• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category cinta

4 Tahun. Aku Telah Jatuh Cinta.

Aug07
2011
3 Comments Written by Sekilas

Hari ini genap 4 tahun aku bersama My Cinta menyulam kasih.
Hari ini genap 4 tahun kiraan hariku untuk terus bertahan.
Hari ini yang aku nantikan setiap waktu melihat kembali perjalanan cinta kami.

Selamat ulangtahun untuk kami berdua, Aki & Norfa. Moga selama ia bertahan ini akan terus kekal sehingga akhir hayat.
Moga selama mana si dia bersabar, akan terus kekal selama-lamanya.

Bersabar. Membantu. Mendidik. Bersama-sama membetulkan mana yang salah. Moga hubungan ini diberkatiNya.

sekilas : Thanks for everything.

Posted in me - Tagged My Cinta

Adakah Perkahwinan Itu Indah?

Jul26
2011
10 Comments Written by Sekilas

Aku yakin ramai di antara bakal-bakal pengantin menaruh harapan tinggi mengenai perkahwinan. Antaranya mungkin mengganggap dengan berkahwin segala yang haram menjadi halal, segala yang jauh menjadi dekat, segala yang sulit menjadi terbuka dan sebagainya.

Aku mungkin antara orang yang mengharap perkahwinan mampu mengeratkan lagi hubungan aku dan si dia, atau berharap ia adalah syurga dunia tanpa batasan. huhuhu…

Tapi sebenarnya aku juga harus akui, bukan selalunya indah itu hadir di dalam perkahwinan. lain orang lain pula pengalaman mereka. Terkadang kita rasa, sebelum kahwin si dia itu, romantik, happy go lucky, serta mampu membahagiakan kita. itu sebelum si dia mendapatkan kita. sebelum si dia tidur sekatil sebantal duduk serumah dengan kita. sebelum segala macam perihal diri kita diketahui si dia.

Seorang teman kata, aku ingat dah kahwin boleh la nak bermesra2, bercintan cintun macam dulu, sebab semuanya halal…rupanya, dah duduk serumah aku ni macam tak wujud je.

ada juga teman kata, dulu time bercinta, kemain lagi buat lawak, kemain lagi telefon sehari 5-6 kali tanya khabar. dah kahwin, aku baru telefon 2 kali dah bising kata aku mengganggu kerja, tiap2 hari muka serius takde senyum.

Wahai rakan-rakan seperjuangan yang bakal mendirikan rumah tangga, aku berharap janganlah di antara kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap perkahwinan itu. Siapa sangka pasangan yang sebelum ni pendiam, pemalu, tapi bila dah kahwin baru tahu si dia itu pemarah, panas baran, tidurnya berdengkur, bau badannya busuk (mungkin)…ini lah segala kemungkinan yang harus kita terima.

Jika sebelum ini berbatu jauhnya kita tak nampak perihalnya, tapi di depan mata baru tahu si dia itu suka korek hidung, suka makan banyak, dan lain-lain.

Hipokrit itu berlaku demi menawan hati kita. tapi jangan di sangka ia untuk selamanya. Setiap dari kita bisa berubah. Mahu atau tidak. itu sahaja. Cuma jangan berharap ia berlaku begitu sahaja. Ia juga memakan masa seperti mana anda berkenalan dengan si dia.

Menurut pengalaman teman2 lain, perkahwinan pada tahun pertama hingga ketiga adalah tempoh waktu untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain. Lihat, 3 tahun ia mengambil masa untuk mengenali sesama kita dengan lebih baik. ingat dah duduk serumah satu bulan mampu kenal luar dalam dia? ada orang 3 tahun…ada orang mungkin 5 tahun baru nak serasi hidup bersama. Ia bukan jangkamasa yang kejap bagi mengenali setiap inci mengenai pasangan kita.

Tempoh 3 tahun pertama itulah anda mungkin bergaduh, bertengkar soal yang remeh temeh, suami tidur lambat pun kena bebel, suami tengok bola pun dengan kawan pun merajuk, isteri masak tak sedap kena marah, isteri lambat siap membebel, isteri itu, suami ini…

Adakah anda faham, soalnya remeh. Tapi ia tetap menjadi punca untuk bergaduh. menurut pengalaman teman2 lain, selepas tempoh itu, anda akan memahami pasangan. Oh, suami memang ada penyakit imsonia, susah nak tidur malam. Oh rupanya isteri pun suka tengok bola, lebih baik tengok dengan isteri. Oh, rupanya isteri baru belajar memasak, sekarang sudah expert. Oh isteri nak cantik untuk suami, padanlah lambat siap dan sebagainya.

Dah 5 tahun berkahwin, buat apa nak gaduh hal yang remeh temeh. wajah itu juga yang ditatap, kalau isteri merajuk pun, dapat suami yang memang tak reti pujuk, korang nak makan hati sorang2 buat apa? kalau pulak suami tu tahu isteri memang suka merajuk, yang pergi buat dia terasa hati tu buat apa? memahami dan bertolak ansur lebih baik setelah mengetahui 5 tahun pertama itu begitulah rutin hariannya.

[aku tak hengat amik kat mana gambar ni, tak jumpa dah link dia]

Namun, jika masalah yang dihadapi tidak selesai, jangan pula lafaz cerai menjadi jalan akhir. Ingat Allah paling tidak suka akan penceraian. Dalam al-Quran juga ada saranan untuk menyelesaikan masalah suami isteri

“dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan diantara keduanya , maka kirimlah seorang pendamai bagi pihak suami dan seorang pendamai juga bagi pihak isteri jika kedua orang hakim itu bermaksud mengadakan pembaikan nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu yakni untuk berdamai . Sesunguhnya Alah swt amat mengetahui lagi maha mengenal” - surah annisa ayat 35 

Aku sedang menghadapi persedian dari segi mental dan fizikal untuk bergelar seorang isteri. Banyak cerita mengenai perkahwinan yang menakutkan seperti suami pukul isteri, suami ada perempuan lain, suami kuat seks, suami mabuk, kaki judi. Isteri jumpa kekasih lama, isteri kaki clubbing, isteri dera suami, isteri duakan suami. dan macam-macam kisah yang menakutkan sehingga berlaku penceraian pada usia perkahwinan yang adakalanya baru sebulan.

Aku harap, semua yang bakal mendirikan rumahtangga baik lelaki atau perempuan, berilah ruang dan peluang untuk kita sama-sama mendekati pasangan kita. untuk kita sama-sama menjadi suami dan isteri yang soleh solehah serta diredhai Allah. moga perkahwinan ini mampu menghapuskan segala dosa-dosa lama, mampu untuk kita bina satu kehidupan yang lebih baik. Aku doakan aku dan si dia dapat harungi cabaran ini. InsyaAllah…

sekilas : kalau ditanya perasaan aku, sebenarnya aku takut untuk menempuh alam perkahwinan. huhuhu… ini sebagai motivasi diri sebenarnya.

 

Posted in family - Tagged perkahwinan

Wordless Wednesday #6 – Hip Hip Horey~!!

Jul13
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

sekilas : music ~~ Tiada kata secantik bahasa…Horey~!!

Posted in me, Perkahwinan, Wordless Wednesday - Tagged surat kebenaran kahwin

Yeah, Dah Boleh Kahwin!

Jul04
2011
8 Comments Written by Sekilas


(tahu tak ini sijil apa? )

Hai hai hai…
Pada yang tak tahu, ni nak bagitahu, dua hari lepas.. Sabtu dan ahad, aku ada kelas untuk orang nak kahwin..tahu? kurus kahwin lerr…
Actually, aku dah ambik dah kursus kahwin dulu. tahun 2005 tak silap aku. Time tu ambik ngan member aku.

Tapi disebabkan My Cinta tak ambik lagi, jadi dia ajak aku ambik sekali lagi dengan dia. Menuntut ilmu lebih pe salahnya kan? dapat pahala lagi. ..nak2 pulak, tunang sendiri tolong bayarkan. hikhik..lagi ler sukahati. Tapi jangan tak tahu, sebab dia yang bayar, suh aku fokus tau kat ceramah yang ustaz tu bagi. bayar memahal tak dengar plak..tapi time-time ngantok tu, takleh dah pandang ke depan, men gem kat henpon ..hehehe

2 hari itu menyeronokkan. banyak cerita dan kes-kes mahkamah pasal kahwin ni dapat dikongsi oleh ustaz dan ustazah. bermakna banyak lah ilmu baru yang aku belajar kan. hehe..kalau mengantuk pun mungkin ada masa-masanya ustazah yang bagi ceramah. hehe..tahu la, kalau ustazah ni cam sesopan sket. kalau ustaz pun sopan, cuma derang lebih enjoy sket bagi ceramah. =)

semua ceramah ada isi, berguna insyaAllah akan dipraktikkan bila kawen. hahahaha! tak sabau benor.

Sijil pun dapat last day kursus tu…so sekarang dah leh pi cari tok kadi nak mohon nikah. seronoknya!

sapa2 yang nak gi kurus leh je pilih kat shah alam..aku kursus kat situ..bangunan sultan idris shah..eh betul ke? hehehe…anjuran JAIS. selamat berkursus pada yang nak kursus. selamat berkahwin pada aku nanti. =P

sekilas : ada seorang peserta tak dapat sijil sebab skip satu sesi ceramah. kan dah rugi tu.

Posted in me - Tagged kursus kahwin

Perempuan sibuk nak jaga badan, lelaki?

Jun22
2011
1 Comment Written by Sekilas

Ini satu persoalan yang kadangkala bermain di minda aku tapi aku tak berani la pulak nak tanya dengan My Cinta. ekekeke…

Menjelang majlis perkahwinan ni, mungkin bukan pada aku la. pada sesiapa wanita sahajalah, mesti nak sedaya upaya menjaga badan supaya nanti bila pakai baju kawen takdelah nampak gemok, gedebeh sana sini, atau mungkin tiba-tiba time fitting baju ko nampak slim , bila hari kejadian takleh nak zip plak.. kan ..mesti orang perempuan takmo perkara ini berlaku pada dia.

Tapi aku nengok My cinta takde la plak macam beriyer nak jaga badan ke apa..hehehe…aku rasa kepala otak dia tengah sibut duk cari duit kawen, mungkin itu pun dah cukup buat dia menjaga badan (diet) ekeke…

“B, sayang rasa B pun takyah ler taf sangat. takut ler plak nengok orang taf-taf ni”
(Gambar)

Senang citer, si dia tu bukan lah jenis yang taf sangat. tapi dia bersukan ler jugak. dan dedulu ada ler terperangkap pergi gym. lepas tu takde masa, terus tak pegi. lagipun duit nak kena bajet kalau dah gi gym ko ingat skali masuk rm5 je ke? huhuhu….

So lelaki di luar sana, aku ni teringin ler jugak nak bertanya korang ada ke pergi gym? pergi angkat beras berat untuk mentaf kan diri? ada masa? bersukan?

sekilas : aku yang isbuk nak diet, tapi tak diet2 jugak!

Posted in me - Tagged lelaki tegap

Aku rasa zaman ‘gawat’ dah datang

May19
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Mungkin bukan untuk korang. Tapi untuk aku dan My Cinta. dan termasuklah family kitorg. Sekarang dah bulan 5. Fuh! kadang nak masa cepat berlalu. tapi ada masa aku nak minta masa tu slow je sket jalan supaya dapat la antara kami ni menabung.

Lagipun banyak plan yang dirancang bertukar pada plan B. dan aku harap ia masih di hari dan waktu yang sama untuk melangsungkan sesuatu yang baik.

Kesian dengan My Cinta. Aku dapat rasakan 2-3 bulan ni dia kerja straight non stop sampai sabtu ahad, dan public holiday pun dia bantai kerja. Im really appreciate for what are u doing for me. Dan saat-saat ini lah macam2 hal dari kenaikan harga gula, harga minyak la dan apa-apa lagi ler yang buat duit nak pergi banyak sangat dari poket.

Apa-apa pun aku masih bersyukur sebab dalam ‘gawat’ yang sedang di alami ni, aku takdelah hidup sampai tak makan macam orang lain kan. aku terima sahaja apa rezeki yang ada, dan aku berdoa yang sama untuk si dia supaya dia janganlah kerja kuat sangat. kadang2 tak sampai hati je bila tanya

“esok kerja tak?” dia jawab ” Kerja la”

“cuti la satu hari”

” eh tak boleh, rugi2.”

Nak kato apo? huhuhu…Semoga dia diberikan kekuatan untuk terus bekerja dan mencari rezeki dan sihat-sihat selalu hendaknya. Amin.

sekilas : aku…? heh. cmatu jela. kadang2 merengek tak tentu pasal dengan dia nak ajak keluar jugak. takpahamkeorangtunakcariduitkerja?

Posted in me - Tagged kerja, My Cinta

Encik Tunang, saya mahu tengok filem ini bersama anda

May10
2011
3 Comments Written by Sekilas

Nanti saya teman anda tengok filem Fast 5, lepas tu anda kena teman saya tengok filem ini. leh nangis2…hehehe

sekilas : korang agak-agak dia nak tengok tak ngan aku? hehehe

Posted in movie - Tagged nur kasih the movie

Makan Sekut Di Pantry

Apr28
2011
3 Comments Written by Sekilas

Saat-saat aku mengantuk, perut lapar. boleh pulak My Cinta ni bagi aku gelak berdekah kat office (tapi gelak dalam hati pastu sengih sorang) . Kira dapatlah cover rasa ngantuk dan lapar ni untuk sementara.

Sekut? Cer citer B, ape tu sekut? hehehe…B leh join persatuan salah cakap di FB. atau di twitter kita hashtag #typo =P

Ok B, syg gurau je! Lapor dah ni. Tunggu Cik R ni tak kuar-kuar lagi dari meeting room with En. Boss and others. Ingat nak ajak dia skali gi makan!

sekilas : Kalau time puasa tu boleh je tahan perut ni lapar.

Posted in lawak, me - Tagged My Cinta, typo

Andai Lelaki Tahu

Apr27
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan
yang terbaik untuk anda………

p/s : Nukilan ini aku copy dari FB. Tak tahu siapa punya yang asal. please inform me if you know ya!
p/s/s : ada beberepa perenggan dibuang, sebab terlalu panjang, dan daku ambil yang menarik!

sekilas : Saya mahu dia tahu.

Posted in info - Tagged wanita

1 April yang sayu

Apr01
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Bukan sebab kena april fool okay. i tak fool…hohoho….

Dan jangan ler engkorang duk april fool kan orang. Dedulu…time bercinta monyet *bukan bercinta dengan monyet* Sesekolah menengah dulu ler cerita ni. Tu yang SPM tak cemerlang tu, sibuk nak bercinta. Adik-adik please dont do this at school. sebab orang datang skolah nak belajar bukan benci-ta oke.

Eh, menyimpang plak. dolu time ahkakkk ni bercinta, sesaje nak pekena kan boypren, nak minta break! buleh ko? aku cakap, mak aku nak kawen kan aku time tu. hambik! menangis tak berlagu orang tu tau. Aku hengat dia cool…sekali lepas dengar luahan tipu aku tu, terus dia blah. aku ni benarnya memang dah pakat dengan kawan dia. penyudah break up terus! ekekeke….Sensetip tau! Tak kose nak layan.

Skarang takkan ler nak buat cenggitu…pi fool kan orang, sbenarnya diri sendiri pun fool jugak kan. Aku sayang mati tau sama Tunang ku itu. Apeee?? dah tunang? hahaha..saje mengedik. *sorry, jejaka kacak di luar sana, gadis jelita ini bakal menjadi milik si jantung hati pujaan dinda. ngeh3. jiwang karat plak. == okay entry nak mengampu je keje.

[UPDATED] *Tadi bos email, cakap gaji by today before 6pm! Yeahhh…..* Apa kes tajuk 1 April yang sayu ni? aku harap, bos aku tidak membuat apa-apa yang berkaitan dengan April Fool sama aku. sebabnya, until now aku check account maybank ku..gajiku masih belum masuk. Tanya ‘jiran sebelah’ si gadis ayu muka putih cun melecun, katanya semalam gaji dia sudah masuk. dan aku harap Pihak Maybank jangan sengaja-sengaja memperlambatkan proses mengisi ‘tabung’ aku tu yer. babab nanti!

okaylah….dont be fool to make others fool. hohoho hantam sajala labu english aku tah betul ke tidak tu.

sekilas : Rindu sama tunang, buleh? *mood jatuh cinta*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me - Tagged april, gaji
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress