘virus’ yang semakin merebak….aku nk cakap pun segan! tapi sebab aku rasa sedih, aku MINTA sangat kat korang, jangan mudah percayakan orang. Terutama PEREMPUAN. jangan mudah terpedaya dengan janji LELAKI yang baru nak matang, yang banyak belajar dari internet ni. yang cuba-cuba jadi ROMANTIK, yang kononnya abang sayang! aduhai…..jangan jadi BODOH lah senang. jangan sesekali!

Aku cakap sebab aku kesiankan korang. Kesannya mungkin berpanjangan kalau korang tak berhati-hati dari sekarang. Sebenarnya aku tergerak nak menulis pasal ni, sebab ada seorang budak perempuan kena ROGOL BERAMAI-RAMAI!!! diulangi ROGOL BERAMAI-RAMAI!! mula-mula aku nak cakap bodoh! tapi lepas tu aku kesian kan kat dia. sebab aku tahu dia tak rela diperlakukan begitu. Cuma kesilapan dia memberikan peluang kepada JANTAN_JANTAN tak guna ni untuk mengambil kesempatan.

Dorang happy buat KERJA KUTUK tu, korang terseksa! trauma….please la…tolonglah jangan jadi wanita yang seterusnya menerima nasib yang sama. sekarang memanglah abang sayang, tapi kalau korang start memberi korang takkan dapat berhenti. lepas tu, kalau dia tinggalkan korang….??? meraung? menyesal? bunuh diri? simpang malaikat 44. jangan okay!

JANGAN mudah PERCAYA dengan JANJI lelaki.

JANGAN benarkan diri untuk diperlakukan macam ISTERI.

JANGAN gedik, manja, dan TERLALU MUDAH untuk berkawan dengan orang lain.

JANGAN gembira dengan kecantikan diri.

JANGAN keluar dengan orang yang baru dikenali tanpa pengetahuan rakan-rakan/keluarga.

JANGAN berlagak pandai kalau orang lain tegur.

JANGAN jadikan maruah diri FREE of CHARGE!!

Kita memang banyak buat silap…tapi kesilapan mampu membantu kita di kemudian hari kerana pengalaman yang kita perolehi. tapi JANGAN ulangi kesilapan yang sama!

Aku sedih gile bila kaum perempuan yang muda belia, remaja baru usia 15-19 tahun, jadi mangsa orang-orang tak berguna ni!! korang kena ingat MARUAH kita tinggi dan tak ternilai.

PERCAYA lah kata aku, korang akan menyesal tentang perkara ini di kemudian hari. benda-benda lain kalau korang buat ponteng kelas ke, mencuri ke, masih boleh dimaafkan…..tapi kalau melibatkan MARUAH diri korang akan menyesal kalau tak jaga diri dari sekarang, mungkin korang tak akan maafkan diri korang. usia masih muda beb~! JANGAN korang sesiakan diri dengan jadi mangsa manusia GILA kat luar sana.

Dan kepada LELAKI-LELAKI di luar sana. janganlah anggap wanita ni macam ‘pakaian’. suka-suka hati nak tukar gelpren, suka-suka hati nak pegang sana peluk-peluk….!! korang ingat eh, korang yang buat jahat kat orang perempuan ni takkan terlepas jugak tau dari balasan Tuhan. perempuan ni dah memang2 senang dapat dosa, tapi jangan ingat lelaki macma korang boleh bergembira sepanjang hayat. kalau hari ni korang merogol perempuan, mungkin hukum karma akan memberi korang pengajaran dan kenangkan balik apa yang dah korang buat. mana tahu, kena kat bini, anak sedara mara korang~! time tu tak yah lar nak marah macam orang gila! sebab itu mungkin silap korang!!

aku cakap ni pun bukan untuk adik-adik remaja sahaja….kakak-kakak juga. dan diri aku!! semoga kita dapat lindungi diri kita. InsyaAllah…

sekilas : sedih giler…takut giler!!

Posted in Isu Semasa - Tagged maruah, remaja, rogol

Memori tahun 2010

Dec31
2010
4 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tahun 2010 sudah sampai di penghujungnya. Banyak perkara yang akan kita kenang apabila kita melangkah ke tahun 2011. Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang duka.

Pada mereka yang mendapat cahayamata di atas kelahiran baru, Tahniah aku ucapkan. Pada yang kehilangan insan tersayang takziah dari aku. Sesungguhnya, Allah senitasa menguji hamba-hambaNya yang bersabar.

Well, aku nak mengimbau kembali apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2010.

1. Pada  8.3.2010 daku telah diterima bekerja di SecretlabMedia. Tempat kerja yang aku selalu singkat kan jadi SL.


This is a part of the Secretlab Family. I love them and this company so much! and En. H i think u know why i still here. =)

2. Aku dapat Jumpa Fahrin Ahmad secara live…..wohhaaa!! eekekeke…sila jangan jelessssss! i love him badan taf ensem ala-ala alim gitu. hukhuk…takleh puji lelebih kang My Cinta jelesss dia minta clash ngan aku plak kang. cian aku. huhu


Gambar di ambil oleh…errr…oleh En H kot! =) TQ.

3. Bercuti bersama keluarga di Genting Highland. Dah lama tak meluangkan masa bersama keluarga bercuti. Dulu time aku study dorang kalau pi bercuti, mesti tinggalkan aku. huhuhu! time aku nak exam la…time aku ada saimen melambak la. so, kalai ni aku dapat join pi Genting. Tapi toksah cakaplah tah kali ke berapa aku pergi ni pun tak tahu. Tapi best gilerrrr!! i just love Genting Highland. Pegi banyak kali pun takpela.


4. Aku dapat beli cermin mata baru. Lama giler kot tunggu nak dapatkan yang baru. fuh~! harga cermin mata ni mahal rupanya. tak amcam zaman sekolah dulu aku beli rm200 dah dapat satu.

5. Hari raya yang indah buat aku. Family My Cinta pertama kalinya datang beraya di rumah. Dan family aku juga tidak terkecuali beraya di rumah dia. =) InsyaAllah…harap-harap hubungan ini berlanjutan. korang doa-doakan lah yer..

6. Aku banyak melibatkan diri dalam aktiviti Nuffnang. contest, gathering, dapat kenal ramai blogger kerana blog ini. dapat tiket wayang dapat kawan-kawan baru yang best superb sporting. love Nuffnang and love other bloggers!! nanti kalau ada masa kita lepaking lagi wokey!

7. Perkara paling best bagi aku…tahun ini aku dapat kereta baru! thanks to My family dan My cinta and my bestfriends yang banyak bantu aku. bagi aku ia merupakan hadiah harijadi palin best bagi aku.

8. Oh yeah….sejak Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010….aku ada buat entry pasal Khairul Fahmi! hoyeehhh…untuk pertama kali sejak aku start blogging…trafik aku untuks atu hari cecah 1000 visitors! Alhamdulillah…biarpun baru pertama kali dan mungkin esok lusa menurun. aku tetap rasa ia adalah perkara yang best bagi aku. =) korang takyah la kata aku nak berlagak. tahula korang punya trafik lagi mencanak sesekali blogger picisan nakr asa kan.. btw, thank you Khairul Fahmi Che Mat. selain menyumbang kepada negara, anda juga menyumbang ke arah trafik blog daku. love u la KFCM. =P



Yang petak merah tu paling tinggi la dalam satu jam. memang tak pernah-pernah kau..hehehe

Kalau nak diceritakan banyak perkara yang indah berlaku dalam tahun 2010. malah yang duka juga tidak kurangnya. kehilangan insan tersayang…pacik macik nenek atuk… =(

Kete rosak, duit tak cukup, makan ikat perut, bergaduh dengan member, haissh…!! yang sedih-sedih takmo ingat. tapi kalau bab kematian, wajib ingat. sebab ia juga dapat menjadi panduan buat kita yang hidup ni…

Aku harap tahun 2011 dapat memberikan kehidupan yang lebih baik, semuanya mengikut perancangan…. sama-samalah kita berdoa. Aku minta maaf seandainya sepanjang tahun ini ada tersalah bahasa terkasar kata. maafkanlah kekhilafan aku . i love u all!

sekilas : Goodbye 2010, welcome 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Artis, family, friends, me
« Older Entries Newer Entries »

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 5 Bulan sebelum
  • Hari Kejadian
  • Jumaat Yang Indah – Fraser Hills

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress