• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category Isu Semasa

Korang Dah bayar PTPTN?

Nov30
2011
6 Comments Written by Sekilas

Aku tertarik dengan entry yang dikeluarkan oleh Hazrey. Sila klik sini.

Walaupun begitu rasa agak segan-segan sebab secara terus-terangnya aku masih belum membuat APA-APA bayaran kepada PTPTN since aku start kerja Mac 2010. Yes. Sudah setahun aku bekerja.

Surat amaran pertama pun sudah aku terima dari PTPTN.

Mungkin aku antara beratus atau beribu pelajar yang seolah-olah lupa diri takmo bayar duit pinjaman tu. Dan aku juga antara beratus atau beribu pelajar yang menyesal membuat pinjaman itu. Sebabnya, sekarang baru tahu risikonya.

Habis belajar, belum tentu dapat pekerjaan. Kalau dapat pekerjaan pun belum tentu gajinya setaraf dengan kelulusan. Kalau dapat pun kerja, takde kena mengena langsung dengan pengajian / kelulusan. Maka kembalilah graduan-graduan ini seperi budak baru lepas SPM kerja dengan gaji setaraf itu.

Dalam kehidupan yang serba moden dan canggih ini, dapat pulak hidup dengan gaji seperti itu dalam usia yang sudah semakin lanjut. (aku tak bicara tentang manusia-manusia yang suka bersosial) sebabnya mereka-mereka ini yang mungkin seusia aku, terpaksa kurangkan aktiviti sosial, sebab gaji setaraf SPM tu tak mampu buat mereka untuk bergembira.

Mak Bapak pun bukan mudah kita nak jelaskan, gaji kita tak banyak mana. Tapi mereka dengan bangga cakap : DULU GAJI MAK SIKIT BOLEH TANGGUNG KORANG ADIK BERADIK. Phew~! Siapalah aku nak menyangkalnya?

Dulu mak tak pakai kereta, bil elektrik taariff nya tak tinggi. Dulu naik basa berapa sen sangat kena bayar. kalau minyak kereta pun semuanya bawa 1.50 agaknya harganya.

Ya dulu dan sekarang berbeza mak. Malah dulu mak tak buat pinjaman PTPTN. huhuhu…

Nak di samakan dengan keadaan sekarang.

Kata hubby, kalau rasa tak berkemampuan lagi nak bayar duit pinjaman tu. Jangan mula membayar. Sebab bila kita dah mula bayar, kita akan terikat dengan komitmen pembayaran itu. Dan bila kita terabai satu bulan daripada buat bayaran, PTPTN akan mula menghantar surat yang bukan-bukan tuntut bayaran yang setiap bulan kita dah buat.

Ia akan menjadi masalah yang lebih besar. Sebabnya dia tahu kita dah start bayar…tetiba tak bayar, jadi dia kacau kita. “budak ni ada duit ni, aritu bayar tetiba tak bayar pulak” hahaha..itu dialog imaginasi aku.

Ya aku tahu. Hutang tetap hutang. Dan ia perlu dilangsaikan sebelum mata kita tertutup menghadap Illahi. Tapi dengan kewangan yang tak berapa nak merdeka ni, belum lagi aku mampu capai tahap buat bayaran tiap bulan. Bil letrik rumah pun tertangguh kekadang. huhu…

PTPTN memang ada buat tawaran UJRAH hari tu. untuk potongan kadar peratus setiap tahun dari 3% kepada 1%. Aku dah siapkan borang semua bagai. Tetiba aku prasan, abang ipar aku tanda tangan kat kerta tu pakai pen basah. Korang tahu tak PTPTN ni banyak songeh. ??

Aku ingat lagi time isi borang untuk apply…banyak betul peraturan nak isi borang tu. Samalah jugak untuk borang UJRAH ni. Dah lah masa aku nak jumpa abang ipar aku tu terhad. setem hasil aku dah beli 2 = RM20 . Tetiba aku prasan, ada 4 borang. bermakna aku kena ada 4 setem hasil. apakah?

kemudian, kena hantar dan dapatkan pengesahan pegawai PTPTN. maknanya aku kena hantar by hand? Bilakah masanya untuk aku curi masa kerja aku ke sana. dan penyudahnya, 3 bulan tempoh yang diberikan berlalu begitu sahaja. Akhirnya, peratus kos pentadbiran loan aku kekal 3%.

Kecuaian aku. dan juga pihak PTPTN yang agak menyusahkan aku dengan peraturannya. haissh…tak susahkan korang takpela.

Kata hubby, sepupu dia, dah bayar setiap bulan. Bila dia miss beberapa bulan bayar. Namanya di blacklist kan dari ke luar negara. sedangkan ramai lagi orang yang tak pernah buat bayaran masih bebas. Pelik bukan? entah macam mana PTPTN memantau senarai pelajar yang buat bayaran pun aku tak tahu. Aku lah antara yang belum pernah buat bayaran.

Memang orang kata bayar je kurang-kurang RM50 sebulan. hahaha…tak luak mana la loan aku tu kalau RM50 sebulan. Aku cuma berdoa agar aku diberi waktu yang panjang oleh Tuhan untuk aku langsaikan hutang2 ni.

Nota : Loan aku sudah cecah RM34,231.34 . Mudah-mudahan dapatlah aku selesaikan.

sekilas : Kadang-kadang aku salahkan diri

Tagged PTPTN

Keputusan UPSR hari ini – 171111

Nov17
2011
2 Comments Written by Sekilas

Berdebarnya menunggu keputusan UPSR. huhuhu…
Serius. Walaupun bukan aku yang ambik UPSR. Tapi, aku sangaaat berdebar.

This year anak buah aku Aisyah yang amik UPSR. Next Year anak buah aku sorang lagi Diyanah.
Adalah aku berjanji kat budak 2 orang ni. Sapa dapat 5A, maksu bagi laptop maksu kat dia.

So, Mula2 kena tengok result Aisyah dulu la…kalau Aisyah dapat 5A…maka laptop itu milik aisyah.
Kalau tak dapat, tunggu next year plak, turn Diyanah. huhuhu…

Ekceli itu sebagai pembakar semangat. Kalau betul2 berjaya…maka aku la pulak meraung. Dah berjanji tak boleh mungkiri. Errr….B, nanti pinjam laptop B lah yer lepas ni. kuikuikui.

EH, jangan salah faham. aku ikhlas. InsyaAllah…doa ku sentiasa mengiringi anak-anak buah aku. Mana tahu nanti dorang dah besar panjang, dorang pulak doakan anak-anak aku… #ehberanganpulak.

InsyaAllah.

Semoga Aisyah berjaya mendapat keputusan cemerlang hari ini. Kakak aku kata, jangan telefon2 atau SMS kat dia tanya result Aisyah. tunggu samapi dia sendiri call bagitahu. LOL. tah pape tah…

UPDATE : Aisyah dah dapat keputusan, Alhamdulillah… dia dapat 4A 1B, dengan itu perjanjian kami terbatal serta merta. ekekeke….Tahniah!! keputusan tu pun dah kira baguih!

sekilas : Good Luck jugak untuk pelajar UPSR yang lain!

Posted in family - Tagged keputusan peperiksaan, keputusan UPSR 2011, UPSR 2011

Kenapa Saya Tak Boleh Kahwin Dua? – Suami

Nov15
2011
7 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum. Selamat Sejahtera.

Melihat tajuk di atas, harap-harapnya, anda semua tidak salah faham. Suami saya tidak / belum lagi nak bertanya kepada saya. Ini satu soalan yang sering bermain dibenak suami untuk ditanya kepada isterinya. – #Mungkin.

(Hari ini menggunakan kata ganti nama ‘saya’)

Saya pasti, setiap lelaki pasti ada keinginan untuk berkahwin lebih dari satu. Ya atau tidak wahai lelaki yang membaca. Kita ketepikan dulu soal tanggungjawab atau soal kemampuan menanggung lebih dari seorang isteri.

Tetapi, keinginan itu pasti ada. Apatah lagi melihat rakan lelaki yang lain berjaya melakukannya. Mereka kelihatan hebat, sehingga ramai la pulak kaum yang sama bertanya “apa rahsianya?”

Apabila suami menyatakan hasratnya kepada isteri, “Sayang, boleh tak abang kahwin satu lagi?”

Mari kita teka reaksi isteri. Marah? Berlagak tenang? Memaki hamun kemudian berperang? Tidak menjawab? Merajuk tak bercakap sebulan?

Saya tidak tahu. Tetapi jika suami bertanya, kebanyakkan isteri tidak menjawab sebaliknya bertanya “Kenapa?”

Tahukah anda jawapan paling cliche yang diberikan oleh suami “Bukankah itu sunnah Nabi? Malah isteri juga mendapat ganjaran jika membenarkan suaminya berkahwin lebih dari satu”

Ok. Seperti biasa, kalau bab kahwin lebih, barulah nak ikut sunnah.

Saya tidak mahu pertaruhkan sunnah Nabi. Tetapi sebab munasabah kenapa isteri anda tidak benarkan anda berkahwin lain.

Lihatlah calon isteri anda yang baru itu (saya sedang bicara dengan lelaki). Cantiknya. Bergetah badannya. Gebu. Waaah….rambut kemain menjurai jatuh ke bahu. Siap berwarna lagi.

Oh slim shady lagi badannya. Pendek kata, seperti mula-mula anda berkenalan dengan isteri anda yang pertama.Muda belia. Silap-silap masih anak dara.

Inilah masalahnya. Ya! Isteri anda tidak benarkan anda berkahwin lain kerana ini. Calonnya kemain lagi. Tapi isteri dirumah, disuruh duduk rumah, jaga anak-anak, jaga pakai suami, pakai tudung litup, jangan nampak aurat. Walhal, calon isteri baru, solid molid, tangan halus, kalau boleh calon yang baru itu tempat untuk bersuka ria sahaja. Tapi, mahu dihalalkan caranya kerana itu mahu kahwin satu lagi.

Jika isteri tak bagi, mulalah memberontak, katakan isterilah penyebab suami berlaku curang, membuat dosa dan maksiat.

Mana perginya sunnah Nabi yang diperkatakan tadi? Sunnah Nabi bukan semata-mata kerana nafsu. Jika alasan dan sebabnya tidak mengguris hati wanita tidak mengapa. Tapi alasannya tidak mahu berbuat dosa.

Jika tidak mahu berbuat dosa, dekatkan diri pada Pencipta. Banyakkan masa bersama keluarga. Jangan tinggal suruhanNya, jangan lakukan laranganNya.

Wahai lelaki dan para suami. sekalipun isteri kamu benarkan perkara itu, percayalah jauh di sudut hati, pasti terguris perasaannya. tapi demi redha Allah, diredhakan juga tindakan suami.

Saya pernah bertemu dengan seorang ustaz yang mempunyai 2 isteri. isterinya Dua2 bertudung litup. dua2 memang ciri isteri solehah. Tapi bila isteri pertama bicara soal madunya…Tercalit sedikit rasa tidak puas hatinya.

Ya. Suaminya memang seorang yang warak. mendidik isteri-isteri dan anak-anak ke jalan Allah. tapi bila bicara soal keadilan…pasti ada yang berat sebelah.

Isteri kedua mendapat kelebihan. mendapat rumah sendiri yang lebih besar. Malah banyak menghabiskan waktu bersama isteri kedua. Saya tidak katakan mereka sekarang masih muda. Umur mereka menjangkau 50an. bayangkan usia sudah semakin tua, tapi isteri pertama masih terasa hati.

Ini lah yang dirisau dan dikhuatiri oleh para isteri. Bolehkah suami berlaku adil? mampukah suami berikan kebahagiaan yang sama rata pada pasangan2nya itu?

Jika anda punya niat berkahwin lain kerana Kasihankan kehidupan si calon isteri tu yang hidup melarat, atau suaminya yang mati berjihad, atau mungkin ibu tunggal yg perlu menyara ramai anak, keluarga yang susah, anak yatim dsb…boleh juga isteri tu merasa kelegaan.

Tapi jika kerana wanita itu cantik, masih muda, anak dara, dan yang sewaktu dengannya….mahukah isteri benarkan anda kahwin lain? fikir-fikirkanlah.

Jika itu soalannya yang ingin ditanya pada isteri, atau lebih tepat jika soalan itu dari suami saya. Jawapan saya adalah “Tidak” melainkan dengan izin Allah. Sila baca : Izin Allah di mana bakal isteri baru anda itu seperti yang dinyatakan tadi.

Bak kata seorang teman saya, Lelaki yang nak kahwin lagi satu ni satu je sebabnya, nak ‘bersama’ perempuan lain yang lebih ‘jelita’

p/s : jangan semua suami terasa. ini hanyalah sekadar pandangan dari saya.

sekilas : saya tak dapat bayangkan kalau betul suami saya ada niat seperti itu, sekarang jugak saya dah menangis jika itu bakal terjadi.

Posted in Perkahwinan - Tagged hidup bermadu, poligami, suami kahwin lain

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah

Oct07
2011
2 Comments Written by Sekilas

*sumber diambil dari Facebook…dengan gambar2 pun aku amik jugak…huhu

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Rasulullah S.A.W Bersabda : ” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.” [Hadith Riwayat Muslim].

?*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share dgn semua Sahabat pun.
By: Enco Encho
sekilas : sharing is caring aite?
Posted in info - Tagged mandi wajib

Kepada Lelaki2 Yang Meminati Lisa Surihani, Anda Masih Mempunyai Peluang

Aug16
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Ya…Ini bukan gurauan.
Mungkin tersebarnya berita mengenai ‘gosip’ bahawa Yusry KRU dan Lisa Surihani akan berkahwin pada tahun depan, ramai pakwe-pakwe yang frust kerana mereka bakal kehilangan gadis pujaan hati mreka.

Jangan cepat berputus asa wahai kaum Adam sekalian yang masih single & bujang. Berita ini mungkin mampu buat anda gembira walau tak banyak dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh KRU.

Walaupun statement “Yusry mengakui bahawa hubungannya bersama Lisa Surihani semakin serius” … anda masih boleh berharap. ekekeke.

sekilas : Bertuah menjadi Lisa Surihani. =)

Posted in Artis - Tagged Lisa Surihani, yusry KRU

Terlalu Banyak Cerita

Aug04
2011
1 Comment Written by Sekilas

Ya.
Akhir-akhir ini terlalu banyak kisah orang berpisah. Sedih tahu bila baca.
Ramai pula update pasal-pasal mereka ni.
Laju pulak tangan ni pergi kelik link.

Tahu pasal Puan Norma? Kisah seorang isteri yang menghidap kanser, dan suaminya yang tabah menjaganya di sisi. sedih. ini pun sedih. Sedar tak sedar, airmata laju je mengalir.

Sedih. Kesian. Apa rasanya berada ditempat mereka? =(

sekilas : Bulan Ramadhan banyak pulak ceritera dunia yang tak best di dengar.

Posted in masyarakat - Tagged berpisah, kanser, puan Norma

Mohon Bantuan : Mencari Orang Hilang

Aug04
2011
6 Comments Written by Sekilas

Mohon kepada teman2 blogger untuk panjangkan pesanan yang diambil daripada blog tetikusrusak kepada rakan2 blogger lain. Dan mohon doa rakan2 sekalian semoga suami kepada kawannya pulang ke pangkuan isteri & 3 orang anak nye yang masih kecil.

Pesanan dari kawan tetikusrusak

“Gambar-gambar suami saya dan anak2…boleh perpanjangkan untuk rujukan umum…tolong doakan suami saya selamat dan sihat dan terpelihara sentiasa oleh ALLAH

beliau adalah cinta hati saya selama2nya….saya mahu beliau kembali…saya dan anak2 perlukan beliau untuk hidup…

keluar rumah tanpa ic, wang, handphone pada 2 Aug 3 pagi (memakai baju melayu merah dan seluar hitam)
( keluar rumah utk mengambil tafsir al-Quran dlm kereta, 10 minit kemuadian tidak masuk kembali kedlm rumah hingga kini)

kalau ada maklumat tttg ITHNIN NGADIMAN boleh call sarjan radha 0126059997 atau saya 0133101221 atau mak saya 0163743248?

Suaminya ini dah hilang dalam tempoh 48 jam kalau ikut tarikh yang diberikan itu. Kemanakah agaknya beliau menghilang?

Sebenarnya aku sendiri tak dapat bayangkan yang baik-baik bila keadaan ini berlaku. Sebagai orang luar yang tidak mengenali beliau, aku doakan suaminya selamat dan kembali kepangkuan keluarga dalam keadaan baik. Mudah-mudahan ini dijadikan satu ujian dari Allah kepadanya. InsyaAllah…mohon panjangkan hal ini.

sekilas : Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada setiap hambaMu yang ditimpa musibah.

Posted in info - Tagged orang hilang

HarimauMalaya Vs Singa Aummmmmmm!

Jul28
2011
3 Comments Written by Sekilas

Wah semangat tahu. tengok orang lain bersemangat aku pun nak join sekali. Walaupun hakikatnya aku tak gi stadium pun tengok bola. Biarpun office aku ni sejengkal je ngan stdium tu…sob’sob’.

Hehehe…kemain. padahal tiket takde. hahaha… My Cinta semangat tu pergi ngan kengkawan dia. nak ikut tak di baginya. sampai ati tinggalkan tunang tersayang. sob’sob’ gedik sungguh hai nak nanges tak dapat tengok bola.

Aku harap Malaysia dapat tewaskan Singapura pada perlawanan hari ini. berapa target? 5-0? hehehe…over la plak. eh, mana tahu? yakin boleh.

kat timeline Twitter pun macam2 avatar dah aku tengok.

Tak kisahlah..janji semangat Harimau Malaya~~ Auummmmmmmm!!

sekilas : Dear cinta hati, jangan seronok sangat ye. 143.

Posted in peristiwa - Tagged bola sepak, Malaysia vs Singapura, perlawanan bola

Benarkah hubungan KF & JR berantakan?

Jul27
2011
4 Comments Written by Sekilas

Siapakah KF & JR tu Cik Norfa oiit..?

Tu la dia…aku nak ceritera pasal selebriti Bola sepak kita iaitu Khairul Fahmi & tunangnya yang glamer dengan belog Jejari Runcing tu..kelas kan aku buat short nama derang ekeke.

Ni pun terbaca kat belog Beautifulnara yang meletop dengan cerita-cerita hangat tu. Aku tak mau la duk copy paste kan apa yang dah tertulis kat blog tu, just ingin bertanya pendapat korang, betul ke hubungan mereka berantakan dek kerana insiden yang kita tak tahu apa sebenarnya berlaku antara KF dan bakal MIL dia tu?

risau..risau…memang aku risau. sangat berdebar-debar nak tahu lebih lanjut mengenai kebenaran cerita ni. Aku harap cerita ni tak betul dan aku doakan derang terus bahagia hingga ke akhir hayat.

Kepada JR, aku harap kalau ada masalah macam mana pun dengan KF janganlah di hebahkan di FB. kan tak elok, kalian pun dah bertunang. ni semua orang baca, semua orang tahu…semua orang akan mengata. sama-samalah kita belajar dari kesilapan kita. Semua yang tak elok, kita simpan je takmo bising-bising k. sebab kalian tu dah menjadi tumpuan orang ramai. kalau betul bagai dikata, biar Tuhan je tunjukkan pada orang lain. ok, sayang korang.

Apa-apa pun aku harap hubungan mereka pulih seperti sedia kala. sedih dengar cerita camni. Dulu kan aku pernah buat entry apsal derang kat sini. Jadi aku harap, biarlah cerita itu kekal bahagia. insyaAllah…amin. mudah-mudahan.

 sekilas : kita berdoalah yang baik-baik untuk semua orang. InsyaAllah.

Posted in Artis - Tagged Jejari Runcing, Khairul Fahmi Che Mat, masalah, tunang Khairul Fahmi

Barbican Bukan Arak

Jul22
2011
2 Comments Written by Sekilas

Terpanggil untuk buat entry mengenai minuman Barbican yang diperkatakan sebelum ni ‘tidak halal’. Aku pun tak paham ler. Bertahun minuman Barbican ni dah ada kat Malaysia, tiba-tiba bila ia dah popular malah kebanyakkannya dijual oleh peniaga Arab, ada pulak yang kata haram.

Mungkin kerana kadar peratus alkohol sebanyak 0.5% orang dah labelkan minuman ini haram. Susah ler orang nak cari makan macam ni. Kat negara Arab tu ha, bersepah je umat Islam duk minum minuman ni. (bukan aku tengok sendiri la, pengalaman seorang teman yang ke sana dan suaminya memang orang Arab)

Kalau selepas berita ni dikeluarkan masih ada yang ragu-ragu, senang cerita tak perlu lah minum. dan tak perlu nak sebarkan perkara yang tidak betul pada orang lain. Kesian orang yang meniaga ni. Tertutup periuk nasi mereka tahu?

Ni aku petik dari laporan akhbar Kosmo!


KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

 sekilas : family aku suka minuman ni. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in info - Tagged Barbican halal, surat khabar
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress