Archive for the ‘info’ Category

baru aku tahu apa nama karnival tu

Sunday, August 1st, 2010

haha…sebabnya baru hari ni aku berkesempatan pergi menjenguk-jenguk dengan jayanya. semalam pergi, dah malam. pastu ramai budak-budak berkeliaran dan bising-bising. so datang makan jek. hari ni pergi banyak pulak aktiviti yang ada.

oh ye, sori takde intro. berdasarkan entri yang aku tulis semalam pasal kecoh kat padang MPAJ tu. hari ni barulah dapat tengok apakah yang cba dianjurkan oleh MPAJ ni. rajin jugak pihak MPAJ menganjurkan karnival-karnival macam ni. so bertuah la kita duduk kat area MPAJ ni ye. hihi…

nama karnival ini ialah KARNIVAL AMPANG JAYA & FESTIVAL BELIA NEGERI SELANGOR 2010. baru la ni aku tahu nama penuh dia. selalu aku nampak khemah je tapi takmo tengok banner dia yang besar terpampang tu ha. hikhik.

pagi ni kul 9 aku dan mak berjalan kaki ke padang MPAJ untuk mencari sesuap nasi sebagai sarapan pagi. hoho…tapi time ni tak banyak lagi kedai buka. apa la dorang ni. padahal kat pentas tu dah bising dan kecoh dah. jalan daripada highway masuk ke Pandan Indah depan padang tu pun telah ditutup lantaran hari ini ada pameran kereta-kereta honda lama, vespa, mini cooper dan satu lagi kereta yang aku tak tahu kereta apa, sebab segan nak pegi dekat-dekat, ramai lelaki kat situ. hohoho…

*Kereta Honda*

*kereta yang aku tak tahu nama dia*

*Mini cooper* –

mak yang request nak amik gambar ngan cik Salmah

*vespa*

Lepas tu ada macam-macam aktiviti berfaedah untuk belia-belia kita. antaranya ialah bola jarin, bola sepak, sepak takraw dan aktiviti lain yang mana aku tak sempat nak amek gambar.


*mak aku beli buah ni, dia kata murah. tak tahu la brapa?*


*otak-otak Gombak, hehe..Angah pun jual otak-otak ni.boleh baca entri kakak aku ni untuk mengetahui kesedapan otak-otak gombak ni*


*Tempat urusetia. nak daftar apa-apa kat sini ye*


*ini pertandingan memasak. tema masakan ialah ikan air tawar. apesal mak tak masuk eh.? kalau aku masuk gerenti kalah. hahaha. Ini ditaja oleh gas memasak petronas.*


*Sepak takraw. Ade sorang budak kat situ suh brader tu buat lipat. pastu, brader tu tanya lagi. “lipat ape? lipat kain ke?” aku gelak terus lar kat sebelah budak tu*


*bola jaring. rindu pulak nak bersukan macam ni. dulu time skolah aktif habis. aku nak main takde team buat ape kan? *


*bola sepak. aku fikir ini bawah 12 tahun. sebab yang remaja punya dah ade pemenang dah semalam. Cik Salmah la kata*

Kesimpulannya, karnival ni memang seronok. tapi aku takde geng yang sebaya aku kat sini nak join benda-bena macam ni. dulu sekolah-sekolah nampak je rapat tapi bila dah besar panjang ni. hai la…senyap jerk. takde nak keep in touch langsung. Rakan sebaya kat kejiranan aku ni pun leh dibilang dengan jari kot.

Tahniah kepada MPAJ kerana menganjurkan karnival seperti ini. so, ramai la belia-belia kit aakan mengambil bahagian dalam acara-cara yang dipertandingkan. tapi tak termasuk aku lah yang mengambil bahagian itu. aku ambil bahagian makan jerk. hoho…

japgi nak makan lagi kat kenduri kahwin di Semenyih dan Bangi. jom kiteee!!

p/s : gambar-gambar ni aku lupa letak copyright sekilass.com. jadi awas ye sape yang amek tak bagitahu.

sekilas : panas wooo..tapi semalam hujan. jadi padang berlumpur dan lecak.

Nuffnang : Apakah beza View + Unique Visitor

Friday, July 30th, 2010

Aku pasti, mesti ada di antara kita yang masih tak faham tentang perbezaan visitors yang tertera dalam analitik yang disediakan di laman web Nuffnang.

Mungkin aku boleh jelaskan secara slow dan bergaya untuk korang Nuffnangers yang kacak dan jelita.sebelum itu sila lihat analitik aku yang tak sehebat En. Eyriqazz , Puan Sumijelly, mahupun otai-otai yang lain. *saje je sebut dua orang ni, sebab dorang tengah berlatih nak pilih model dan jadi model.* hahaha….

okey sila lihat tanpa meperlekehkan visitor kat blog aku ye. aku sedar blog aku tidak popular, tapi apa yang penting, kepuasan aku sendiri dalam berblogging. bukan sekadar nak capai hit yang tinggi, tapi memang hobi aku. baiklah,  ini sekadar penerangan supaya korang paham, aku pun paham.

ini adalah statistik untuk hari ini 30 Julai 2010 setakat jam 10 pagi. mari aku terangkan dulu maksud-maksud yang ada dalam box tu.

Hour : Merupakan permulaan jam statistik kita, iaitu 12 tengah malam (0:00)

Views : berapa kali orang masuk blog kita.macam hit la.

Uniques : berapa orang yang masuk blog kita menggunakan IP address yang baru. ini dikatakan unique visitors.

tak paham lagik?

okey mari kita katakan pada jam …

12 malam : Mansor, Jamal, Rokiah masuk blog kita. (maknanya ada 3 View dan 3 Uniques )

1 pagi : Azhar, Najib, dan Suraya masuk blog kita ( ada 3 views dan 3 uniques + dengan kat atas tu = 6 views dan 6 uniques)

2 pagi : Mansor dan Najib datang balik blog kita (so…ada 2 views tapi uniques tak dikira sebab dorang dah datang tadikan. jadi 6 views + 2 views = 8 views dan 6 uniques)

3 pagi : Suraya , harun dan latifah datang pulak. (so….suraya dah datang tadi, tak kira uniques kira views je. maknanya ada 3 views dan 2 uniques. jadi, 8 views + 3 Views dan  6 uniques + 2 uniques = 11 views dan 8 Uniques)

pastu jam-jam seterusnya pun jadi macam itu…korang faham tak? kalau aku salah dalam menerangkan tentang unique visitors dalam Nuffnang ni, mungkin korang boleh betulkan. aku kan budak baru belajar. =)

sekilas : sebab tu views aku kekadang banyak, sebab mesti kakak aku je masuk blog aku. hahahaha.

Nuffnang : kenapa dengan bintang saya?

Thursday, July 29th, 2010

Aku tak tahu camne rating bintang yang kat dalam site kita tu diambil kira. sepatutnya kita ade 3 section kan iaitu Leaderboard, Skycraper, dan Large Rectangle. tapi entah mengapa, aku hanya ada 2 section je rating bintang tu.

adakah kerana kedudukan Large Rectangle aku itu dikira salah untuk diletakkan iklan. hohoho.. eniwan can help me tak? i really-really bingung la. lama dah aku tunggu ada satu bintang pun okela. ini takde bintang langsung. apakah yang terjadi wahai en. Nuffnang?

sekilas : BE aku sudah kurang. :(

Machine Charger for Handphone

Thursday, July 29th, 2010

Last night, i went to the Sunway Pyramid to watch Ong Bak 3. Tengah jalan-jalan pi cari kedai makan yang sesuai dengan perut yang ’sebu’ — My Cinta gelakkan aku when i said ’sebu’. he asked me back, ‘Apa tu sebu? tepu ke?’ sabar jela yang oii..

oke…iklan plak. tengah jalan-jalan tu kitorang terberhenti sekejap melihat satu machine kat situ…

Sila abaikan lelaki kacak yang sedang berdiri itu. dia mahu tumpang glamer sekejap. haha…kitorang terpandang Lucky Charger. hoho…machine ni untuk charge bateri. masuk duit dan leh charge dalam 5 – 20 minit.

aku tak ingat bayaran dia berapa? tapi murahlah. kadang-kadang time emergency bateri abis, berguna jugaklah machine ni nak charge sekejap kan. betul tak? kalau pi kedai mau dia charge rm10 untuk 30 minit. huhu…rugi je duit. dan rugi masa. nama pun emergency kan.

so aku fikir semua shopping mall shud have this machine too. memudahkan orang-orang macam aku yang sentiasa kehabisan bateri sebab terlalu popular di hubungi ramai wartawan. *sila muntah*padahal henpon dah tahap baling hanjing dah asik problem jerk. hoho…

sekilas : nak beli la machine ni, pastu buat bisnes..hehe

Tips dan cara membuat syabu

Thursday, July 29th, 2010

Jangan main-main, kat blog aku ada tips dan cara-cara nak buat syabu…haa…sebab sekarang ni, aku rasa ramai orang yang nak jadi kaya cepat, nak mati cepat, nak kena hukum cepat-cepat. sebab tu ramai yang duk cari-cari tips dan cara nak buat syabu ni.

ape…?? korang tak caya?  korang ni suka tau tak percaya cakap aku. aku cakap betul la ni. kalau tak kenapa ada orang yang sibuk-sibuk search pasal cara nak buat syabu. ada bukti la..cakap kosong tak main la…hoho..

haa…tak percaya lagi. itu keyword nak ke blog aku yer. sila percaya. kalau keyword ni tipu, maknanya sistem site stats dari Nuffnang la tipu. tapi…aku percaya, Nuffnang tidak akan menipu kite. hihi…i percaya Nuffnang dan i like Nuffnang oke. sila kira ada berapa Nuffnang yang aku dah taip. hoho…mongok nopa ni.

ade ke patut pi search cara-cara nak buat syabu? aiyoo..aku fikir kalau ade polis dah tangkap dah itu orang. sah-sah kalau kita nak jual syabu tu pun tak boleh, nak amik syabu masuk dalam badan pun tak boleh..kejadahnya orang nak upload., cara-cara membuat syabu? giler ke ape?

tapi yang pentingnya dulu kes Benjy dulu dia ada cara-cara membuat syabu yang disimpan dalam pendrive. dia dah download dari internet. nama artikel tu ialah ‘The Secrets of Methamphetamine Manufacture’ so sebenarnya memang ada. tapi bukan dari website Malaysia la. maybe dari luar negara. korang leh baca entri ini untuk ingat balik kes benjy dan pendrive dia tu. huhu..so pasni search keyowrd itu plak eh…korang mesti dapat apa korang nak. tapi bukan dari blog ini..hoho..

sekilas : blog aku paling glamer, kek coklat. hihi

Hadiah menanti anda!

Wednesday, July 28th, 2010
Entry ni takkan berganjak sampai ado yang bertuah. kalau terlepas tu nasib la…!

yeah….sekilass.com kembali lagi dengan lucky draw. hahaha…

Mari kita mulakan lagi hari bertuah anda dengan menjadi pengunjung sekilass.com yang ke…..

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

2222

seperti biasa hadiah menanti ialah topup rm10 *maxis sahaja. tiada kompromi.kalau bukan pengguna talian itu, atau anda takde telefon atau anda guna postpaid, bagi aje no tepon sape-sape supaya aku leh topup. muktamad!

boleh capture screen seperti berikut dan sila beritahu satu malaya anda adalah orang yang bertuah itu. kemudian update kat blog anda dan bagi link kat komen. kalau takde blog, sila la upload gambar tu di page facebook sekilass.com kalau tak tahu leh tengok kat sebelah kiri dan klik ‘LIKE’. paham ke tidak ni?? kalau takde facebook, sila daftar akaun baru. sekian.

statistik ini adalah ketika entri ini ditulih. dan entry ini akan gedik kat sini sampai ada pemenang! TQ.

*syarat-syarat boleh dipinda ikut sukahati aku tanpa perlu bagitahu korang dulu.

sekilas : murah hati sangat la aku ni. hohoho

Att : maybank2u ader problem!!

Tuesday, July 27th, 2010

serius…aku dapat email pasal maybank2u ade problem. korang tak dapat ke??? tak caya meh tengok email yang aku dah printscreen ni..bukti tau. suke-suke je kate aku tipu.

haa..tak tipu kan? aku cakap betul kan?

tapi,

Korang janganlah nak percaya!!

Nampak tak yang aku highlightkan first tu, email m2u@maybank2u.com.my.  pastu kalau tak aktifkan nanti kene tutup akaun. ado den kesah? gi mampuih la wehy..aku tak pernah buat ape2 pun. siap tadi buka akaun maybank bertambah lagi *shy* hahaha…gaji dah masuk awal plak.

pastu suh click link yang kau petakkan tu plak untuk aktifkan. apsal takleh aktifkan guna link m2u yang biasa tu. email guna maybank2u.com.my. camne dorang leh guna email ni eh…isshkk…

kepada yang lemah iman, jangan terpedaya dengan manusia durjana yang nak culik duit orang ni. banyak kali la aku dapat email ni. dah marked as spam pun ade gak lagi dalam inbox. rasa nak pukul je orang tu tau.

sekian terima kasihan.

sekilas : asik delete email sampah je skrang ni.

Norman & Memey akan berkahwin

Friday, July 23rd, 2010

hoho..akhirnya, berita yang baru ku dengar kat HotFM tadi menyatakan bahawa Norman Hakin menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan hari perkahwinan dia dengan si genit memey tu. eh genit ke? huhu…


gambar : sini

aku pasti ramai yang akan meluat dengar berita ni, meluat kat Memey..kat Norman. hai dulu macam gunung berapi meletop menafikan hubungan, lepas tu semakin intin dan tak segan silu pula bersama setiap masa. bagusla kalian berdua mempercepatkan hari bahagia tu. kalau dah kawin, mulut orang ni tutup. tapi kalau sepanjang perkahwinan korang ade problem, memang orang mengata balik la. kenapa? sendiri mau ingat ye!

kemesraan dorang dah memang jelas dan nyata. kita tunggu jela hari bahagia itu ye. kepada Abby, tak payah nak rasa marah-marah ke apa. itu dah jodoh deme la kan. yang penting kebahagiaan anak-anak dalam mendapat kasih sayang ibu dan bapa.

sekilas : teringat time melodi dulu Norman minta setel dengan Abby hal khalwat tu, penyudahnya dia tetap dengan Memey. jadi ape? jadi itu semua lakonan demi menutup keaiban diri depan kamera jek!

Polis Menyamar

Thursday, July 22nd, 2010

oh aku terlupa rupanya nak menghupdet blog hari ini. tapi itu tidak bererti aku tidak menjelajahi alam maya dengan blogwalking. InsyaAllah, jika ada kesempatan, mereka-mereka yang singgah ke blog aku akan aku balas kunjungan baik itu. Tapi janganlah sekadar meninggalkan jejak di shoutbox sahaja tanpa memberi komen-komen membina di entry-entry aku.

Petang tadi, aku sempat membaca blog Skyone mengenai warna seragam polis. Persoalan Skyone kenapa baru sekarang nak mewartakan warna seragam untuk polis. yela, sebab kalau tengok ada pakaian seragam lain yang menyerupai warna seragam polis. sekali tengok design pun ala-ala je kan.

Bila membaca entry beliau ini, ia telah mengingatkan aku pada cerita seseorang. Time tu kami baru pulang dari satu lokasi. kemudian, tersalah masuk jalan. maka terpaksa menempuh kesesakan serta meredahi hujan. kereta lambat bergerak. adalah beberapa topik yang diperkatakan. perkaitannya tentang polis.

Kata beliau, dulu pernah sekali dia ditahan anggota polis sebab menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Mungkin adalah adegan drama dari beliau minta dilepaskan. sebab keadaan hujan, jadi beliau perlu memaklumkan pada client kelewatan untuk tiba di destinasi. jadinya, polis yang berpakaian seragam ni meminta duit kopi pada beliau. kebetulan dalam wallet betul-betul ade rm50 (lebih kurang begitu la) jadi mahu atau tidak, dia pun berikan rm50 tu pada anggota polis tu. Jika tidak, dia akan lewat dan juga mendapat saman yang lebih besar jumlah perlu dibayar.

okey lupakan tentang rasuah yang diberikan. polis tu meminta rasuah dah menjadi satu hal. tapi, yang menariknya…bila polis tu beredar, baru beliau perasan itu bukan polis. tapi anggota berpakaian seragam yang menyerupai polis. aku tak ingat apa namanya. punyalah bengang teman ni. dalam hujan mana nak perasan kan. lepas tu, terus datang idea dalam kepala otak dia. kalau ada la anggota polis atau orang yang menyamar menjadi polis ni minta duit dari dia…dia akan siapkan duit palsu rm50 siap2 untuk diberikan pada mereka.

haha..aku suka giler idea tu. biar padan dengan muka dia. kalau betul polis minta rasuah..biar padan muka dia sebab dapat duit palsu..takkan nak wat report plak kan sedangkan dia meminta rasuah. kalau yang menyamar pun, kira padan juga muka dia.

kisahnya, pakaian seragam polis ni dah nampak sama dengan anggota penguatkuasaan yang lain sampaikan boleh terkeliru. nampak baju biru je dah cuak itu polis. padahal security bangunan jek. hihi…

kalau nak declare skarang tentang warna seragam polis tak terlambat lagi ke? banyak dah anggota penguatkuasaan lain yang punya warna yang sama. tapi, berapa banyak sangat la warna kat dunia ni. balik2 kang jumpa semula warna tu kan. huhuhu….

sekilas : seseorang yang bersama aku tu tak dapat dinyatakan sapa, kang kantoi plak dia bagi rasuah. kalau aku bagitahu, korang mesti tahu punya. (eh yeke?) sekadar berkongsi cerita jer.

9 Deadly words used by a woman

Wednesday, July 21st, 2010

1) Fine
This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

2) Five Minutes
If she is getting dressed, this means a half an hour.

3) Nothing
This is the calm before the storm. This means something, and you should be on you toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

4) Go Ahead
This is a dare, not permission. Don’t do it!

5) Loud Sigh
This is actually a word, but is non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to #3 for the meaning of nothing).

6) That’s Okay
This is one of the most dangerous statements a woman can make to a man. That’s okay means she wants to thinks long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

7) Thanks
A woman is thanking you, do no t question, or faint. Just say you’re welcome. ( I want to add in caluse here – this is true, unless she says ‘Thanks a lot’ – that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say ‘you’re welcome – that will bring in ‘Whatever’)

8)Whatever
Is a woman’s way of saying F- YOU!

9) Don’t worry about it, I got it.
Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doint it herself. This will later result in a man asking ‘What’s wrong?’. For woman’s response refer to #3.

so, lelaki di luar sana. sila ambil perhatian ye! kadang-kadang cakap dalam bahasa Melayu pun ada makna jugak kan. sama je.

sekilas : Whatever! hahaha