
Saya nak lihat keluarga saya!
Saya nak dengar ayat suci al-quran.
Saya nak mohon keampunan kepada semua orang dan beritahu ahli keluarga dan rakan2 yang saya amat menyayangi mereka.
sekilas : saya bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

Saya nak lihat keluarga saya!
Saya nak dengar ayat suci al-quran.
Saya nak mohon keampunan kepada semua orang dan beritahu ahli keluarga dan rakan2 yang saya amat menyayangi mereka.
sekilas : saya bersyukur dengan nikmat yang diberikan.
Lama tak updet blog. Last aku updet tahun lepas….wakaka…boleh camtu? Oklah…just nak ucap selamat tahun baru. Ni ofkos ler entry pertama untuk tahun 2012 kan..
Jadi harapan ku ialah agar tahun ni aku dapa bergelar seorang ibu. Hihihi… Agak2 tercapai tak azam aku tu?… Insyaallah…doa2 kan untuk aku yer…
Korg mlm tadi buat apa? Jangan buat benda tak senonoh la ye. Lagi2 yang belum kawen tu. Kalau aku tahu kawen ni best. Dah lama aku kawen time ku umur 18 tahun lg. Hahahaha..gile gatal.
Oklah..moga tahun ni kita menjadi seorang muslim yg lebih baik.buang yg keruh amik yg jernih. Tinggalkan dosa…banyakkan pahalA..
Sekilas : mudah mudahan kita semua dimurahkan rezeki.
*Aku copy paste je ni. Tak tahu pemilik asalnya siapa, tapi aku amik dari Muhammad Hafiz
Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup
Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:
1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)
2. Waktu hujan mula turun…(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat ,
taubat)
4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh…masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita…)
Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa….
Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini
1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama2 Allah…asmaulhusna…
Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.
~LB~
sekilas : mudah-mudahan amalam kita diterima dan doa kita dimakbulkan. InsyaAllah.
Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.
Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…
Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.
share dari facebook.
sekilas : Semoga semua umat Islam dapat masuk syurga.
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?” jawab Baginda, “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua kubur yang baru ditanam, laluRasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya kedua kubur ini sedang disiksa dan tidak disiksa kerana dosa besar, adapun yang satu maka tidak bersih jika cebok dari kencingnya dan yang kedua biasa berjalan membangkitkan fitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil dahan pohon yang hijau lalu dibelah dan menancapkan diatas kubur masing-masing. Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, mengapakah engkau berbuat itu?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Semoga Allah s.w.t. meringankan keduanya selama dahan ini belum kering.”
Maksud bukan dosa besar itu dalam pandangan kita padahal akibatnya besar sebab bila cepat dalam memcebok (mencuci) sesudah buang air kecil lalu masih menitis bererti tidak sah memakai pakaian yang najis, kerana itu tidak memperhatikan bersuci itu besar akibatnya disisi Allah s.w.t. kerana diakhirat itu tidak ada tempat selain syurga atau neraka, maka bila dinyatakan tidak masuk syurga maka bererti masuk neraka.
Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sejahat-jahat manusia ialah yang bermuka dua, mendatangi dengan satu wajah dan yang satu wajah dan siapa yang mempunyai dua lidah didunia maka Allah s.w.t. akan memberikannya dua lidah api dari api neraka.”
Qatadah berkata: “Sejahat-jahat hamba Allah ialah tiap tukang menghina, tukang maki dan tukang mengadu (adu domba/fitnah). Siksa kubur kerana tiga perkara iaitu:
Sepertiga kerana ghibah
Sepertiga kerana tidak membersihkan selepas buang air kecil
Sepertiga kerana adu domba/fitnah
Hammad bin Salamah berkata: “Seorang menjual budak, lalu berkata kepada pembelinya: “Budak ini tidak ada cirinya kecuali suka adu domba.” Maka dianggap ringan oleh pembeli dan tetap dibeli, dan setelah beberapa hari ditempat majikannya, tiba-tiba budak itu berkata kepada isteri majikannya: “Suamimu tidak cinta kepadamu dan ia akan berkahwin lagi, apakah kau ingin supaya ia tetap kasih kepadamu?”
