Assalammualaikum.
Selamat Sejahtera.
Seperti yang korang sedia maklum, kelmarin (23/08/11) aku dan my cinta telah pun pergi berbuka puasa di Bangkok House sebab aku salah seorang pemenang untuk contest yang dianjurkan oleh madammondoq.
Actually, aku segan jugak nak pergi. Tapi memandangkan orang BELANJA, pastu ada 2-3 orang yang aku kenal, maka aku pun gagahkan diri pergi. My cinta pun segan tahu? hehe…
Thanks to Madammondoq dan Bangkok House yang menyediakan makanan yang sodap. Kekenyangan jugak lah aku. Konon nak berhenti sebelum kenyang, tapi masalahnya dah kekenyangan tahap perut buncit baru aku berhenti. Itu pun sebab ada lokasi lain harus dituju. maka aku dan my cinta angkat kaki beransur pulang. kalau tak, boleh sambung lagi seround dua. hahaha.
Ok aku tak bawa kamera pun untuk snap gambar lauk pauk dan pelbagai makanan yang dihidangkan. *oh tidak, time ni dah terbayang plak puding caramel kat situ* Puasa…puasa…sabar! heh.
Jadinya, agak sukar untuk aku gambarkan betapa bestnya makanan di sana tanpa gegambar. Kalau aku detailkan korang leh bayangkan tak? *Errr….takut batal plak puasa korang nanti.ekekeke*
Takpe…nanti aku link kan aje antara blogger yang pergi ke majlis tersebut semalam. so korang leh tengok kelazatan makanan di Bangkok House. Okay? Kalau ada henpon semalam, aku dah snap jugak. tapi memang henpon pun aku tertinggal kat rumah. jadi tak leh ler nak amik gambar bagai kan.
Antara makanan yang sempat aku rasa adalah kerabu mangga >>> ini sodap! sangaaattt sodap. ekceli aku memang suka kerabu mangga dan juga sontam. lagi pedas, lagi terangkat! ekeke…

Gambar ehsan : Teratakarmo (menyelerakannnnnn~!!)
Pastu butter prawn pun layan jugak. Kalau korang penah tengok ghupe butter prawn..sila bayangkan sekarang…fuh~~ best.
Ada gulai lemak ada ayam…Aku suka semua DESSERT dia. hambik ko semua tahu. puding caramel, pulut mangga, kuih muih, abc, bubur dan macam-macam lagi. nak senarai pun tak ingat dah. aku lapar ni! grrr….. pastu ada satu roti dia goreng ngan telur tak silap aku…ke dengan tepung ke apa..itu layaan…benda pertama aku rasa. haissh….korang kena gi sendiri la kat Bangkok House De Palma Shah Alam tu. Cuma RM45nett…murah dan layan beb~!!

Kalau rasa-rasa jauh nak gi kat Shah Alam tu, korang leh juga pergi ke cawangan di PJ. Kat PJ ni harganya murah sket untuk buffet buka puasa ni. RM39++. tapi plus plus tu, tak banyak mana la hai…kan…kalu nak di bandingkan dengan harga di restoran lain…belum tentu dapat harga rendah macam ni.
Pada yang tak tahu, Bangkok House ni menyediakan makanan berasaskan masakan Thai. Nama pun Bangkok House kan, mestila citarasa nya Thai. Kalau korang ni memang minat masakan Thai…apa tunggu lagi. pergi lah cair Bangkok House di Shah Alam dan PJ. DAn berita baik untuk orang di sekitar Kota Damansara. Satu cawangan lagi akan di buka di sana. Mudah-mudahan murah rezeki pengusahanya iaitu Puan Farah. Maaf sangat-sangat, tak dapat jumpa dengan Puan Farah malam tu.
So apa tunggu lagi, bulan Ramadhan bakal tiba di penghujungnya…Cepat segera ke Bangkok House untuk rasai buffet yang disediakan.
Sekali lagi, terima kasih kepada madammondoq dan Bangkok House untuk juadah berbuka yang istimewa ini…mudah-mudahan ada rezeki dan jodoh kita jumpa lagi ye… =)
Berikut adalah senarai blogger yang hadir pada malam tersebut, mungkin ada yang aku segan sangat nak tegur2 tu mintak maap sangat2 tau…hehe..
abang ensem
Eyriqazz
Je Jai
Anak Perak (mamat ni ganti orang tak datang ni..hehehe)
Sizuka
Uzair
Tetikusrosak
Broframestone
(eh ada lagi kan…tak ingat..huhuhu…sedih tak?)
sekilas : yang dapat kad jemputan saya, sudi-sudi le datang kenduri nanti.











