• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Posts in category cinta

Salmon Teppayanki yang menggoda jiwa!

Apr05
2012
2 Comments Written by Sekilas

Semenjak preggy ni….aku rasa adalah jugak lebih 3 kali aku menghadap Teppayanki sebagai juadah mengenyangkan perut aku.

Semalam, tekak kemaruk lagi nak makan Salmon Teppayanki. Haa..salmon pulak tu. Takleh ke nak yang memurah sikit…? Kalau time kat opis aku terjah MidValley. So smlm aku duk tanya kengkawan kat FB. Kat mana dekat dari rumah aku.

So aku decide gi KLCC sebab lama dah rasanay tak gi KLCC, nak gi sg. wang takut jalan jem. Tapi time balik kul 10 lebih tu aku lalu depan sg wang..memang jem! apa tah orang KL ni buat malam2 kat bandar…

Lepas solat maghrib terus siap pi KLCC. Hoyeaah! Akhirnya hajat aku yang dah berapa kali makan Teppayanki tercapai jugak. hikhik…


Aku tak percaya aku berjaya menghabiskan semua sayur2an dia yang banyak tu. Ikan dia sangat besar! yummy!


My Hubby pun bantai Salmon jugak. :)

Tapi kalau nak dicomparekan time aku makan kat Mid Valley, sini tak berapa nak kick la. Kat Mid Valley tu, memang sodap! tak tahu la kalau time tu je aku makan sodap kan..tapi memang sodap laie la kato oghang tu.

Sebenarnya, yang gilakan makanan ni dulu Hubby aku ler. Dulu aku mana minat sangat nak makan teppayanki ni. Time puasa dulu (time bercinta cintun la ni), ada ke patut dia ajak aku berbuka kat teppayanki. kuikuikui…

Sekarang, aku layan pulak makanan ni.

Ni memang sebab aku mengandungkan?? hehehe…tah2 pas mengandung kang tak suka  makan teppayanki ni. hahaha…

Ala..mengandung pun bukan selalu…ehh..yeke? hehehe…kalau nak anak ramai kenalah selalu mengandung. lalalalal~~

Oklah…perut kenyang sukahati.! Woha~

sekilas : sayang ngan hubby kita tau! hikhik.

Posted in me - Tagged KLCC, makan-makan, Teppayanki

Majalah Ibu Mengandung + HB rendah

Mar14
2012
2 Comments Written by Sekilas

Oh terima kasih buat suami tercinta sebab belikan majalah untuk ibu mengandung buat isterinya yang semakin comel ni.

Dan ini adalah majalah ibu mengandung pertama untuk aku. woha~! teruja kan?
Selalu baca hak orang punya. Yang ni baca, hak sendiri. Yela, before ni takde terpikir pon nak beli, macam takde sebab la nak beli. sebab majalah tukan berkaitan kehamilan, ibubapa. Kang kalau aku beli time bujang-bujang dulu kang, orang pikir lain plak ye tak?

Presenting to you allsss…hehehe…

Mula-mula nak beli satu je, pastu hubby kata suka membaca tak? kalau suka beli dua. hahaha…So far aku baru je baca buku Pa&Ma tu. BAgus sangat. Ada banyak info yang aku dapat. MAklumlah, aku ni kan first time nak terima baby. so kekadang tu rasa malu nak bertanya kat orang pun ada. JAdi maklumat macam ni dapat membantu ibu mengandung macam aku.


Ada cara macam mana nak mandikan baby okay. ni Hubby aku dah baca dulu. ekekeke…dia kata tak pandai la nak mandikan baby…hahahhaa…Tunggu ada baby nanti leh try ye!


100 Panduan Bersalin. Memang seratus dia bagi. Berguna!


Ini antara kandungannya…

Banyak jugaklah maklumat berguna sangat buat aku. Majalah Mami Baby tu belum baca lagi. Nanti kalau dah baca aku bagitahu camne pengisiannya pulak ye.

Perkembangan aku kali ini ialah, aku semakin gemok! huahuahua…usia kandungan sudah mencecah 5 bulan. Dalam 21 minggu. Hurm…doakan segalanya selamat ye..sehinggalah aku dan baby lahir ke dunia. Risau sangat2.

Baru-baru ni aku pi klinik, cek darah. HB aku rendah. bawah paras 11. Jadinya sekarang aku kena pi jumpa doc 2 minggu sekali. Sepatutnya kalau takde maslaah sebulan sekali je. Tu yang risau. Kana makan banyak darah! guarrrgg…jadi drakula aku. hikhik.

Aku kena makan kerang, bayam, buah jambu batu. dah macam-macam benda yang orang cadangkan aku makan. Mungkin silap aku, pi iron tablet yang doc bagi tu aku tak makin sampai abis. ada hari-hari yang aku miss. sebab tu la hb aku rendah.

Hubby semangat suh aku beli kerang. aku masak. aku ler makan sorang. hehehe…dia makan sikit jek.

Aku harap, next appointment nanti, Hb aku tak rendah lagi. letih ar asik jumpa doc je. nanti nak masuk opis pun asik lamabt je. kalau nak apply cuti kang abis plak cuti aku dek kerana jumpa doc je.

Aku ahrap ibu mengandung pertama kali kat luar cam aku tu, sila jangan abaikan ubat vitamin yang doktor bagi tu ye! demi anak tercinta di dalam perut, berusahala kita ye.

p/s : pada yang tak tahu HB tu apa, boleh tanya pacik gugel yek. heh.

sekilas : baru tulis HB rendah kat fb..berderu komen2 masuk. terima kasih atas keperihatinan kalian. sayang u ollsss..hehe.

Posted in me - Tagged HB rendah, majalah Pa&Ma, pregnancy

Holiday with family in law

Mar09
2012
5 Comments Written by Sekilas

HAi. lama kan tak hupdet pasal diri sendiri. ahaks!

last week, me and family hubby pergi bercuti atau japan-jalan. KAt mana? hehe..kat langkawi…hahha..macam takde tempat lain je kan nak pergi bercuti. Dulu hanimun kat situ jugak. Now, dah pregnant ni kat situ jugak.

Wah..sambil2 tu leh borak2 ngan baby dalam perut ni…kat sini lah mak ngn bapak ko cuba dapatkan kau. wakakaka….boleh buat drama macam tu? hehehe

Penat-penat jugak berjalan2…tapi seronok. mood shopping tu takde lah. tapi abg iparku dan isterinya sakan betul membeli belah. tapi itupun orang pesan. heh.

Aku ngan hubby beli benda kecik-kecik je. Sebab niat tu memang nak jenjalan je.

Boleh enjoy gambar kat bawah…


Si kacak ni namanya Muhammad Aqil Rayyan. Nak abg ipar aku. Aku suka tengok dia sengih cenggini…geram!


Waktu menunggu feri di jeti Kuala Perlis. KAli ni aku pergi naik feri. before ni naik flight. first time nek feri tu takdelah sangat…dulu naik time kecik2 waktu gi Pulau Pangkor. Ni kira second time kot! err…yela tu.


Us. Rasanya posing camni dah pernah amik time go Langkawi nail flight dulu. heh.


Aku dan ibu mertuaku. heh. First time rasanya bergambar dengan dia. Sebelum ni gambar kawen jela. :)


Semua khusyuk tengok laut. aku tak tengok laut sangat. takut pening kepala..kang muntah pulak.


Encik suami. Ini pun si kacak jugak. Takpe…biar aku sorang je puji…hehehehe….

Disebabkan kitorang pergi dulu lepak kat Pulau Chenang…jadi kali ni kitorang still nak lepak kat pantai ni lagi. sebab kat sini senang cari kedai makanan. nak gi mana-mana pun amacm dekat. kecuali nak pergi kuah la. tapi takdelah rasa jauh sangat. KAlau yang memang nak berahat leh la lepak dengan mengambil penginapan di sekita pantai Chenang. kalau rasa-rasa nak shopping lebih, boleh eprgi kat pekan kuah tu. sesuai sangat..


Ni suasana di waktu pagi kat Pantai Chenang. Tengah pikir-pikir tu nak makan kat mana. heh.


Ini lah sayaaaaa…hehehe…. tak boleh blah. Ni kat kawasan banyak kapal-kapal tu. Dulu time hanimun ada gak amik gambar kat sini. tak puas hati..nak amik lagi. hahaha..tah pape la..


Ibu mertuaku di tengah-tengah. Dua orang lagi tu, ayah dan mak mertua abg ipar aku…dorang pun ikot skali. gagah jugak pakcik dan makcik ni berjalan tau. YAng penting semangat. okay.


Us. baru puas hati…ada orang tolong amikkan gambar. Ni MIL aku yang amikkan. hehehe…entah kenapa gamabr ni jelas memperlihatkan kegemukkan aku. haisshh…kalau nak compare time gambar kawen tu macam selim melim jekkk….bisakah jadi seperti itu semula?


Barang-barang yang telah diborong….itu semua bukan aku punya. aku punya satu plastik je. hehehe…tapi memang penuh woo bonet kereta…cayalah!

Tak banyak sangat pun gambar. sebab terlupa plak nak amik gambar. hehe..camera henpon je pun. Oklah itu sahaja ceritaku di hari ini. nanti ada cerita ku hupdet lagi yek! babai.

sekilas : perut ni rasa senak je…haissh..riso!

Posted in family, peristiwa - Tagged bercuti, Pulau Langkawi

Akhirnya…Menara Jam menjadi saksi.

Jan31
2012
4 Comments Written by Sekilas

Kata harus dikota. ye tak?
Kalau dah kata nak amik gambar kat sini, haruslah amik gambar.

Nah. mempersembahkan Menara Jam di Bukit Fraser. :P

Ingat senang nak amik gambar kat sini. Aku kena naik bukit dengan jalan yang bersimpang siur macam ular.
Mak aih! memang skali tu jela aku naik. kalau ada orang ajak aku lain kali, aku tolak awal2 ye.

Muntah toksah cakap la berapa kali.
Hubby yang duk tahan-tahan selama ni pun, akhirnya di hujung jalan poning jugak. memang bukan jalan kami.

sekilas : nanti-nanti updet pasal percutian ke bukit fraser. mood malas. hohoho…

Posted in me, SL - Tagged bukit fraser

Jumaat Yang Indah – Fraser Hills

Jan27
2012
8 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum.

Hari ni mahu pergi fraser hills ikut company trip. Kira macam family day la. heh.

First time join family day office. LOL. ko kira la plak aku kerja tak sampai pun 2 tahun. takyah berangan jauh sangat.

First time bawa hubby gi family day. Okay aku baru kawen 4 bulan. hak hak.
First time hubby nak beramah tamah dengan officemate. tengok kan aje camne. hehehe…
First time pergi fraser hills okay! *jakun* kehkehkeh. kesian aku tahu. 27 tahun hidup…(oh tahun ni sudah masuk angka 27) belum pernah pergi lagi.

Aku harap sepanjang 3 hari di sana, semuanya best dan happy. of course la..takkan nak harap benda yang tak best kan.

Dengarnya ada costume party for dinner, ada telematch, cabutan bertuah, macam-macam aktiviti la.

Aku juga harap kesihatan memberansangkan untuk aku turut serta semua aktiviti. Tapi ada aktiviti yang dah quit awal-awal. kenapa?

…eh korang tak tahu yek??? tak tahu tak apa la…hahaha…

Fraser hills…tunggu ye aku datang dengan opismet lepas jumaat nanti. See ya~


[sumber gambar]
TEmpat wajib untuk aku amik gambar nanti. asyik tengok orang je amik gambar kat sini kan kan kan.

sekilas : hubby tengah pening kepala. keh3…

Posted in me, SL - Tagged family day, fraser hills

Ini sangat menyentuh hati saya.

Dec20
2011
3 Comments Written by Sekilas

This morning, di HOTFM ada segmen Dear Fara, yang mana ada seorang wanita bernama Anisa tak silap aku…menulis tentang masalah beliau. Dia kena pilih sama ada lelaki pertama kekasih hati dia, atau lelaki kedua teman baik dia tetapi pilihan keluarganya.

So ada seorang pemanggil yang share pengalaman melalui segmen ni.

Ia sangat menyentuh hati bila mana sesiapa sahaja yang bercerita mengenai kehilangan suami tersayang pada awal usia perkahwinan. Aku ni kalau bab-bab kehilangan memang menyentuh jiwa sket.

Just nak share panggilan tadi dengan korang…

http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/hotfm/amkrew/audio/bestbit/111220_dilema.mp3
sekilas : camne tah nak embed mp3 kat blog. hahaha….

Posted in masyarakat - Tagged dear fara, dilema cinta, HotFM

Terima Kasih Semua

Dec15
2011
6 Comments Written by Sekilas

Ya. Terima kasih adalah satu ungkapan yang terbaik mampu aku ucapkan pada kalian yang memberi ucapan di Facebook, sms, call, twitter…tengkiu so much.

Terima kasih terdahulunya pada Allah kerana aku masih bernafas walaupun dah berusia 26 tahun 1 hari. =)

Terima kasih pada mak ayah yang pada tahun 1985 tu derang telah berusaha keras untuk mendapatkan aku di dalam perut. aku adalah antara sperma2 yang berjaya merebut takhta di dalam perut mak aku. hehehe….terima kasih mak sebab lahirkan saya!Mak kata dia kena tahan wad sebab time tu darah tinggi time ngandungkan aku. hohoho..terima kasih.

Pertama kali dalam hidup aku hari jadi kali ini dapat ku raikan bersama suami tercinta.! ouch..im in love againnnn…waahhh..kelas gitu.

Terima kasih hubby. Belanja makan. pastu melambatkan masa menuju 12 malam untuk sampai rumah dan pura-pura nak tidur. tiba-tiba keluar hadiah dari dalam selimut. gempak kau!Aku ingat dah nak lelap mata dah after hubby wish happy birthday di telinga ku. cewah! romantis gitu.

hadiah apa ek aku dapat tahun ini. Ekceli saat aku terima hadiah tu, hampir bergenang air mata sebab terharu. hikhik. cuma kaver line sket…sampaikan kalau leh takmo layan hadiah baru. nak tatap wajah hubby yang time tu dia pi nyurukkan muka dia bawah selimut. hahaha…sabo jela.

[sumber gambar]

Inilah hadiah yang aku dapat. Samsung Galaxy S II. huhu..aku cuba blutut gambar dari henpon ke pc aku. gagal pula. jadinya aku gugel je gambar ni. hehehe…tapi sebijik camni la aku dapat.

ada ke patut hubby pilih warna putih. Dia kata, nak tengok macam mana aku jaga henpon. LOL. sedih je tau. mentang-mentang bini dia ni cuai kemain. haip! aku pasti akan menjaganya sebaik mungkin.

aku memang tak jangka ada sebarang hadiah dari hubby. aku mungkin ingat dia dah belanja makan sempena besday aku itu adalah hadiah dari dia. tengkiu ye!

Belum habis godek laie henpon ni….tapi so far, aku suka gile! sejak 2 menjak ni kami jadi penggemar samsung. walaupun kepingin pakai iphone…tapi dapat samsung ni lagi bestttt…hehehehe…member aku yg guna iphone sampai terpegaruh lah nak tukar ke samsung.

yeaahh…tukar jgn tak tukar. nanti leh geng!

ok itu sahajalah coretan ku.

hari ni 15 Disember. Hari jadi anak buah aku Muhammad Danial Mohd Zaire. Anak sumijelly. Moga jadi anak yang baik ye. Macam pesananku tadi, hadiah leh tuntut kat mak pak ye. kat paksu maksu takleh. sebab paksu dah perabih banyak kat bini dia ni. hahahaha…

Selamat hari lahir pada orang lain juge. bulan ni ramai nooo orang kawen..eh..tetiba plak..ramai benor tarikh lahir kenalan terdekat. =)

sekilas : i love my family so much!

Posted in family, me - Tagged samsung galaxy s 2, Selamat hari jadi

Genting Highlands, Me, Hubby and Kids

Nov29
2011
5 Comments Written by Sekilas

Wow! Kids okay! macam anak sendiri pulak. heh.

Assalammualaikum. Aku nak hupdet cerita minggu lepas. Hari Sabtu. Bukan kisah awal muharraam ye. Sabtu yang baru start cuti sekolah tu. (malas nak tengok tarikh)

Baru berkesempatan nak hupdet. *maklumlah orang perasan sibuk*

Sebenarnya takde planning khusus untuk ke Genting Highland pada hari Sabtu itu. Kebetulan Hubby cuti, jam 8 pagi ketika sarapan bersama di Meru, ditemani pemandangan pagi yang indah (ah poyo lebih)…Hubby tanya nak ke mana? Tetiba bila sebut Genting dia macam setuju. Kata aku, kalau nak pergi bawalah anak-anak buah aku yang bertiga tu. Depa tak pernah pergi lagi.

So terus calling mak pak dorang minta izin dulu nak culik anak dorang pi genting. Semua setuju! heh…Segera kami sudahkan sarapan. packing balik kampung (err…balik rumah mak sendiri, kira balik kampung la untuk aku kan?)

Dalam jam 11 pagi bertolak dari Pandan Indah menuju ke Genting Highlands. Punya seronok budak2 ni. Terima kasih kat Paksu (my hubby) tau sebab sudi luangkan amsa bawa korang pergi Genting. hikhik…Sayang pun ucap terima kasih jugaklah.

Disebabkan bawa budak pendek…hahaha…banyak game yang tak dapat aku join sekali. Sebab kena jaga budak pendek. Sapa lagi Qaisara la. Asal gem best je tak cukup tinggi. Hurm..terpaksa lepak dengan dia tengok je hubby ngan Diyana n Umairah bergumbira.

Tapi bila time part Sara punya gem, dia sorang je leh main sebab bebudak lain terlebih tinggi. kah3…kasihan….okay enjoy kan aje dengan melihat gambar2 di bawah ni.


Perjalanan Bermula! yihaa…


Me & Hubby.


Dyanah, Umairah, Qaisara. Feeling kat london lah ni.


Nampak macam budak besar je Sara ni. Tapi, rendah! haissh…naik ler flying Jumbo. huhuhu…


With Paksu kesayangan. hikhik. Ramai anak abang?


Hahaha…muka cuak..tu nak gerak duduk bawah. ceh~


Nak naik kapal masuk tengok persembahan dinasour kt dalam tu, dia punya beratur…panjanggggg giler!. Last2 amik gambar je kat luar. heh.


Asik amek gambar korang jek. Gambar kitorang ni takde tau…ni suh umairah amikkan gambar.


Kuda ku lari gagah berani…


Kan aku cakap…tengok Sara ni, macam orang besar. tapi pendek. hikhik.


Sementara paksu duduk je kat tepi tengok kitorang nek kuda tipu. hahaha…


Tak nak letak gambar ni, sayang pulak muka bebudak ni ada. Tapi apsal muka hubby aku cenggitu. buruk siot! hahaha…ok la hasben ai jugak. hehe.


Tak naik pon! takut…wekk!


Ada gak gambar aku ni..sob2…hahahaha.

Yang penting seronok dan menyeronokkan. Thanks to hubby..thanks to all my nieces. hehehe…panjang umur, ada rezeki lagi…kita pergi lagi okay. kali ni tunggu maksu bawa anak maksu sendiri plak…wakakakaka!

sekilas : i miss my old days…

Posted in Cuti-cuti, family - Tagged anak buah, genting highland

Asam

Nov24
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Sayang : B, Nanti tolong belikan asam kat kedai. Nak makan bagi elak rasa muntah.
Hubby : Asam keping ke asam jawa?
Sayang : (ketawa dulu) Asam nak makan la. bukan nak masak. hahahahaha

(Kejadian berlaku ketika aku sakit muntah2. hehehe….)

Hai…lama betul aku tak hupdet blog.
Banyak nak hupdet. Pasal pergi genting dengan anak buah hari sabtu lepas. Gegambar semua ada. Tapi tinggal malas je nak upload kat sini. Tunggu2 la kalau aku rajin nak buat. Korang sendiri pun leh tengok blog aku ni. Dah tak update hari2 macam selalu.

Kerja pun banyak kat ofis. Hujung2 tahun ni masa untuk clearkan kerja. Supaya tak bawa ke tahun depan. Tapi kisahnya, nak hujun tahun ni la banyak cuti sebab sakit.

Ya, balik daripada genting hari tu, aku muntah-muntah. Tak pernah-pernah naik pirate ship sampai pening2. Pastu bila turun genting blueeeekkk semua isi makan keluar.

Keesokkan harinya, muntah lagi tapi kali ni pakej dengan cirit birit sekali. bukan sekali dua gi toilet. berbelas kali rasanya. laju je kuar macam air. pastu muntah pastu cirit pastu muntah…haiissshh poning den.

Sampai tak larat la nak makan. padahal makan bubur jer. tu pun cirit birit gak.

Kebetulan hubby ada kenduri kat Klang. Jadinya aku kena tunggu dia balik baru pergi klinik. Itu pun singgah dulu kenduri Syazwani anak Paksu Ariffin bertunang. makan jela kat situ. tarammm…pi toilet lagi kuar semula.

Pergi jumpa doc, dapatlah MC untuk hari Isnin.

Disebabkan kekadang kuar ikut bawah kuar ikut atas, aku minta injection dari doc, untuk tahan muntah. Tapi hari Isnin tu muntah jugak…huhuhu…kesian betul aku. Itu yang minta hubby beli asam nak makan tu…ada ke patut tanya asam keping ke asam jawa…cait!


Pada yang tak tahu ni asam keping. [sumber]


Ni asam jawa. Memang la ada juga asam jawa yang orang buat minum or makan. Tapi kalau dah tanya dengan asam keping dah sah2 dia ingat yang jenis masak tu kan…kan.. kan… [sumber]

Oklah…sekarang ni Alhamdulillah, dah beransur pulih. harap2 takdela cirit birit lagi. seksa wooo nak pi toilet byk kali…

sekilas : Allah Maha Mengetahui.

Posted in me - Tagged asam jawa, asam keping

I Hate You, But I Love You!

Nov18
2011
Leave a Comment Written by Sekilas

Waktu zaman bercinta dengan Hubby, duduk jauh2…bergaduh, bertengkar, inilah yang berlaku…

So for all guys out there, apa salahnya cuba faham hati wanita seperti ini (baca : wanita yang keras hatinya, tapi sebenarnya sangat inginkan perhatian)

p/s : Jenjalan kat blog Zara, jumpa gambar kat atas tu. so credit to her and to Sumber gambar

Sekilas : Doakan rumahtangga kami aman bahagia sehingga akhir hayat, walaupun begitu ku sedia untuk menempuh badai yang melanda…insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tagged hati wanita, i hate you, i love you
← Older Entries

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress