Assalammualaikum…
Selamat beristirehat kepada mereka yang dapat cuti, kepada mereka yang bekerja, jangan risau, ada bahagian anda nanti (mungkin dpt gaji lebih ke? hehe)

Sesiapa yang belum baca flow citer pada hari kejadian boleh rujuk entry itu yer. Hari ini nak cerita betapa untungnya menjadi pengantin.

Pertama sekali, kerana mendapat perhatian tetamu. cewah, pi mana-mana pun orang nak snap gambar. nak pi shoot gambar outdoor pun kereta lalu lalang duk pon pin pon…ekekeke…perasaan lebih tahu. maklumlah tengah dress up cantik kan.

bukan selalu orang nak ambil gambar kita. aku ni bukan artis kan, jadi sapa la nak ambik gambar aku. hehehe.

Lepas tu, jadi pengantin boleh mekap cecantik. hahaha..orang mekapkan pulak tu. cantik cantik pulak tu. aku ni idok ler cantik mana (tapi manis tu ada) hahaha…jadinya nak ajdi cantik ni time kawen jela. pastu ntah bila la aku dapat mekap cecantik gitu lagi.

Dan paling best jadi pengantin adalah kerana, pengantin dapat hadiah!! yeyeh….ini yang aku nak hupdet ni. selepas siap My Cinta duk sental periuk belanga, yang mana isteri dia ni duk rileks jek..ekeke..maka selepas isyak adalah acara membuka hadiah. lepas makan-makan tu…

Inilah acara yang ditunggu oleh semua orang termasuk pengantin. hehehe…anak-anak buah aku dah standby dah depan hadiah tu nakt engok pengantin buka hadiah. termasuklah adik badik mak ayah. ini sesi paling meriah.

Alhamdulillah, bagi aku hadiah-hadiah yang korang bagi ni sangat bermakna. maklumlah orang baru nak mula hidup sebagai suami isteri, terima kasih banyak-banyak kat korang yang bagi hadiah-hadiah ni. baik saudara mara atau kawan-kawan atau sesiapa sahaja lah…terima kasih.

Berikut adalah sesi membuka hadiah yang kakak aku ambil gambar guna henpon dia. ni semua cilok dari facebook dia.


Hadiah dari pembalut merah ni sangat lah sexyyyy….mula2 aku tak tahu siapa yang bagi. tapi setelah disoal siasat, ada yangsudi beritahu. hehehe…terima kasih lah yer…


Lampu meja. yang ni dah guna, letak kat side table katil tu. hehehe..tak silap aku ni mr Don (secretlab) bagi. terima kasih.


Ni hadiah paling mahal sekali. hahaha…dari BFF. terima kasih banyak2…boleh bawa pi hanimun…yahuuu…


Tak ingat sapa bagi. cantik!


Dapat periuk nasi! yeeehhh…err..tak ingat jugak sapa bagi.

Ni kalau nak tepek semua gambar memang jenuh jugak. hadiah bukan satu dua…nah aku tepek semua sekali yang aku dah buka.


Tadaa….macam-macam hadiah ada. dapat microwave dari boss secretlab…frame ayat Quran dari masayu, dapat pinggan kuali cawan…macam2 la…ada lagi yang tak masuk dalam gambar..nak susun sekali semua pun tak pandai. hehehe…terima kasih banyak2..aku suka!

tu yang aku kata untungnya jadi pengantin. hehehe..rasa nak bersanding selalu jek, hehehe… tapi nikah sekali jelah yer..jangan pikir bebukan. doakan aku bahagia hingga akhir hayat bersama My Cinta.


Penonton yang ada pada sesi pembukaan hadiah…abaikan mak aku yang dah penat nak tido tu. ekekke…

Last but not least…ada satu gambar best nak bagi korang tengok. ia di ambil guna kamera baru hadiah dari BFF aku tu. tak tahu pasai apa, tiap kali aku tengok gambar ni, aku happy! hahahha….


p/s : I love you, Hubby!

7 Responses to “Untungnya jadi pengantin”

Leave a Reply