Sekilass

A Simply Life of Me

   Jul 17

Wasiat : Drama terbaru di Astro Prima

Bagi peminat drama melayu tanah air…perghh, meh teman nak kabo kan kat kome semua. Astro Prima di saluran 105 bakal menayangkan satu drama terbaru yang diberi nama WASIAT. Drama WASIAT ini dibarisi pelakon yang hebat-hebat bagi aku seperti Farid Kamil, Beto Khusyairy, Sara Ali, Yasmin Hani dan ramai lagi.


FARID KAMIL


SARA ALI


YASMIN HANI


BETO

Korang mesti tertanya-tanya-tanya apa sinopsis cerita ni. Okay drama ini mengisahkan tentang……eh suspen tak? ekekeke…korang baca jela sinopsis kat bawah ni. ekekeke…

Sinopsis Drama WASIAT
Kisah ini bermula apabila seorang hartawan Agus Raizal meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas, apa yang disangka khalayak ramai, perkahwinan kedua beliau. Shark fikir Agus akan meninggalkan semua harta Agus kepadanya, kerana dia satu-satu anak Agus. Marina merasakan apabila dia berkahwin dengan lelaki tua itu, dia akan memiliki semua kekayaaan yang dicari-carinya selama ini

Tidak terlintas di fikiran mereka yang Agus mempunyai perancangan yang hebat untuk mereka. Walaupun dia telah meninggal dunia, dia masih mampu memperdayakan mereka. Dalam wasiatnya, mereka perlu tinggal sebumbung dan bekerjasma bagi memajukan salah satu daripada perniagaannya sebelum segala hartanya dibahagikan.

Perkara ini menyusahkan Shark dan Marina yang menginginkan harta tersebut untuk diri mereka sendiri. Sementara mereka bertungkus-lumus menjatuhkan sesame sendiri, Sofiyan anak Cik Ros dibiarkan bersendirian meratapi kematian Agus. Sofiyan mempunyai karisma anak lelaki yang Agus impikan. Agus sentiasa melayan Sofiyan seperti anaknya sendiri, dimana Shark merasa jauh hati atas tindakan bapanya. Shark inginkan kasih sayang daripada Agus tetapi dia tidak faham kenapa dia diketepikan.

Kebencian Shark terhadap Sofiyan menjadi lebih teruk apabila teman wanita Shark, Hanna mula mencintai Sofiyan. Sofiyan dan Shark akan bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan Hanna dan harta. Bagi Shark, ia tentang kuasa dan wang manakala bagi Sofiyan, ianya kerana kasih sayang dan tanah yang mereka duduki sebagai satu keluarga. Sayangnya, perkara sebenar tentang diri mereka tidak mereka ketahui.

Ha…amacam..ada tertarik menarik tak??….kalau nak tahu apa kesudahan drama ni..bagaimana ia bermula..jangna lupa untuk tonton drama WASIAT di ASTRO Prima saluran 105 bermula 27 Julai 2011 ini. Senang Cerita SETIAP HARI RABU.

sekilas : aku pun excited nak tunggu drama ni. menarik!

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Sudi-sudilah tinggalkan komen di sini ya.

%d bloggers like this: