Sekilass

A Simply Life of Me

   Jul 05

Pelancaran Program Perumahan 1Malaysia (PRIMA)

Tadi di laman Facebook Dato Najib ada post gambar dia pi melancarkan program perumahan 1 Malaysia (PRIMA) di Putrajaya.

Jadi di laman twitter ramai jugak ler yang duk cerita-cerita pasal projek perumahan ni dengan harganya, status mohonnya, pendapatan isi rumahnya dan bla bla bla…

Gambar ni culik kat FB Dato Najib.

Kat surat khabar pun ada khabarkan hal ini.

PUTRAJAYA: Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia ((PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.

Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.

Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman.

“Pada masa sekarang terdapat jurang yang agak ketara dalam penyediaan rumah kos sederhana, terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru kerana kecenderungan pemaju swasta memajukan projek perumahan kos sederhana tinggi serta kos tinggi yang memberikan pulangan lebih besar.

“Justeru, Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.

Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi tetapi untuk projek fasa pertama di Presint 11 ini harga seunit bermula daripada RM120,000,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program PR1MA, di sini, semalam.

So pada yang masih muda belia baiklah rebut peluang ini untuk beli rumah. hurm…aku?? rasanya tak beli rumah kot..sebab My Cinta kata dia cuma perlu duit buat rumah je…maknanya apa?? hahah..tapi mana tahu ada rezeki lebih, leh beli rumah kan. sebab ini untuk jangkamasa panjang..pelaburan juga kalau beli rumah banyak ni.

Bak kata anakperak time muda ni la beli rumah sebab….

sekilas : mana yang baik-baik kita ambil lah. mana yang tak elok kita jangan lah ikut.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Comment

  1. Kavitah says:

    i pun nak beli rumah….tapi cam mana? nak contact siapa?

Sudi-sudilah tinggalkan komen di sini ya.

%d bloggers like this: