UPDATE : PENGALAMAN AKU MELAHIRKAN ANAK
Assalammualaikum. Selamat hari Jumaat semua. Ceria nampak? yelah nak hujung minggu kan. Gomen pun nak gaji kan? hehehe…Semoga kalian berbahagia bersama keluarga dan akwan-kawan tercinta.
Aku seronok kalau melihat orang lain bahagia. Tak seperti sesetengah orang, menanamkan rasa benci dan cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Itu sikap yang tak bagus oke.
Baiklah…sebenarnya dalam beberapa hari ni aku kerap memikirkan situasi bersalin. Memandangkan ini pengalaman pertama yang bakal ku tempuh kelak, jadi perkara ni sentiasa bermain dalam kepala otak aku.
Berfikir, kuatkah aku nanti untuk melahirkan anak? Apa rasanya? Mampukah aku nanti untuk menahan kesakitan? Bagaimana keadaan aku? Macam-macam la yan gduk terawang-awang dalam otak aku.
Malah, kalau boleh aku tak mahu tengok video-video berkaitan bersalin. Takut trauma plak nanti. Tapi sebenarnya aku berminat nak tahu dan mendengar pengalaman kalian yang pernah melahirkan anak pertama. Ya, anda. Sekiranya anda orang yang berkenaan, kongsilah bersamaku bagaimana perasaan korang, pengalaman pertama korang, rasa sakitnya macam mana.
Sebab lain orang lain ragamnya melahirkan anak. Ada yang tak rasa sakit, tapi bukaan bawah dah 7cm, sekali teran dah keluar baby. Ada yang berjam-jam menunggu.
Tapi boleh tak korang gambarkan kesakitan tu macam mana. (bagi yang merasa sakit) sebab boleh juga aku bersiapkan diri dari segi mental dan emosi agar aku mampu menghadapinya.
Berkongsilah pengalaman itu dengan aku. Mohon sebarkan juga pada rakan-rakan lain yang berpengalaman. Im so nervous. Walaupun lambat lagi bayi ni nak tengok dunia, tapi aku nak semuanya siap sedia dalam kepala otak ni. Supaya nanti aku tenang dan mampu melahirkan anak dengan baik.
sebagai update perkembangan terbaru, usia kandungan sudah 22 minggu. Banyak minggu lagi untuk ku tempuh. Doakan segalanya selamat. ibu dan anak ye. Terima kasih.
sekilas : seronok tengok baby sekarang. im so excited to have one.










pengalaman saya waktu melahirkan anak pertama seingat saya dulu mmg sakit.. tapi Allah dah lupakan mcmne rasanya kesakitan tu.. sebab tu boleh lagi bersalin utk anak ke 2 n ke 3.. so, jgn risau2 sgt.. bnykkan berdoa.. mudah2an semuanya berjalan ngan lancar….
harap2nya, saya juga akan lalui perkara yg sama. Semoga dipermudahkan…t.ksih berkongsi cerita
klu nk baca pengalaman sy bersalin bleh baca di sini..http://hasilandariku.blogspot.com/2012/03/pengalaman-melahirkan-rusydi.html
dah baca dah
hehe..seronok campur takut pun ada jugak. sakit ye?
swasta senang kan..dpt bawa suami masuk labour room sama. Klu gomen, mana yg boleh..boleh la ye.
Saya pun klau boleh takmo epidural. Tp kedengaran sakit sgt tu..itu mmg di paksa bersalin ke, atau memang dah sampai waktu bersalin? patutnya due bila?
p/s : NAk leave comment kat sana takde ruangan name/url utk pengguna domain sendiri mcm saya.