Alhamdulillah. Usia kandungan sudah 19 minggu. banyak minggu lagi nak pergi.
PErnah kan aku tulis kan entry ni. pasal perasaan aku yang kadang-kadang terfikir, eh betul ke aku ni hamil?
dan baru-baru ni aku ada pergi check up kat klinik. Dan untuk pertama kalinya, aku buat ultrasound untuk tahu pembesaran anak dalam perut aku ni.
Subhanallah. Itu yang terucap dari mulut aku saat aku tengok doktor tu duk scan perut aku dan aku terbaring tengok skrin komputer tu. Ada satu nyawa dalam perut aku.
Nak nangis rasanya time tu. tapi kaber line la depan doktor kan. Time tu hubby duk luar. tak sempat nak panggil pun. aku pun tak tahu plak doktor tu suh baring terus nak scan perut. Kalau tahu aku panggil la hubby. tapi kalau dia ada skali, memang berjurai la air mata aku dek kerana teruja dan bersyukur dengan peluang yang Allah berikan ni. maklum la nak ngada dengan suami. hahaha..
Serius, aku memang rasa sangat gembira dan tak terkata saat tengok ada baby dalam perut aku. TIme tu barulah 100% tanpa ragu aku yakin bahawa aku sedang hamil. boleh camtu? sebab selalu tu aku ingat perut ni besar sebab buncit ke? MasyaAllah…
Allah jela yang tahu perasaan aku. Sesungguhnya moment time mengandung ni memang yang terbaik setakat ni yang aku lalui. Biarpun sakit pening muntah dan macam-macam lagi. Tapi demi zuriat pemberian Allah ni, akan ku tabah melaluinya. InsyaAllah, besar pahala kita kan wahai mak-mak sekalian.
So, aku saja je nak kongsi kegembiraan ni dengan kroang. Sesiapa yang mungkin baru pertama kali jugak macam aku ni hamil, nak share pengalaman pun boleh. walaupun baru 19 minggu, aku ni dah kena minum air gula tahu. sebab doktor kata berat aku naik 2.2 kg dalam sebulan. jadi risau ada kencing manis. tu yang minum tu. Alhamdulillah. takde pun. bacaan memuaskan.
Cuma dalam minggu ni dah beberapa kali lengan ni kena cucuk sebab amik darah. Hari tu sebab nak cek kencing manis…pastu baru ni, sebab HB aku rendah. Kesian kan? hehehe…abis lebam2 tangan ku ini. Doktor bagi aku ubat tambah darah iron tablet. camtula nama dia.

Ni jarum suntikan…takut tak? eeeiii… (ngada betul) – Image gugel je. TQ.
Tak apalah, demi si kecik di dalam perut ni, aku tabah jugak la kena cucuk jarum sampai nurse tu siap main-mainkan aku lagi. Aku ni sebenarnya takdelahberani mana. Tang cucuk jarum tu, memang aku tak sanggup tengok pun jadi aku pejam mata. nurse tu boleh cakap “Eh, darah tak keluar lah kat sini. kena cucuk tangan sebelah pulak lah” dalam hati aku memang panik..gila apa tak keluar nak cucuk lagi ke?
rupanya nurse tu kata “dah penakut sangat sampai pejam mata. Mestila keluarĀ darahnya” hahaha..hampeh tul. Terima kasih.
Nurse kat klinik kerajaan ni memang semua mesra alam. Baik-baik semua. Oh ye, aku check up kat klinik Meru, klang. Kenapa jauh? tanyala hubby kita. hahaha….
oklah..sampai situ je coretan ku. kalau korang ada pengalaman pertama kali amcma aku ni jangan lupa share okay.
sekilas : tengok jarum pun penakut, cane aku nak bersalin tanpa epidural ni? huhuhu…






Tahniah kak..take care
tengkiu nurul.
doakan yg baik2 utk akak dn bby ok.
entah bila la aku nak merasa hamil ni…ehh…
ni gile ke apa? tahu la tak sabar nak kawen…nak tgk emma peknen kan kan kan? hihihi