Sekilass

A Simply Life of Me

   Aug 13

Bantuan Baitulmal JAWI

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

AKu baru terbaca kes Gaysec yang kata mohon maaf sebab kes Arlene Tan dan hamba Allah yang menghina Islam tu. So kepada semua orang yang post entri pasal tu, apa lagi, boleh juga buat perohonan maaf secara terbuka. TAk baik simply2 tulis yang bebukan pasal orang lain. Kesian orang lain jadi mangsa.

Well, aku nak cerita pasal Baitulmal JAWI yang aku singgahi semalam. MEsti kroang pelik apa aku buat kat sana. Sebenarnya aku nak mohon Bantuan Perkahwinan dari baitulmal. Mungkin nampak macam tak patut je kan aku minta. TApi walaupun begitu ada peruntukan bantuan perkahwinan.

Waktu aku sampai tu, punyalah ramai oprang minta bantuan. Yang minta bantuan makanan macam beras pun ada, bantuan kecemasan RM50 pun ada, batnuan akademik pun ada, bantuan perniagaan dan sebagainya.

Pendek kata, memang ada macam2 bantuan untuk umat Islam yang memerlukan. Yang payahnya, nak kena sediakan dokumen, nak pengesahan, nak surat dan isi borang. Kalau untuk orang macam aku, takde masalah sangat. sebab aku boleh usahkan cari dokumen tu dengan jayanya.

Tapi ko bayangkanlah bagi macik pacik yang tua-tua nak mohon bantuan ni, aduhai. sedih rasanya. Dorang kena datang berulang kali bila dokumen tak cukup, surat tak ada.

Dah ler ada yang datang naik bas, nak lrt, jalan kaki, tak kesian kau? Macam-macam jenis orang minta bantuan, sampai satu masa tu aku rasa macam tak patut je aku minta bantuan perkahwinan tu. Tapi, rezeki masing-masing, aku mencuba nasib mohon. Kalau dapat, boleh ler nak tampung mana2 yang berkaitan kan.  kalau tak dapat, maka ia pergi kepada orang yang lebih memerlukan la.

Berbalik cerita pasal orang-orang yang mohon tadi. ADa juga akak-akak yang mohon nak meniaga. tapi sahsiah diri pula tak terjaga. pakai tudung, tapi baju lengan pendek. ada juga Pegawai JAWI di situ pun menegur secara berhemah.

Alhamdulillah, aku tengok pegawai JAWI memberi layanan baik pada setiap pemohon walaupun mereka berdepan dengan pelbagai karenah. Cuma ku rasa kesian dengan pacik macik dan ada seorang muallaf yang rasanya memang memerlukan bantuan sehinggakan dia keluarkan wallet dari poketnya untuk beritahu dia kesempitan.

IA mengingatkan aku kisah baru-baru ini tentang isteri dan ibu tunggal yang pergi ke gereja meminta bantuan dari agama lain. Mungkin kerana bantuan yang diterima itu tidak memerlukan prosedur yang sulit untuk menerima bantuan berbanding kita yang perlukan lebih kurang 8 jenis dokumen yang perlu disahkan bagi memastikan bahawa seseorang pemohon itu layak.

Yela, aku faham juga prosedur tu. pemohon bukan sedikit. malah bukan tiada orang yang menipu untuk mendapatkan bantuan ni. Tapi bayangkanlah, kalau tak susah, kalau memang tak kerana memerlukan, kita dah tentu tak memohon kan? Cuma aku harap, janganlah ada kes yang menipu. kita kemukakan aja dokumen yang betul, dan segala yang betul. Kalau dapat, alhamdulillah. kalau tidak, maknanya rezeki tu untuk orang yang lebih memerlukan. Tak perlulah sampai nak menipu untuk dapatkan bantuan.

Agak beremosi aku semalam kerana mengalirkan air mata melihat mereka yang memohon bantuan. Sampaikan aku rasa nak balik je. tapi dah datang rempuh jem sampai ke chow kit, takkan nak balik macam tu je. aku pun cuba nasib juga.

Alih-alih ada 3 dokumen aku masih tidak cukup. surat akuan sumpah (bujang), bil letrik, dan salinan buku akaun. Aku kenalah datang balik submit borang tu Isnin ni. kalau berksesempatan. InsyaAllah.

KEpada mereka yang memerlukan bantuan, jangan segan-segan untuk memohon. bagi mereka yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur, boleh lah ke Baitulmal JAWI. bagi negeri-negeri lain eloklah merujuk kepada jabatan Agama Islam yang berkenaan.

Untuk selangor, Bantuan perkahwinan hanya untuk Muallaf atau saudara baru sahaja. Mungkin jika anda benar2 susah boleh try and error bertanya bagaimana nak mohon. Aku pun pelik kenapa JAIS berikan pada muallaf sahaja. sedangkan JAWI dibolehkan pada orang Islam yang lain.

Nanti aku senaraikan dokumen apa yang perlu ada untuk memohon bantuan perkahwinan di baitulmal JAWI. mana tahu ada di antara korang yang memang memerlukan nak mohon. dah leh prepare. takde la nak kena ulang alik 2-3 kali untuk bawa dokumen yang tercicir. Tapi lain entry lah buat yer…

sekian sahaja cerita ku. moga yang susah sama dibantu, yang senang hulur2kanlah tangan membantu.

sekilas : bersedekah adalah amalan mulia di bulan Ramadhan ni.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

33 Comments

  1. Kim says:

    Assalam,

    Sekilas, boleh tak bagi detail dokumen yang penting untuk permohonanan bantuan perkahwinan tu, dan apa syarat2 nyer.

    tengkiu

  2. ZUHA says:

    boleh tak bagi saya detail dokumen yang diperlukan untuk bantuan perkhawinan tu.,,dan ape syarat2 nya secepat mungkin..tq

  3. cintalaily says:

    Assalamualaikum, sis boleh tlong sya nak tnya dokumen apa yg diperlukan, syarat2 nya…dan adakah kene ade tarikh dulu baru boleh memohon?
    realy2 need to know…

    wasalam.

  4. cintalaily says:

    kak da update ker??

  5. atie johan says:

    salam ..saya naktnye..tapi lari tajuk sikit la. suami saya mualaf..dh hampir 7 thn die memeluk islam. perkahwinan kami berjalan dengan lancar dengan bantuan kuarga saya. selepas 3 bln berkahwin suami saya sakit teruk sehinnga memerlukan pembelanjaan yg bnyk. kami cuba anta mcm2 perubatan.. ada ubt kampung ada juga kami hanta ke hospital.. hospital mengesahkan suami saya mengidap pelbagai penyakit seperti angin pasang , apendict , dan yg paling teruk die mengalami sakit tulang belakang bercntum yg mengambil masa seumur hidup penyakitnya itu. selama 3 thn kami berkawin dan mempunyaisoerang chya mata. kami tidak pernah menpunyai pendapatan yg cukup. selalu kena pinjm sana sini..hidup kami juga tidak tenteram kerana tidak mempunyai wang yg cukup untuk tampung pembelanjaaan rumh , anak ,dan rawatan perubatan suami saya. sekarang kami memerlukan wang secepat mungkin untuk rawatan tulang belakang suami saya sejumlah rm 1500. di sini saya nak bertanya samada suami saya yg merupakan seorang mualaf layak atau tidak untuk meminta bantuan kekal untuk setiap bln atau sebaliknya..???

    • Sekilas says:

      hurm…mungkin ada baiknya puan rujuk terus kepada JAWI. Saya kurang arif dengan masalah puan ni. LAgipun saya cuma terangkan mengenai bantuan perkahwinan melalui pengalaman saya je.

      Mudah2an, suami puan cepat sembuh…tak salah mencuba untuk bertanya dulu di JAWI. harap2nya dapatlah bantuan tidak banyak pun sedikit jadilah kan…

  6. Mad says:

    baper limit maksimum bantuan leh dpat dari baitul mal???

  7. fidza says:

    slam.. awak.. sy nak tnye ckit.. perempuan pon kena buat surat akuan sumpah ke? sy betuk2 xtahu ni… n maybank sye xde buku so boleh x ambik penyata bank saje?

    • Sekilas says:

      fidza, perempuan tak perlu buat kot rasanya.
      penyata bank boleh, asalkan ada nama dan no akaun. hrp dpt membantu, utk pertanyaan lanjut boleh berhubung dgn maiwp ya.

  8. Muhazffar bin Abdullah says:

    Saya seorang muallaf dari sarawak yg telah dibuang keluarga sebab masuk islam.saya kahwin atas usaha sendiri. Dari saya diislamkan saya tak pernah dapat apa pun bantuan Dari maiwp Malah saya tak tahu maiwp Ada sediakan bantuan untuk muallaf,Mcm mana kiranya saya ingin memohon bantuan berkenaan sebab saya amat memerlukan dikala aidilfitri yg Akan Tiba nie Malah sebulan kemudian isteri saya Bakal Bersalin anak ke 2.amat banyak belanja diperlukan,pendapatan saya cuma disekitar rm1000,keadaan ini amat membebankan saya..Ada tak saudara saudara yg sudi bg panduan

    • Sekilas says:

      en muhazffar, adalah lebih baik encik terus ke maiwp untuk tanyakan mengenai hal ini. saya simpati dgn keadaan encik. semoga urusan encik dipermudahkan dan keluarga encik dimurahkan rezeki.

      saya sekadar boleh berdoa untuk encik.

  9. lizajohor says:

    salam Kak,ad no tepon jawi x?sy nk klu xkbratn

  10. Rosni says:

    Askm…saya nak tanya bantuan Baitulmal utuk pendidikan. Boleh bg tau caranya tak?

  11. syed izhar says:

    salam….sya nak mohon bantuan kenapa susah sgt….sya ada kad oku pn susah nk mohon bantuan….sya kemalangan jalan raya…..peha sya patah 2 belah,tangan kiri sya pun patah…sya nak minta modal utk mulakan perniagaan je……sya pergi baitumal pegawai dia ckp sya kna mulakan perniagaan dlu….mcmmna sya nk mulakan sedangkan modal pn sya xde………..

  12. syed izhar says:

    kenapa payah sangat nak mohon bantuan dengan agensi macam ni?dan jangan pulak marah nanti kalau orang macam saya minta bantuan dengan orang2 kristian…..saya dah patah kedua-dua belah peha dan tangan kiri…saya nak mohon bantuan perniagaan pun susah….lagi pulak saya ada kad OKU kenapa susah sangat?????????

  13. Sekilas says:

    Saudara,
    kenapa mesti cepat berputus asa? Takut benar bunyinya bila saudara kata ingin mohon dengan orang2 kristian. sudah punya niat sebegitu? saya bukan orang kebajikan. bukan juga orang baitumal. Saudara marah2 di sini pun tiada guna. Saya orang biasa yang mungkin lebih bernasib baik.

    Bukankah Allah itu Maha Mengetahui. Mohon doa banyak2 dari Dia. Mungkin ada yang kurang sini sana. Tak semua orang bernasib baik. Tak semua orang sihat hidupnya aman. tak semua orang sakit hidupnya derita. SAya hanya boleh berikan pandangan dan nasihat. janganlah suadara punya niat seperti itu. tiada perkara mudah dalam hidup ini bukan utk orang sakit sahaja, orang sihat pun begitu.

    Life is so hard! selamat berjuang ke jalan yang benar.

  14. zam says:

    betol tu en syed izhar..ni bukan nk marah,just nk kgsi.
    ~sy excdent bulan 12\2012 xde duit nk wat operation n pinjam kwan..tu pn bulan 1 bru buat operation.
    ~then bila kuar wad kwan sy suggest g baitumal wat pmohonan bntuan bulanan n selesaikan hutang. tp xlulus walau pn sy dah buat surat rayuan. jd dalam keadaan cm ni mcam2 kita fikir nk buat kn,mmg org ckp bntuan gereja lg senang..tp dalam kecewa n dihasut pula shaitan kn, pkir lah dah masuk bulan 3..nk makan ape..sewa nk dbayar,tmbang ulang alik ke hspital lg..cuci hari2 kne byar.
    ~Jd walau tangan ni belom baik sy da nekad utk cri kerja yg ssuai tp myebabkan otot tendon sy putus pulak n perlu dibedah lg..jauh dhati sy myalahkan baitumal kerna tak luluskan bantuan,bukan sy mahu bantuan berterusan…cuma dalam waktu sy tidak dapat bekerja sahaja,sedangkan selama ini zakat sy jelaskan tiap2 tahun..inikah yg sy dapat?? jd kt dunia ini..mana lg nk minta bantuan, gereja???????

    • Sekilas says:

      En. Zam,

      “jd kt dunia ini..mana lg nk minta bantuan?”

      tepuk dada tanya selera. nasihat saya rujuklah pada orang yang berkenaan.
      Saya bukanlah orang yang tepat untuk memberikan jawapan yang encik harapkan. Doa saya semoga encik beroleh kebahagian yang setiap org impikan. insyaAllah.

  15. Mohammad says:

    Assalamualaikum,
    Bagaimana saya ingin memohon bantuan perkahwinan?
    apa yang diperlukan?
    syarat2nya?

  16. zam says:

    Org da kawin 5bln bleh ker mohon bantuan baitulmal

  17. zam says:

    Bantuan kawin ni utk org sblm kawin ker @pn da kawin br bleh mohon.

  18. mat says:

    bantuan perkahwinan ni memang wujud dan ada, sebab dulu saya yang menguruskan bantuan ini. permohonan kena mohon sebelum bernikah, jika selepas bernikah ( dalam tempoh sebulan) di bolehkan lagi memohon. bantuan perkahwinan ni, xkisah , sesiapa pun boleh mohon, lulus atau tidak, bergantung perkiraan had kifayah. permohoan perkahwinan ni untuk perkahwinan kali pertama sahaja, jika nak berpoligami xboleh mohon atau yang pernah berkahwin pun xleh mohon. tu sebab kena minta surat akuan pengesahan bujang. syed izar, mesti ada sebab kenapa tidak diluluskan bantuan awak, maybe sebab awak bukan tinggal dalam wilayah persekutuan rasanya. syarat untuk memohon bantuan perniagaan, mestilah pemohon tu dah berniaga dulu, bukan bantuan untuk memulakan perniagaan, jika nak mohon untuk memulakan perniagaan , cuba mohon kat TEKUN. cara syed izar taip, seolah bayar zakat tak ikhlas, adakah syed izhar bayar zakat sebab nak minta balik?

  19. MOHD SHAHRIZAN MOHD SANI. says:

    assalamualaikum,
    saya nak kongsi sikit tentang saya skrg ni.
    saya pernah mohon bantuan kecemasan bersama isteri saya warga seberang serta punyai anak yg baru usia 2bulan,saya merayu pada pegawai tu bahawa saya dah dihalau oleh family angkat saya dari rumah dan skrg saya menumpang rumah Abang saya punya Isteri.
    saya malu juga akan tetapi demi anak saya yg perlukan susu dan lampin pakai buang saya mohon.
    saya berjaya dapat bantuan itu akan tetapi ia sekadar mencukupi utk sehari guna sahaja.
    sebelum itu pegawai itu suruh saya mohon bantuan bulanan akan tetapi saya tidak mampu membuka akaun bank islam,saya dgnanak isteri saya benar2 dalam kesempitan skrg ni kerna motor saya ditarik utk pergi kerja harian.
    mohon jasa baik pembaca keluhan saya ini agar terbuka pintu hati utk membantu.

  20. azwan says:

    hello..kalu mcm saya nk kahwin lagi satu pon boleh mohon bantuan jugak ke??

  21. ned says:

    sis boleh saya tahu di mana tempat baitulmal jawi tu? dan apa syarat dokumen yang boleh di bawa dan berapa jmlah maksima untuk mbuat pinjaman ye?

Sudi-sudilah tinggalkan komen di sini ya.

%d bloggers like this: