• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Posts in category cinta

Horey! Kad Nikah Sudah Siap.

Oct20
2011
1 Comment Written by Sekilas

Assalammualaikum.
Lama betul tak sembang kat blog.

So ini updet terbaru. Suami (cewahhh….suami tahu!) My Cinta dah pi amik kad nikah kitorang kat pejabat agama. hehehe….kesian dia, hari2 aku duk peringat kat dia. tahu-tahu dah ada atas meja solek. kunun surprise la tu… =P

Sekian, boleh lah check in di mana2 hotel tanpa ragu2…hehehe…

sekilas : my cinta ckp muka aku tembam~! huhuhu…biar la kan..hehehe

Posted in Perkahwinan - Tagged kad nikah

Honey To The Moon (1)

Oct11
2011
11 Comments Written by Sekilas

Hai semua.
Lama tak share story mory kat korang. heh.
Satunya aku cuma dapat online kat ofis jek. Kalau balik pandan baru dapat online. Kalau balik meru, tak dapat ler.

Wokey, hari ni nak hupdet cerita pi hanimun kat langkawi…hurm, agak lama meninggalkan tarikh itu…jadi terlupa plak aktiviti yang dilakukan. boleh?

pada 19 – 22 Sept 2011, aku dan My Cinta pergi hanimun kat langkawi. PErgi tu kitorang naik flight MAS, balik kitorang naik flight AirAsia. Kata My Cinta nak bagi aku rasa naik dua-dua. hehehe..tengkiu~


Ni time sampai airport. Abang ipar aku yang tolong hantarkan kitorang ke airport. terima kasih abg ipar…heh.


Dalam flight. dapat duk tepi tingkap. =)


Ketibaan..feeling obersea la sangat kan…hahaha…

Sampai kat airport langkawi, sebenarnya dah ada orang nak pick up kitorang dari hotel Meritus tu. Tapi kitorang tak tahu, dah pi sewa kereta dulu. kau tahu jela, kuar-kuar jer pas amik beg tu, hambik…semua orang duk panggil2 untuk sewa kereta. tak rambang mata kau..

Jadinya tak naik la kereta dari Meritus Pelangi Beach Resort & Spa tu. (aku tak tahu nak panggilhotel ke resort?)  kitorang naik kereta yang kitorang sewa jerk. Untuk rate kereta, depends ka korang nak kereta apa. tapi ikutkan semua harga sewa kereta kat situ murah2. nak nampak best, naik kereta mewah sket lar..hehe..tapi kitorang memilih kereta yang menjimatkan minyak jer. sbb akan banyak berjalan naik kereta kan.

Kat sebelah kiri tu toilet dia. ada bath up..phewiittt~~ hikhik…
Sampai resort, harus lah ambik gambar bilik…best jugak bilik resort ni. dan rate dia pun haruslah best. tapi kalau korang book online, dapat diskaun…Korang leh check kat website www.meritushotels.com untuk mengetahui rate bilik dia. ikutkan bilik nya semua sama design. cuma view sahaja yang lain-lain. kitorang memula amik garden terrace. tapi sampai sana bilik tu tak siap kemas lagi. last2 orang tu bagi lake view. harga sama..oklah kan..sebba kitorang dah booking. bila dia tengok kitorang ni nak hanimun baru kawen..dorang bagi lake view..bagus tau depa ni.

staff semua mesra alam, peramah bebaik belaka la kata kau. hehehe…sesuai jugak duk sini untuk hanimun. cewah~! pantai pun sangat dekat. macam kawasan pantai tu private untuk resort ni la..

Ni la view kitorang dari bilik. Ada kat beranda tu, My Cinta duk lepak hisap rokok…tengok ler bilik orang lain. tapi so far, takde pun orang nak lepak beranda. hahaha…

Bilik saya 2205…hehehe..

Ini taman kat resort tu. So pepagi, leh exercise…tu tengah excercise la sangat…saja nak ushar awek mat saleh tu la tu.


Swimming pool…tak mandi pun…hehehe..mandi laut lagi best. tapi ni kalau bawa bebudak memang aku terjun jugak mandi. takde orang weh time ni..hehehe.


dah mandi kolam, leh berjemur kat sini yer…hikhik…

ni tempat makan resort ni…nila maksud aku kawasan pantai ni private to guest hotel. depan tu pantai..malam-malam sure best.~! tapi kitorang malam2 lepak bilik la..hahaha..

lepas check ini hotel, kitorang pi lunch kat luar. lepas lunch sesaja jalan2 kat tepi pantai. eh eh terjumpa Nabil Raja Lawak pulak…tinggi jugak mamat ni kan..

Time ni Nabil nak amik gambar pre-wedding dia. Siap tanya kitorang “Hanimun eh?” iyer lar bang bil..hehehe…best kan kawen bang bil? ekekeke…

Eh bang bil nak pi mana…ngan saya tak ambik gamabr pun…oh takut isteri marah yer…heheheh…

oklah..itu dulu cerita psal hanimun aku…tu baru cerita pasal tempat menginap je tu…hehehe..nanti ada masa aku hupdet lagi yek.

sekilas : senangnya dalam hati… =)

Posted in Cuti-cuti, me - Tagged Hotel Meritus Langkawi, Pulau Langkawi

Wordless Wednesday – ILY!

Sep28
2011
3 Comments Written by Sekilas

sekilas : dah kahwin bertambah sayang. =)

Posted in Wordless Wednesday - Tagged langkawi, My Cinta, WW

Majlis Bertandang – Meru, Klang (17 Sept 2011)

Sep26
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Assalammualaikum.
Lama dah rasanya tak menjenguk blog. seminggu tak ku tahu khabar berita pengomen hehe.

Alhamdulillah majlis di rumah aku sudah selesai. Majlis di rumah pihak lelaki pun dah selesai. kakak-kakak aku dah hupdet pasal ni, aku baru nak hupdet. yela majlis aritu sabtu, Isnin tu aku dah fly ke Langkawi. Pastu masuk keje ni la baru dapat jamah internet ni.

Haip, ni time aku tengah hupdet ni dah lepas kul 6 petang yer. Sementara tunggu My Cinta jemput ku pulang kerja, leh ler story mory ngan korang kan.

Majlis rumah My Cinta 17 Sept (sabtu). So aku bertolak ke rumah dia pagi tu jugak dengan BFF Mdm June. Terima kasih bebanyak kat beliau yang sudi bangun pagi menghantar aku. siap belanja makan nasi lemak lagi. hehehe…

Pastu, Sampai kat rumah macik my cinta, dalam kul 10 pagi tu, mak andam pun sampai. Make up ler daku. Nak tengok muka sebelum make up dengan selepas? hehehe…muka aku memang tak cantik mana pun, tapi dengan sentuhan ajaib alat mekap..hehehe jadi cantik ler…


Sebelum…


Selepas…

Beza tak? hahaha…untuk orang yang jarang mekap cam aku ni, memang nampak beza tau..hehehe..jadi yang korang tengok cantik tu tertipu jela dengan mekap. ekekek…macam aku ni ha.

Lepas tu My Cinta pun sesiap..dah halal ni, leh ler tolong2 kan..takdela segan-segan nak betulkan baju ke apa ke..ekekeke..gedik you!

tak lama pastu, family aku pun sampai. dapat ler bergambar ngan derang serba sedikit (macam banyak jer aku rasa bergambar time tu) hahaha…


Bersama mak, kakak-kakak dan kakak iparku.


Ini macik aku – Mak Tam.

Okay time dah sampai. boleh bergerak dah

Berarak….

Makan time…

Bergambor!

okay..sakan!

Lepas bergambor sakan tu, family aku pun pulang..Haish sebenarnya rasa semacam tahu. yela nak duduk rumah mertua kan. mau tak semacam.

Disebabkan kenduri sebelah rumah lelaki ni masak sendiri, memang banyak ler periuk-periuk yang perlu dibersihkan. barang-barang yang perlu dikemaskan. Terima kasih kat My Cinta sebab dia pun tak bebankan aku dengan kerja-kerja tu semua. kira dia buat kerja lebih lagi la dari aku. huhu…

Memang semua orang agak kepenatan malam itu. nak buat sesi buka hadiah pun tak sempat. itulah bezanya masak sendiri dengan catering. Kebetulan pula, memang ada orang datang lagi malam tu. Makanan untuk tetamu pun memang ada lebih lagi.Rezeki orang lah kan.

Begitulah kisahnya yang berlaku di rumah pengantin lelaki…seronok kawen ni. tapi macam-macam dugaan pulak yang datang menjelang perkahwinan tu. PAda bakal-bakal pengantin, selamat menempuhi dugaan itu seperti kami. heh.

sekilas : dah kahwin ni, ada satu perasaan tanggungjawab yang sangat berbeza tahu.

Posted in me, Perkahwinan

Untungnya jadi pengantin

Sep16
2011
7 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum…
Selamat beristirehat kepada mereka yang dapat cuti, kepada mereka yang bekerja, jangan risau, ada bahagian anda nanti (mungkin dpt gaji lebih ke? hehe)

Sesiapa yang belum baca flow citer pada hari kejadian boleh rujuk entry itu yer. Hari ini nak cerita betapa untungnya menjadi pengantin.

Pertama sekali, kerana mendapat perhatian tetamu. cewah, pi mana-mana pun orang nak snap gambar. nak pi shoot gambar outdoor pun kereta lalu lalang duk pon pin pon…ekekeke…perasaan lebih tahu. maklumlah tengah dress up cantik kan.

bukan selalu orang nak ambil gambar kita. aku ni bukan artis kan, jadi sapa la nak ambik gambar aku. hehehe.

Lepas tu, jadi pengantin boleh mekap cecantik. hahaha..orang mekapkan pulak tu. cantik cantik pulak tu. aku ni idok ler cantik mana (tapi manis tu ada) hahaha…jadinya nak ajdi cantik ni time kawen jela. pastu ntah bila la aku dapat mekap cecantik gitu lagi.

Dan paling best jadi pengantin adalah kerana, pengantin dapat hadiah!! yeyeh….ini yang aku nak hupdet ni. selepas siap My Cinta duk sental periuk belanga, yang mana isteri dia ni duk rileks jek..ekeke..maka selepas isyak adalah acara membuka hadiah. lepas makan-makan tu…

Inilah acara yang ditunggu oleh semua orang termasuk pengantin. hehehe…anak-anak buah aku dah standby dah depan hadiah tu nakt engok pengantin buka hadiah. termasuklah adik badik mak ayah. ini sesi paling meriah.

Alhamdulillah, bagi aku hadiah-hadiah yang korang bagi ni sangat bermakna. maklumlah orang baru nak mula hidup sebagai suami isteri, terima kasih banyak-banyak kat korang yang bagi hadiah-hadiah ni. baik saudara mara atau kawan-kawan atau sesiapa sahaja lah…terima kasih.

Berikut adalah sesi membuka hadiah yang kakak aku ambil gambar guna henpon dia. ni semua cilok dari facebook dia.


Hadiah dari pembalut merah ni sangat lah sexyyyy….mula2 aku tak tahu siapa yang bagi. tapi setelah disoal siasat, ada yangsudi beritahu. hehehe…terima kasih lah yer…


Lampu meja. yang ni dah guna, letak kat side table katil tu. hehehe..tak silap aku ni mr Don (secretlab) bagi. terima kasih.


Ni hadiah paling mahal sekali. hahaha…dari BFF. terima kasih banyak2…boleh bawa pi hanimun…yahuuu…


Tak ingat sapa bagi. cantik!


Dapat periuk nasi! yeeehhh…err..tak ingat jugak sapa bagi.

Ni kalau nak tepek semua gambar memang jenuh jugak. hadiah bukan satu dua…nah aku tepek semua sekali yang aku dah buka.


Tadaa….macam-macam hadiah ada. dapat microwave dari boss secretlab…frame ayat Quran dari masayu, dapat pinggan kuali cawan…macam2 la…ada lagi yang tak masuk dalam gambar..nak susun sekali semua pun tak pandai. hehehe…terima kasih banyak2..aku suka!

tu yang aku kata untungnya jadi pengantin. hehehe..rasa nak bersanding selalu jek, hehehe… tapi nikah sekali jelah yer..jangan pikir bebukan. doakan aku bahagia hingga akhir hayat bersama My Cinta.


Penonton yang ada pada sesi pembukaan hadiah…abaikan mak aku yang dah penat nak tido tu. ekekke…

Last but not least…ada satu gambar best nak bagi korang tengok. ia di ambil guna kamera baru hadiah dari BFF aku tu. tak tahu pasai apa, tiap kali aku tengok gambar ni, aku happy! hahahha….


p/s : I love you, Hubby!

Posted in family, me, Perkahwinan - Tagged hadiah, Selamat pengantin baru

Alhamdulillah~~

Sep12
2011
8 Comments Written by Sekilas

Selamat Pengantin Baru kepada aku…hahaha…

Assalammualaikum semua.
Lama tak hadap blog. Sibuk jadi raja sehari. hehehe…sehari je jadi raja.

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat kepada Allah, akhirnya penantian daku bersama My Cinta untuk diijabkabulkan berjaya. Tidak sia-sia antara kami bersabar dan meneruskan hubungan ini. Aku betul2 bersyukur sangat. Aku sudah sah menjadi isterinya. Seronok toksah cerita la weh. hehehe.

10 Sept 2011 bakal dikenang. Sekali lafaz sahaja tau si dia berjaya memiliki daku sepenuhnya. Insyaallah, akan ku jaga mahligai ini, akan ku jadi seorang isteri yang solehah. Pheww~! berdebar je sebut isteri tahu. =P

Aku tepek 2-3 keping gamabr yang telah diambil oleh photographer aku dari Kamerakapok. =) nice job abang-abang semua! cuma, biasalah pengantin memalu kucen sket. hehe…

Terima kasih pada kawan-kawan yang datang yang wish kat fesbuk, sms, call, dan terima kasih tak terhingga kepada saudara mara, family, dan sesiapa sahaja yang menolong secara langsung dan tak langsung pada majlis perkahwinan saya.

Terima kasih buat mak ayah, abang, angah, kak ida & kak shila….saya sayang anda semua!

sekilas : Semalam ada orang tanya, “tak ada masak lunch ke?” lupa pulak dah ada suami. haha…cian suamiku nak makan isteri tak masak. hehe.

Posted in family, Perkahwinan

Protected: Memang susah nak puaskan hati semua pihak.

Aug12
2011
Enter your password to view comments. Written by Sekilas

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Posted in me

4 Tahun. Aku Telah Jatuh Cinta.

Aug07
2011
3 Comments Written by Sekilas

Hari ini genap 4 tahun aku bersama My Cinta menyulam kasih.
Hari ini genap 4 tahun kiraan hariku untuk terus bertahan.
Hari ini yang aku nantikan setiap waktu melihat kembali perjalanan cinta kami.

Selamat ulangtahun untuk kami berdua, Aki & Norfa. Moga selama ia bertahan ini akan terus kekal sehingga akhir hayat.
Moga selama mana si dia bersabar, akan terus kekal selama-lamanya.

Bersabar. Membantu. Mendidik. Bersama-sama membetulkan mana yang salah. Moga hubungan ini diberkatiNya.

sekilas : Thanks for everything.

Posted in me - Tagged My Cinta

Adakah Perkahwinan Itu Indah?

Jul26
2011
10 Comments Written by Sekilas

Aku yakin ramai di antara bakal-bakal pengantin menaruh harapan tinggi mengenai perkahwinan. Antaranya mungkin mengganggap dengan berkahwin segala yang haram menjadi halal, segala yang jauh menjadi dekat, segala yang sulit menjadi terbuka dan sebagainya.

Aku mungkin antara orang yang mengharap perkahwinan mampu mengeratkan lagi hubungan aku dan si dia, atau berharap ia adalah syurga dunia tanpa batasan. huhuhu…

Tapi sebenarnya aku juga harus akui, bukan selalunya indah itu hadir di dalam perkahwinan. lain orang lain pula pengalaman mereka. Terkadang kita rasa, sebelum kahwin si dia itu, romantik, happy go lucky, serta mampu membahagiakan kita. itu sebelum si dia mendapatkan kita. sebelum si dia tidur sekatil sebantal duduk serumah dengan kita. sebelum segala macam perihal diri kita diketahui si dia.

Seorang teman kata, aku ingat dah kahwin boleh la nak bermesra2, bercintan cintun macam dulu, sebab semuanya halal…rupanya, dah duduk serumah aku ni macam tak wujud je.

ada juga teman kata, dulu time bercinta, kemain lagi buat lawak, kemain lagi telefon sehari 5-6 kali tanya khabar. dah kahwin, aku baru telefon 2 kali dah bising kata aku mengganggu kerja, tiap2 hari muka serius takde senyum.

Wahai rakan-rakan seperjuangan yang bakal mendirikan rumah tangga, aku berharap janganlah di antara kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap perkahwinan itu. Siapa sangka pasangan yang sebelum ni pendiam, pemalu, tapi bila dah kahwin baru tahu si dia itu pemarah, panas baran, tidurnya berdengkur, bau badannya busuk (mungkin)…ini lah segala kemungkinan yang harus kita terima.

Jika sebelum ini berbatu jauhnya kita tak nampak perihalnya, tapi di depan mata baru tahu si dia itu suka korek hidung, suka makan banyak, dan lain-lain.

Hipokrit itu berlaku demi menawan hati kita. tapi jangan di sangka ia untuk selamanya. Setiap dari kita bisa berubah. Mahu atau tidak. itu sahaja. Cuma jangan berharap ia berlaku begitu sahaja. Ia juga memakan masa seperti mana anda berkenalan dengan si dia.

Menurut pengalaman teman2 lain, perkahwinan pada tahun pertama hingga ketiga adalah tempoh waktu untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain. Lihat, 3 tahun ia mengambil masa untuk mengenali sesama kita dengan lebih baik. ingat dah duduk serumah satu bulan mampu kenal luar dalam dia? ada orang 3 tahun…ada orang mungkin 5 tahun baru nak serasi hidup bersama. Ia bukan jangkamasa yang kejap bagi mengenali setiap inci mengenai pasangan kita.

Tempoh 3 tahun pertama itulah anda mungkin bergaduh, bertengkar soal yang remeh temeh, suami tidur lambat pun kena bebel, suami tengok bola pun dengan kawan pun merajuk, isteri masak tak sedap kena marah, isteri lambat siap membebel, isteri itu, suami ini…

Adakah anda faham, soalnya remeh. Tapi ia tetap menjadi punca untuk bergaduh. menurut pengalaman teman2 lain, selepas tempoh itu, anda akan memahami pasangan. Oh, suami memang ada penyakit imsonia, susah nak tidur malam. Oh rupanya isteri pun suka tengok bola, lebih baik tengok dengan isteri. Oh, rupanya isteri baru belajar memasak, sekarang sudah expert. Oh isteri nak cantik untuk suami, padanlah lambat siap dan sebagainya.

Dah 5 tahun berkahwin, buat apa nak gaduh hal yang remeh temeh. wajah itu juga yang ditatap, kalau isteri merajuk pun, dapat suami yang memang tak reti pujuk, korang nak makan hati sorang2 buat apa? kalau pulak suami tu tahu isteri memang suka merajuk, yang pergi buat dia terasa hati tu buat apa? memahami dan bertolak ansur lebih baik setelah mengetahui 5 tahun pertama itu begitulah rutin hariannya.

[aku tak hengat amik kat mana gambar ni, tak jumpa dah link dia]

Namun, jika masalah yang dihadapi tidak selesai, jangan pula lafaz cerai menjadi jalan akhir. Ingat Allah paling tidak suka akan penceraian. Dalam al-Quran juga ada saranan untuk menyelesaikan masalah suami isteri

“dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan diantara keduanya , maka kirimlah seorang pendamai bagi pihak suami dan seorang pendamai juga bagi pihak isteri jika kedua orang hakim itu bermaksud mengadakan pembaikan nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu yakni untuk berdamai . Sesunguhnya Alah swt amat mengetahui lagi maha mengenal” - surah annisa ayat 35 

Aku sedang menghadapi persedian dari segi mental dan fizikal untuk bergelar seorang isteri. Banyak cerita mengenai perkahwinan yang menakutkan seperti suami pukul isteri, suami ada perempuan lain, suami kuat seks, suami mabuk, kaki judi. Isteri jumpa kekasih lama, isteri kaki clubbing, isteri dera suami, isteri duakan suami. dan macam-macam kisah yang menakutkan sehingga berlaku penceraian pada usia perkahwinan yang adakalanya baru sebulan.

Aku harap, semua yang bakal mendirikan rumahtangga baik lelaki atau perempuan, berilah ruang dan peluang untuk kita sama-sama mendekati pasangan kita. untuk kita sama-sama menjadi suami dan isteri yang soleh solehah serta diredhai Allah. moga perkahwinan ini mampu menghapuskan segala dosa-dosa lama, mampu untuk kita bina satu kehidupan yang lebih baik. Aku doakan aku dan si dia dapat harungi cabaran ini. InsyaAllah…

sekilas : kalau ditanya perasaan aku, sebenarnya aku takut untuk menempuh alam perkahwinan. huhuhu… ini sebagai motivasi diri sebenarnya.

 

Posted in family - Tagged perkahwinan

Wordless Wednesday #6 – Hip Hip Horey~!!

Jul13
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

sekilas : music ~~ Tiada kata secantik bahasa…Horey~!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me, Perkahwinan, Wordless Wednesday - Tagged surat kebenaran kahwin
« Older Entries Newer Entries »

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 4 Bulan Sebelum
  • Hari Kejadian

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress