• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category Isu Semasa

Apa ni sibuk sangat suruh hapuskan HUTANG PTPTN?

Apr18
2012
7 Comments Written by Sekilas

Tengok…hutang aku ada RM34K lagi, takde pun duk sertai demonstrasi jalanan sehingga berkhemah di dataran. Gila apa?

Dah pinjam Bayor!

Cuba tengok kos pentadbiran derang setakat April – RM162.52 . Kalau dibahagi 4 bulan sebulan kos nya RM40.60.

Haa…minta hapuskan kos ni cukup lah…hehehe…

Total aku yang jadi sampai RM34k tu sebab campur dengan diploma + Degree. Tu yang ghase banyaaakkkk gile! Dah konsep nya pinjam…maka WAJIB lah kita bayar semula. Melainkan orang yang bagi pinjam tu kata, takpelah kami halalkan. Itu dah jadi kes lain la.

Soal parti politik yang berjanji nak hapuskan HUTANG PTPTN tu, elok jugak kita kaji semula. Ada tak perjanjian antara pengundi & parti tersebut untuk menghapuskannya? Dorang ada tak buat surat akuan sumpah ke apa ke? Buatnya kang depa dah menang, tapi tak tunaikan? korang boleh ke nak saman derang? paling2 tidak pun, kena tunggu PRU lain untuk mengundi parti lain. huhuhu…

Aterrr ceritanya mudah, tak payah sampai nak buat keje terpekik terlolong duk maki hamun cerca orang suh hapuskan PTPTN. Lagi pulak yang datang demo tu mahasiswa yang belum habis belajar lagi. Malu wehh…

Tak nak bayar, belajar rerajin dapat pointer cemerlang. Tak cemerlang, bayar jela. Atau pun pegi la apply biasiswa. Tak dapat tu kira tak cemerlang jugak la tu. huhuhu…Aku yang tak cemerlang ni, haruslah akur, hutang tetap hutang. WAJIB kita bayar.

Kalau nak suh mansuhkan PTPTN, boleh. tapi mansuhkan untuk pengambilan pelajar baru ni. Tapi lepas tu, pikir2 kan pulak macam mana pelajar-pelajar yang kurang kemampuan cerdik pandai ni nak masuk U kalau takde badan yang mahu berikan pinjaman pendidikan. Percuma? tak payah la weh, yang kena bayar pun ramai yang main2 belajar, ni kan pulak percuma. lagi ramai orang tak reti bersyukur nanti.

Ini bukan entry berbaur politik. Tapi rasa ralat tengok orang yang berdemo kat dataran tu duk memaki hamun, keras kepala, macam takde adab.

p/s : Jujurnya aku masih belum bayar lagi, tengah tunggu selesaikan hutang lain dulu, baru dapat nak selesaikan PTPTN. Sebab hutang lain ni, tak banyak lagi dah. dah setel, baru aku leh nak focus kat PTPTN. Sabar ye..hutang tetap hutang.

sekilas : so far belum disenarai hitamkan. harap2 sempat buat pembayaran sebelum itu berlaku :)

Tagged demonstrasi, politik, PRU13, PTPTN

Instagram is Now on Android. Woha!

Apr04
2012
2 Comments Written by Sekilas

Selama beberapa lama aku pakai samsung galaxy s2 ni, mula jeles bila teman sepejabat dan para boss menggunakan instagram. hahaha..tu pun nak jeles.

Akhirnya, sekarang para pengguna Andorid, kita dah boleh guna Instagram. Aku dah install. Hoyeaah! dan gambar pertama aku adalah opismet aku…kuikuikui…

Sila lah follow daku! dan kalau nak daku follow korang, kawan lah dengan aku. ceh..

Jadi ayuh..reramai install instagram untuk android kesayangan anda!

sekilas : Aku ni idok ler mahir sangat bab2 gadget ni, tapi sesekali ye tak? hehehe…

Posted in info - Tagged gadget, instagram for android

WW : Misteri Van Putih

Mar21
2012
Leave a Comment Written by Sekilas

sumber gambar merujuk laporan akhbar Metro.

sekilas : lepas ni, nampak je van putih duk jejauh tau. huhuhu…

Posted in info - Tagged penculikan, van putih

Satu tugas RM700? Wah, meriah nampak.

Mar16
2012
9 Comments Written by Sekilas

Itulah dia tangga gaji terbaru untuk amah Indonesia yang mana kerajaan Indonesia telah menetapkan satu kerja khusus RM700.

JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah ke Malaysia yang akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Jika seorang pembantu rumah itu diambil menjadi tukang masak, ia hanya menjalankan tugas memasak dan tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak menjalankan tugas lain seperti mengasuh bayi.
Inilah antara hasil yang dicapai pada pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia di sini, semalam. Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman berkata, JTF semalam mencapai kesepakatan terhadap empat jawatan khusus pembantu rumah Indonesia iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.

Petikan : Metro

Kalau tugasnya memasak..maka memasak jela. kalau tugasnya asuh bayi, maka asuh bayi jela. hurm…gitu pulak?

Jadinya, ibu-ibu sekalian….tak payah lah amik amah / bibik ni nak kerja ngan korang. Jadilah seorang ibu yang cemerlang gemilang dan terbilang. Besar ganjaran pahalanya.

Daripada duk bagi RM700 buta-buta je kat orang gaji untuk buat satu kerja, aku rasa sangat tak relevan. Hakiaktnya kerani yang gajinya RM700 tu pun macam multitasking kerjanya kat opis.

ITu RM700 tu tak masuk lagi dorang punya permit kerja la, pasport la visa la, upah agensi la…banyak lagi kos. Dan kepada bapa-bapa serta para suami ni, ringan-ringankanlah tulang tu untuk membantu kerja rumah isteri. Kalau rasa mampu nak bayar amah tu sampai RM700 sebulan, apa kata encik suami sekalian, suh isteri duduk rumah uruskan rumahtangga. lagi afdal. duit yang nak bagi kat amah tu baik bagi kat isteri buat belanja. lagi puas hati.

Isteri sendiri yang masak, asuh budak kemas rumah. takdelah isu mandrem ke, isu dera ke, kecurian ke? ye tak?

Kalau andai kata la orang nak amik bibik tu nak suh asuh budak dan kemas rumah…haa..tak ke RM1400 dah jadi gajinya. Itu semua kerja suri rumah je tu. Tapi takde pulak isteri-isteri dapat bayaran setinggi itu kan? sebab apa, sebab tugas seorang isteri katanya….sebab menanti ganjaran pahala kelak. Itu yang di pejam mata, di pekak telinga. betul tak puan-puan sekalian? tak apa lah..yang penting ikhlas dan ingat janji Allah pada isteri-isteri yang solehah. insyaAllah..

KEsimpulannya di sini, tak payah lah amik bibik. Seorang isteri yang berkerjaya  yang mampu uruskan rumah tangga, memang hebat. Para suami yang memiliki isteri sebegini beruntunglah…maka jangan sia-siakan pengorbanan isteri, dan bantu membantulah sesama sendiri.

Nabi kita dulu pun saling membantu isterinya dalam membuat kerja rumah. Tak mahukah kita mengikut amalan Nabi tu? Malah, pernah satu ketika anaknya Fatimah meminta seorang pembantu rumah kepada Nabi. Tapi adakah NAbi kita menunaikan permintaan puterinya itu?

Tidak…ingat lagi kisah ini? kalau tak ingat, boleh baca di sini.

Sama-sama kita fikirkan mengenai ini….melainkan kalau isteri anda sakit, memang tak berupaya bekerja, dan sebagainya, dibolehkanlah mengambil pembantu rumah. tapi fikir-fikirkanlah dengan jumlah wang yang perlu dibayar…sama pulak harganya dengan bayaran bulanan sebuah rumah. huhuhu…kalau banyak duit tak apa lah…. #untunglah awak banyak duit.

sekilas : Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Posted in masyarakat, Uncategorized - Tagged pembantu rumah, suami isteri

Isu Tatoo Erykah & Komen orang-orang kita.

Feb29
2012
2 Comments Written by Sekilas

Alhamdulillah.
Pembatalan konsert Erykah Badu tu rasanya satu tindakan yang bijak. Jika bukan sebab isu tatoo, batalkan aje pun takpe…Sebab aku tengok yang membuta tuli sokong dia buat konsert tu orang Melayu Islam jugak. Kan konsert tu pun melalaikan.

Aku tak amik pusing sangat. Siapa Erykah ni ke? konsert ke? Apa yang Rais cuba lakukan ialah tak mahu orang Islam kita terus menyalahkan dia kerana benarkan Erykah yang pernah buat tatu kalimah Allah kat badan dia ni teruskan konsert. Dia cuma buat perkara yang betul sebelum kesalahan ditunding ke arah dia.

Cuma kalau boleh batalkan jugaklah konsert2 kat Malaysia ni Jom Heboh ke…tahun baru ke? Lagi afdal ye tak?

Soal agama ni bukan perkara yang main-main. lagi-lagi melibatkan kalimah Allah, dan para Nabi.

Tapi sayangnya ramai jugak yang protes bila konsert erykah tu dibatalkan. heh. Yang protes tu Melayu Islam. Hurm…yeah, korang kan open minded. Disebabkan open minded ni la, bila mana artis yang pakai seksi, org perempuan yang tak pakai tudung atau tak tutup aurat tu di pandang biasa sahaja oleh umat Islam yang lain.

Macam ala..biasala tu. idop kat bandar kan memang macam tu. Tak pakai tudung bukanlah perkara yang janggal. Malah, kalau tengok orang arab berpurdah bagai tu la yang orang kita anggap pelik dan janggal. jangankan orang Arab, kalau orang kita yang pakai baju tudung labuh tu pun nak pandang slack aje. hehe…

Hiburan itu perlu. TApi mengikut syariat Islam. Orang Islam perempuan kalau nak berhibur, boleh. berhiburlah sesama kamu kaum wanita. Takde lelaki, takde minuman keras. berhiburlah. cukup waktu solat. cukup waktu balik masak buat kebajikan dll. Asalkan tidak melanggar syariat seperti mendedahkan aurat sesama wanita. Apa? ingat wanita dgn wanita takde aurat ke? boleh bogel aje? Ada jugak batasnya.

Macam tu jugak lelaki. Boleh je berhibur. Konsert wings dan search tu. boleh buat. yang datang biarlah lelaki je. buat konsert tertutup. haaa..berjoget la korang. cukup waktu pi solat. siap leh jemaah lagi reramai kat konsert tu. jangan pi tanggal baju buat aksi terlarang sesama jantina sudey!

Nak tunjukkan boleh je nak berhibur. ye tak?

sekilas : Aku bagi ingatan kat diri sendiri jugak. Mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah Allah. Yang lepas tu lepasla. skarang kita berubah. ok?

Tagged erykah badu, konsert, tatu

So sad when you read this…

Jan13
2012
3 Comments Written by Sekilas

Apa kena mengena politik dalam kejadian rompakan yang berlaku terhadap Wardina?

Kenapa sesetengah manusia masih ada yang berfikiran ‘sengal’ bila kejadian ini menimpa beliau? Tak sudah-sudah mencampurkan politik anda dalam kehidupan orang lain.

Setiap orang juga berhak memilih yang mana mereka rasa itu jalan yang betul. Kalau kau kata A betul..kau pilih la A..kalau kata B betul..ko pilih B.

Ini linknya : klik sini

Atau aku copy sedikit sebahagian komen-komen mengenai kejadian rompakan yang berlaku kepada Wardina.

1. padan muka ko wardina… kutuk lagi polis.. depa jugak yg ko harap. kenape tak panggil azmin si kepala hatok tu tolong ko?

2. Polis mana boleh percaya kan wardina, kan semua rasuah? Panggil aje abang nuar mesti setel hihi

3. Klu kena rogol pun bagus juga. biar dia rasa apa yg saiful rasa. Taklah dia sokong peliwat yg dah bebas tu.

4. jeng jeng jeng dalam laptop tu ada rahsia apa??? curi sampai 5 laptop mesti ada pape. motif?

5. Apapun walaupun tidak diapa-apakan oleh perompak-perompak tersebut, penulis percaya bahawa kini Wardina boleh menyelami bagaimana perasaan mangsa rogol/liwat dengan lebih baik…..

6. Wardina Kena Rompak??? Jangan Ada Yang Salahkan Umno Pulak!!!

7. biasnya kalau pak indon ni merampok…. nenek 60 tahun pun di……. lu nasib baik beb. kalau pak nuar yang merampok habis di rampoknya depan belakang.

8. Saya simpati tapi nak tengok sama ada dia pi repot polis yang puak-puak anuwar yang disokongnya selalu panggil polis sebagai anjing.

9. betul ke kena rompak entah entak saja buat cerita kot,atau mungkin dia ni tak penah bayar zakat. tak sedih langsung dengar berita betina ni kena rompak

10. tak byr zakat le tu 

Bila baca komen-komen yang di tulis semula oleh penulis blog Cursing Malay ni…aku rasa macam orang-orang yang komen tu takde perasaan. Apa kata kalau ia berlaku pada mereka dan ahli keluarga mereka.

Adakah mereka akan kata perkara yang sama seperti… “Ooo…macam ni ke rasanya kena rogol/liwat?”

So shame be all of you…Kerana politik, korang boleh komen benda-benda macam ni. Takde kaitan langsung dengan apa yang korang komen.

Bagi aku, setiap orang tak sempurna, dan pernah lakukan dosa.  Ini ujian Allah yang mana setiap orang akan laluinya. Sama ada besar kecil dan dalam keadaan dan cara macam mana sekalipun, setiap hambaNya akan ditimpakan ujian.

Kalau kata orang yang tak pernah kutuk mengutuk, tak pernah join mana-mana politik pun, tak pernah terlibat rasuah sekalipun, tak pernah miss bayar zakat…tapi dia ditimpa juga ujian macam ni….tentu kerana ada sekelumit dosa yang beliau tak tahu. yang mana Allah nak uji beliau.

Sebenarnya aku sedih dengan senario politik dalam negara ni. Sangat sedih.

sekilas : Aku percaya pada Allah dan agamaku sendiri.

Posted in masyarakat - Tagged komen negatif, Wardina dirompak

Tahun Baru 2012 – Ada azam ke?

Jan01
2012
Leave a Comment Written by Sekilas

Lama tak updet blog. Last aku updet tahun lepas….wakaka…boleh camtu? Oklah…just nak ucap selamat tahun baru. Ni ofkos ler entry pertama untuk tahun 2012 kan..

Jadi harapan ku ialah agar tahun ni aku dapa bergelar seorang ibu. Hihihi… Agak2 tercapai tak azam aku tu?… Insyaallah…doa2 kan untuk aku yer…

Korg mlm tadi buat apa? Jangan buat benda tak senonoh la ye. Lagi2 yang belum kawen tu. Kalau aku tahu kawen ni best. Dah lama aku kawen time ku umur 18 tahun lg. Hahahaha..gile gatal.

Oklah..moga tahun ni kita menjadi seorang muslim yg lebih baik.buang yg keruh amik yg jernih. Tinggalkan dosa…banyakkan pahalA..

Sekilas : mudah mudahan kita semua dimurahkan rezeki.

Posted in Kisah-kisah itu - Tagged tahun baru 2012

Lawa Kan Duit Baru Keluaran BNM

Dec22
2011
2 Comments Written by Sekilas

sumber : Harian Metro

Rasanya macam duit saidina pulak. berwarna warni.
Tengok pada gambar di atas, ada not RM20 la.
hurmm…heharap duit ni lebih berkualiti dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri agar takdela orang jahat ni duk pi copy paste duit.
Err..buat duit palsu la maksud aku.

Tapi duit syiling tu kemain sangat plak design nya. huhuhu…
Memang lari abis la dari duit syiling yang dedulu tu.

apa-apa pun macam mana skali pun rupa duit tu, kalau ada orang nak bagi, kita amik je. ye tak?

sekilas : Hubby ada buat permohonan BR1M RM500 tu. tah lulus tah tidak. hihi…belum cuba belum tahu.

Tagged BNM, duit baru, not baru, not baru duit, syiling baru 2011

Untunglah orang gomen…

Dec20
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Agak-agak bos aku bagi bonus tak tahun ni?

p/s : banyak benda menarik ingin dikongsi. tapi tiada kesempatan.

sekilas : swasta pun kena bersara umur 60 tahun ke? hehehe..kelakar plak bunyinya.

Tagged bonus gaji, bonus tahunan

Bertenang Semua

Dec07
2011
7 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.

Saya agak terkejut dengan segala macam feedback yang saya terima. dan saya pasti pihak ‘sana’ juga turut sama terkena tempiasnya mengenai entry ini.

Saya mahu anda semua bertenang. Ada beberapa komen yang gayanya terus mengkritik pihak sana. dan ada juga yang mengkritik saya, dan ada jugak yang menyalahkan pihak groupon.

Sebenarnya ada benarnya kata sesetengah feedback yang saya terima. Mengenai kebodohan saya kerana mempercayai deal yang terlalu murah! yes! Terlalu murah. Dan mungkin juga ia salah pihak groupon kerana membenarkan terlalu banyak pembeli. Bak kata pihak sana’, mereka pun tak expect terlalu ramai pembeli mencecah 200 orang. Mereka cuma anggarkan 20-30 orang sahaja.

Bagi semua orang, kes ini seperti terpedaya, tertipu dan sebagainya. Itu juga yang saya rasakan. Tapi benarlah, “What you paid is what you get”. Saya cuma rasa ia tidak adil itu sahaja. Bagi menuntuk keadilan pula, saya tidaklah sehingga ingin membuat laporan ke tribunal, atau kemana-mana pihak berkaitan. Saya tidak punya niat sehingga ke situ.

Malah saya pun tak berharap pihak di sana memberikan sebarang penjelasan. Walaupun saya tahu mereka sudah pun membaca nukilan saya. Saya tak minta sebarang ganti rugi atau sebagainya. Saya cuma mahu mendedahkan perkara ini agar semua orang berhati-hati dengan deals yang terlalu murah, atau mungkin jangan terpedaya kerana pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan tawaran murah itu.

Kalau anda semua lihat video-video mereka, nescaya anda yakin mereka mampu berikan yang terbaik. Saya tak nafikan hasil kerja mereka pada video-video pelanggan yang lain. Malah saya tidak tahu pun nilai video-video itu? adakah ia bernilai RM1200 untuk 5 minutes montage. i dont even know!

Kerana terpedaya melihat video lain yang cantik dan mengharapkan hasilnya seperti itu, maka saya rasa saya tertipu. itu sahaja…Saya tak mahu jugak kerana perkara ini, mampu menganggu kerjaya mereka di syarikat itu. Mereka manusia yang melakukan kesilapan sama macam saya. Saya akur dengan itu.

Janganlah anda semua terlalu menghentam mereka. Saya membaca status mereka di facebook,

Thanks to all your comment,

We admit the groupon was a big problem for us, we dint want 200, we were only looking for a few, 200 are numbers beyond our wildest expectations that is years of work cramped to a few months, we thought of getting 20 maybe 30, even groupon was sceptical that we would sell any groupons, as the ones before us all had failed, so they started it with minimum number of purchase and maximum number of days to purchase. We wont be having anymore groupon promotions in the future. Its just a stepping stone to penetrate the malaysian market.

We try to give our level best to all our customers, even through all the long days, and many sleepless nights, we truly apologize if we are not to your expectations.

Here we apologize again, we understand that through this we may have ruin our business, but we can only learn from this, we have learn a lot and We only hope to get better.

To Munirah, thanks for all your support :)

Munirah itu mungkin salah seorang client mereka yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Mungkin dia bayar lebih. tak seperti saya hanya RM120 untuk 5 minutes montage. Walaupun begitu, saya tidak kata saya menyebelahi mereka. Cuma saya terima sahaja apa yang berlaku dan mahu orang lain tahu mengenai pengalaman saya. Seperti yang telah saya nyatakan pada entry saya ini. Saya cuma mahu mereka jadikan ini sebagai pengajaran agar tidak mengulanginya lagi. Malah berikanlah perkhidmatan/layanan sebaik mungkin kepada pelanggan walaupun saya cuma membeli sebatang pensil di kedai kamu. Anda faham maksud saya bukan?

Ramai yang meminta saya untuk menguploadkan video tersebut, tapi suami saya tidak izinkan. Mungkin bagaikan tidak adil bila kamu semua judge tanpa melihat hasil sebenarnya bukan?Saya tahu itu. Tapi cukuplah sekadar apa yang anda lihat. Saya tak mahu ia terus menjadi cerita orang. Lagipun, saya juga tak tahu begitu cepat berita seperti ini tersebar.

Kawan-kawan yang tak tahu kewujudan blog saya pun tiba-tiba beritahu saya hal ini. =) terima kasih dengan keperihatinan anda semua.

Saya berharap kita boleh lalui hidup seperti biasa dan melihat ini sebagai satu pengajaran tanpa perlu menunding jari kepada sesiapa lagi. (hati berdarah sudah kering, cuma lukanya belum sembuh, kelak pasti akan pulih)

sekilas : Mungkin ada di antara kamu semua tahu, macam mana saya nak uploadkan video tersebut tanpa boleh seorang pun yang mengambil semula link itu dan mengambil video itu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me - Tagged simplisiti studio, videographer
← Older Entries

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress