• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category info

Bukan semua orang yang pergi surau/masjid itu kita kenal

Mar24
2011
3 Comments Written by Sekilas

Ye sesekali kita juga harus berprasangka dengan orang lain. terutama dengan orang yang kita tidak kenali.

Ini bukan cerita orang surau/masjid yang kena tangkap khalwat atau merogol orang. itu dah jadi kes lain. Sah-sah kita tak akan sesangka kan.

ini kisah benar yang berlaku di surau rumah aku. yang diceritakan semula oleh mak aku dan aku yakin cerita itu ada sedikit olahan bahasa dari mak. hehehe. tahu jela mak kalau bercerita. mana pernah bulat-bulat copy dari orang tu. ada yang tercicir gamaknya nanti.

Jiran aku duduk di surau. (kita namakan beliau sebagai pakcik Kasim) kebetulan ada seorang lelaki pertengahan usia (kita namakan beliau Jalal) turut bersama pacik Kasim. Kisahnya, Jalal bersuara dengan pacik Kasim, “Badan pakcik ni ada yang tak kena la saya tengok” dah macam ahli nujum kau. “Ha’a, sejak balik dari Mekah tu hari badan ni sakit-sakit” balas Pakcik Kasim.

Jalal pun cakap, ” Marilah saya urutkan” ….Pakcik Kasim setuju dengan pelawaaan Jalal. “Boleh jugak” Lalu dibawala Jalal ke rumahnya. dihidangkan air untuk tetamu itu. Kemudian, Pakcik Kasim tanya “Berapa bayaran nak mengurut ni?” Jalal jawab,” Percuma je” . Selepas sesi mengurut dilakukan, Pakcik Kasim bertanya sekali lagi, “Nak bayar berapa ni?” ….

maka dengan itu, Jalal pun jawab, “Ala..bayar RM401 jer” . Tunggu….tunggu….Pakcik Kasim rilek jer, tak terkejut pun. Mula-mula Jalal mintak beras kat rumah, tapi sebab beras tak cukup, dia minta RM401. Pakcik Kasim pun jawab, ” Mana ada duit banyak tu”

Jalal balas, “Minta la duit budak-budak ni.” merujuk pada anak-anak Pakcik Kasim. Tapi, Dengan selamba Pakcik Kasim balas, “Takpelah, guna jelah duit saya” ..Lalu Pakcik Kasim pun ambillah duit RM401 dan beri pada Jalal. Kemudian, Jalal pun blah dari rumah itu dengan selamba jugak.

apa??? korang kata Pakcik Kasim bodoh? tunggu…tunggu…..

Selepas Jalal blah….barulah Pakcik Kasim sedar… “Eh kenapa aku bagi duit kat budak tu banyak2?”

Sebabnya, Pakcik Kasim telah dipukau oleh Jalal. haaa….seram tak? cuma yang aku pelik kenapa Jalal cuma mintak RM401 sahaja?? aku cuma fikirkan 2 kemungkinan ini.

1) Jalal nak test market. menjadi tak taktik pukau dia kepada penduduk di situ.

2) mungkin ilmu pukau tu cuma boleh minta RM401 sahaja daripada mangsa.

Jadinya, orang-orang yang datang surau ke masjid ni belum tentu mereka itu dengan niat baik nak beribadah kepada Allah. Tapi ada niat jahat. Aku juga pesan dengan mak aku, kalau nampak orang asing/ tak kenal datang kat surau tu, toksahlah mak mesra alam sangat. kita bukan tahu dia dari mana, siapa dia, dan sebagainya.

Pakcik Kasim kata, dia cam muka orang tu. Kalau jumpa dia nak tumbuk! *okay ini aku reka cerita. hehehe…aku tak tahu dia nak buat apa kalau jumpa dengan Jalal.

Sekilas : berhati-hati dengan orang yang tak dikenali.

Posted in masyarakat - Tagged masjid, orang surau, pukau

Job opening @ secretlabmedia

Feb25
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Hai hai hai Malaysia Hari Ini. tadi kedengaran ura-ura mengatakan NetKL akan men’down’kan server dia. *apakah tatabahasa ini betul?* jadinya sapa-sapa yang mungkin menggunakan khidmat NetKL server akan down dari jam 11 pagi sampai kul 1 tengah hari. begitulah kiranya. 2 jam kata kakak aku. Jadi sebelum ia down, aku nak hupdet entry mengenai kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh SecretlabMedia. company di mana aku sedang bekerja. Bos suh aku kepoci kan pasal jawatan-jawatan berikut. Kalau korang rasa ada kelayakan, jemput untuk apply ye. nanti leh kita kerja sekali. hihihi..kalau dapat gadis-gadis mesti aku suka. hahaha….sebab company ni ramai lelaki. *okay boss, sila jangan salah faham.  Saya sudah bertunang, dan saya straight. hihihi*

Prerequisite for all talent:
1. Discipline, determination and passion
2. Teamwork
3. Hardworking & highly responsible
4. Fast learner
5. Highly motivate
6. Proud to be Malaysian & thankful
7. Able to work under pressure

For our animation project:

1. 3D Animator ( 5 talent )
Must have good understanding of animation, sensitive and good observation. Able to adapt into any 3D software.

2. Production Assistant ( 1 talent )
Must have good understanding of animation production process, will work closely with the director.

3. Editor ( 1 talent )
Must be fluent in Final cut pro.

4. Storyboard Artist ( 2 talent )
Understand the visual language and capable to visualize any story according to the director’s vision.

5. Conceptual Artist ( 1 talent )
Creative, artistic and highly spiritual with godsend drawing and rendering skill.

For our interactive project,
1. Programmer ( 2 talent )
Must be fluent with PHP, joomla, ajax. Additional skill in developing mobile apps is a bonus.

2. Interactive designer ( 2 talent )
Must be fluent with Flash, Dreamweaver & CSS. Additional skill in PHP, joomla programming is a bonus.

3. Project Manager ( 1 talent )
Must have full understanding of multimedia and IT projects. Good PR and able to work under client pressure.

4. Graphic Designer ( 2 talent )
Must be fluent with photoshop & illustrator. Additional knowledge in printing is a bonus.

5. Office Admin / Secretary ( 1 talent )
Must be fluent with Words (the software). Basic knowledge in Apple Keynote, Numbers and Pages is a bonus. Must have your own transportation for mobility.

6. Marketing Officer ( 2 talent )
Must have good network and wide business contact. Able to speak english and able to impress prospect.

7. Multimedia Trainer ( 3 talent )
Must have  deep understanding in Multimedia Process, fluent in theory of most Multimedia software such as Photoshop, Illustrator, Flash, Dreamweaver, Premiere. Able to speak english and have good confidence level. Additional soft skill in societal and community is a bonus

Interested Candidate,
Send me your :
1. Full resume ( in pdf format ) / Linkedin Profile
2. Cover letter
3. and portfolio ( good to have your own web/blog url) for the interview session to :

khairulazizi[at]me.com and cc to info[at]secretlabmedia.com

Please study and download our creative portfolio at secretlabmedia.com before apply.

Thank you.

Untuk pengetahuan anda, aku hanya copy paste sahaja maklumat ini dari belog beliau di http://khairulazizi.com/. Feel free to browse belog boss aku dan juga laman web secretlabmedia.com (kalau ada perubahan website akan diberitahu kelak, sebab sekarang website kami dalam pembangunan yang lebih dasssyaatttt *sila baca seperti Nazmi RL 5* )

okaylah..Selamat mencuba dan selamat berjaya!!

sekilas : belog down takpe…jangan internet down sudah. keh3

Posted in SL - Tagged kerja kosong

Ujibakat Pengacara Rancangan RTM

Feb14
2011
15 Comments Written by Sekilas

Bagi mereka yang berminat dan mempunyai bakat terpendam sebagai seorang pengacara, anda dijemput beramai-ramai memeriahkan Ujibakat PENGACARA rancangan pengembaraan RTM yang telah ditetapkan aturcaranya seperti berikut :

Tarikh: 17 Februari 2011 (Khamis)
Tempat: Dewan Theatrette, Tingkat 1, Wisma TV, Angkasapuri
Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang

Jangan segan-segan nak datang yer….dan kalau berjaya, jangan lupa bagitahu aku!! Good luck!

sekilas : teringin nak pergi, tapi tunang i mesti tak bagi punyo…hihihi

Tagged pengacara, RTM, ujibakat

Drama terakhir arwah Faizal Yusof di TV9 esok

Jan18
2011
1 Comment Written by Sekilas

Seperti yang korang dah sedia maklum, Faizal Yusof iaitu bekas suami kepada Siti Nordiana yang merupakan seorang pelakon telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1 Januari lalu.

Namun arwah sempat menghabiskan penggambaran telefilem, Jangan hantar aku ke neraka beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia. Drama tersebut akan ditayangkan di TV9 pada malam esok jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9.

Sinopsis : Jangan hantar aku ke neraka mengisahkan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami. Dia mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup. Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan. Kakak dan abangnya merasakan Zai ni membawa sial dan meminta Mak Jah menghalau Zai. Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah. Apakah kesudahan cerita ni, boleh tengok kat TV9 esok okay!

sekilas : hidup dan matiku hanya untuk Tuhanku dan agamaku.

Posted in Artis - Tagged drama terakhir, drama tv9, Faizal Yusof, Jangan hantar aku ke neraka

Random Facts

Nov25
2010
4 Comments Written by Sekilas

“Dreamt” is the only English word that ends in the letters “mt”.

“Teh” means “cool” in Thai. (Pronounced “tay”).

“One thousand” contains the letter A, but none of the words from one to nine hundred ninety-nine has an A.

“Canada” is an Indian word meaning “Big Village”

Adolph Hitler was a vegetarian, and had only 1, and i repeat, ONE, testicle.

Barbies full name is Barbara Millicent Roberts

source : here

sekilas : ada 7 orang muka serupa dengan kita di dunia ini? pernah jumpa?

Tagged fakta, random facts

Kebenaran itu kadangkala menyakitkan

Nov24
2010
4 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dah tengok surat khabar? tengok aje takde gunanya. dah baca?

Dah makan? makan angin pun tiada maknanya. nanti bila perut dah masuk angin, mula la kepala pening dan keluar balik angin kus-kus dari dalam badan.

Pernah tak anda teringin tahu siapa sebenarnya kekasih anda di masa lalu? Pernah tak anda nak korek-korek rahsia dia daripada kawan-kawan, atau membuat kaji selidik sendiri?

Ada terdetik di hati anda nak selongkar kehidupan lampau dia? Pernah sesekali bertanya dengan dia mengenai kisah-kisah lalu sebelum mengenali anda?

Aku percaya ada di antara kita baik lelaki mahupun wanita seringkali mempunyai rasa ingin tahu seperti ini. Mengenali siapa dia kini tidak sama dengan mengenali siapa dia sebelum kamu.

Kadangkala persoalan-persoalan ini timbul apabila pasangan kita itu mempunyai kawan-kawan yang berbeza dengan perwatakan beliau. Contohnya, pasangan kita ni orangnya baik, sopan, bertudung litup, tapi kawan-kawannya ramai yang seksi, sosial, dan sebagainya. mesti lelaki ni nak tahu, siapa wanita yang dicintainya sebelum ini?

Ada juga terkadang mendapat pasangan yang gila-gila, sosial, tapi kawan-kawannya ramai jugak yang dari ahli masjid. Ini adalah contoh. jadi ada dari kita tertanya-tanya dia ni baik ke tidak ni sebenarnya?

Pembaca yang ku sayangi,

Kadangkala dalam kita menyelidik siapa pasangan kita yang sebenarnya adalah perkara yang sewajarnya. Namun jika anda mengetahui kebenaran tentang si dia, adakah anda akan menerima dia seadanya?

Tidak semua orang dapat menerima kebenaran. kerana kebenaran itu kadangkala menyakitkan. Jika terasa diri anda tidak berada dalam keadaan bersedia untuk menerima segala kemungkinan, berhentilah daripada menyiasat dan mengetahui tentang kebenaran. Kebenaran ada yang indah, dan ada juga yang menyakitkan malah terkadang kebenaran itu seperti satu tikaman tajam di dalam sanubari.


[Gambar]

Bagi yang kuat imannya, maka kekallah dia dalam keadaan yang waras. jika tidak, macam orang gila jadinya nanti.

Sedang anda berkawan dengan teman baik yang banyak membantu anda dan begitu sayangkan anda, sebenarnya dalam diam dialah punca utama anda berpisah dengan kekasih anda. sakit bukan menerima kebenaran itu? sangka anda selama ini perpisahan kerana anda itu sudah tidak cantik di mata lelaki (yang bodoh sebab berpisah dengan anda) , sangka anda mungkin kerana keluarga si dia tidak sukakan anda. tapi rupanya teman baik sendiri yang mengapi-apikan keadaan sehingga anda berpisah dengan si dia! itupun setelah 2 tahun baru anda tahu.

Pernah mengetahui bahawasanya anda adalah anak angkat keluarga?? Sebenarnya anda diambil dari rumah kebajikan. Maka anda kaji selidik asal usul anda, anda adalah anak luar nikah!! kemudiannya ibu anda seorang penagih dadah!! Bapa anda seorang pembunuh? Perit menerimanya bukan?? Kehidupan anda tidak seceria dulu. diri anda bukan yang dulu sebelum mengetahui kebenaran. Muram…rasa terasing. rasa tertipu!

Ya, kadangkala tidak tahu kebenaran adalah lebih baik dari mengetahuinya. sebab perasaan yang selama ini sayang bertukar benci. Diri yang selama ini baik menjadi jahat. Semuanya bakal bertukar sekelip mata. Jika mengubat kelukaan hati itu seperti menampal handplast, mudah la kerja kita.


[Gambar]

Kiranya, persiapkanlah diri anda jiwa dan raga. baik lelaki dan wanita, untuk menerima satu kebenaran yang mungkin menyakitkan di dalam hubungan cinta, hubungan sahabat, hubungan keluarga. Tidak semua kebenaran itu menggembirakan. kerana jika ia tersembunyi pasti bersebab. pasti kerana tidak mahu anda terluka. pasti kerana demi menjaga perasaan anda. Pasti kerana mereka menyayangi anda.

Jangan memaksa diri untuk mengetahui kebenaran. Biarlah kebenaran itu terbukti dengan sendirinya. Biarlah ia hadir saat anda bersedia menerimanya. Semoga hari ini jika anda mengetahui sesuatu kebenaran, ia tidak menjatuhkan anda.

sekilas : kebenaran terindah ialah apabila anda tiada siapa di dunia ini, tetapi anda tahu Allah sentiasa ada untuk anda!

Posted in masyarakat - Tagged kebenaran menyakitkan

Bengkel Penulisan Skrip “Cinematic Story Telling”

Nov23
2010
2 Comments Written by Sekilas

ATAS CADANGAN BEBERAPA PENULIS SKRIP FILEM / DRAMA TV DAN DENGAN SOKONGAN FINAS “MAHADIjMURATworkshops” AKAN MENGANJURKAN SEMINAR BENGKEL SEHARI “CINEMATIC STORY TELLING APPROACH AND TECHNIQUE”.

SEMINAR-BENGKEL INI SANGAT BERGUNA KEPADA PENULIS SKRIP YANG MAHU MENGHASILKAN SKRIP FILEM DAN DRAMA TELEVISYEN BERMUTU

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghasilkan skrip sendiri dan pastinya inginkan yang bermutu hitam itu keunggulan….hoho…boleh la sertai bengkel ini. Siapa tak kenal Mahadi J Murat?? mak aku dulu kemain minat dengan dia. hahaha…pandai-pandai je aku ni.

Jangan tunggu lagi..sertai lah Bengkel Penulisan Skrip “Cinematic Story Telling” dengan bayaran serendah RM50 sahaja! cepat sementara tempat masih ada!

sekilas : dah lama rasanya tidak menulis skrip!

Tagged bengkel penulisan, Mahadi J Murat, penulis skrip

(Tips) Selamat Menduduki SPM!!

Nov23
2010
2 Comments Written by Sekilas

Kepada semua calon SPM 2010…kakakmu ini ingin mengucapkan selamat menjawab dengan tenang, dengan penuh bersemangat, dan doaku agar korang dapat jawab semua soalan dengan betul.

Tapi kalau tak betul pun takpe…jangan ko pi baling kerusi dalam dewan peksa tu plak.

Nak tips peperiksaan?? hihihi… macam la aku dapat 12 A dulu.

Ini bukan tips untuk berjaya..tapi tips untuk hilangkan rasa gemuruh, takut dan sebagainya,

1. Tidur awal sebelum hari peperiksaan.

Kalau esok nak exam tu, ko tak payah la bantai pi main counter strike ke, pi lepak kedai mamak ke? esok exam dik oii…rileks kan kepala otak. takyah study sampai tengah-tengah malam sangat sampai tak cukup tidur. Nanti bangun pagi dah pening2 lalat.

2. Banyakkan berdoa dan berzikir

Ini khusus untuk orang Islam, kena banyakkan berzikir. untuk semua bangsa dan agama banyak2 kan berdoa agar Tuhan permudahkan urusan kita dalam menjawab soalan-soalan exam tu.

3. Tak payah lagi sibuk nak membaca.

Betul. kalau esok kau nak exam, hari ni ke esok ke tak payah la ko sebok nak membaca. tapi, kalau kau buat latihan digalakkan. time-time ni banyakkan buat latihan terus. Soalan-soalan ramalan tu, ko buat je sebanyak yang boleh. betul atau tak ko check la kat belakang tu. kan ada jawapan. hihi..tp biarla jujur baru tahu tahap kecerdikan kau tu kat mana. Kalau baru ko nak buka buku sejarah, lotih la dik oii..banyak fakta nak kena ingat tu. kau buat je ulangkaji dengan membuat latihan soalan-soalan ramalan. habiskan buku tu. lepas ni ko dah tak pandang dah kot!

4. Lepas jawab exam tak payah check jawapan.

Ini pantang. sebabnya ia akan buat semangat kau munkin merundum kalau jawapan kau tu salah. Tak yah nak sibuk-sibuk sembang ngan kawan, ‘eh kau jawab apae soalan no tiga tadi eh?’ kau cakap tak ingat sudah. NAnti kang salah mula la emosi terganggu rasa nanti fail la. kan dah efek kat paper lain pulak. dah abis je exam..fokus untuk exam seterusnya. benda dah lepas toksah dikenang-kenang. cewah..macam putus cinta plak.

5. Minta restu mak ayah

Setiap kali nak keluar rumah tu, jangan lupa minta restu mak ayah. kalau takde mak ayah, atuk nenek, kalau takde abang kakak..kalau takde mintalah restu pada yang menjaga engko. Dan jangan lupa minta Tuhan memberkati apa yang engko buat. minta restu dari Tuhan jugak. jangan kau sesekali lupa siapa Pencipta kita…

Okey adik-adik..itu tips sempoi dari akaaaakkkkkk.. jangan dek kerana nak study sangat, sampai makan minum lupa kesihatan pun terjejas. lagi takde pekdah.

SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA CALON SPM 2010

sekilas : time aku exam dulu memang menggelabah!

Posted in Isu Semasa - Tagged SPM, tips, tips berjaya

(Video) Kenapa kita dilarang menggunakan handphone di stesen minyak?

Nov20
2010
5 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu buat korang yang sedang cuti-cuti Malaysia. nak-nak yang apply cuti dari raya haji aritu kan. cuti sakan la korang. keje kat opis tu melambak lagi tu ha.

Harap cuti-cuti macam ni, bagi yang memandu teruskan memandu dengan lebih berhati-hati sebab ramai je orang dah balik kampung balik bandar balik shopping semuanya bagai kan.

Dan kalau tiba di stesen minyak, jangan ler sesekali mencuba untuk menggunakan telefon bimbit di kawasan sekitarnya. Aku ada juga teringat time aku follow boss aku gi meeting, time tu dia tengah berhenti isi minyak. aku duk bercakap dengan kakak aku kat dalam kereta dia. Boss bilang, “jangan guna handphone la kat stesen minyak, meletop nanti kang” …walaupun dalam kereta ke ape ke. tapi kalau dah dekat dengan bahan api yang mudah terbakar tu…jauhkanla perbuatan tu. aku tak ingat ape sebab boss aku bagi kat aku. tapi sangat bahaya.

Berikut aku bagi korang tengok tatap sentap mantap semuanya dengan video kat bawah. akibatnya jika korang mendekatkan diri korang dengan handphone di stesen minyak. sila tonton sampai HABIS!

agak-agak lepas ni korang berani lagi nak jawab phone..send text atau sekadar nak on the light sebab tak nampak keadaan malam. harap-harap korang boleh berfikir dengan sewajarnya. sebab tu arahan kat stesen minyak “SILA MATIKAN TELEFON BIMBIT ANDA” bukannya… Sila jangan jawab telefon ke…sila jangan SMS ke? sila jangan tengok-tengok gambar dalam henpon ke kan….

Tapi apakan daya, kalau pekerja stesen minyak sendiri yang tak patuhi peraturan, tak dapek la den nak nolongnye.

sekilas : harap-harap dapat ler sebarkan pada kenalan yang lain.

Tagged bahaya handphone, pam minyak

Kawan kita kahwin, kita? [untuk orang yang tak berkahwin]

Nov18
2010
15 Comments Written by Sekilas

Sedih? nak nanges guling-guling? rasa diri semakin hari semakin meningkat umur? rasa diri tak cantik, tak ensem? rasa miskin, hina, kurang upaya???

jangan…jangan rasa seperti itu. Sebab kebahagiaan bukan hadir melalui perkahwinan sahaja. bukan kerana cinta manusia semata kita bahagia. Adakah mereka yang berkahwin itu benar-benar bahagia? hmm….doa kita agar mereka bahagia hingga ke akhir hayat kerana kita juga inginkan kebahagiaan dalam perkahwinan. Jangan menidakkan lumrah manusia di dunia ini.

Ada seorang teman yang memberi pandangan mengenai hal ini tatkala aku pernah menulis blog sekitar tahun 2008 dahulu. dah lama…tiba-tiba daku selak dan ingin berkongsi dengan korang apa yang disampaikan kepada aku.

kawan kita kawin,kita ???

saudari,
salam. memang kadang2 kita terasa bila kawan kita kawen dan kita tak kawen2, apalagi melihat kebahagiaan org lain bersama kehidupan baru yg mungkin lebih teratur dari dulu, bagi saya, ia terletak pada diri, mengatur langkah mengubah kepada yang lebih baik, pernah satu ketika dahulu sy merasai pengalaman yg sama, mungkin berada di tempat org tidak menyakitkan dari berada di tempat sendiri, tapi sekurang2nya sy pernah merasa apa yg awk rasa, satu pengalaman yang mengembirakan tetapi sakit utk dikenang, kalaulah ubat itu manis, mesti ramai yg sudi menelan mentah2 tanpa ada rasa sangsi adakah ubat itu pahit, manis kelat atau masam. Menjalankan hidup bukan mudah, ia seperti meniti pada arus jambatan yang hanya tinggal tali utk bergayut, pada yang handal dan punya pengalaman, pasti titian seraut tali itu bagai jambatan yg senang di lalui, hari demi hari, pergi dan pulang menggunakan tali yang sama, tapi pada mereka yg pertama kali, atau mungkin kali kedua melaluinya, pasti keraguan meresap di dalam hati dan cubaan utk mengelak titian itu.
saudari,
bekas kekasih sy yg menetap di Ulu Yam kini telah masuk anak ke-3 dan melalui hari2 yang bahagia bersama keluarga barunya itu, perkenalan sewaktu zaman belajar dan melalui hari2 bersama amat menggembirakan, tetapi kalau bukan jodoh utk bersama, mati hidup semula pun dia takan jadi milik kita, yang pasti, kita tidak mati kerananya dan dia akan hidup seperti biasa, yang membezakannya adalah kebahagiaan yg dikecapi si dia dan si kita, kalaulah kesempurnaan hidup ini diberi sama rata, tentu tiada rasa kesyukuran dan kebahagiaan yang baru kita rasa, sesungguhnya, hidup penuh liku, onak duri dan pancaroba, terpulang pada kita utk mencari cara melaluinya, utk mengelak sesuatu yg buruk perkara yg baik, tetepi meluinya dalah lebih baik demi menempuh hari2 mendatang dengan lebih bersedia. Dan kalau kita tahu apakah keburukan atau malapetaka yg bakal kita lalui, tentu kita bukan manusia, kerana insan bernama manusia, yg sudi memikul beban dan tanggungjwb sbgai khalifah, tentu saja ada cabarannya, akui bahawa hidup kita telah di tentukan, baik yg datang berupa seribu wajah suka dan duka.

saya masih seperti ini, berjalan sendiri dan tidak punya insan yang bertahta di hati, hidup bukan utk kecewa, tetapi kekecewaan itu mengajar erti utk hidup. jika ditakdirkan suatu hari sy punya insan tersayang, pastinya bukan kebahagiaan yg sy cari, tapi keserasian yg utama, kerana dari satu hati yang luhur pasti wujud kebahagiaan tanpa dicari, kalau org pernah kata “sayangilah org yang menyayangi kita” tapi sy pula menambah “serasikah org yang serasi dgn kita”?

soal kawen bukan kerja kita, dan bukan juga kerja Tuhan, ia telah di tentukan, hanya tanggungjwb utk berkahwin dan kejadian alam yg lumrah seorg manusia itu harus berpasangan utk melaraskan naluri hakiki seorg manusiawi yg lain. Di situlah kesempurnaan akan terjadi. hayati istilah perkahwinan dan ia berbeza dgn istilah kebahagiaan.

Waaah….dah macam surat menjawab masalah cinta pulak bila si dia itu menggunakan kata ganti saudari. Aku setuju dengan beberapa point beliau. Teman ni banyak memberi semangat kepada aku. banyak memberi nasihat, berikan aku ketawa dalam sedih. tapi selama aku mengenali dia, aku tak pernah bersua muka dengannya, tak pernah mengetahui siapa dia. tidak tahu nama sebenarnya. tidak tahu asal usulnya. tidak pernah ketahui apa-apa. yang aku ketahui hanyalah pengalaman hidup dia! oh misteri nusantara betul.

Untuk pengetahuan kalian, teman ini seorang wanita. kang ko ingat dia gay pulak kan ada teman lelaki. hihihi….

Jadi kepada teman-teman lain yang rasa sedih bila tengok kawan2 kawen..apetah lagi ex-gf ko atau ex-bf ko kawen…ala…takyah dikenang-kenang. jalani je hidup seperti biasa. kita ada family, kawan-kawan yang mampu berikan kegembiraan kepada kita. yang paling penting, kita ada Allah. Dia Maha Mengetahui segalanya. Ko Ada masalah, ko rindu dendam, sunyi sepi…ko cakap je dengan Allah. Allah Maha Mendengar! banyak-banyakkan masa untuk bersama denganNya. InsyaAllah, segalanya akan baik dan tenang.

sekilas : lunch hari ini nasi impit dan rendang ayam. jom makan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in cinta - Tagged perkahwinan, sedih
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress