Sekilass

A Simply Life of Me

   Sep 26

Majlis Bertandang – Meru, Klang (17 Sept 2011)

Assalammualaikum.
Lama dah rasanya tak menjenguk blog. seminggu tak ku tahu khabar berita pengomen hehe.

Alhamdulillah majlis di rumah aku sudah selesai. Majlis di rumah pihak lelaki pun dah selesai. kakak-kakak aku dah hupdet pasal ni, aku baru nak hupdet. yela majlis aritu sabtu, Isnin tu aku dah fly ke Langkawi. Pastu masuk keje ni la baru dapat jamah internet ni.

Haip, ni time aku tengah hupdet ni dah lepas kul 6 petang yer. Sementara tunggu My Cinta jemput ku pulang kerja, leh ler story mory ngan korang kan.

Majlis rumah My Cinta 17 Sept (sabtu). So aku bertolak ke rumah dia pagi tu jugak dengan BFF Mdm June. Terima kasih bebanyak kat beliau yang sudi bangun pagi menghantar aku. siap belanja makan nasi lemak lagi. hehehe…

Pastu, Sampai kat rumah macik my cinta, dalam kul 10 pagi tu, mak andam pun sampai. Make up ler daku. Nak tengok muka sebelum make up dengan selepas? hehehe…muka aku memang tak cantik mana pun, tapi dengan sentuhan ajaib alat mekap..hehehe jadi cantik ler…


Sebelum…


Selepas…

Beza tak? hahaha…untuk orang yang jarang mekap cam aku ni, memang nampak beza tau..hehehe..jadi yang korang tengok cantik tu tertipu jela dengan mekap. ekekek…macam aku ni ha.

Lepas tu My Cinta pun sesiap..dah halal ni, leh ler tolong2 kan..takdela segan-segan nak betulkan baju ke apa ke..ekekeke..gedik you!

tak lama pastu, family aku pun sampai. dapat ler bergambar ngan derang serba sedikit (macam banyak jer aku rasa bergambar time tu) hahaha…


Bersama mak, kakak-kakak dan kakak iparku.


Ini macik aku – Mak Tam.

Okay time dah sampai. boleh bergerak dah

Berarak….

Makan time…

Bergambor!

okay..sakan!

Lepas bergambor sakan tu, family aku pun pulang..Haish sebenarnya rasa semacam tahu. yela nak duduk rumah mertua kan. mau tak semacam.

Disebabkan kenduri sebelah rumah lelaki ni masak sendiri, memang banyak ler periuk-periuk yang perlu dibersihkan. barang-barang yang perlu dikemaskan. Terima kasih kat My Cinta sebab dia pun tak bebankan aku dengan kerja-kerja tu semua. kira dia buat kerja lebih lagi la dari aku. huhu…

Memang semua orang agak kepenatan malam itu. nak buat sesi buka hadiah pun tak sempat. itulah bezanya masak sendiri dengan catering. Kebetulan pula, memang ada orang datang lagi malam tu. Makanan untuk tetamu pun memang ada lebih lagi.Rezeki orang lah kan.

Begitulah kisahnya yang berlaku di rumah pengantin lelaki…seronok kawen ni. tapi macam-macam dugaan pulak yang datang menjelang perkahwinan tu. PAda bakal-bakal pengantin, selamat menempuhi dugaan itu seperti kami. heh.

sekilas : dah kahwin ni, ada satu perasaan tanggungjawab yang sangat berbeza tahu.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Sudi-sudilah tinggalkan komen di sini ya.

%d bloggers like this: