Walau jahat macam mana pun kau dengan aku, serasa-rasa aku, dendam itu takkan berada di dalam hati jiwa raga dan diri aku.
Orang mudah buat ‘tahi’ dengan aku, mungkin mudah nak tikam aku dari belakang. tapi aku tak pernah simpan lama-lama rasa sakit tu. cuma kadang-kadang kalau kau bagi aku flashback cerita lama, aku rasa tacing nanges. tapi hanya untuk waktu itu.
aku sayang family aku. saya cinta hati aku. kau jangan tanya plak tak sayang Tuhan ke.? bodo la kau. itu lah perkara pertama dalam otak aku. kita umat Islam tak perlu nak teragak-agak nak mengadu segala masalah kat Dia. Dia dengar lihat dan Maha Mengetahui tiap-tiap kejadian yang berlaku kat dunia ni.
Dan aku sangat sayang kawan-kawan aku.
Kau pun kawan aku jugak. tapi kalau kau pernah buat ‘tahi’ dengan aku, pernah tikam aku dari belakang…aku tak sayang kau la macam aku sayang orang lain. tapi sumpah, aku tak pernah simpan dendam dengan kau. kalau kau susah, aku tak teragak nak tolong kau.
entry ni bukan khusus untuk teman-teman yang buat tahi dengan aku. tapi umum untuk sesiapa yang pernah singgah dalam hati aku. sakit perit aku bersama korang biarlah kita dan Tuhan sahaja yang tahu. masa bergerak tanpa henti walau sesaat. usia menginjak sehari demi sehari tanpa menunggu kau bersedia untuk jadi tua. dan mati tu toksahla lagi kau berdebat dengan aku akan kehadirannya. ia PASTI untuk kita.
kalau kau pernah cederakan aku. berdarah luka sampai aku rasa kau sangat ‘hanjing’…itu dulu dan saat itu. takde la plak kalau aku jumpa kau aku rasa nak pukul kau.
kalau kau pernah lukakan hati aku yang mana kau tak nampak berdarah tercalar atau terguris, tapi perit sakit itu aku je yang tahu. aku memang marah dan rasa menyumpah kau 7 keturunan. tapi tu semua hanya saat itu ia berlaku.
Sumpah. aku takde dendam dengan korang.
Akhir-akhir ni aku rasa aku nak kembali memutar masa ke masa silam. aku mahu rasa gembira bersama korang dan mereka yang pernah berada di hati aku. aku mahu ia berlaku sekali lagi dan kemudian minta maaf jika ada yang terkurang dan terbuang.
tapi sangat bodoh la kalau aku berharap ia terjadi. aku minta maaf banyak-banyak pada yang pernah berkawan dengan aku. yang rasa dulu aku ni kawan baik, yang rasa dulu aku ni paling tersayang. memang….kita tak pernah menduga apa yang bakal terjadi pada kita. akhirnya kita bertikam lidah, bertekak macam budak-budak, paling tak boleh blah…kutuk mengutuk mengenai penampilan diri. stupid betul.
aku sendiri tak sempurna.
oke…aku takde tujuan sebenarnya bercerita. cuma satu-satu benda tiba-tiba berlegar dalam otak jadi nak buat kesimpulan jadila cerita karut ni. semua aku combine kan dan ini lah hasil yang korang baca.
kalau korang rasa berdendam dengan aku, aku minta maaf. semoga hati korang tenang macam mana aku cuba menenangkan hati aku dengan apa yang berlaku di sekeliling aku.
sekilas : boss kata, easy comes easy goes, hard to find, hard to lose. aku suke!


































