Asssalammualaikum. Heh. lama tak conteng blog.
Skarang ni kalau nak hupdet blog pun mesti nak cerita perkembangan baby dalam perut. Mak-mak giteww…hahaha…
Alhamdulillah minggu ni dan masuk minggu ke 17 usia kandungan aku. takyah ler korang nak bayangkan besar mana perut aku. kecik laie..Tapi dalam pada tu risau jugak berat badan naik lagi banyak hoho…selera makan sekarang menjadi2 wooo…
Pastu banyak makan makanan tak berkhasiat plak tu. kesian budak kecik dalam perut den ni ha..banyak2 bersabor la yer.
Tapi dalam pada makan banyak tu….bukan semua makanan yang aku suka tu, budak kecik ni nak makan. Silap besar. makan pagi, tengah hari dah buang balik ikut mulut. Tak ke tensi aku gitew…
COntohnya, aku ni suka makan petai. tapi sejak sejak sejak dan sejak dah ada isi dalam perut ni, asal makan je mula la memulas perut la..sakit perut la…dah buang balik.
Kalau makan nasi lemak kegemaran tu, fuh~! sedap tu…tapi tengah hari kompom buang balik. Air yang bukan-bukan pun tak berapa na masuk. contoh air sirap ke…air coke ke (coke ni memang la, dah ler bergas, manis plak kan) air coke tu minum sebulan skali je bila rasa nak minum. tapi kalau minum mesti keluar balik dalam erti kata lain muntah.
Ingat kan dah masuk 4 bulan ni, takde ler lagi simptom2 muntah ni…rupanya ada jugak. Kadang kalau terasa nak minum sangat air manis, aku minum ribena. so di masa lain memang banyak minum air masak la. kakak aku pun dah pesan, kena minum air masak banyak. supaya kandungan gula dalam air kencing nanti tak tinggi time pergi cek doc.
Risau…mahu tak risau. tak nak aku time2 mengandung ni kena kencing manis. boleh efek wooo kat baby dan pada masa hadapan.
Aku akan cuba mengawal nafsu makan yg bukan2 dan jugak nafsu minu yg manis2. Tapi so far memang aku cuba banyakkan minum air masak dan tak sejuk. semoga berjaya nopa! hehe…

Ini waktu aku pergi bukit fraser dengan company. First time main benda alah ni. Usia kandungan 3 bulan. Agak2 nanti anak aku minat tak archery ni? heh.
sekilas : rasa cuak plak bila rasa perut tu tegang.






eleeeeeeeeehhhhhhhhh………………………..huzaiman dh pandai bawa kete tauuuuuuu………..hahaha
so what?? nanti anak nopa bawa kapal terbang la…
Mungkin nanti anak ada iras-iras Legolas.
Bagus juga tu.
Hensem.
*kalau lelaki lah.
abis kalau perempuan, mungkin macam azreen chan. sbb hari2 tgk muka dia lagi banyak dari muka suami sendiri. hahaha….