Korang kenalah paham. Sekarang ni aku tengan peknen. Jadi mungkin lah banyak entry pasal orang peknen ni kan. huahuahua…
LAst week me and hubby pergi kelas antenatal. Belajar sikit2 cara nak deliver, penyusuan bayi, senaman, makanan penting dan lain-lain lah. Ingat senang hubby aku nak ikot. Kalau tak kerana ini merupakan anak pertama kami, belum tentu dia nak pergi skali.
Itu pun siap cakap mengantuk duk dalam kelas tu. hahaha…main angry bird plak dia.
Aku amik kelas secara percuma kat Hospital Ampang. Ada perkhidmatan percuma, kenapa harus pergi yang berbayar ye tak. setakat gi kelas je pun, inputnya pun sama je nanti. Jadi betterla savekan duit tu untuk bersalin kat spital swasta nanti. hahaha…nak yg swasta je. first time, bagi la aku merasa dulu. insyaAllah semuanya berjalan lancar.
Kelas tu dari kul 8 pagi sampai 2 petang. Waktu minum pagi tu, aku pun nak gi toilet. So nurse tu kata guna toilet wad kat situ. MEmang masuk wad tu, nengok semua mak-mak buyung sedang bersenang lenang, duk berkumpul berborak sesama mereka. Wah bahagianya. Sementara tunggu anak nak keluar dari perut. hehehe
Dalam toilet, aku terperasan ada nota pemberitahuan di tampal kat pintu toilet tu.

Pastu teprikir jap, patut ke tak patut aku kunci pintu. wakakaka…NAsib baik akub ukan pesakit kat wad time tu. jd takyah la ikut arahan dia. heh.
Sampai macam tu sekali pihak hospital bagi peringatan. Mesti pernah jadi kes beranak dalam toilet ni sebab duk teran-teran. Pastu pintu lak kunci. apa pun tak boleh.
Cerita pasal kandungan ni, sekarang kandungan ku sudah berusia 33 minggu. lagi 7 minggu untuk teruskan perjuangan ku sebagai ibu mengandung. Sekarang, sakit2 belakang dengan tulang rusuk aku ni dah semakin ketara. Baby makin membesar agaknya.
Tidur pun dah tak selena selalu. duk pusing kiri pusing kanan. kalau leh main pusing je takpe. ini nak kena slow motion pulak…macam-macam ek rasanya mengandung ni. harap2 semuanya selamat lah. aku memang sangat2 nebes menanti detik kelahiran baby dalam perut ni. Baik-baik saja ya nak.
sekilas : sekarang badan besar macam belon! huhuhu










bukansahaja sebelum bersalin…selepas berslain pun begitu juga…. kalu hari ni beranak pas tu nak g toilet selepas beberapa jam bersalin. JANGAN kunci pintu……..nanti nak minta petolongan mudah..selalu pas bersalin org mudah tumpah darahhhhhhhhh….ada paham kaaaa??