Assalammualaikum.
Lama tak menulis, sekarang nak cerita pasal lampin pakai buang pula kan? heh. apa salahnya.
Saja nak berkongsi info, mana tahu kita punya masalah dan minat yang sama.
Sekarang ni Hanif Naufal pakai sejenis lampin pakai buang yang telah membuatkan kulitnya kemerahan dan kadang-kadang mendatangkan ruam di bahagian sulit dan punggungnya. Sebagai seorang bonda yang prihatin haruslah aku risau dengan keadaannya. Sejak lahir lagi Naufal pakai jenama tersebut, jadi rasanya kali ni nak bertukar angin untuk mencuba lampin pakai buang yang baru.
Terlihat pula entry kakak aku Sumijelly pasal anak dia pakai lampin pakai buang jenama Huggies, buat aku tertarik. Dia pun rasanya tak pernah merungut atau cerita mengenai masalah ruam anak dan sewaktu dengannya. Ini membuatkan hati mengatakan “aku patut bertukar kepada Huggies”.
Bagi yang tak tahu apa itu Huggies. Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia. Di sana ada banyak maklumat yang korang nak.
Sekarang ni pula, Huggies melancarkan Huggies Dry Pants. Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah kita mencubanya, kita pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupun semasa bayi kita sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!
Daripada pemerhatian aku, rasanya elok juga aku cuba membeli Huggies Dry Pants ni. Anak aku pun bukannya makin sopan, makin lasak merangkak ke sana ke mari. Letih makcik oiii…Nak pakaikan lampin sekarang ni pun susah. Kejap nak pusing kiri kanan. Susah betul nak bagi dia duduk diam. Mungkin dengan Huggies Dry Pants ni akan membantu aku menukar Lampin dengan lebih mudah dan pantas. Waahhh kelas gitu.
Sekarang Huggies sedang buat Roadshow.
Jangan terlepas acara roadshow “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai” yang diadakan dari 25 Februari 2013 ke 3 Mac 2013 di Mydin USJ!
Tukarkan lampin Huggies Dry Pants si manja anda dalam masa 30 saat atau kurang untuk memenangi hadiah menarik!
Korang boleh menikmati hiburan untuk seisi keluarga dengan persembahan, promosi hebat, hadiah percuma, permainan, pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti yang menarik! Singgahlah di booth mereka untuk mendapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah! Korang boleh berkumpul di ruang legar Mydin USJ untuk saksikan betapa pantas dan mudah untuk menukar lampin dengan Huggies Dry Pants! Jangan lepaskan peluang – sertai mereka untuk acara yang penuh keseronokan bersama keluarga tersayang!
Butirannya seperti berikut:
Di mana: Ruang legar, Mydin USJ
Bila: 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
Pengumuman istimewa: Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies dan persembahan akan diadakan setiap hari pada masa berikut:
10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.
Acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam!
Datang ramai-ramai tau. bawa keluarga, kawan-kawan sanak saudara dan sekalian alam kalau boleh. hehehe..biar penuh Mydin USJ tu nanti.
‘Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai’ DI MYDIN USJ!
sekilas : Nanti kalau aku dah beli dan pakai, aku buat review ok!







