• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category info

Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

May08
2012
Leave a Comment Written by Sekilas

Aku yang perasan sibuk memang merancang untuk menulis entry saat buku yang aku order dari Hamka sampai ke rumah. Tapi baru hari ni terasa nak menaip-naip bagi memberitahu alam semesta, bahawa buku yang ditunggu sudah tiba. Sila rujuk entry ini kalau tak faham.

Buku ini diterbitkan oleh Afdal Publication. So sebarang pertanyaan boleh jua ajukan pada penerbit okay.

Ambuii…siap balut guna surat khabar lagi tau. hehe..

Dan menjelmalah buku Permata yang hilang kini dijumpai.

Oppss…ia tidak berkahir di situ. Aku ada request kat Encik Hamka untuk menandatangai buku itu. hehehe…Aku tak tahu la memang dia tanda semua buku yang orang order atau atas permintaan sahaja. Sebab rasanya banyak gila yang pesan suh tanda tangan sebagai kenangan. (walhal tak pernah jumpa pun encik Hamka ni)

Yang menariknya bukan tanda tangan kosong, siap dengan kata-kata himat. hehehe…dan rasanya setiap buku lain kan ayat hikmat yang encik Hamka tulis. Sebab aku ada tengok dia postkan gambar kat fesbuk dia.

Sejak 3 Mei buku tu aku terima. Baru hari ni dapat menghabiskannya. Itu pun sebab aku duk menunggu kat klinik aku hangkut buku dia skali untuk isi masa lapang. Sebab rasa sayang nak baiskan cepat2…hahaha…boleh plak camtu ek? Nanti dah ahabis, takdelah lagi buku Hamka untuk dibaca. ekekeke..mengada!

Review? ala..aku ni bukan pandai sangat nak mengulas buku orang. Asal sedap aku baca, kira bagusla buku tu. Sesiapa yang memang membaca blog keretamayat.blogspot.com pasti akan sukakan buku ini. Cuma bezanya buku ini diolah ala-ala novel mengikut pengalaman dan ditokok tambahkan ceritanya supaya dapat memeriahkan suasana dalam novel itu. Sebab apa ? sebab ada bab-bab dalam buku ni aku pernah baca kat blog dia, tapi di olah semula. Jadi takdelah dia copy bebulat apa yang ditulis diblog.

Dan seperti kata Hamka…terdapat beberapa kisah yang takde dalam blog ditulis dalam buku ni. So kalau nak tahu sila la beli buku beliau.

Aku tak tahu la penerimaan korang macam mana. Sebab setahu aku, penulisan encik hamka ni agak ‘ganas’ sikit bahasanya. Takde belok-belok sangat. Straight to the point. Terutama kalau bercerita tentang alam rumahtangga. Memang sangat tepat. Kadang-kadang mungkin pada sesetengah golongan bahasanya tidak sesuai, tapi aku boleh je terima as long as aku faham apa yang beliau cuba sampaikan.

Aku yang dah abis baca ni nak bagi hubby baca, tapi kena pilih bab-bab yang perlu dia baca. Sebab aku tahu dia memang takkan nak abiskan satu buku tu pun untuk baca. Silap2 nanti, dia suruh aku bacakan untuk dia pulak.

Ya, buku ni memang sangat sesuai untuk mereka yang sudah berumah tangga. Kalau belum, ia akan menjadi pemangkin untuk korang kahwin cepat! hehehe… Haa..ini buku bukan pasal seks sangat okay. Tak payah pikir bebukan.

Secara ringkasnya, buku ini menceritakan bagaimana untuk menjaga keharmonian rumah tangga, jadi suami / isteri yang soleh dan solehah, bagaimana….err..macam-macam lagi la…

 

Tadi waktu kat klinik, nurse tu ternampak aku bawa buku tu. Dia tanya buku apa tu? Aku jawablah pasal rumah tangga. Dia amik dan belek-belek…pastu dia jawab “ni banyak pasal nafsu je”

hahaha…yela..nafsu itu kan memang lebih tinggi dari segalanya…Adala Hamka tulis pasal bagaimana untuk mengawal nafsu. ada banyak ya…bukan nafsu seks semata.

Jika berminat, rasanya Hamka masih membuat promosi harga buku ini RM25. Harga sebenarnya RM29. Jadi, sebelum promosi tamat sebelum 1 Jun 2012, silalah layari blog keretamayat.blogspot.com.

Selamat menimba ilmu!

sekilas : harap sangat hubby baca buku ni…agak2 dia nak baca tak?

Posted in me - Tagged buku hamka, kereta mayat, permata yang hilang kini dijumpai

Tekanan Emosi di Kalangan Wanita

May03
2012
1 Comment Written by Sekilas

“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”

“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

TEKANAN perasaan atau stres sudah menjadi lumrah kehidupan masyarakat hari ini. Tekanan perasaan boleh berlaku sama ada di rumah, di tempat kerja mahu pun ketika memandu di jalan raya. Tekanan perasaan yang sederhana adalah baik kerana ia mendorong seseorang menjadi lebih bermotivasi dan cergas. Namun, tekanan perasaan keterlaluan boleh mengganggu emosi, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup, malah menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit seperti gastrik, sakit jantung dan penyakit saluran pernafasan.

Cara seseorang itu mengendalikan tekanan perasaan akan menentukan sejauh mana mereka dapat menjalani kehidupan dengan sempurna serta bebas daripada tekanan perasaan melampau. Kita percaya dalam kehidupan yang semakin mencabar tidak semua orang berupaya dan mampu menguruskan tekanan perasaan mereka dengan baik.

Kajian oleh syarikat media dan maklumat, Nielsen berpangkalan di Amerika Syarikat mendapati wanita lebih mudah mengalami tekanan perasaan berbanding lelaki. Kajian itu juga mendapati wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16 dengan 44% wanita, termasuk dalam kumpulan itu. Daripada lebih 27 juta penduduk Malaysia ketika ini, seramai 13.5 juta adalah wanita. Kajian itu dijalankan antara Februari hingga April lalu membabitkan 6,500 wanita di 21 negara dengan wanita di India mendahului senarai dengan 87% mengalami tekanan perasaan.

Walaupun kajian itu tidak menggambarkan emosi keseluruhan wanita di negara ini, namun sekurang-kurangnya ia menjadi petunjuk mengenai keadaan yang berlaku. Hasil kajian itu, mendapati wanita lebih mudah terdedah kepada tekanan perasaan. Antara faktornya mereka mencurigai suami mempunyai hubungan dengan wanita lain, anak tidak berjaya dalam pelajaran dan tidak bekerja. Justeru, wanita perlu mencari pendekatan terbaik dan sesuai untuk menangani tekanan emosi supaya ia tidak menjadi semakin serius. Kita memahami wanita di mana-mana negara, termasuk di negara ini mempunyai tanggungjawab berat, terutama mereka yang berkerja.

Di samping tumpuan terhadap kerjaya di pejabat, mereka juga turut memikul tugas sebagai isteri dan ibu di rumah. Di sinilah pentingnya peranan ahli keluarga, terutama suami agar menjaga perasaan isteri dan tidak mencetuskan sebarang keadaan yang boleh menyebabkan tekanan perasaan terutama rasa curiga dalam hubungan rumah tangga.

Kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga boleh tergugat sekiranya isteri yang menjadi ibu kepada anak tidak dapat mengawal tekanan perasaan. Amat penting setiap anggota keluarga mempunyai sifat saling mempercayai, persefahaman dan permuafakatan kerana ia bukan saja dapat mengekalkan kemesraan, malah mampu menghindari perasaan curiga dan cemburu.

Sumber : BHarian 21/07/2011

sekilas : Mungkin antara sedar atau tidak, aku sebenarnya mengalami tekanan perasaan yang tak tahu untuk diluahkan kepada siapa. :(

Posted in me - Tagged stress, tekanan perasaan

Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI

Apr27
2012
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum. Dah hari Jumaat ya. Suka la tu korang.
Tapi betul la..sejak akhir-akhir ni rasa cepat je Jumaat. heh.

Ok mungkin entry ni sepatutnya aku dah buat tahun lepas dah. 8 bulan yang lalu la sepatutnya memandangkan usia perkahwinan aku pun dah 8 bulan.

Ada seorang pembaca sekilas bertanya apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan perkahwinan dari Baitulmal JAWI. yela sebelum ni aku ada buat entry pasal Bantuan Baitulmal JAWI dan berhasrat untuk kemukakan apa kah dokumen yang diperlukan untuk memohon. Tapi asyik lupaaaaaa memanjang. sorry la kamu semua ya.

Last night bincang dengan hubby pasal hal ni, dia kata sekarang mana ada bantuan perkahwinan untuk orang ISlam biasa. hanya muallaf sahaja. Aku cakap, time aku tanya tu, kat JAIS memang untuk muallaf tapi kat JAWI boleh untuk orang Islam yang lain.

Hubby kata sekarang jabatan agama dah selaras kan semua untuk muallaf. So, aku tak sure sama ada sekarang ni boleh atau tidak buat permohonan bantuan perkahwinan ni di JAWI. Kepada korang yang nak try, ringan-ringankanlah mulut bertanya pihak JAWI okay. jangan anggap aku keluarkan entry ni, makanya boleh. Ini entry tertangguh 8 bulan lalu tau.

Aku just copy balik dari kertas senarai semak yang aku dapat waktu aku hadir ke JAWI dulu.

1. Satu keping gambar berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)

2. Satu salinan kad pengenalan pemohon disahkan.

3. Satu salinan kad pengenalan pasangan disahkan.

4. Satu salinan penyata gaji/pencen/ilat/surat akuan sumpah pendapatan terkini disahkan.

5. Satu salinan kad memeluk Islam disahkan.

6. Satu salinan kad kelahiran upaya (oku) pemohon/tanggungan disahkan.

7. Surat pengesahan sakit dari hospital kerajaan sahaja.

8. Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan pasangan disahkan.

9. Satu surat kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan disahkan.

10. Surat akuan sumpah (bujang) asal pemohon.

11. SAtu salinan bil elektrik/air disahkan.

12. Satu salinan buku akaun bank dan menunjukkan muka surat maklumat pemohon disahkan. (kecuali Tabung Haji dan Bank ar-Rajhi, ASB, Agro).

Ok itu senarai semak 12 perkara yang perlu ada untuk memohon. Waktu aku pergi tu ada 3 dokumen aku tak lengkap iaitu surat akuan sumpah bujang, salinan bil elektrik dan buku akaun. So aku balik rumah ingat nak dapatkan dokumen tu semula. TApi masa pun makin suntuk, tak sempat nak ke JAWI semula..penyudahnya, aku pun tak jadilah buat permohonan itu.


Nampak tak yang dibulatkan kat no 10 – 12 tu..itu la yang buat tak lengkap time aku nak mohon tu.


Ini pulak borang permohonan yang boleh didapati di internet atau ambik kat kaunter Baitulmal sendiri.

Kepada korang yang nak mencuba, silakan dengan menyediakan dokumen seperti di atas. Adalah digalakkan korang call JAWI dan bertanya sendiri terlebih dahulu. Kang dah sesiap dokumen bagai, dah pergi sana sekali tak boleh mohon. hanya untuk Muallaf. Kang korang salahkan aku pulak.

Aku harap dah selesaikan hutang aku untuk buat entry ni. Maaf banyak-banyak kepada yang menunggu dan tertanya-tanya.

sekilas : Alhamdulillah, majlis kahwin aku semua berjalan lancar dulu :)

Posted in me - Tagged baitulmal, bantuan perkahwinan, JAWI

2 Benda

Apr26
2012
Leave a Comment Written by Sekilas

Dalam 2 minggu ini, ada 2 benda yang aku tunggu posmen bunyikan hon motor dia di depan rumah aku dan menghantar bungkusan.

1. Buku Hamka. “Permata yang hilang kini dijumpai”

Sejak dia bagithau kat blog dia yang dia akan terbitkan buku ini dan dalam proses untuk mengumpul content serta mencari tajuk, aku sudah mula rasa nak beli. Apa lagi bila dia dah buka form order, terus sahaja aku sambar satu untuk tatapan diri sendiri dan suami nanti. LAgipun harga masih promosi. Baik tempah awal-awal kan.

Bagi yang tak tahu, Hamka adalah penulis blog keretamayat.blogspot.com. Sudah tentunya aku merupakan salah seorang pembaca setia blog nya itu yang berkisarkan tentang kehidupan sekeliling, agama, rumahtangga dan lain-lain yang aku rasakan ia berguna untuk aku. Seperti yang beliau sendiri maklumkan, yang beliau bukanlah seorang ustaz, tapi aku sangat suka pendekatan yang beliau lakukan untuk menyebarkan ilmu agama melalui pengalaman beliau sendiri. Jika tidak yakin apa yang beliau tuliskan, boleh aja rujuk ustaz. Ini pun ada tertulis supaya korang takdelah menganggap dia adalah tempat rujuk segala masalah agama. :)

Buku “Permata yang hilang kini dijumpai” adalah berkenaan orang bujang, orang bertunang, orang berkahwin, orang berpoligami, orang kahwin takde anak, orang bercerai, dan orang rujuk balik.. – Hamka.

2. Flip Fold

Ini dah lama gila aku tunggu promosi. Tapi time ada promosi tu, selalu sangat terlepas. ada 3 hari lepas, aku dah ternampak promosi tu, bayangkan aku cuma ada 2 minit untuk purchase melalui laman web. Aku ambik masa sikit untuk call dorang nak confirmkan, boleh ke delivery, sebab kalau kena pick up sendiri, jenuh jugaklah.

Dan 2 minit tu terus belalu sehingga tamatnya tawaran. RAta-rata aku tengok harga asal RM60. Tapi aku ada search jugak kat tenet, kot ada orang lain jual..dapat dalam harga RM40 termasuk post.

Tapi masih mencari dan cari, last-last jumpa kat milkdeal, Rm29.90. Disebabkan aku ada coupon free RM5 dari milkdeal…so totalnya jadi RM24.90. hehehe…

Dapat jugak aku order. Tapi kena tunggu sold out / tawaran tamat lagi 4 hari. Hurm..ada 2 minggu jugak nak tunggu barang tu sampai rumah.

Takpe benda ni bukan urgent mana pun. Sebab sebenarnya aku jeles orang kat dobi tu lipat kain comel dan kemas je. aku cuba buat macam kat dobi tu tak jadi. kalau style aku, baju tu aku lipat jadi kecik….arggh…jeles! hahaha…

oklah, saje nak update entry…kang berhabuk pulak.

sekilas : setiap orang ada masalah. Semoga Allah permudahkan urusan kita. insyaAllah.

Posted in me - Tagged buku hamka, flip fold, permata yang hilang kini dijumpai

Akhirnya, cecah RM100 jugak earning Churp-churp

Apr16
2012
5 Comments Written by Sekilas

See…sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Berkat kesabaran daku. cewahhh…berjaya jugak mencapai RM100 untuk pertama kalinya. selama…errr…aku rasa ada 2 tahun jugak la. hahahha…

Yela aku dah semakin jarang tweet ni sejak opis aku block social media. Jadi kurang la sket nak tuit masa bekerja. hehehe…

Jadinya, ini nak buktikan kat korang churp-churp ni sangat mudah dan mampu berikan pendapatan sampingan kepada kita kalau kita ni jenis memang rajin tuit. Kalau idak..maka sesia jela korang tuit tu. hohoho…Tapi kempen yang kita duk war-warkan ni pun boleh jugak keluar kat facebook.

Haa…so besar jugaklah empayar untuk orang mengklik link kita. So far, aku memilih jugak untuk tuit atau post kan any kempen dari pengiklan ni. Sebab tak nak lah menjana pendapatan daripada perkara-perkara yang lagha sangat. Contoh kalau iklan pasal arak ke, party bebas ke huhuhu..aku ignore jela.

Antara kempen-kempen yang telah aku postkan seperti dalam gambar berikut.

Just klik share je, dah sonang dapek duit singgit dua. Sapo nak bagi. bukan nya susah mana pun. Tuit je… So apa lagi. Yang belum join churp-churp ni boleh lah klik link churp-churp untuk maklumat lanjut. Join jangan tak join!

Klik apa? Klik churp-churp sekarang! :)

sekilas : semoga dimurahkan rezeki selalu. amin.

Posted in me - Tagged churp-churp, earning churp-churp, twitter

Instagram is Now on Android. Woha!

Apr04
2012
2 Comments Written by Sekilas

Selama beberapa lama aku pakai samsung galaxy s2 ni, mula jeles bila teman sepejabat dan para boss menggunakan instagram. hahaha..tu pun nak jeles.

Akhirnya, sekarang para pengguna Andorid, kita dah boleh guna Instagram. Aku dah install. Hoyeaah! dan gambar pertama aku adalah opismet aku…kuikuikui…

Sila lah follow daku! dan kalau nak daku follow korang, kawan lah dengan aku. ceh..

Jadi ayuh..reramai install instagram untuk android kesayangan anda!

sekilas : Aku ni idok ler mahir sangat bab2 gadget ni, tapi sesekali ye tak? hehehe…

Posted in Isu Semasa - Tagged gadget, instagram for android

Looking for housemate

Mar27
2012
1 Comment Written by Sekilas

Not me la…my officemate. Dia nak cari orang untuk tinggal serumah dengan dia. Dia lesbian. hahaha..okay. itu tipu je.

boleh tengok details kat blog dia… http://doodle-from-me.blogspot.com/2012/03/your-personal-studio.html

aku copy skit butiran dari entry dia.

Master bedroom, Sri Kembangan
Available on : starting May 2012
Rent : RM 350 per month
Bills : Will be divided each month
Email me : azreen_31@hotmail.com

Faham? tak faham click kat link aku bagi tu.

sekilas : im searching for a new house. Tapi tah bila nak belinya.

Posted in friends, SL - Tagged bilik untuk disewa, rumah untuk disewa, sri kembangan

Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

Mar23
2012
4 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum. Selamat hari Jumaat semua. Ceria nampak? yelah nak hujung minggu kan. Gomen pun nak gaji kan? hehehe…Semoga kalian berbahagia bersama keluarga dan akwan-kawan tercinta.

Aku seronok kalau melihat orang lain bahagia. Tak seperti sesetengah orang, menanamkan rasa benci dan cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Itu sikap yang tak bagus oke.

Baiklah…sebenarnya dalam beberapa hari ni aku kerap memikirkan situasi bersalin. Memandangkan ini pengalaman pertama yang bakal ku tempuh kelak, jadi perkara ni sentiasa bermain dalam kepala otak aku.

Berfikir, kuatkah aku nanti untuk melahirkan anak? Apa rasanya? Mampukah aku nanti untuk menahan kesakitan? Bagaimana keadaan aku? Macam-macam la yan gduk terawang-awang dalam otak aku.

Malah, kalau boleh aku tak mahu tengok video-video berkaitan bersalin. Takut trauma plak nanti. Tapi sebenarnya aku berminat nak tahu dan mendengar pengalaman kalian yang pernah melahirkan anak pertama. Ya, anda. Sekiranya anda orang yang berkenaan, kongsilah bersamaku bagaimana perasaan korang, pengalaman pertama korang, rasa sakitnya macam mana.


Baby cute yang digugel

Sebab lain orang lain ragamnya melahirkan anak. Ada yang tak rasa sakit, tapi bukaan bawah dah 7cm, sekali teran dah keluar baby. Ada yang berjam-jam menunggu.

Tapi boleh tak korang gambarkan kesakitan tu macam mana. (bagi yang merasa sakit) sebab boleh juga aku bersiapkan diri dari segi mental dan emosi agar aku mampu menghadapinya.

Berkongsilah pengalaman itu dengan aku. Mohon sebarkan juga pada rakan-rakan lain yang berpengalaman. Im so nervous. Walaupun lambat lagi bayi ni nak tengok dunia, tapi aku nak semuanya siap sedia dalam kepala otak ni. Supaya nanti aku tenang dan mampu melahirkan anak dengan baik.

sebagai update perkembangan terbaru, usia kandungan sudah 22 minggu. Banyak minggu lagi untuk ku tempuh. Doakan segalanya selamat. ibu dan anak ye. Terima kasih.

sekilas : seronok tengok baby sekarang. im so excited to have one.

Posted in anak, family, masyarakat, me - Tagged pregnancy

WW : Misteri Van Putih

Mar21
2012
Leave a Comment Written by Sekilas

sumber gambar merujuk laporan akhbar Metro.

sekilas : lepas ni, nampak je van putih duk jejauh tau. huhuhu…

Posted in Isu Semasa - Tagged penculikan, van putih

Jangan kedekut pujian terhadap isteri

Mar19
2012
2 Comments Written by Sekilas

Hai, selamat bekerja…mari kita sembang-sembang pasal suami isteri sket. cewah, sejak dah kawen ni kan, ada je topik berkaitan kan..hehehe…

Dalam petikan akhbar utusan mengenai kekeluargaan, aku tertarik dengan tajuk yang ini, “Usah lokek beri pujian”

Dalam ARKIB yang bertarikh 13/03/2012 (boleh klik sini), sesekali pujian haruslah dilontarkan oleh suami kepada isterinya.

Mungkin pujian boleh dilakukan ketika berpakaian, memasak, mengemas, dan sebagainya. Bagi aku secara peribadi, memang memang ler setiap orang sukakan pujian. lagi-lagi kalau aku ni sebagai seorang isteri, seronok betul bila dengar suami memuji.

jom tengok apa ontoh pujian dalam petikan akhbar tu,

| “Wow, ia memang sesuai untuk sayang.”

Katakanlah isteri anda memakai pakaian atau kasut yang baru dibeli dan dipakai untuk ditayangkan kepada anda ketika keluar untuk ke jamuan.

Sekiranya anda rasa pakaian yang dipakai itu menyerlahkan kecantikannya nyatakan pujian anda dengan tepat mungkin terhadap pakaian atau kasut yang dipakainya atau keseluruhan penampilannya pada waktu itu. Tenung dan renung wajahnya dengan pandangan yang ikhlas dan kasih sayang.

Anda akan melihat wajah isteri anda terpancar warna kemerah-merahan rasa malu tanda seronok.

| ”Harumnya bau awak malam ini.”

Pujian terhadap haruman memberikan daya penarik dan rangsangan yang sesuai buat pasangan anda.

Selain kata-kata perangsang ia memberikan keyakinan kepada pasangan anda.

Sudah semestinya selepas ini dia memberikan penampilan yang hebat buat diri anda.

| “Kalaulah saya bertemu dengan sayang lebih awal.”

Pujian ini adalah yang paling disukai pasangan. Ini menandakan anda adalah pilihannya yang paling tepat.

Pancarkan kata-kata ini apabila duduk berdua-duaan sama ada di rumah mahupun di dalam kereta dalam keadaan romantik.

Kata-kata itu dilafazkan dari hati, tenung matanya dan berikan ia satu makna.

| ”Sayang, awak lakukannya dengan baik sekali.”

Ini kata-kata pujian untuk isteri atau suami yang baru sahaja memasak menu baru. Pujian ini juga boleh dilontarkan sekiranya pasangan anda memasang sesuatu di bilik tidur secara sendiri atau membaiki sesuatu.

Selain melontarkan dengan kata-kata, makan makanan yang dimasak dengan keadaan makanan itu begitu lazat kerana ia membuka selera anda.

| ”Sayang, awak jadikan saya seorang insan yang lebih baik.”

Pujian ini diberikan sekiranya anda meminta pandangan daripadanya dan dia memberikan idea yang sangat positif. Lontaran kata-kata ini memberikan dia satu semangat yang jitu dan rasa kecintaan yang luar biasa.

| “Sayanglah insan yang paling pintar yang pernah saya temui.”

Siapa yang tidak mahu dipuji dengan kata-kata yang kita ini pintar. Terutama apabila melihat isteri membantu anak-anak menelaah dan kita berikan dia sedikit pujian untuk memberikan rasa hormat kita kepada kebolehan isteri, misalnya.

| Peka apa kelebihan yang dia ada pada diri dan personalitinya.

Lain orang lain kelebihannya. Begitu juga dengan pasangan anda pastikan apa yang menjadi kelebihan kepada dirinya yang membuatkan anda semakin sayang dengan dirinya. Pujilah dia dengan kelebihan itu.

| ”Selagi sayang bersama, saya rasa seronok untuk hidup.”

Ini juga pujian yang patut dilontarkan oleh suami atau isteri kepada pasangan anda. Kata-kata ini sangat romantik dan memberikan rasa pasangan anda memang dihargai.

Hurm…agak-agak lepas para suami baca entry ni, nak tak dorang memuji isteri selalu? huhuhu…tapi jangan ditiru bulat-bulat pujian macam petikan di atas sudeyyyy….hahahha…

sekilas : suami aku suka memuji, tapi kadang-kadang konpius, dia betul2 puji ke perli? hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in family, masyarakat - Tagged Keluarga, pujian, suami isteri
← Older Entries

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress