Assalammualaikum. Selamat sejahtera semua. Selamat berpuasa. Selamat memperbanyakkan ibadah di bulan paling mulia ini.

Lama dah tak menaip. hehe. segan plak rasanya (eh?)

Seperti post sebelum ini yang telah dikarangkan oleh sumijelly my sister. Alhamdulillah, aku sudah pun selamat melahirkan seorang bayi comel (sape cakap baby tak comel memang tak patut) seberat 3.42 kg di hospital bersalin UMRA, Shah Alam pada 19 Julai 2012 pada jam 1.44pm. Anak aku lelaki :) diberi nama Muhammad Hanif Naufal. Semalam dah register nama dia kat JPN. Macam tak percaya je dah ada anak sendiri. hehehe…Makin besarlah tanggungjawab ku sebagai anak, isteri dan juga emak. Syukur Ya Allah.

Sangat2 bersyukur aku melahirkan bayi secara normal dan aku serta bayi sihat walafiat. ekceli, aku baru je keluar ward. hari ketiga, anak kesayanganku itu kena kuning yang sangat tinggi, malah telah mewarisi penyakit kekurangan G6PD. well, sape2 yang selalu baca blog sumijelly, mungkin tahu anak dia pun ada kekurangan itu. jadi sila lah search kerana aku malas nak ulas pasal itu. (senang citer aku pun tak berapa lagi nak mahir explain pasal sakit ni) Disebabkan kekurangan G6PD itu, maka tahap bacaan kuning anak aku naik mendadak.

Sedih sangat tengok dia kena duk bawah lampu ni dan kena tutup mata tu. dia tak suka. kena bagi dia betul2 dah lena baru boleh letak bawah lampu dan bagi pakai cermin mata tu. kalau tak, meragam aje. lagi sedih, tangan kecilnya itu lebam2 sebab kena ambil darah banyak kali. mula2 ambil darah tu, memang menangis mak dia ni ha. kali kedua dan seterusnya tak tengok. doc ambil darah kat tempat lain. agaknya tahulah tu, hati mak-mak ni mana nak tahan tengok anak menangis kena cucuk. haissh..

Kenalah tahan ward selama 3 hari. Alhamdulillah, semalam baru discharge dari Hospital Ampang. eh, tadi kata bersalin kat UMRA. Yela, memandangkan Hospital Ampang dekat ngan rumah mak aku, maka aku ke situ la terus dan berpantang di Pandan Indah. ikutkan aku berpantang kat Meru selama 2 minggu. tapi kita hanya merancang, jadi Allah dah tentukan anak aku ada kuning, kena gi hospital Ampang dan aku balik rumah mak. senang. :)

nak cerita kisah bersalin nanti la lain entry aku buat ok. Sekarang ni dah masuk hari ke lapan berpantang. 3 hari kat Hospital Ampang ada juga menemukan aku dengan kisah2 tragis hidup orang lain dan membuatkan aku bersyukur dikurniakan keluarga dan kehidupan yang lebih baik. Semoga mereka-mereka yang lain tabah menghadapi dugaan hidup masing2. setiap dari kita telah ditetapkan bahagiannya. semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

Sekarang aku dalam usaha memberi susu badan sepenuhnya kepada Hanif Naufal supaya kuningnya tidak kembali lagi. Alhamdulillah, setakat ni susu masih banyak. Kalau dia asik tidur je, mulalah membengkak. kalau perah dua-dua, dapat jugaklah 4 auns. berkat semangat yang diberikan oleh kakak-kakak aku, kawan-kawan, jiran time dalam hospital, dan pastinya doa-doa kalian aku akan teruskan usaha ini sehinggalah dia berusia 2 tahun. Caiyok!

oklah. anak dah menangis. hehehe…nanti kita sambung lagi okay! salam sayang dari bonda Muhammad hanif Naufal. (anak aku panggil aku bonda okay!) :P

sekilas : Bahagianya Allah aje yang tahu.

4 Responses to “Terima Kasih Allah atas pemberianMu ini.”

Leave a Reply