• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category friends

Tahniah : Jufiza dapat first baby!

Aug25
2010
4 Comments Written by Sekilas

yeah….Jufiza adalah kawan sekolah aku. dulu sebelum kawen dia duduk kat kuarters Balai Polis Pandan Indah. dekat je ngan rumah aku. Time takde Balai Bomba lagi dekat jalan ikut belakang nak gi rumah dia.

Aku pernah update cerita pasal perkahwinan dia kat sini — Kahwin Jufiza

Now dia sudah menjadi seorang ibu kepada seorang bayi yang comel bernama Muhammad Firman. Hari Ahad lepas, aku dan  2 orang kawan sekolah ada pergi melawat baby dia. sorry jue, time ni sengkek sket. tk dapat beli hadiah baby. Lagipun chemy ada wakilkan kitorang. hihi….aku tak ingat bila dia lahir..tapi akta Jue dia semapt puasa 2 hari jerk..hohoho…gasak ko nak menggantinya jue.

Mempersembahkan anak lelaki Jufiza….

Muhammad Firman bin Muhammad Yunus

Geram kau tengok bibir budak kecik ni…geram je aku rasa. nak pinjam je bibir dia nak cubit2..cium2..hehehe…

Amacam ada gaya tak aku jadi ibu-ibu…? hihi…

Time jue kahwin, kitorg datang sama-sama..time jue dapat anak pun datang sama-sama jugak. Sebelah kiri tu Afiza sebelah kanan Chemy. korang bila nak kawen weh..?

Apa-apa pun tahniah buat kawan aku ni. moga-moga makin murah rezeki dia dengan kehadiran anak pertama ni. Syukur!

sekilas : bila turn aku pulak eh? haha..kawen pun belum lagi.

Posted in peristiwa - Tagged baby, new born

Seronok dan beronok-ronok!

Aug22
2010
2 Comments Written by Sekilas

hahaha…title tak boleh blah.

Hari sabtu hari yang seronok buat aku.

hari Ahad adalah hari yang seronok buat aku.

jadi dua hari ini menjadikan hari-hariku beronok-ronok. hahaha…

Terima kasih buat Cinta aku dan terima kasih buat kawan-kawan ex-fakulti aku. later will update the story about them k..

sekilas : Good Night gengs!

Posted in cinta - Tagged Aktiviti, berbuka puasa, Kawan

Hari ini ada berita gembira + sedih.

Aug19
2010
2 Comments Written by Sekilas

Gembiranya…….

oh ibu kepada cinta hati saya ajak berbuka di rumahnya.

Sedihnya….

saya tak dapat sertai buka puasa bersama blogger yang lain pad ahari Sabtu ini kerana ibu cinta hati saya ajak makan hari Sabtu jugak.

Tapi saya akan raikan yang gembira la …hoyee!! sudah mula fikir nak pakai baju aper? nak bawa buah tangan aper…lalala…

gilak nopa ni.

oh jam dah pukul 4 petang. tahukah anda bahawa hari ini saya tidak sempat mengjenguk blog kesayangan ini. mahunya tidak…menghadap kerja yang rasanya banyak hari ini.

sebenarnya, terlalu terkejar-kejar waktu menjadikan saya kelam kabut, giler…dan serabut. padahal kerjanya sangat senang. maafkan saya encik bos. Mac mini yang baru ini belum dapat membantu saya yang sangat lembab! haha…bukan kesalahan saya sepenuhnya..mungkin kerana tiba-tiba…okey ayat itu tidak dapat dihabiskan. perkataan tiba-tiba sangat menakutkan.

Ahad ini juga saya ada ‘ajakan’ dari kawan-kawan fakulti untuk berbuka di Sunway. oh ye..ex-fakulti saya ketika belajar di UiTM dulu. karang ingat saya masih belajar sekali. Adakah saya ke’teruja’an untuk menghadirinya. jawapannye ialah YA! tapi hati jadi kendur…(boleh ke hati kendur) kerana fikirkan saya akan bertemu dua orang sahabat yang lama sudah tidak bertegur sapa.

kisah-kisah lama itu sudah lama saya lupakan. tapi…entahlah. mungkin mereka pun tidak suka kan saya. jadi…apa yang buleh saya katakan…saya akan berdepan juga dengan mereka. dan kita lihatlah reaksi mereka bila bertemu dengan saya. pasti diam..

saya takde masalah dengan kawan seorang lagi. mungkin ahli sihir mengganggu pemikiran saya. oke sudah! anda tak akan faham apa yang saya tulis.

oh tahukah apa kelainan di entry saya ini…siapa dapat jawab…saya akan lawat blog dia. hahaha….

sekilas : saya nak pergi toilet!

Posted in cinta, me, merapu - Tagged berbuka puasa, My Cinta

Sahabat ini tidak akan ada tukar gantinya

Aug13
2010
10 Comments Written by Sekilas

Remember my entry this about something excited that i want to tell u guys? hoho..kalau tak ingat, sila baca entry tu balik. terima kasih.

entry ini mungkin sedikit panjang. jadi pada sesiapa yang berpuasa tu, jangan tetiba muntah pulak yer. karang batal pose korang tu.

Sabtu yang lalu kawan-kawan dari kejauhan datang Kolompo. huhuhu..kami ada urusan seri paduka baginda yang tak dapat dinyatakan di sini. oleh itu kami membuat perjanjian untuk bertemu. Kebetulannya Sabtu itu adalah hari ulangtahun daku dan cinta hati, maka aku keluar ngedate dulu bersama dia.

jam 1030 pagi.

sebuah kancil biru datang menjemput si gadis cantik. oh di dalamnya ada seorang lelaki kacak yang menanti lama sebab si gadis membungkus nasi goreng. Lelaki kacak itu ingin mencuci kereta. jadi si gadis dan beliau pergi mencari car wash berdekatan, kemudian membeli surat khabar dan membawa diri di tepi padang sementara menunggu kereta siap di cuci.

mungkin jam 1200 tengah hari.

Kancil biru bergerak laju menuju ke e-Curve melalui Puchong. Berbual-bual mesra di dalam kenderaan itu. tiba di e-curve, lelaki kacak bertanya si gadis..oh salah. si gadis bertanya si kacak. cerita apa yang ingin ditonton. mereka memilih the sorcerer’s apprentice . jam 1.15 petang mereka masuk.

jam 3 petang. mungkin.

Mereka keluar wayang. lelaki kacak pergi menunaikan kewajipan dulu. si gadis tunggu di luar kerana cuti merdeka. si gadis gundah gelana. huhuhu…adalah sebabnya. si gadis hubungi kawan-kawan, mereka di Putrajaya. oh, kami harus bergegas ke sana kerana lelaki kacak kelaparan.

jam 4.00 petang. mungkin.

lelaki kacak dan si gadis menuju ke Putrajaya. tapi si gadis dapat panggilan, kawan-kawan sudah bergerak ke Cyberjaya untuk mentedarah. oh..lelaki kacak sudah mengagak. kami terus ke Restoran Saba di sana.

jam 4.30 petang. mungkin.

Kancil biru tiba di restoran. kelihatan rakan-rakan sedang menikmati makanan yang lazat. lelaki kacak sangat suka tapi dah tanya awal-awal “ada kambing ke?” si gadis faham. kawan-kawan pun faham. “dah letak jauh-jauh pun”. kami mentedarah dengan dasatnya. hoho…





Selepas makan, aktiviti bergambar adalah perkara wajib bagi kami. dihadapan restoran ini menjadi saksi, kami sudah mula merasai kegembiraan bertemu sesama sendiri.


Perancangan seterusnya ialah menuju ke Putrajaya. *ini sebenarnya tiada dalam agenda. semua berubah mengikut keadaan* Rasa-rasa apa kami buat di sana. hohoho……sila tatap sampai muntah. kalau tak muntah, sila tatap juga sampai muntah. *ok tak paham sila blah*




Memandangkan hari ini merupakan hari ulangtahun si gadis dan lelaki kacak. maka sahabat bernama Attila itu sangat suka mengambil gambar mereka berdua. *baik…ini adalah gambar untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja kerana tiada aksi lucah* peace!!

Tapi…benarlah kata orang. kalau selalu berdua, pasti akan ada orang ketiga!

seperti biasanya, kami pasti akan diganggu oleh orang ketiga.

*pasrah*

Terima kasih buat sahabat si gadis itu. kami keriangan seperti tidak pernah jumpa kamera. dan kadangkala, lelaki kacak menjadi mangsa. hahaha…sila gelak! *kalau tak gelak, aku peduli ape*

dalam beberapa cubaan menghabiskan kodak…okey tipu, kamera tu tak pakai kodak…selepas cuba memenuhkan memori, kami bergerak ke Masjid Putrajaya kerana menunaikan tanggungjawab sekali lagi oleh lelaki kacak dan rakan-rakan si gadis. si gadis?? duduk sahaja di luar masjid. =)

selepas Maghrib barula keempat-empat kereta *oh, baru nak bagitahu ada 4 kereta kesemuanya* bergerak menuju ke i-city Shah Alam. Dem! ini pengalaman pertama. cuak pulak rasanya…haha..lempang aku sekarang!!

gambar-gambar ini bakal bercerita dengan kalian…..






Sangat seronok sebenarnya sebab dapat berjumpa kawan-kawan yang disayangi….semoga panjang umur ktia ketemu lagi. terima kasih pada Attila Razmie. semua gambar kredit pada dia sebab guna kamera dia. kitorang tukang posing jer..jangan marah arr…

Terima kasih juga kepada lelaki kacak a.k.a my cinta. sebab sudi meluangkan masa bersama rakan-rakanku jua dan menjadi photographer tak bertauliah sekejap. walaupun gambar senget ke, tak centre ke…dikau tetap ku cinta. hakhakhak!!

Happy aniversary my dear!

*selepas ke i-city, kami semua makan di area Meru. Dekat ngan rumah Linda. dan sebelum pulang, daku berikan sesuatu kepada si dia. harap dia terima dengan senang hati. apakah sesuatu itu? sila tanya dia sendiri*

p/s : perhatian kepada semua orang yang nak pergi i-city, sila la parking di dalam walaupun bayar RM10 / RM 5. (jika pergi diwaktu malam) sebab jika tidak, anda akan di saman RM60 kerana parking di luar. bayangkan 4 kereta kami di saman!! MBSA sangat BERTANGGUNGJAWAB.

p/s/s : tetiba terfikir jap. eh yang, kete awak tu kaler biru ke purple? ;p konpius jap. hohoho.

sekilas : entry ini ditulis untuk tarikh 07/08/10-Sabtu. dah lama simpan dalam draft. tapi sebab pening nak pilih gambar. belasah jela. takut basi plak cerita ni.

Posted in cinta, me, peristiwa - Tagged Aktiviti, cuti, i-city, My Cinta, Putrajaya

Monday report

Aug09
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

hye guys. now im in the middle of somewhere. hahaa…tempat adalah dirahsiakan. sempat menghupdet blog untuk melaporkan monday blues mood!

today is too hard for me. but it’s okay. i still can handle it. hope esok pun aku leh struggle lagi. muahaha..macam nak menempuh onak dan ranjau berduri jer kan.

Ada certain things dat i cannot share with you but one day if Allah give me the opportunity… i’ll let u know k. just pray for me.

aku call my cinta tadi…boleh tak dia kat sunway pyramid dan nak tengok wayang cerita Last Airbender tu. cis…sampai ati tau.

sekarang tengah tunggu Anira jumpa bos lama dia sebab dengarnya bos dia nak offer kerja lama dia dengan gaji yang bagus. hai..bertuahnya badan…aku ni duk lagu tu jugak la…takde lagu lain lagi dah. asik lagu jiwang jer…hahaha…

okeyla…takleh lelama menghupdet. takut bateri laptop out! see u next entry k. jaga diri bebaik dan jangan ape??? jangan hasad dengki. =)

sekilas : let’s pray!

Posted in me - Tagged Aktiviti, cuti

Excited!

Aug08
2010
6 Comments Written by Sekilas

sangat excited nak cerita macam-macam perkara kat blog about yesterday. ada cerita suka dan duka..haha…apa yang duka tu..will tell u guys later k. tak dapat nak buat hari ni, sebab ada beberapa urusan nak settle dulu dan perlu mengarang baik punya entry untuk semalam. weekend ni memang best for me. wanna say thanks to my damn bestfriend…June, iela, linda, anira, julie…and of course my heart, Mr. Akii.

well, hari ni kena banyak berehat sket. esok nak struggle for something. hope everything gonna be fine.

rehat-rehat sambil layan CSI supreme Sunday kat AXN. lama giler tak tengok series ni. asik mak je yang menerajui TV kat rumah.

ingat nak pergi kenduri cukur jambul anak Aida pun tak dapat, sebab transport jam12 tadi takde. *bangun tidur pun dah kul 11 pagi* hahaa….June pun tak bangun lagi. so, better duk dendiam kat rumah kemas pape yang patut dan melayan CSI.

orait! need to study..wooopss!

sekilas : c ya for the next entry and thanks coz read my blog!

Posted in cinta, me - Tagged Aktiviti, cuti

Cannot Wait for this Saturday!!

Aug04
2010
7 Comments Written by Sekilas

I want to Meet Them…..

My Cinta

Attila Razmie, Linda, Julie, Anira

Of Course my super duper bestfriend Mdm June.

*Engko dah slalu jumpa kan…!!*



Im sooooooo excited to meet them.

we have a plan this Saturday. so guys, jangan kacau schedule aku hari Sabtu ye.

sekilas : 3 days to go!

Tagged Aktiviti, cuti

Movie : SALT~~ best wooo!!

Jul27
2010
11 Comments Written by Sekilas

hahaha….mendung berarak mengiringi kabus di waktu pagi dan akhirnya hujannnnnnnnnnnnnnn….yeah! boleh tidur… hohoho…tido la sangat nopa oii. kat tempat kerja kot.

okey2…ape ni cerita pasal SALT ni. bukan ke kuar panggung 29 Julai 2010. haa..tu maknanya ape. aku dapat invitation dari Nuffnang tengok premier la apa lagi. thanks to Nuffnang kerana sudi bagi tiket free dan dapat tengok awal dari orang lain. so jangan jeles eh. walaupun entri aku tak terpilih, tapi ada sorang awek yang terpilih. aku tak tahu apa nama blog dia, tapi namanya Nadrah. betul tak? aku sempat tengok email dia jela. itu pun staff Nuffnang bagitahu. hoho…

aku datang kemain awal, tapi akhirnya beratur dah panjang dah. maunya tidak, sebab pikir terlalu awal dalam 630 kitorang sampai. takdelah jauh sangat dari bukit jalil nak ke Mid Valley tu. ingat kena tempuh jem lagi. tapi rupanya sekejap je dah sampai. haha..aku pergi dengan bestie, Mdm June. husband dia hantar kat ofis aku, then kitorang gerak ke Mid Valley menaiki kancil turbo ku. wakakaka..

konon bajet datang awal, kitorang pergi makan la dulu.. makan dan makan..nak tahu ape kitorang makan.

*aku tak ingat apa nama kedai ni. tapi kat midvalley la*

Lepas makan barula dapat tengok movie SALT. dapat seat K9 & K10. nampak macam jauh, tapi okeyla sebab panggung dia besar kan. so takdela rasa dekat sangat dengan screen. huhuhu…

mari kita mulakan cerita ini dengan sinopsis ringkas ciptaan aku.

Sinopsis :

Evelyn Salt adalah seorang wanita cantik! pewiitt! jadi dia dah kawen dengan orang Jerman, namanya Mike, seorang peminat labah-labah.. Salt ni pernah dituduh sebagai perisik kat Korea dulu. Jadi cerita ini dimulakan dia ingin menyambut ulangtahun perkahwinan dia. Salt seorang agen CIA. tiba-tiba ade orang datang konon nak bagi info kat CIA ni.  Salt kira nak soal siasat la. tapi tak pasal-pasal Salt ni pula dituduh sebagai perisik Rusia yang nak bunuh presiden Rusia. Jadi Salt melarikan diri dalam usaha membersihkan namanya sebagai tertuduh. disamping itu juga dia begitu risaukan suami dia yang tercinta. sayang tau dia kat suami. Jadi agent Peabody ngan Winter ni (rakan setugas dia) dok buru Salt ni la. sebab bila Salt lari, lagila dorang syak kan…tapi sebagai penonton kita mesti nak backing Salt ni sebab dia cun. hahaha…

Oke…lebih kurang gitu la sinopsis dia. haha…sekian terima kasih!

sebenarnya aku tak mahu cerita panjang movie ni pasal ape. nanti tak surprise. sebab aku pun surprise dengan plot cerita ni. hoho…mari kita cerita apa yang menarik dan tidak menarik dalam movie ini.

sumber : sini

menarik :

- lakonan Angelina sebagai Evelyn Salt memang best. aku rasa nak curi je bibir dia yang menggoda tu. opss! im not lesbo okey. saya ada My Cinta! yehaa…
- Semangat sayangkan suami itu begitu menebal di dalam diri Salt. kerana hobi Mike adalah mengkaji tentang labah-labah. jadi, korang akan nampak Salt selamatkan labah-labah milik Mike untuk dibawa lari bersama.
- Aksi lompat melompat dia memang bahaya. dari atas jambatan pi terjun atas lori kontena, terjun atas lori tangki, pastu rembat motor orang. pergh! slumber jerk.
- pengarah berjaya twistkan cerita ni dengan cemerlang sekali sehinggakan aku memang tertipu.
- Salt jadi lelaki memang menjadi. hoho…
- tiada adegan seks. bagus ape. barula fokus tengok action movie.

sumber : sini

Tidak menarik :
- ada beberapa babak yang nampak sangat camera trick.
- aksi Angelina Jolie tak berapa ‘kick’
- Salt tu dah sepatutnya injured dah. patah kaki ke..patah tangan ker. dah berapa kali dah dia duk jatuh-terjun-jatuh terjun. sihat walafiat je. paling tidak pun, muka jela cedera. apa barang! hoho..tak logik.
- Mike mati. kesian kat Salt. *emosi*
- ending dah best, tapi tergantung…maknanya akan ada Salt 2…waaaa…kenapakah? presiden Amerika kan ade jadi saksi, dia leh bagitahu sape sebenarnya yang jahat! ..takpe tunggu jela salt 2. hoho..

baik itu saje review tak best dari aku. dan ia bukan lah review ilmiah yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar filem. aku pun dah lupa camne nak wat review ilmiah. hoho…

sekian terima kasihan.

sekilas : tapi aku tetap kata cerita ni best!

Posted in movie, Nuffnang - Tagged makan, Mid Valley, salt, sinopsis salt

Pengunjung bertuah sudah ditemui!

Jul18
2010
9 Comments Written by Sekilas

yeah…hai adik-adik. apa khabar semua? hari ini kak Norfa ingin memberitahu adik sesuatu. pengunjung bertuah yang kita cari telah ditemui. hoyeeee!! Jangan lupa sertai lagi contest di sekilass.com ye.

hihi…dah macm rancangan kanak-kanak la plak. okey, seperti yang korang ketahui aku telah menganjurkan contest mudah, iaitu mencari pengunjung bertuah! Jadi setelah 2 hari menunggu ada 2 orang hamba Allah yang bertuah ni memberikan bukti yang sahih! hihihi…

untuk pengunjung yang ke 222 pemenangnya adalah Encik Skyone!!!! tepuk tangan…yeah…

Dan untuk pengunjung bertuah yang ke 333, pemenangnya ialah Encik Azwan Hashim….horey!!! tepuk tangan jugak….

Tapi Azwan cakap, kat blog dia takleh nak upload gambar pulak. jadi dia dah upload kat Facebook Sekilass. Korang pun jangan lupa LIKE page sekilass tu tau. tak LIKE pun takpe, tapi kalau LIKE lagi aku sayang korang. lagipun senang la korang nak tahu kalau-kalau sekilass.com nak buat contest kan kan kan? ha…

Apa-apa pun tahniah pada mereka berdua. yang best tu, dua-dua aku kenal. haishh…dorang dah mandrem dulu ni blog aku. ekeke..gurau jerk! tahniah sekali lagi. tunggu la ye topup nya..yang request CELCOM tu, nanti aku pikirkan. hahaha…

sekilas : adakah anda orang bertuah yang seterusnya?

Posted in contest, me - Tagged keputusan pemenang, pengunjung bertuah

Terima kasih : Khas untuk korang yang tengah membaca!

Jul16
2010
4 Comments Written by Sekilas

Kepada korang yang sudi datang blog aku. walaupun sekadar singgah dan cakap hi hi bye bye atau mungkin sebagai silent reader atau pun secara tak sengaja masuk, atau yang sewaktu dengannya terutama yang aku leh detect ni la dari nuffnang site. so…yang bukan nuffnangers pun thanks a lot. daku sayang dikau semua! cewah…pada aku sape2 yang singgah ni aku anggap kawan la walaupun sebenarnya ko adalah musuh aku yang curi-curi nak tahu perkembangan aku. ekeke…aku tetap berterima kasih pada korang. =)

sekilas : Jangan serik datang lagi yek…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Nuffnang - Tagged nuffnangers, pembaca
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress