Sekilass

A Simply Life of Me

   Apr 27

Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI

Assalammualaikum. Dah hari Jumaat ya. Suka la tu korang.
Tapi betul la..sejak akhir-akhir ni rasa cepat je Jumaat. heh.

Ok mungkin entry ni sepatutnya aku dah buat tahun lepas dah. 8 bulan yang lalu la sepatutnya memandangkan usia perkahwinan aku pun dah 8 bulan.

Ada seorang pembaca sekilas bertanya apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan perkahwinan dari Baitulmal JAWI. yela sebelum ni aku ada buat entry pasal Bantuan Baitulmal JAWI dan berhasrat untuk kemukakan apa kah dokumen yang diperlukan untuk memohon. Tapi asyik lupaaaaaa memanjang. sorry la kamu semua ya.

Last night bincang dengan hubby pasal hal ni, dia kata sekarang mana ada bantuan perkahwinan untuk orang ISlam biasa. hanya muallaf sahaja. Aku cakap, time aku tanya tu, kat JAIS memang untuk muallaf tapi kat JAWI boleh untuk orang Islam yang lain.

Hubby kata sekarang jabatan agama dah selaras kan semua untuk muallaf. So, aku tak sure sama ada sekarang ni boleh atau tidak buat permohonan bantuan perkahwinan ni di JAWI. Kepada korang yang nak try, ringan-ringankanlah mulut bertanya pihak JAWI okay. jangan anggap aku keluarkan entry ni, makanya boleh. Ini entry tertangguh 8 bulan lalu tau.

Aku just copy balik dari kertas senarai semak yang aku dapat waktu aku hadir ke JAWI dulu.

1. Satu keping gambar berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)

2. Satu salinan kad pengenalan pemohon disahkan.

3. Satu salinan kad pengenalan pasangan disahkan.

4. Satu salinan penyata gaji/pencen/ilat/surat akuan sumpah pendapatan terkini disahkan.

5. Satu salinan kad memeluk Islam disahkan.

6. Satu salinan kad kelahiran upaya (oku) pemohon/tanggungan disahkan.

7. Surat pengesahan sakit dari hospital kerajaan sahaja.

8. Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan pasangan disahkan.

9. Satu surat kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan disahkan.

10. Surat akuan sumpah (bujang) asal pemohon.

11. SAtu salinan bil elektrik/air disahkan.

12. Satu salinan buku akaun bank dan menunjukkan muka surat maklumat pemohon disahkan. (kecuali Tabung Haji dan Bank ar-Rajhi, ASB, Agro).

Ok itu senarai semak 12 perkara yang perlu ada untuk memohon. Waktu aku pergi tu ada 3 dokumen aku tak lengkap iaitu surat akuan sumpah bujang, salinan bil elektrik dan buku akaun. So aku balik rumah ingat nak dapatkan dokumen tu semula. TApi masa pun makin suntuk, tak sempat nak ke JAWI semula..penyudahnya, aku pun tak jadilah buat permohonan itu.


Nampak tak yang dibulatkan kat no 10 – 12 tu..itu la yang buat tak lengkap time aku nak mohon tu.


Ini pulak borang permohonan yang boleh didapati di internet atau ambik kat kaunter Baitulmal sendiri.

Kepada korang yang nak mencuba, silakan dengan menyediakan dokumen seperti di atas. Adalah digalakkan korang call JAWI dan bertanya sendiri terlebih dahulu. Kang dah sesiap dokumen bagai, dah pergi sana sekali tak boleh mohon. hanya untuk Muallaf. Kang korang salahkan aku pulak.

Aku harap dah selesaikan hutang aku untuk buat entry ni. Maaf banyak-banyak kepada yang menunggu dan tertanya-tanya.

sekilas : Alhamdulillah, majlis kahwin aku semua berjalan lancar dulu :)

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

26 Comments

  1. ridzuan ali says:

    mungkin komen saya off topik tp benarkah sekarang company yg merakam video perkahwinan cik norfa yakni simplisiti studio dah bankrup kerana byk kesĀ² penipuan yg dijalankan nya? ini kerana rakan saya juga antara salah satu mangsa berkata emailnya tidak dibalas & apabila dia pergi ke office mereka dekat worldwide seksyen 13 shah alam, office tu tak wujud.

    • Sekilas says:

      en ridzuan,

      Saya tak pasti mengenai hal bankrup tu, tapi rasanya ada yg beritahu company tu dah berpindah. ke mana saya tak pasti. lagipun saya memang tak amik tahu lagi dah mengenai simplisiti studio. sorry sgt.

      Kawan encik takde try call hp dorang ke? Simpati jugaklah kalau benar mereka tak memberi maklumbalas mengenai hal ni.
      Maaf tak tahu nak bantu macam mana.

  2. Amir Ismail says:

    apa maksud “disahkan”? siapa yg nak sahkan? macam mana nak buat supaya disahkan?

    • Sekilas says:

      disahkan tu maksudnya, salinan fotokopi dokumen yang diperlukan dan mendapat pengesahan bahawa salinan itu adalah dripada yg asal.

      pengesahan salinan tu boleh dibuat oleh ketua kampung, pengetua sekolah, orang2 kerja kerajaan yang mempunyai gred tinggi yang layak. kira lepas je fotostat dokumen tu, bawa la jumpa antara org tu, dan suh dorang sahkan.

  3. fikri says:

    salam sya nk tnya..surat pengesahan sakit dari hospital kerajaan tu..kalau tak ada sakit pun kena pergi jmpe doktor ke?

  4. Sekilas says:

    Wassalam Fikri,
    Eh, bukan mcm tu maksudnya. kalau tak sakit tak payah sertakan skali. ini kalau ada sakit, hanya surat dr kerajaan shj.

  5. mayang says:

    Akak baru planning dengan suami akak nak apply bantuan permulaan perniagaan, sebab suami akak di berhentikan kerja, ada tak dik untuk tujuan itu?

  6. yana says:

    Salam..yg surat kebenaran pekahwinan pemohon&pasangan, dgn surat akuan sumpah bujang tu cmne nk dapatkan?

  7. Aishah says:

    assalam..saye nak tanya, berapa lama tempoh kite dapat duit/cek dari baitulmal untuk bantuan kahwin ni?kite collect atau anta by pos?

  8. wanie says:

    assalammualaikum…saya nak tanya apekah soalan yg akan ditnya semasa temuduga utk bantuan perkahwinan ni?terima kasih.

    • Sekilas says:

      Saya tk dpt pun bantuan tu. Saya cuma lampirkan apa yg perlu ada. saya tk sempat nk submit dokumen. sorry tk dpt jwb soalan awak.

  9. wanda says:

    ada tak alamat baitulmal?

  10. ainnie says:

    klau2 dua2 nk memohon boleh ker?? atau slh seorg je?

  11. elly says:

    Saya ingin mohon bantuan perkahwinan…

  12. mat says:

    memang ada jenis bantuan, perniagaan, dengan syarat mesti tinggal dalam wilayah persekutuan, dan berniaga di Wilayah Persekutuan, antara syarat utama, mesti ada Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang berdaftar dan tempoh matang 6 bulan sekurang kurangnya

  13. bella ezora says:

    nie utk bantuan bru kahwin kew ap ek?
    mse sye ambk surat nikah pjbt agame ad bgtau
    sye dpt bantuan 1 malaysia toe
    sye dpt 250 dn suami 250 btl kew xpasti laa adk ipar pun ad ckp

  14. amiezar says:

    Salam perkenalan…Mintak kongsi sama bagaimana nak pohon skim perkahwinan ni..Untuk makluman sy berasal dr pulau pinang dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai skim bantuan perkahwinan ni..Sekian terima kasih berkongsi maklumat..

    • Sekilas says:

      Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.

      Untuk maklumat lanjut mengenai dokumen atau apa2 yg berkaitan dengan permohonan adalah lebih baik saudara berhubung dengan pihak majlis agama Islam di tempat saudara.

      Saya mudahkan pencarian saudara :

      Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,
      Tingkat 8 & 9, Menara UMNO,
      128 Jalan Macalister,10400 Pulau Pinang.
      Emel : mainpp@mainpp.gov.my
      phone 04 2260305/319 fax 04 2260380

      • zainudin zainal abidin says:

        Salam mr admin, boleh kah apply mohon bantuan kahwin untuk kali ke-2 atau lebih? Terima kasih.

  15. nysa says:

    nak tya , untuk yg duduk kat wilayah persekutuan je ke yg boleh mntak ?

  16. norzaidi says:

    Salam sy nk tye klu dlm masa singkat boleh dpt ke..bantuan ni ikot pd ic ke..klu kt pahang kne g pahang ke..klu kt perak kne g perak ke utk dpt kn bantuan ni

Sudi-sudilah tinggalkan komen di sini ya.

%d bloggers like this: