Hai semua.

Hari ni kita citer pasal kehamilan plak ya. Minggu ni dah masuk 30 minggu. Kira ni trimester terakhir untuk aku lalui sebagai ibu mengandung. heh.

Kadang-kadang rasa tak sabar sangat nak tunggu si kenit ni keluar. Kadang-kadang rasa takut pun ada jugak. Apa-apa pun aku serahkan pada Allah yang Maha Kuasa. Semoga dipermudahkan urusan bersalinku.

Ramai jugak kawan-kawan aku yang dah berjaya melahirkan anak mereka. Bila aku tanya camne rasa sakitnya..dorang pun tak boleh nak gambarkan kat aku. Ni yang mula rasa nebes ni. hehehe…

Gender baby masih belum diketahui dengan nyatanya. Sebab tiap kali scan je, baby duk kepit kaki dia tak bagi kita tengok. suka tau macam tu..tapi takpela..leh surprise kan mak bapak dia ni. hehehe…

Persiapan baby dah beli sikit-sikit. Kira kalau baby ni nak keluar awal, aku dah ada la baju untuk dia pakai. :) baju new born memang sangat chumel okay.

Cuma adalah few things barang baby tak sediakan lagi macam barut, minyak angin apa tu..yuyee..tilam baby, Hopefully, akan dapat disediakan dalam jangkamasa terdekat ni.

Tapi yang nyatakan persiapan mak dia ni takde lagi. nak beli maternity pad, nursing bra dan beberapa perkara penting untuk dibawa ke hospital belum disediakan lagi. Mungkin hujung bulan nanti baru pi shopping barang untuk maknya plak ya. bolehkan bapaknya? hihihi…

Sekarang simptom paling ketara yang aku alami ialah sakit pinggang dan belakang serta kekerapan untuk buang air kecil. Yang lainnya, aku kuat makan! hahahaha….baby dalam perut pun bergerak aktif..Tapi kadang-kadang kalau aku duk leka buat keje, *perasan sibuk* aku tak rasa plak dia bergerak.

Kalau malam, memang la…takmo tido agaknya. Bapak dia nak tido pun boleh terasa anak menendang dalam perut mak dia ni. hahaha…betapa hebatnya anakku! :) InsyaAllah jadi anak yang hebat ya.

Oklah…itu sahaja perkembangan aku yang memang semakin kembang ni. Lenkali story lagi ok. babai!

sekilas : sakit pinggang dan belakang ni memang takde ubatnya ya untuk orang mengandung? hurrm…

2 Responses to “30 weeks.”

Leave a Reply