Sekilass

A Simply Life of Me

   Jul 11

Checklist : Persiapan Bersalin

Sebelum tu, saja nak share, comment Spam ni dah pandai dah copy paste ayat bahasa Melayu ek. tiap kali check spam comment mesti ada satu dua.

Okay, back to the topic. Minggu ni usia kandungan ku sudah mencecah 38 minggu. Means, ada lagi 2 minggu untuk sampai tarikh EDD aku. Kalau kira hari bebetul, tak sampai 2 minggu betul pun. huhuhu…

So better la aku check balik persiapan bersalin aku untuk anak dan ibunya. anak first kan, mesti la eksaitednya lain macam. :)

let’s checking…

Ekceli, aku tak ingat aku copy list ni dari blog / entry mana. Lupa sangat. lepas dapat aku terus copy paste then email kat hubby. Pastu tak ingat mana sumbernya.

Keperluan bakal bayi :

  • Baju & Seluar :  2 – 3 pasang - DONE!
  • Sarung tangan dan sarung kaki : 2 – 3 pasang - DONE!
  • Selimut : 1 helai - DONE!
  • Tuala : 1 helai - DONE!
  • Topi : 1 - DONE!
  • Barut : 3 – 4 helai - DONE!
  • Lampin kain : 3 – 4 helai - DONE!
  • Lampin pakai buang (saiz newborn) : 1 pack kecil. - DONE!
  • Tisu Berpelembap bayi (Baby Wipes) : 1 pack - DONE!
  • Minyak Telon/Minyak Yuyee - DONE!
  • Toiletries - DONE!


Keperluan bakal ibu :

  • Baju : 2 – 3 helai ( seeloknya yg berbutang dihadapan ) - DONE! Tapi baju butang depan takde. :(
  • Kain Batik :  2 – 3 helai - DONE!
  • Tuala : 1 helai - DONE!
  • Baju sejuk (Sweater) : 1 helai - DONE!
  • Sarung kaki : 2 pasang - DONE!
  • Bra : 2 – 3 helai ( tuk lebih selesa sediakan nursing bra) - DONE!
  • Seluar dalam (Panty) : 3 – 4 helai ( boleh juga kalau nak sediakan disposable panty) - DONE!
  • Maternity Pad : 1 pack - DONE!
  • selipar (Slipper) : 1 pasang – Takde lagi…camno? pakai slipper yang ado dalam kereta jela.
  • Toiletries : cam biasa la berus gigi, ubat gigi, gel mandian, sikat, pencuci muka, bedak - DONE!
  • Air/Minyak Selusuh ; yg ni kalau ade la, saya tak pernah pun bawak apatah lagi minum. – Takde. Kakak Ipar tak bagi bawa. Nurse pun tak bagi minum. huhuhu…jadi bawa air bacaan al-Quran. air mineral Anugerah 30 Juzuk. Boleh rujuk sini.
  • Minyak / losyen tuk ibu2 bersalin - DONE!
  •  Bengkung atau barut – Menunggu kakak kesayangan bagi …tak bebagi pun…haissshh..cepat sket bley.
  • Kad antenatal atau buku pink, kad insurance atau GL letter  – DONE! Standby 24 jam! hehehe

Barang lain ( letak dalam bakul) :Ini semua tak ready lagi. Mohon encik Hubby dapat belikan/sediakan bila aku disahkan bersalin. hahahaha

  • Plastic Bag ; tuk letak pakaian yg dah pakai atau terbasah
  • Termos ; tuk simpan air panas (ade hospital yg dah sediakan tapi kena request la)
  •  Air mineral
  •  Gelas, sudu
  •  Kudapan seperti biskut
  • Minuman 3 in 1 contoh milo ker horlick ker,( biasa la kekadang air yg pihak hospital sediakan tu kureng sikit sedapnya)
  •  Tupper ware

Wokey…Itu sahaja keperluan yang ado. Ke korang ada apa-apa nak tambah lagi? huhuhu…Keperluan ibu dan anak semua dah pack masuk dalam kereta. Apa2 hal nanti hubby buleh angkut ajee…yg tang dalam bakul tu je tak ready lagi. huhuhu…harap2 nanti dapat sediakan lah jugak.

sekilas : Im waiting for my baby! Tak sabar + sangat cuak. :P

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Comments

  1. wawa says:

    tahniah kak. Saya doakan agak dipermudahkan bersalin, semoga akak and baby sihat dan selamat.

Sudi-sudilah tinggalkan komen di sini ya.

%d bloggers like this: