Mari kita bicara mengenai kes-kes artis yang selalu beri alasan mengenai baju yang derang fitting last minute.
Dulu ada kes pasal Linda Onn yang kununnye diberikan baju seksi. Dan dia telah menyalahkan pereka fesyennya.
(Mengikut perancangan awal, Linda sepatutnya menggayakan busana rekaan Jovian Mandagie tetapi ditukar pada saat akhir apabila dia diminta menyarung pakaian rekaan Radzwan Radziwill.
“Saya dapati baju kebaya yang disediakan Radzwan jarang dan menggunakan kain renda seakan-akan warna kulit. Selepas cuba memakainya, saya tidak selesa terutama korset pada bahagian atas tubuh saya.
“Dengan rekaan yang jarang pada bahagian dada itu, ia kelihatan seksi. Ia bercanggah dengan prinsip saya selama ini. Oleh itu, demi menjaga maruah dan harga diri, saya lebih rela tidak muncul di permaidani merah itu.
“Saya tahu apa yang saya buat. Saya ada prinsip dan tidak mudah diperkotak-katikkan. Selama ini pun tiada siapa peduli apa yang saya pakai, kenapa tiba-tiba kini ia menjadi isu pula,” )
Itu Linda Onn Punye kes. Tapi yang bagusnya..dia tak pakai pun baju tu. malah tarik diri lagi dari acara gilang gemilang sebagai pengacara. bagus kan! jangan pertikaikan lagi tentang prinsip dia berpakaian.
Pastu tahukah korang pasal Umie Aida pakai baju seksi time kawen dia dulu tu.Waktu dia beri kenyataan balas untuk blog RBF yang mengata pasal Umie pakai baju seksi tu.Konon salah pereka fesyen jugak. On the day dia nak kawen tu baru dia fit baju tu dan seksi. Dalam erti kata, takleh nak edjas la kan.aku ada buat entry pasal dia kat sini.
Now..kisahnya Miera Liyana yang pakai baju seksi time kat event Rafflesia tu *betul ke aku eja nama tu?* Hai..orang masih duk kata dan kata lagi. mulut orang kak, mana leh tutup. Tapi jawapan Miera ialah
Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan
Ok..sikit je tau. itu kata dia. dalam post Anakperak, kononnya ada orang ngaku bestfriend Miera Liyana nak bekap ni tau. suka-suka ati je korang kutuk bestfriend dia. tahu apa kata dia
Dia fitting baju tu last minute 2 jam sebelum show and baju tu terbesar tak berapa ngam dengan body dia, dah abis adjust n terpaksa pakai gak..xde choice
Tak ada chocie katanya….haaa..ini bukan Miera Liyana kata. bestfriend katanya. tak tahu le betul ke tidak. boleh terjah blog Anakperak.
The point is….Kenapa korang yang perasan sibuk ni, tiba-tiba fit baju 2 jam sebelum. on the day la..bla bla bla. korang kan perasan cantik. of course la nak kena fit baju tu sehari sebelum ke….seminggu sebelum ke? kan….nak glamer takkan ler main sumbat-sumbat gitu je kan. Nak-nak kes Umie Aida..time kahwin lagi tu. gila tak gila.
Balik-balik salahkan pereka Fesyen je tau. Pereka fesyen kau tahu jela. nak untung. buat ler seksi seksi baru la korang rasa diri korang tu hot kan! kalau tak korang tak glamer le nanti. hoho.
Oklah. sekarang ni kepada artis-artis yang perasan sibuk dan glamer ni. tolong fitting baju betul-betul. marah-marah sket pereka fesyen korang tu suapya derang tak buat silap macam ni. pereka fesyen, sila take note, mana tahu kang korang time fit baju dorang, tulis, ambil gambar kalau leh rakam skali perbualan tu. takdelah nanti korang je disalahkan.
sekian.
sekilas : ada kes pasal tudung Yuna pula. ape cer ni?






















