Jul
Gemok!

Tipu sape cakap aku tak gemok. hahahaha…
Alhamdulillah. Sudah sampai 38 minggu bawa kandungan ni. Baby gerak aktif. Tunggu masa dia keluar je.
Aku dah pesan, jangan keluar time maknya tengah kerja. Bior dah cuti baru keluar ye sayang.
Senang sket nak uruskan apa2 nanti. Maklumlah kita ni baru pengalaman pertama. takut semua nanti kelam kabut dek kerana tiada perancangan.
Tapi kita hanya merancang. Allah yang tentukan.
Today is my last day at office. Yippie~! aku dah apply cuti seminggu awal dari tarikh bersalin. So hopefully, im ready dari segi fizikal dan mental. harus banyak berehat agar ada tenaga yang cukup.
Segala urusan kerjaku digantikan oleh seorang opismet yang lain. akan kuwasiatkan kerja2 ku itu. hehehe..
Lain-lain hal, doakanlah aku selamat melahirkan anak nanti. semoga aku dan baby sihat dan tiada masalah. insyaAllah.
sekilas : Selamat hari lahir untuk emak, jatuh 13 Julai. Tapi cucunya ni takmo keluar lagi. kalau nasib baik, boleh kongsi tarikh lahir.
ilysm emak!








Leave a Reply