Jawab isteri itu: “Ya.” “Lalu kalau begitu kau ambil pisau cukur dan mencukur janggut suamimu yang bahagian dalam (dileher) jika suamimu sedang tidur.” kata budak itu. Kemudian ia pergi kepada majikannya (suami) dan berkata kepadanya: “Isterimu bermain dengan lelaki lain dan ia merencanakan untuk membunuhmu, jika engkau ingin mengetahui buktinya maka cuba engkau berpura-pura tidur.”
Maka suami itu berpura-pura tidur dan tiba-tiba datang isterinya membawa pisau cukur untuk mencukur janngut suaminya, maka oleh suaminya disangka benar-benar akan membunuhnya sehingga ia bangun merebut pisau itu dari tangan isterinya lalu membunuh isterinya. Oleh kerana kejadian itu maka datang para wali (keluarga) dari pihak isterinya dan langsung membunuh suami itu sehingga terjadi perang antara keluarga dan suku suami dengan keluarga dan suku dari isteri.”
Semalam ketika solat Maghrib di Surau sekitar Shah Alam. aku terdengar akan kisah yang ustaz baca mengenai Fitnah. Menarik pulak ceritanya. jadi aku pun search la pasal fitnah dan bahayanya. Kalau menurut cerita di atas, fitnah itu mengundang kekacauan, permusuhan, peperangan, pembunuhan dan sebagainya. Kerana itu di sifatkan memfitnah itu besar bahayanya daripada membunuh. ustaz tu cakap, kalau membunuh, dia hanya membunuh sorang itu sahaja. Tapi jika fitnah, ia akan berleluasa dan membuatkan orang saling bunuh membunuh dan ramai pula yang menjadi mangsanya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “…dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh…” (al-Baqarah: 191).
Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda. Berbanding dengan membunuh, ia hanya melibatkan nyawa. Sebab itu, di dalam Islam hukum merampas barang orang dan mencuri berbeza. Mencuri hukumnya lebih berat kerana ia mengambil barang orang lain secara senyap dan menyebabkan masyarakat rasa tertekan dan tidak tenteram. Walhal, merampas barang orang walaupun berdosa tetapi hukumannya adalah dengan membayar ganti rugi.
Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu menerusi firmanNya: “…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?…” (al-Hujurat: 12)
Jika terdapat salah dan silap daripada entry ini, harap diperbetulkan dengan memberi teguran. Aku bukanlah orang bijak pandai sangat dalam bab agama. Tapi aku ni seringkali ingin belajar, maka betulkanlah aku jika aku salah.
sekilas : Jaga lidah, jaga mata, jaga telinga. hindarilah daripada fitnah dan umpat. Oh jangan lupa bersuci (cebok) dengan bersih okay. =)

“Sudah hampir tiba suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali”
[HR Baihaqi].
sekilas : moga kita terus beriman dan tergolong dikalangan orang yang diredhaiNya
Suatu hari pada waktu solat Jumaat di sebuah masjid yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian serba hitam. Tidak nampak apa, cuma kelihatan dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik, “Sesiapa yang sanggup mati kerana Allah sila berdiri di tempat kamu.”
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 itu tadi hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam.
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata, “Ok Pak Imam, saya dah halau semua yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat.” Lalu kedua orang lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.
Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selain terhibur anda fikirkanlah. Lawakkan, dari 1,000 orang yang mengaku dirinya Islam hanya 40 yang betul-betul beriman. Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan Allah apabila menghadapi bahaya.
Kedua orang lelaki itu hanya membawa mesin gun, dia tidak kata pun hendak membunuh. Tapi generasi sekarang, amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang, lupa yang dia tidak menunaikan solat Jumaat lagi.
Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, itu pun apabila waktu solat Jumaat. Tunjuk muka pada orang kampung. Ada yang lebih dashyat lagi, setahun 2 kali sahaja apabila waktu solat sunat raya.
Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran. Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.
Lawak, kita boleh bersembang dengan pasangan kekasih kita berjam-jam lamanya tapi hendak berdoa kepada Allah alahai tidak cukup masa dibuatnya. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat hendak berkongsi atau menghantar artikel-artikel yang berunsur agama, lawak bukan?
p/s : aku pelik juga 2 org mamat yg bawa mesin gun tu blah camtu je, nape dia tak stay solat Jumaat skali. huhuhu…
p/s/s : aku tak tahu artikel asal ni milik siapa. Aku harap beliau tak kisah aku share.
sekilas : Aku tak rasa satu perkara pun yang lawak kat atas. Cuma termenung merenung masa depan aku dan umat Islam yang lain. moga kita semua di bawah lindunganNya.
Kota ini tidak sepi
Pada waktu begini masih penuh dengan deruman enjin kereta
Masih banyak motor-motor yang memecut laju ke kiri dan kanan
Lampu jalan tidak padam selagi tiada gangguan elektrik
Kota ini tidak sepi
Manusia masih ada yang bersengkang mata
Tapi bukan kerana ibadah kepadaNya
Terkadang hanya borak kosong soal dunia
Kota ini tetap begini
Walau ada yang bersujud kepadaNya dihening malam
Namun, ia tetap begini
Yang kaya terus kaya
Yang miskin terus miskin
Jangan pernah sekali kita menidakkan takdir itu
Tuhan menguji manusia mengikut kemampuan
Semoga kota yang tidak sepi ini akan terus segar di malamnya
Tapi hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya
Selamat Malam saat ini ditulis.
sekilas : kota ini sepi tatkala dunia ini musnah
Time aku jalan-jalan kat belog, aku terbaca entry ini kat belog beliau. Yela…sejak bertunang ni, aku banyak jugak duk jalan2, tengok macam2 tips dan panduan *selain daripada cuci mata tengok pakaian pengantin* =P Aku tak tahu macam mana alam perkahwinan kelak. Aku harap aku akan baik-baik sahaja menempuhinya bersama my future husband. Tapi bila membaca masalah-masalah seperti di bawah…memang aku termenung… anda bagaimana?
sumber email : Insyira Arman
1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama
2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.
5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
9. Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.
13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya… Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.
17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..
18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung..
19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.
23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .
25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
27. 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…
40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
sekilas : Harap aku dapat membahagiakan semua orang yang aku sayang!
Dulu time zaman-zaman di universiti. ada jugak sesekali tengah solat, tiba-tiba aku gelak. mahu tidak, ada pulak sorang dua kawan kat belakang ni duk borak-borak sambil buat lawak yang mana aku boleh dengar dan tiba-tiba gelak, sebab aku lagi layan lawak dia daripada solat. betapa tidak fokus nya aku membaca dalam solat.
Natijahnya, aku terpaksa mengangkat takbir sekali lagi untuk sempurnakan solat aku tanpa sebarang gelak tawa dan dengan penuh khusyuk dan tawaduk gitu.
Sebaik-baik tempat untuk khusyuk dalam solat adalah di dalam masjid/ surau. kerana alunan suara pak imam yang melafazkan ayat-ayat suci al-quran itu mampu membuatkan kita terus berada dalam rukun solat dengan baik sekali. bukan sempurna 100% tapi dengan baik. Tapi aku sangat mengakuinya…kalau aku sembahyang kt surau / masjid, aku jadi lebih tenang. Tak tahu la apesal. Kalau sembahyang sorang-sorang, kat rumah dengan sembahyang kat masjid..tersangat lah beza. korang ada rasa macam tu tak?
Pernah dengar kisah-kisah zaman Nabi yang mana ada para sahabat yang solat sampaikan dipanah tapi ia tetap tidak mengganggu solat beliau. Betapa beliau khusyuknya dalam solat.
TAPI…jangan pulak korang salah anggap dengan kisah tersebut. memang benar ada kejadian itu di zaman nabi kita dulu. tidak pula ia bererti khusyuk dalam solat itu langsung tidak terhirau dengan keadaan sekeliling. Kalau gitu, memang tidak khusyuk langsung la solat kita apabila mengikut imam, sebab kita dengar bacaan imam dan takbir yang disebut oleh imam. betul tak? apetah lagi jika kedengaran guruh dilangit. kemudian hujan turun mencurah-curah. tidak logik sama sekali kita tidak mendengarnya. kalau dengar, tak khusyuk ke solat kita?
Apa yg pasti, adalah seperti yg bertanya sebutkan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat jelas sekali mendengar apa yg berbunyi di sekeliling mereka dan itu langsung tidak menjejaskan khusyuk. cuma terdapat satu hadith yang mana Rasulullah SAW memberitahu bahawa syaitan akan sentiasa mengganggu seorang yg sedang solat sehingga dia berjaya menjadikan orang itu terlupa rakaat. maka itu adalah tidak khusyuk.
Kita jgn terkeliru dgn khusyuk yg diceritakan oleh orang ramai. ada yg menggambarkan bahawa khusyuk itu sampai tidak sedar bahkan sampai tidak tahu apa yg dibuat. itu bukan khusyuk namanya. itu ‘syok sendiri’ agaknya.
Tapi korang mungkin boleh la melakukan perkara-perkara berikut untuk menambahkan kekhusyukkan dalam solat. InsyaAllah.
a. Mengingati bagaimana para salaf bersolat
Ini akan menambahkan lagi kekkhusyukan. Apabila Ibn al-Zubair berdiri untuk bersolat, dia seolah-olah bagaikan kayu, berada didalam kekhusyukkannya. Suatu hari semasa beliau sedang sujud diwaktu peluru dari lastik yang besar di lancarkan, dimana Mekah telah di kepong, dan sebahagian pakaiannya koyak semasa bersolat, beliau tidak langsung mengangkatkan kepalanya.
b. Ketahui bahawa Allah swt memberi responnya kepada solat kita.
Kita mesti merasakan bahawa kita seolah-oleh berkomunikasi dengan Allah swt semasa didalam solat. Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda :
“Allah Azza wa Jalla berfirman : Aku telah membahagikan solat diantara aku dan hambu ku menjadi separuh, dan hambaku akan mendapat apa yang dia minta’. Apabila hambanya berkata ‘Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam’ Allah’, Allah mejawab ‘hambaku telah memujiku’. Apabila hamba berkata :’Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani’, Allah menjawab, ‘Hambaku telah memuliakanku’, apabila hamba berkata :’Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). ‘ Allah menjawab :’Hambaku telah membesarka aku’, apabila hamba berkata : ‘Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.’, Allah menjawab :’Ini adalah diantara aku dan hamba ku, dan hambaku boleh dapat apa yang dia minta’, apabila hamba berkata :”Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. ‘ Allah menjawab :’Semua ada adalah untuk hamba ku, dan hamba ku akan mendapat apa yang dia minta’ “- [Hadith riwayat Muslim, didalam kitab Al-Solah].
c.Memikirkan tentang makna ayat tersebut.
Tidak ada seorangpun akan memikirkan tentang sesuatu ayat al-Quran melainkan ia mempunyai pengetahuan mengenainya. Ini menunjukkan pelajaran tafsir al-Quran begitu penting didalam penghidupan seorang Islam. Ibn Jareer ra. pernah berkata :
“Aku pelik terhadap orang yang baca al-Quran dan tidak mengetahui maknanya (tafsirnya), Bagaimana mereka seronok membacanya?”
d. Mengingati mati ketika bersolat.
Nabi saw bersabda :
“Ingat mati ketika solat kamu, kerana sesungguhnya orang yang mengingati mati ketika solat biasanya akan memperbaiki solatnya, dan Solatlah seperti mana orang yang tidak berfikir ia akan bersolat didalam solat yang lain” – [dari al-Silsilat al-Sahihah al-Albani, 1421, Dilaporkan oleh al-Suyuti bahawa Ibn Hajar mengkelaskan hdith ini sebagai hasan].
moga-moga kita menjadi seorang Islam yang khusyuk didalam solat, sebagaimana firman Allah swt :-
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatmya” – [al-Mu’minun 23:1-2]
Selamat beramal~~!
sumber : soaljawab
sekilas : Time puasa dugaan solat tu tinggi, sebab takut teringat makanan. huhuhu
Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.
Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)