• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts in category family

I’m Sorry =(

Jul18
2011
9 Comments Written by Sekilas

Lately, aku memang jarang-jarang nak updet blog. jarang-jarang nak blogwalking. (kalau ye pun baca gosip jek LOL)
Disebabkan kejarangan itu maka blog ni macam terbiar. nak kata busy bebenor..idok ler pulak. rasanya mood nak menghupdet tu tak mari ler.

Kadang nak buat entry ni kena ada jiwa. baru boleh taip dengan panjang lebar. Tapi takpe. aku pun tak nak le bagi blog ni berhabuk. so kena la buat jugak satu dua entry, korang leh tatap gambar kat bawah ni…waktu aku pergi Melaka follow kakak aku pi kenduri kawen. aku dan anak-anak buahku yang kiutmiut macam maksu derang. hahaha…masuk lift tekan sendiri la kan…


Gangster abis ha gambar Zulfadhli ni.


Aku rasa Danial cuba buat aksi manja dengan aku. wakakaka…


Hero Malaya.


Aku was-was nak uplod gambar ni..ekekeke…posing kemain lagik.

tapi ada satu gambar yang paling menarik sekali waktu pi Melaka tu…Kira picture of the day la. ingat senang ke nak capture.nak tahu gambar apa??betul ke korang nak tengok gambar ni. karang korang terkejut beruk makyeh kang nengok gambar ni. betul ni?? dah ready? ok boleh kira 1….2…..3….scroll ke bawah…
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tu dia mak buyung! hehehehe…jangan marah arrrr….

sekilas : aku tak wat watermark gambar ni. So kalau korang amik tak bagitahu aku…siap la…aku doakan korang…errr…mendapat balasan setimpal. hihihi…tapi ahli keluargaku dibenarkan.

Tagged jalan-jalan, Melaka

Bestkan jadi budak-budak, sebab derang bajet cute!

Jun24
2011
3 Comments Written by Sekilas

oklah..derang memang cute!!

sekilas : ni semua anak buah aku!! kecuali gambar first, tu anak kawan aku. heh

Tagged anak buah

Entry Hari ini : Ucap selamat!

Feb18
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Hai…sementara menunggu makanan dalam perut jatuh ke dalam dan di bahagi-bahagikan ke serata saluran darah usus dan menjadi lemak-lemak, aku amik masa hupdet belog kejap eh.

Entry ini serius sikitlah dari sebelum tadi. hihihi…

Okey entry hari ini ialah ucap selamat.

Selamat Hari Lahir buat classmate aku dulu time study kat UiTM Kak Rozy dan Zura. okey, untuk perhatian semua, Zura adalah lelaki. nama penuh dia Zura Firdaus. terima kasih kerana membaca.

Ini Kak Rozy dan suaminya.

Mereka sedang berbahagia dan mempunyai seorang puteri yang sgt comel. Aqilah namo eh…hihi..Semoga Kak Rozy terus berbahagia dan kekal bersama Abg Albar. =)

Ini Zura Firdaus. Single but not available. Ada buah hati namo eh Siti Irni Yuslinda. hihi…

Sape tak kenal Zura, tak tahu ler siapa dia kan. hahaha…tak kenal maka tak cinta. Tengok dia tu nampak rilek je kan. tapi kadang2 dia da sikit jiwa kacau. kacau nak bersastera. hahaha….Kadang-kadang dalam hati ada taman. Susah nak duga sikap dia. Maybe Linda je yang paham. kalau aku idok ler nak memahami mamat jiwa sastera cam dia ni. Aku doakan kau dapat mencapai impian kau. oh ye..Zura merupakan seorang guru pada ketika ini. =)

Itu kisah 2 teman sekuliah dahulu di UiTM. Siapa lagi yang ingin aku ucapkan selamat.

Ye..sepupu aku Ahmad Asyraf dan isterinya Azura. Selamat Pengantin Baru yer…Dengarnya skarang tengah hanimun kat Bandung. Jangan lupa bawa ole-ole spesel utk aku oit.

Dorang kawen minggu lepas. Ada entry aku buat sket cakap pasal majlis nikah depa ari. leh baca entry tu kat sini.

Ini malam selepas dorang bernikah tu. Kat rumah pompuan. Aku nengok tu menatang kat kepada Zura tu berat kemain. huhuhu…ingatkan dah takde dah pakai menatang berat2 tu. Sepupu aku Acap kata “ha..lepas ni Nopa plak. Amik berkat” yola..amek berkat la ni bergambor ngan korang. hahahaha…

Ini adalah kenduri sebelah lelaki. Tema pakaian Jawa. hihi..cantik giler Zura. Tapi sepupu aku telah spoil kan gambar ni dengan buat aksi giler. ..kah3…sabo jela.

Kenapa tema Jawa? Pak Tam aku tu orang jawa. hihi…jadi anaknya kenalah ikut tradisi jawa. kiranya la kot…mana aku tahu. tapi siyes, baju pompuan cantik sangat.

Jadi semoga mereka selamat kembali ke Tanah Air dari hanimun dan hendaknya terus ada ‘isi’ lah yek. hihihi….dapek anak time mudo ni baguih jugak kan…sok2 dah tua takdolah tanggung anak kocik laie.

okey itu sahaja entry ucap selamat aku hari ini. Selamat hari lahir dan selamat pengantin baru.

sekilas : Siapa itu Kassim Selamat?

Posted in me - Tagged Kenduri, perkahwinan, Selamat hari jadi

Di hari pertunanganku #2

Feb01
2011
10 Comments Written by Sekilas

Hai…Selamat Hari Wilayah kepada semua penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (eh, memang kolumpo je kan cuti?)

Semoga sehat-sehat selalu. Pelbagai kisah duka dapat kita dengari dari bumi Mesir dan juga kebanjiran di beberapa negeri dalam Negara. Aku doakan semua rakyat Malaysia di Mesir selamat begitu juga di negeri-negeri yang dilanda banjir.

Baiklah hari ini mahu upload beberapa gambar yang baru di sekitar majlis pertunangan daku yang lepas. boleh rujuk entry sebelum ini. hehehe…

Seawal jam 11 pagi daku telah di solek oleh Cik Murni (bkn ank dara ye, anak dia yang bongsu umur 25 tahun) hihi…tapi memang aku panggil Cik Murni. mcm makcik Murni la.

Ni dah siap pakai tudung lar. nak tunjuk gambar tengah bersolek, jurugambar ku terlupa plak terus ambil gambar nampak aurat. hihihi..so takleh publish ler yek. ekeke….

Bersama 2 orang kakak yang sibuk menjayakan majlis. Yang sebelah kiri itu Kak Ida dan sebelah kanan itu ramai blogger dah kenal kan…hikhik Sumijelly. Dia sibuk jugak…sibuk muntah2. hahaha…

Gambar-gambar masih lagi disekitar dalam bilik. Aku sarung cincin kat bawah. Ada mini pelamin yang dihias. Gambar kat bawah tu nanti aku kasi upload okay…..ada gambar2 yang kat FB dah upload…tapi aku campur2. sana ada sini takde. sini ada sana takde. hahaha….

sekilas : any comment?

Posted in me, peristiwa - Tagged engagement

Di hari pertunanganku #1

Jan31
2011
19 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sopan? harus sopan santun….hihi…

Pada mereka yang sedia maklum (berapa kerat je yang dimaklumkan) dan hari ini aku juga ingin memberitahu kepada yang tidak tahu, tanggal 29 Januari 2011 yang lalu bersamaan hari Sabtu, daku telah mengikat tali pertunangan (nanti aku cari tali dia eh) bersama jejaka hot dan menjadi idaman aku seorang. hahaha…bersama Encik Ahmad Fakhri kesayangan daku.

Aku tak dapat nak menjemput semua rakan-rakan sebabnya majlis kecil-kecilan sahaja dan ramai ahli keluarga terdekat sahaja yang menghadirinya. Minta maaf juga pada sape-sape yang tetiba sound direct kat aku “Yela tunang tak jemput” maaf lah yer…nanti aku kawen aku jemput eh…tapi bila tu tak tahu ler lagi…insyaAllah akan dimaklumkan pada kalian.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga aku terutama adik beradik, pacik macik yang sudi menghulurkan bantuan keringat mahupun bantuan wang ringgit. jasamu hanya Tuhan mampu membalasnya. Kalau dapat ku balas pun tak sebesar pengorbanan kalian terhadapku…okey jangan tacing sangat nopa.

kalau takde lah abang kakak yang sudi nak tolng adik dia ni ha yang tak tahu apa-apa…seperti harga makan catering, barang hantaran dan sebagainya..mampuih ler tak jalan majlis ni.

Alhamdulillah, daku juga bersyukur kepada yang Maha Esa kerana majlisku berjalan dengan lancar dan cuaca juga cerah tidak seprti 2 hari ini di mana hujan turun sehingga mengakibatkan banjir di tempat-tempat lain. Terima kasih tidak terhingga kepada Penciptaku kerana memudahkan urusanku beberapa hari ini.

Daku ingin mengupload gambar-gambar pertunanganku, tapi biarlah ia di edit dahulu oleh mereka yang sepatutnya….tapi tak mahu kecewakan anda..ada satu keping gambar yang diminta oleh sahabatku untuk di siarkan…semoga anda gembira seperti daku!

Thanks to Attila Razmie

sekilas : mood happy! =)

Posted in friends, me, peristiwa - Tagged engagement

Update pantas 15.01.2011

Jan15
2011
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu.

aku harap korang sihat sebab aku ni dah seminggu jugak batuk dan selsema tak berhenti. batuk melampau tu toksah cakap la. sama-samalah kita menjaga kesihatan yer. bukan seronok pun rasa sakit ni..kalau boleh biarlah lekas sembuh. nak taip entry ni pun terbatuk-batuk. camno?

Sepanjang minggu ni aku duk melepak kat rumah abang aku kat Cheras Perdana. Jadi aku ulang alik dari rumah dia ke office sebab nak anta dia pergi LRT pagi-pagi. Dia baru jual motor dia dan nak tukar motor lain jadi sementara dia dapat motor tu la aku ditugaskan menghantar dan menjemput dia balik kerja di LRT.

Agak letih-letih sikit la…tak tahu pasal ape. nak kata kerja berat pun tak jugak. kerja kat office rilek je…mungkin sebab kena bangun awal kot! hhohoho..pemalas punya Norfa. yela. selalu bangun subuh tidur balik (camne rezeki nak masuk?) Tapi sebab kena hantar abang aku, bangun subuh terus mandi, pastu anta anak dia ke sekolah then anta abang aku gi LRT.

kalau abang OT jemput dia lewat sikit la. tapi selalunya aku yang lewat sampai jemput. hohoho..kejam tak adik dia ni. =p

kat office takde ape cerita menarik. ada 2 orang student intern masuk. owh ye…En. Ar juga ada. dia dulu intern gak kat SL. now dah abis study kot. okey ada staff baru Cik Re. dia juga pernah intern kat sini. so aku dah ada geng wanita. selain dari Puan R la kan….

haa…sape lagi intern nak kerja SL? meh pi tanya boss aku..ekeke…boss aku tengah cari programmer and animator tu? kalau berminat tinggalkan komen. mana tahu nanti boss aku baca ke blog aku ni. betul tak boss? huhuu…

oke update pantas tapi macam panjang berjela plak. hari ni keroje lagik…yeah~!! hurm…so semoga aku sihat…ada banyak benda nak kena buat.

sekilas : semakin hari semakin sayang =)

Posted in me, SL - Tagged Aktiviti, internship, work

Aku tak pernah simpan dendam

Jan12
2011
7 Comments Written by Sekilas

Walau jahat macam mana pun kau dengan aku, serasa-rasa aku, dendam itu takkan berada di dalam hati jiwa raga dan diri aku.

Orang mudah buat ‘tahi’ dengan aku, mungkin mudah nak tikam aku dari belakang. tapi aku tak pernah simpan lama-lama rasa sakit tu. cuma kadang-kadang kalau kau bagi aku flashback cerita lama, aku rasa tacing nanges. tapi hanya untuk waktu itu.

aku sayang family aku. saya cinta hati aku. kau jangan tanya plak tak sayang Tuhan ke.? bodo la kau. itu lah perkara pertama dalam otak aku. kita umat Islam tak perlu nak teragak-agak nak mengadu segala masalah kat Dia. Dia dengar lihat dan Maha Mengetahui tiap-tiap kejadian yang berlaku kat dunia ni.

Dan aku sangat sayang kawan-kawan aku.

Kau pun kawan aku jugak. tapi kalau kau pernah buat ‘tahi’ dengan aku, pernah tikam aku dari belakang…aku tak sayang kau la macam aku sayang orang lain. tapi sumpah, aku tak pernah simpan dendam dengan kau. kalau kau susah, aku tak teragak nak tolong kau.

entry ni bukan khusus untuk teman-teman yang buat tahi dengan aku. tapi umum untuk sesiapa yang pernah singgah dalam hati aku. sakit perit aku bersama korang biarlah kita dan Tuhan sahaja yang tahu. masa bergerak tanpa henti walau sesaat. usia menginjak sehari demi sehari tanpa menunggu kau bersedia untuk jadi tua. dan mati tu toksahla lagi kau berdebat dengan aku akan kehadirannya. ia PASTI untuk kita.

kalau kau pernah cederakan aku. berdarah luka sampai aku rasa kau sangat ‘hanjing’…itu dulu dan saat itu. takde la plak kalau aku jumpa kau aku rasa nak pukul kau.

kalau kau pernah lukakan hati aku yang mana kau tak nampak berdarah tercalar atau terguris, tapi perit sakit itu aku je yang tahu. aku memang marah dan rasa menyumpah kau 7 keturunan. tapi tu semua hanya saat itu ia berlaku.

Sumpah. aku takde dendam dengan korang.

Akhir-akhir ni aku rasa aku nak kembali memutar masa ke masa silam. aku mahu rasa gembira bersama korang dan mereka yang pernah berada di hati aku. aku mahu ia berlaku sekali lagi dan kemudian minta maaf jika ada yang terkurang dan terbuang.

tapi sangat bodoh la kalau aku berharap ia terjadi. aku minta maaf banyak-banyak pada yang pernah berkawan dengan aku. yang rasa dulu aku ni kawan baik, yang rasa dulu aku ni paling tersayang. memang….kita tak pernah menduga apa yang bakal terjadi pada kita. akhirnya kita bertikam lidah, bertekak macam budak-budak, paling tak boleh blah…kutuk mengutuk mengenai penampilan diri. stupid betul.

aku sendiri tak sempurna.

oke…aku takde tujuan sebenarnya bercerita. cuma satu-satu benda tiba-tiba berlegar dalam otak jadi nak buat kesimpulan jadila cerita karut ni. semua aku combine kan dan ini lah hasil yang korang baca.

kalau korang rasa berdendam dengan aku, aku minta maaf. semoga hati korang tenang macam mana aku cuba menenangkan hati aku dengan apa yang berlaku di sekeliling aku.

sekilas : boss kata, easy comes easy goes, hard to find, hard to lose. aku suke!

Posted in cinta, friends, me - Tagged kawan-kawan

Memori tahun 2010

Dec31
2010
4 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tahun 2010 sudah sampai di penghujungnya. Banyak perkara yang akan kita kenang apabila kita melangkah ke tahun 2011. Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang duka.

Pada mereka yang mendapat cahayamata di atas kelahiran baru, Tahniah aku ucapkan. Pada yang kehilangan insan tersayang takziah dari aku. Sesungguhnya, Allah senitasa menguji hamba-hambaNya yang bersabar.

Well, aku nak mengimbau kembali apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2010.

1. Pada  8.3.2010 daku telah diterima bekerja di SecretlabMedia. Tempat kerja yang aku selalu singkat kan jadi SL.


This is a part of the Secretlab Family. I love them and this company so much! and En. H i think u know why i still here. =)

2. Aku dapat Jumpa Fahrin Ahmad secara live…..wohhaaa!! eekekeke…sila jangan jelessssss! i love him badan taf ensem ala-ala alim gitu. hukhuk…takleh puji lelebih kang My Cinta jelesss dia minta clash ngan aku plak kang. cian aku. huhu


Gambar di ambil oleh…errr…oleh En H kot! =) TQ.

3. Bercuti bersama keluarga di Genting Highland. Dah lama tak meluangkan masa bersama keluarga bercuti. Dulu time aku study dorang kalau pi bercuti, mesti tinggalkan aku. huhuhu! time aku nak exam la…time aku ada saimen melambak la. so, kalai ni aku dapat join pi Genting. Tapi toksah cakaplah tah kali ke berapa aku pergi ni pun tak tahu. Tapi best gilerrrr!! i just love Genting Highland. Pegi banyak kali pun takpela.


4. Aku dapat beli cermin mata baru. Lama giler kot tunggu nak dapatkan yang baru. fuh~! harga cermin mata ni mahal rupanya. tak amcam zaman sekolah dulu aku beli rm200 dah dapat satu.

5. Hari raya yang indah buat aku. Family My Cinta pertama kalinya datang beraya di rumah. Dan family aku juga tidak terkecuali beraya di rumah dia. =) InsyaAllah…harap-harap hubungan ini berlanjutan. korang doa-doakan lah yer..

6. Aku banyak melibatkan diri dalam aktiviti Nuffnang. contest, gathering, dapat kenal ramai blogger kerana blog ini. dapat tiket wayang dapat kawan-kawan baru yang best superb sporting. love Nuffnang and love other bloggers!! nanti kalau ada masa kita lepaking lagi wokey!

7. Perkara paling best bagi aku…tahun ini aku dapat kereta baru! thanks to My family dan My cinta and my bestfriends yang banyak bantu aku. bagi aku ia merupakan hadiah harijadi palin best bagi aku.

8. Oh yeah….sejak Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010….aku ada buat entry pasal Khairul Fahmi! hoyeehhh…untuk pertama kali sejak aku start blogging…trafik aku untuks atu hari cecah 1000 visitors! Alhamdulillah…biarpun baru pertama kali dan mungkin esok lusa menurun. aku tetap rasa ia adalah perkara yang best bagi aku. =) korang takyah la kata aku nak berlagak. tahula korang punya trafik lagi mencanak sesekali blogger picisan nakr asa kan.. btw, thank you Khairul Fahmi Che Mat. selain menyumbang kepada negara, anda juga menyumbang ke arah trafik blog daku. love u la KFCM. =P



Yang petak merah tu paling tinggi la dalam satu jam. memang tak pernah-pernah kau..hehehe

Kalau nak diceritakan banyak perkara yang indah berlaku dalam tahun 2010. malah yang duka juga tidak kurangnya. kehilangan insan tersayang…pacik macik nenek atuk… =(

Kete rosak, duit tak cukup, makan ikat perut, bergaduh dengan member, haissh…!! yang sedih-sedih takmo ingat. tapi kalau bab kematian, wajib ingat. sebab ia juga dapat menjadi panduan buat kita yang hidup ni…

Aku harap tahun 2011 dapat memberikan kehidupan yang lebih baik, semuanya mengikut perancangan…. sama-samalah kita berdoa. Aku minta maaf seandainya sepanjang tahun ini ada tersalah bahasa terkasar kata. maafkanlah kekhilafan aku . i love u all!

sekilas : Goodbye 2010, welcome 2011.

Posted in Artis, friends, masyarakat, me

Tuan Blog Cuti-cuti Malaysia ke Cameron Highlands

Dec10
2010
8 Comments Written by sumijelly

Ok… syyhhhhhhhhh..dendiam tau… aku nak bagi tahu korang, adik aku masa nie dalam perjalanan menuju ke Cameroon highlands ngan kengkawan dia..

Dari tadi duk call2 aku tanya macam mana nak g sana… hahaha……. Tanya ahkak ko ni wat per, bukan akak yang pandu…. Abang Ipar ko yang pandu la..hahaha

cameron

perghhh…….teringat la pula masa aku g Cameroon Highland… bengkang bengkok ko… sebab aku masa tu lalu ikut Tapah.. so, aku suh la gak adik aku lalu Tapah gak…hehehe

Adik aku baru nak merasa g Cameroon Highlands.. padan muka kene g sendiri…tengok macam ahkak ko… sumer ikut Abang Ipar ko jer.. hahahaha

Tak yah kuar duit pun… sapa suh tak kawen lagi… muahahaha

ladang teh

wei..nanti ko jangan lupa g singgah Ladang Teh Cameroon tau… perghh……. best tau… leh tengok serba serbi hijau..

Best tau ambik-ambik gambar kat situ…. leh wat cover album gitu..hehehe

Pas tu jangan lupa beli Teh tuk ayah yek… ayah kan suka minum Teh…

eh..ko bermalam situ kan??

cameron

ada masa jangan lupa g Pasar Cameroon yek.. kat situ banyak sayur-sayuran yang fresh..

ha… lupa la nak kirim Buah Jambu Epal, tak per, sat lagi ahkak ko telepon ko… nak suh ko beli.. RM10 jer.. beli situ murah sikit…

Ok la.. pada korang yang baca blog sekilass nie, jangan la pula rasa pelik..sebab sumer gambar tu dari blog aku yek.. aku tolong update jer..hahahaha

Lagi pun dia tak tahu pun……hahaha **larikkkkkkkkkkkkkk**

Nota kaki : Adess…. aku cuti 2 hari duk umah jerla nampaknya..hahaha

Posted in friends, peristiwa - Tagged Tuan Blog Cuti-cuti Malaysia ke Cameron Highlands

Filem : Rapunzel BEST!

Nov26
2010
14 Comments Written by Sekilas

Semalam cuti. Selesai urusan seri paduka baginda di siang hari , aku pulang rumah awal sikit. Lagipun hujan lebat di Kuala Lumpur buat aku rasa malas nak bergerak ke mana-mana. Semalam juga bukan la hari baik bagi aku di siang hari. tapi tak baik mengeluh okey.

Jadi sampai rumah, anak-anak buah aku dah mengingatkan “Maksu, hari ni hari apa?” Hari apa…? bukan hari jadi kau kan. hahaha..ye…hari semalam tu ialah hari Khamis, 25 Nov. so dorang dah remind kat aku star dorang duk rumah mak aku lagi nak suh bawa tengok cerita Rapunzel.

Ni pengaruh Tv kuat sangat tau. aku sendiri tak tahu bila filem ni keluar panggung sebab dah lama tak tengok TV. (oke sangat alasan, macamlah internet takde) tapi dorang boleh tahu bila movie ni keluar. dan beriye-iye mengingatkan aku. memujuk rayu, menggedik-gedik bagai. (maklumla semuanya pompuan) Tengok dulu duit dalam wallet. aiya..sikit saja ma… gaji belum masuk la wahai anak-anak.

Tapi tangan dok ligat tengok showtime dan price kat MBO Galaxy Ampang. kanak-kanak RM5 je. so kira-kira tak banyaklah terbang pun duit aku. okey proceed. Belanja jela mana yang ada ni. Dengan harapan, gaji aku masuk la cepat hendaknya. huhuhu…Maka semalam seronoklah mereka di awal waktu untuk menonton…bila balik semua dah tak seronok. sebab ape? nanti akhir entry aku bagitahu.

kiut nya watak-watak ni. Sesumpah tu pun kiut taw! =D

Sinopsis :

Rapunzel ni seorang puteri yang telah hilang sewaktu kecilnya. Dia ni diculik oleh seorang perempuan tua ni sebab rambut Rapunzel ni ada kuasa sakti (magik), boleh sembuhkan sakit, boleh bagi perempuan tua ni kelihatan muda, boleh bercahaya bila dia menyanyi. Jadi, perempuan tua ni culik nak gunala rambut Rapunzel ni untuk kepentingan dia. Rapunzel ni pula ingat dia ni betullah mak dia. Jadi ‘mak’ dia ni tak bagi Rapunzel keluar dari menara sebab takut orang nak curi rambut dia.  Kisahnya Rapunzel dah 18 tahun, setiap kali harijadi dia dia akan nampak macma tanglung bercahaya terbang di langit. So dia berhajat nak tengok tanglung2 tu dengan sendirinya secara dekat. Bermula ekspedisi dia bila ada sorang mamat ni sesat kat menara tu, yang dikenali sebagai Flynn Rider atau nama sebenarnya Eugene. encem taw! lepas tu Rapunzel dapat melihat dunia luar….dan akhirnya….sila tonton sendiri filem ni. hahaha

Watak-watak dalam filem ni comel2 bangat!! Ada Rapunzel, Eugene, kuda Maxis, sesumpah, watak budak-budak..haii la…kiut miut semuanya.


Kuda ni comel ler..hihihi


Perempuan jahat. Anis tanya aku, “maksu dia jahat ke dia gile?” Aku tak tahu nak jawab ape. hahaha….

storyline dia menarik. Ada unsur sedih, kelakar dan buat kau dibuai fantasi. Soundtrack dia best. English yang digunakan senang nak paham!


haha..babak ni lawak okey! hampeh punya Flynn Rider!

Arrghh! tak tahu nak citer camne..tapi memang best la.

sampaikan aku teringin nak ada rambut macam Rapunzel tu. tapi bahayanya nanti jadi rebutan la plak kan. maklumlah rambut ada kuasa sakti. Dah la rambut panjang berjela…siap bolah bergayut-gayut. boleh berselimut dengan rambut sendiri. comel gilak!


Tengok-tengok rambut dia bercahaya! teheee…

Aku bagi 5 bintang!! best…kalau ajak my cinta tengok, haram dia nak join. sebab dia tak suka tengok kartun. tapi NARUTO suka plak dia. hahaha…

p/s : kenapa dorang seronok di awal pergi menonton..sebab semua tengah segak-segak mata..tapi bila balik, dah muram durja sebab amta dah ngantok. siap tidur dalam panggung. cis! rugi je bawa orang tidur…

sekilas : pergilah tengok. tak rugi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me, movie - Tagged Aktiviti, anak buah, Rapunzel
« Older Entries Newer Entries »

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 4 Bulan Sebelum
  • Hari Kejadian

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress