Entry melekat sehingga tamat tarikh luput.
~ SUDAH TAMAT~
**NANTIKAN KEPUTUSANNYA**
Entry melekat sehingga 30 November 2010!
-Contest End-
Wah…sedar tak sedar sudah hampir setahun blog sekilass.com ini diwujudkan. Sebelum ni ada blog under wordpress tu. tapi sebab terpengaruh dengan kakak aku, maka aku pun beli la domain sendiri.
Pada 20 November 2010 ini maka genaplah setahun Sekilass dot com di alam maya ini…
senyum semua.
Jadi di atas kejayaan ulangtahun ini dan bersempena bulan ulangtahun ini, daku berminat untuk memberi sedikit habuan kepada semua pembaca setia atau yang berpaling tadah di sini. oppss!! ade ke yang berpaling tadah..hihi.
Apa yang perlu korang lakukan ialah menyiapkan satu entry dengan syarat2 berikut :
1. copy paste code di bawah dan letakkan di dalam entry anda :
<a href=”http://sekilass.com/”><img src=”http://img33.glitterfy.com/10313/glitterfy0035756T102D31.gif” border=”0″ alt=”Glitter Words” /></a>
2. Buat title entry “Contest : Ulangtahun Sekilass.com yang pertama!”
3. Beritahu pada pembaca anda, Entry mana satu yang anda paling suka di dalam Sekilass Dot Com dan sila beritahu kenapa? *kalau nak cerita pasal tuan blog pun boleh juga… ::blushing:: *
4. Pemenang akan dipilih berdasarkan sebab-sebab yang memikat kalbu
5. Keputusan adalah muktamad.
6. Hadiah akan diberi kepada 3 orang pemenang.(boleh pilih wang tunai / topup)
*Hadiah wang tunai ini di taja oleh seorang kenalan rapat yang mahu namanya dirahsiakan. huahuahua….
7. Tarikh tutup : 30 November 2010, 11.59 malam!
Senang bukan?? jadi apa tunggu lagi..contest akan berlangsung mulai sekarang. Pemenang akan diumumkan pada 9 Disember 2010 bersempena hari jadi kakak aku , sumijelly! (boleh macam tu?)
NOTE : kalau dah buat entry tu, jangan lupa tinggalkan link kat komen dibawah ye.
sekilas : Jangan pernah kenal erti gagal!
Entry melekat sampai 31 Oktober 2010. entry baru cam biasa sila scroll bawah lagi yek!
Anda berpeluang untuk memenangi hadiah berupa Iphone 3G 16GB dari Walimatulurus.net dengan menyertai “Top Referrer Contest” yang dilancarkan dari 1 Oktober 2010 sehingga 31 Oktober 2010.
klik pada banner tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai contest ini.
Bila tarikh bermula dan tamat peraduan ini?
Peraduan ini bermula dari 1 Oktober 2010 hingga 31 Oktober 2010. Kami akan umumkan nama pemenang dalam blog ini. Pemenang akan dihubungi untuk proses penghantaran hadiah.
*Perhatian:
1. Point akan dikira berdasarkan jumlah pengunjung. Jadi self-click (klik pada link sendiri untuk menambah point) tidak akan berhasil.
2. Pihak kami berhak untuk menukar hadiah yang menyamai nilai asal sekiranya terdapat sebarang perubahan.
3. Pemenang tidak boleh menukar hadiah kepada wang ringgit.
Apa tunggu lagi? Letakkan banner tersebut sekarang. Lebih awal anda menyertai, lebih ramai pengunjung akan dapat anda kumpul.
sekilas : daku sekadar mencuba nasib!! good luck semua.
tu la….sape suruh eksen ngan aku.
ekeke….padan muka korang yang tak join contest aku. sebabnya aku dah pilih pemenang! waaah!!Disebabkan bulan Syawal pun dah abis, aku nak tunggu smp 20 komen memang tak dapat la kan. terpaksa tutup contest itu dengan serta merta. hihihi…
susah tau nak pilih pemenang. hahaha…ekceli aku takyah pilih pun. dah memang ada seorang manusia paling seksi ini menang. seksi ke? wakaka…
ekceli tak ramai pun yang komen. 4 orang je kot! termasuk Kak Ina KL yang komen takde kena mengena ngan contest tu. hihihi. 2 orang menjawab soalan. tapi seorang je yang betul! wah…betul ke? memang pemenang nak pilih dua. tapi dah Afzan jawab salah. nak wat camne..sob’sob. hihi…takde rezeki kau la Afzan. lenkali ko cuba lagi ek.
Maka dengan itu saya pemegang mohor besar ingin mengumumkan , pemenang contest “Jawab dan Menang” jatuh kepada…..dum dum dum dum dum (sound effect la kan)
sila tampil kehadapan dan buat tarian singa kepada para hadirin yang ada. huahua…Tahniah! tak sesia kau mencuba nasib. yang lain tu takut la tu..pdahal aku minta komen ke 10 dan 20. sorang pun tak berani nak komen. cis cis cis! aku merajuk takmo buat contest selama…………………..selama mana yang aku mahu! hahaha…
jawapan yang diberikan ialah 8 Okt 2010. tepat la kan…semalam hari terakhir kita di bulan syawal yang mulia. hari ini sudah 1 Zulkaedah 1431 Hijrah.
sekilas : jangan lupa bagi no account maybank / no telefon untuk di topup kan di ciknorfa@gmail.com
UPDATED : CONTEST TAMAT SEBAB BULAN SYAWAL DAH ABIS!
Hari ini aku terasa nak buat contest mudah untuk korang. sapa dapat teka dengan tepat…akan diberikan hadiah RM10. nama pun mudah. jadi korang toksah le nak berkira ye…
Soalan mudah :
Bilakah tarikh akhir kita di bulan syawal? (kalendar Islam, anak buah aku darjah 1 pun leh jawab)
Komen yang ke 10 dan ke 20 yang menjawab dengan betul dan tepat akan diberikan hadiah RM10 setiap seorang. Topup/bank in maybank. ~~ *maknanya ada 2 orang la aku pilih*
(kalau komen tak sampai 10, aku tunggu jugak sampai ade 20 komen.) hehehe…
tarikh tutup adalah pada tarikh aku dapat komen ke 10 dan ke 20 (jam 12 tengah malam) ~~ (tapi kalau korang yang ke 10 tu jawab salah atau komen tu takde jawapan *sesaja komen la tu*…aku pilih yang ke 9. kalau takde 8…dan seterusnya. camtu gak kalau takde 20 aku pilih ke 19…seterusnya 18.)
paham ke tak??
tak paham tanya k…tp jangan tanya kat komen..sila tanya di kaunter pertanyaan di putrajaya…hahahha! okey cau! semoga berjaya.
sekilas : aku lupa duit aku dah tak banyak..tapi takpela…kalau tak cukup aku ganti gula-gula boleh? hikhik.
Sape tak kenal ngan bro Eyriqazz? bagusla kalau tak kenal. sebab lepas ni korang gerenti kenal. hehehe..Skarang Eyriqazz atau lebih glamer lagi nak kenal sebagai GTO Malaysia sedang menganjurkan satu peraduan khas sempena Hari Raya. aritu aku duk beriya kata nak promotekan peraduan dia tu. masalahnya, bukan sahaja nak promotekan, malah aku sendiri dengan gatal tangannya nak join peraduan tersebut. hehe..boleh je kan bang?
Ada banyak kategori dalam peraduan dia kali ni. tak silap aku ade 3 kategori. yang aku nak buat sekarang ni adalah kategori pertama iaitu My Raya Moments. apa yang perlu korang lakukan untuk join.
1) Buat satu entry yang bertajuk ” My Raya Moments”. Di entry itu sharekanlah gambar kegemaran anda untuk kenangan raya terindah/lawak/atau apa saja yang anda rasa menarik hati . Tak kisahla raya tahun 2010 ke, tahun lepas ke, 10 tahun yang lepas ke. Gambar tu pula tak kisah nak letak 1,2, or byk. Gambar dan beserta description, tak perlu panjang-panjang,simple-simple pun jadi.Tapi, kalau nak panjang-panjang pun, tak kisahje. Oh ya, gambar original saje, gambar yang diphotoshopkan/di ubah tidak akan diterima. DONE!

Gambar di atas di ambil pada hari raya tahun ini 2010. korang nampak tak pinggan-pinggan yang dah licin tu..haa..itu bukan aku punya. yang aku tengah hadap tu aku punya. Tak silap aku ni raya kedua. baru raya kedua…tapi aku rasa dalam masa 2 hari berhari raya tu, kitorang sekeluarga ni (mak ayah dan sepupu sepapat) macam dah tak jumpa nasi berbulan-bulan rasanya. korang tahu jela, hari raya ni semua orang duk jamu ketupat, lemang, dan kuih muih, rendang, lontong dan segala macam juadah hari raya. yela..hari raya…mestila la ada semua tu.
jadi bila salah sebuah rumah kitorang beraya tu duk hidang nasi berlauk ayam masak merah dan jugak sambal ikan..pergh!! semua berpusu-pusu serbu meja makan. tuan rumah sebenarnya memang nak makan malam, tapi sebab tetamu datang di hidangnya makanan tu kat kitorang. Alhamdulillah, baik hati tuan rumah ye tak. murah rezeki dia kan. tak kedekut. jadi rupa itu la jadinya, pinggan-pinggan yang licin dan aku pun tak sedar gambar di tangkap sebab time tu tengah borak ngan kakak aku. time makan dia call kacau je kan. so aku pun selit lah kat tudung tu ha. jadi sambil makan boleh lagi le nak borak2 tanpa perlu pegang henpon tu. hehehe..selalu dah aku wat camtu, nak2 time memandu. tu yang senang tu kalau pakai tudung. hahaha…dont do this at home! eh..boleh plak?
2) Sharekan Permalink Contest ini di Wall Facebook Anda. DONE! Jangankan wall facebook aku, Facebook sekilass.com pun ai updatekan link ni tau…cewah2..kemain lagi ko nopa nak mempromote. kata harus ditunaikan…jangan hanya pandai bermain kata tapi tidak melaksanakan apa yang dikata. ha..kan aku dah berkata-kata…
3) Di entry anda , jangan lupa linkkan permalink Contest ini
eh of course…sape-sape yang terniat, tergerak hati, teringin dan pelbagai ter lagi silalah jenguk blog Eyriqazz. atau senang skali kalau korang klik je SINI kang dia pi la tu kat contest tu. DONE!
4) Vote Eyriqazz for MySelangor Story Contest [ klik here ] . Blog Voting : 28th September to – 31st October 2010 ( akan diupdatekan linknya later)
haa..aku memang pastikan entry ni dipublish pada 28 September 2010. supaya lepas tu aku leh terus je vote Eyriqazz. ini link dia http://www.myselangorstory.com/cerita-saya-eyriqazz-for-myselangorstory-contest/ . betul tk bro?? DONE!
5) setelah susah payah cari sponsor untuk hadiah bagi contest ni, aku harus dan wajib menghargai sponsor2 besar ni. DONE!
My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)
aku harap, bro GTO kita terima lah penyertaan aku ni. mana tahu ade rezeki anak-anak aku menang peraduan ni. eh…anak-anak..ada anak dah ke? kawen punn belum. hahaha…
Jangan lupa kalau korang nak sertai contest ni, pergi ke blog ini >> http://www.eyriqazz.com/2010/09/my-raya-moments-contest.html
Good luck untuk yang lain!
sekilas : dah duk dalam draft lama, 28 Sept terus publish!
Apahal lak tak tahu. peraduan yang kau buat ni sangat senang la Hamzah. mungkin kau terlupa kau pernah tunjukkan gambar tu kat aku. jadi aku dengan beraninya join peraduan kau ni. sambil tutup mata la aku nak teka ni. tapi sebab aku nak menaip, aku terpaksa buka mata aku.
Hamzah buat peraduan jadi aku kena teka siapakah insan misteri di sebelah beliau itu. sila amati gambar di bawah

Dah amati? aku pun..sampai tembus jugaklah ke luar rumah. *eh tadi bukan aku kata aku dah tahu ke sapa?*
Jawapan :
Sebelah beliau ialah kakak beliau yang sedang pegang henpon untuk sms buah hati pengarang jantungnya. sekian terima kasih!
senang je kan…eh ada lagi ar syarat dia..kene tulis nama blog dia. kalau korang nak join pi kat blog hamzah iaitu http://www.terbangtinggitinggi.com
ada lagi tak..ye..ade lagi.! baik aku tag ini entry untuk 3 orang blogger sejati iaitu *aku siap tambah lagi satu untuk orang tu, duk tanya utk dia takde ke?*
korang!! aku dah tag korang..kena bagitahu korang. kang Hamzah pukul aku kalau tak buat mcm yang dia suruh!! aku tak nak kena pukul….
okey rasanya semua sudah disudahkan! aku tahu kalau jawapan aku betul pun gerenti Hamzah tak bagi aku menang. sebab ape? sebab aku pun tak tahu. hahaha…
sekilas : weh…kalau aku tukar2 jawapan kau bagi tak? muahahaha
ps: nanti email kat aku no akaun maybank / no telefon (maxis/celcom/digi) – email : ciknorfa@gmail.com
sekilas : bila raya?
aha….ade contest la pulak sekilass dot com ni kan. al maklumlah, semalam di panggil oleh encik bos di dalam biliknya. dan dia duk terangkan pada aku tentang duit bonus raya..apee??? nopa dapat duit bonus raya?? haa…betul la. kate encik bos, patutnya aku belum layak menerima bonus itu sebab aku masih belum disahkan pekerja tetap di sini. tapi encik bos baeeeekkkkk hati, dia mahu bagi jugak. Tengkiu encik bos!! sebab sejak dapat duit tu, terpikir banyak kali kenapa aku dapat. hahaha…sebab tu, dapat tunaikan impian mak sket untuk membeli sofa baru..wallaweeee….
okey tamo cerita panjang. apa guna dapat bonus takmo di sedekahkan kepada orang ramai. ahaks! takdelah bagi banyak-banyak..tapi mahu share..sepuluh dua puluh ringgit pun duit jugak kan..
mudah. senang. dan pacik kayo!
apa yang anda perlu lakukan adalah menjawab soalan-soalan di bawah :
1. Aku ada berapa orang adik beradik ? dan nyatakan aku anak yang ke berapa? (boleh check kat tab soalnya siapa?)
2. Cuba teka, baju raya aku tahun ni warna apa? (nama pun teka..teka la…)
3. apa url dua orang kakak aku yang ada blog? (satu nama makanan/manisan utk kanak2, satu nama dia dan suaminya – nama blog ada je dalam blog aku ni.rajin search sket..)
haa…senang jek!! jawab 3 soalan di atas tu dengan tulis komen di bawah yer!! siapa jawab paling awal….dan paling tepat akan diberikan duit rayo sebanyak RM20….sukati korang la nak pi tanya kakak aku sendiri ke…nak call dia ke…nak pi tanya sape2 pun aku tak kesah.
yeye…dapat duit rayo..pacik kayo!!
tarikh tutup adalah pukul 6 petang ini..hari ini ye 7 september 2010. pukul 6 petang dah tutup yer!!…cepat..sapa cepat dia dapat!! kang korang dah balik kampung tak dapek duit rayo. duit rayo akan ditransfer melalui Maybank. ada paham??? kalau takde Maybank…sorryla, tak dpt bagi korang duit rayo tu…hehehe!! kira bagi chance kat orang lain la ye.
sekian terima kasihan! semoga berjaya merebut peluang ini.
*UPDATE : Yela aku kasi chance la, takde Maybank aku bagi topup la. korang leh pilih la ikut suka nak masuk maybank ke nak topup! nak chance lagi contest end 9pm today! enuf la kan!
sekilas : semua comment akan diapprove oleh aku dulu, saja bagi suspen kat korang.
Dah baca Title tak gheti-gheti lagi ? ini adalah entry contest yang memuji pasangan sendiri. wakakaka…sape lagi nak puji kan. prasan pun prasan la. baiklah, Kak Mas kita anjurkan satu contest sempena ulangtahun perkahwinannya, jadi aku pun tergerak hati jiwa raga dan body untuk menyertainya. sape-sape berminat boleh klik sini untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan! Tarikh tutup 9 Ogos 2010. sempat lagi ni. =)


Ini pasangan cinta hati saya. Ahmad Fakhri a.k.a Aki. Gambar di ambil sewaktu hari konvokesyen saya tahun 2009. Saya suka dia. sekian, terima kasih!
eh…tak boleh sikit sangat ke? =P
:: pasal si dia ::
aku kenal dia 3 tahun yang lepas sewaktu aku belajar di UiTM. macam mana aku jumpa dia? oh itu adalah rahsia aku, dia dan beberapa orang rakan sebaya. hahaha…tunggu aku kahwin aku ceritakan macam mana aku kenal dia eh. InsyaAllah! korang doakan jela ye.
Dia sebenarnya manja. tapi takmo tunjuk. kadang-kadang romantik, kadang-kadang malas nak layan aku. kadang-kadang oke, kadang-kadang mood ke laut. *macam sama ngan aku je* biasala tu kan! =)
Dia adalah ‘reminder’ aku sebab aku seorang pelupa tahap gaban! ala, kadang-kadang dia pun lupa jugak. *sila mengaku ye encik*
Dia suka minum teh beng! haha…lepas tu kena makan nasi. satu hari tak makan nasi boleh gastrik tau! =P lauk kegemaran kalau order kat kedai sup daging, sup tulang..dan segala jenis sup. tapi bukan tomyam mahupun sup ayam.
fast food kegemaran : KFC. pergi mekdi pun nanti order ayam jugak. hoho…original ye.mampus tak makan kalau bagi spicy nanti. oh ye..dia sangat alergik dengan KAMBENG! jangan bagi dia bau, nanti dia tak lalu makan apa pun. =)
suka tengok bola sepak. tengoklah pasukan mana pun tapi dia hanya akan sokong SELANGOR! hehe..aku pernah sekali tengok bola di stadium dengan dia. cukuplah itu pertama dan terakhir kali.aku takde geng nak menyembang. *eh, orang gi stadium tengok bola la, bukan nak bergosip pasal pemain bola tu hensem* =P
suka baca naruto. haha..padan muka onemanga dah tutup takleh baca online. *meh gelak sesama meh*
eh cukupla tu cerita pasal dia. kang kembang plak hidung dia kita duk puji melambung.
:: 3 tahun kenal apa hadiah yang pernah aku bagi pada dia?? ::
oh camne nak jawab soalan ni eh. 3 tahun …hari jadi pun baru 2 kali lepas. pertama kali aku belikan kek dan bagi key chain Naruto =P kali kedua aku ada belikan hadiah ke eh? ade ke ade ke ade ke? issh..aku ni pelupa la..takde kot. kesian dia… tapi dia pernah beli kan aku jam tangan, beg tangan, album gambar! wow…banyaknya. tapi hadiah bukan ukuran! hahaha..dan dan kan! .tapi saya pernah belikan wallet utk awak kan kan kan??. *hakhak nak menang jugak!*
tapi usia perkenalan kami bakal mencecah 3 tahun pada 7 Ogos ini…agak-agak aku patut belikan ape? *eh ni contest sape ni? aku pulak yang tanya balik hadiah apa patut bagi?sorry2..salah simpang plak*
:: Ayat paling JIWANG KARAT yang pernah diucapkan::
aisey…jiwang karat?? mana la aku ingat. kadang aku cakap biasa dia plak rasa jiwang karat kan kan kan…lagipun kalau ucap ni memang tak pernah la. pemalu la katakan. hahaha…tapi, kalau dari dia, ade sms yang aku duk simpan. even ayatnya pendek, tapi karat la bagi aku.
“Tak best la syg takde. Sedih sangat tau!” – 14/04/2008 1.39PM
*oke senyum sampai telinga*
Time tu dia baru-baru sampai Sarawak sebab futher study. hehe…karat ke tak? karat la lama ni simpan! ah sukatila tak karat pun. yang penting aku suke baca…hoho…sedih wa cakap lu kena duduk jauh-jauh. hihihi…..ampun!!
:: untuk Puan MaslinaMansor, 3 hadiah yang mungkin Puan patut belikan untuk hubby sempena ulangtahun perkahwinan Puan yang kedua ini ialah :-
JAM TANGAN yang bergaya mutu dan keunggulan!
*panjang nak sebut tu. lawa tau jam tangan ni aku pilih =P *

kredit : sini
Set permainan PS3

kredit : sini
Perfume

kredit : sini
okey semua syarat dah dilaksanakan dengan jayanya. Harap-harap hubby Kak Mas tertarik la dengan entry yang paling tekun dan gigih pernah aku taip ni. Tak pernah-pernah aku tekun macam ni. 2 hari aku ngadap entry ni je. siap duk korek sms lama lagi nak tengok sms karat…pahtu duk call member tanya ape hadiah aku pernah bagi kat dia. hai! susah tau jadi aku. pelupa!!!
Doa aku, semoga perkahwinan kalian kekal sehingga akhir hayat, dikurniakan anak yang soleh dan solehah, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat!
p/s : eh hubby akak ni macam kenal la…gile hensem!! betul la..macam pernah nampak! hari tu kita ada jumpa kan kat traffic light! buat-buat lupa plak *okey jelas dan nyata ini ayat bodek*
p/s/s : Aku rasa excited nak wat entry ni sebab aku pun sambut ulangtahun perkenalan kami 7 ogos! *Sumpah, ini bukan ayat bodek! tapi, nak minta korang doakan kitorang cepat kawen!* =)
sekilas : dah la…! TAMMAT!
Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.
Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)