rentetan kisah mengenai Toaster yang pernah ku coretkan. sengaja kau ingin lakarkan lagi kisah kehidupan aku dan mak di sini. mencuit hatiku kala-kala aku teringatkan mak.
mungkin ada yang tertanya apa kaitan gigolo dan toaster ini..kisahnya sama, situasinya berbeza. huhu
Satu hari ketika aku aku baru sahaja pulang dari meeting bersama bos dan en. H, satu panggilan telefon masuk. ku angkat, mak rupanya.
mak : kau tahu najmi (budak mak jaga) usik semua barang. kejap usik telefon, kejap usik tv. penatlah mak.
aku : (gelak) marah la dia mak.
mak : mak marah kan..dia lari. lepas tu dia datang balik. komputer ayah kau pun diusiknya. abis semuanya padam, gigolo tu pun padam.
aku : gigolo?? gigolo ape ni mak? (bos dah mula pandang-pandang)
mak : ala, internet yang mak selalu tengok tu la.
aku : (seperti biasa blur kejap) …oh…Google.!! hahaha…
sekian terima kasihan.
sekilas : sesekali sikapnya buat ku ketawa, sesekali aku kecewa.





Patong Beach, Thailand (
Who the hell goes fishing on a
wait, what?! (
(











