• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Impian yang tidak tercapai

Feb18
2012
2 Comments Written by Sekilas


sumber : sini

Berapa ramai di antara kita yang ada macam-macam impian di kepala otak tatkala duduk termenung seorang diri.

Ada yang mengimpikan untuk mempunyai perniagaan sendiri, ingin menjelajah ke seluruh dunia, ingin berkahwin dengan putera raja, ingin memiliki gadis yang punya paras rupa menawan.

tapi berapa ramai yang sedar bahawasanya mengejar impian itu perlukan usaha. bukan setakat nak berangan sahaja, angan-angan terus dapat kan. Dan bak kata Anuar Zain “Cinta tak harus memiliki” . Macam mana sukanya kau, macam mana teringinnya kau terhadap sesuatu perkara…adakalanya ia bukan untuk kau. Dan kau bukan untuknya.

Tapi, percayalah setiap dari kita mempunyai bahagian masing-masing yang telah Allah tetapkan untuk setiap hambaNya. Kalau kita usaha, maka cepatlah kita dapat bahagian kita. Kalau lambat maka lambatla. malah kalau kita usaha lebih, mungkin kita dapat lebih daripada apa yang telah disediakan untuk kita.

Untuk itu, saat aku bermuram durja, saat aku berduka dalam memikirkan impian aku yang tidak terlaksana, aku selalu menganggap, Tuhan mahu memberikan yang terbaik kepada aku pabila aku tidak dapat memiliki sesuatu yang aku inginkan itu.

Ya, kadang-kadang kita tak sedar, saat kita melepaskan / redha dengan keadaan tidak memiliki sesuatu atau seseorang, kemudiannya Tuhan berikan pula kepada kita sesuatu / seseorang yang jauh lebih baik daripada apa yang kita idamkan sebelum ini.

Misalnya, Kau teringin benar menjadi seorang wartawan. Minat. Tapi, kau gagal dalam setiap temuduga. Akhirnya satu syarikat telah terima kau bekerja tapi bukan dalam bidang wartawan. Namun dengan kerjaya itu kau telah berjaya ke satu peringkat yang mana kalau kau kerja wartawan, kau masih di takuk lama. itu satu contoh yang mana kalau kita tak dapat apa yang ktia nak, maka janganlah terus mati. Pasti ada sesuatu lain yang lebih bersinar di hadapan.

Macam satu kisah mengenai pensyarah aku dahulu. Beliau kehilangan anak sulungnya yang tercinta saat masih bayi kerana tersedak susu. Sedih. Itula intan pertama dalam hidup mereka suami isteri. Namun mereka redha. Tidak lama kemudian, isterinya disahkan mengandung, Alhamdulillah, Allah kurniakan sepasang kembar kepada mereka. siapa sangka bukan? hilang satu, Allah berikan dua sebagai ganti.

Dan sekarang, kalau aku rasa down, rasa aku gagal dalam hidup aku, rasa aku tak gembira dengan apa yang aku lalui, atau apa jua jenis perasaan yang mungkin membuat aku tidak bersyukur, pasti aku kan kenangkan setiap peristiwa yang orang lain lalui.

Kalau kata hidup susah, ada orang lain yang hidupnya lebih susah. Kalau kata kehilangan insan tersayang, ada orang lain yang memang hidup sebatang kara tanpa kasih sayang. aku pasti akan baca perkara-perkara yang boleh memberikan motivasi kepada aku untuk terus hidup dan berfikir, aku bukan orang yang paling teruk di dunia ni sehinggakan tak boleh nak hadapi ujian dari Allah.

Aku perlu sedar, ada orang yang ingin berikan aku yang terbaik. tapi aku perlu bersabar untuk mendapat yang terbaik itu. Ya, kuncinya kejayaan kita pada hari ini adalah terus bersabar. Mari kawan-kawan, terus bersabar dan kuatkan iman kita. Insyaallah, pasti ada jalannya.

sekilas : walaupun agak kecewa, tapi aku yakin dengan pilihan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain entry :

  • Disebabkan aku tak mahu kehilangan seorang pembaca…
  • #1 Kalau…
  • Tips nak naikkan trafik blog dengan cara paling berkesan.
  • Kisah ini wajib dibaca!
  • Apa hebatnya Siti Nurhaliza?
Posted in me, merapu
SHARE THIS Twitter Facebook Delicious StumbleUpon E-mail
← Apa yang aku suka, mungkin anak aku tak suka.
Pernah fikir tak apa terjadi pada blog sendiri kalau kita mati? →

2 Comments

  1. cikhelena's Gravatar cikhelena
    20/02/2012 at 5:18 pm | Permalink

    aku selalu tau,.down.tp bila baca something yang motivate aku ok balik.semangat,tp lepas tu dtg masalah lain aku down balik.padahal ade org yang hidupnya penuh dengan masalah.lagi susah,tp dorang still positif.

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      21/02/2012 at 10:28 am | Permalink

      kaan….bila kita dh betul2 susah atau bermslh mcm org lain tah mcm mana plak nak hadapinya..sbb tu skrg kena bljr bersyukur. =) takpe biasalah tu, mslh kalau dtg bertimpa2 tu yg boleh buat tekanan tu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress