Tadi baca paper yang telah dibeli oleh Zaid. Tq Zaid hari-hari beli paper tau..hehehe..

Terbaca bahagian depan paper, pasal seorang tunang (lelaki) yang secara tiba-tiba tak jadi nikah, then kahwin plak dengan orang lain pada hari persandingan dia dengan tunang dia.

Wanita yang digelar Mimi tu kata, lelaki tu nak minta tangguh nikah dulu nak balik rumah bincang dengan keluarga. tapi call-call tak dapat. kesiannya, semua persiapan dah buat. tapi tiba-tiba tak jadi kawen. siap bekas bakal pak mertua tak jadi minta plak balik duit hantaran yang dah diberikan.

sedih..sedih..duit lagi belanja, persiapan dah buat, kad dah edar. malu lagi dengan keluarga dan tetamu. mana nak sorok muka jang oii…

sampaikan wanita tu tak tahu sebab munasabah kenapa lelaki tu tak jadi kawin dengan dia. Kalau betul pun tak nak kawen bagitahu la secara berhemah. bincang elok-elok. janganlah malukan orang lain dengan cara macam ni. dah tak jadi kawen satu hal, hari yang sepatutnya derang kawen tu lelaki tu kawen plak dengan pompuan lain.

Nampak sangat ada agenda tersembunyi. hissh..takut ler kalau jadi hal-hal camni kan. 6 tahun berkenalan dah berkorban macam-macam..tiba-tiba…sapa tahu kan?

Aku harap Mimi tu banyakkan bersabar. pasti ada hikmah di sebalik kejadian ni. Doa orang teraniaya ni dimakbulkan Allah. banyak-banyakkanlah berdoa agar diberi kekuatan untuk meneruskan hidup. Semoga beliau tabah.

sumber berita dari sini. Tapi online tak lengkap. pi beli paper METRO kat kedai eh.

KUALA LUMPUR: Barang hantaran dan kad undangan sudah disiapkan, namun remuk hati seorang wanita apabila tunang kesayangannya tanpa diduga berkahwin dengan orang lain pada tarikh yang ditetapkan untuk majlis perkahwinan mereka.

“Tarikh 4 Jun 2011 sepatutnya dia bersanding dengan saya tetapi luluh hati saya apabila pada hari itu bekas tunang saya diijab kabul dengan wanita lain,” kata wanita itu yang mahu dikenali sebagai Mimi, 25.

Mimi berkata, dia tidak menyangka pengorbanan selama enam tahun berkenalan dengan lelaki itu yang dinamakannya, Z sebelum mengikat tali pertunangan pada 6 April 2007 berakhir dengan titik hitam dalam hidupnya.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya kerana segala persiapan untuk perkahwinan disiapkan keluarga saya dan hanya menunggu tarikh majlis kenduri diadakan.

“Tergamak dia menconteng arang di muka saya dan keluarga, sedangkan saya dan keluarga melayan dia dengan baik sepanjang perhubungan kami,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik yang bekerja sebagai jurujual itu.

sekilas : Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah.

4 Responses to “[SuratKhabar] Tunangku Pembelot!”

  • Bean Moreno says:

    sekarang nak kawin kene fikir 2 juta kali beb…nasib baik aku dah kawin

  • kak ida says:

    wah! berhati-hatilah wahai tunangan-tunangan orang sekalian…tolong check betul-betul tunang anda….pakai spy ke…

  • mimie says:

    thanks pada yg sudi komen tentang mimie ni…tuhan maha adil,,,benda dh setahun berlalu…..last2 xbahagia dtg mencari mimie balik…..ada hikmah disebaliknye

    • Sekilas says:

      ni mimie betul dlm citer ni ke? huhuhu…
      Alhamdulillah…Tuhan dan janjikan yg terbaik utk hamba-hambaNya.
      dah boleh senyum dan lupakan kisah lalu.

Leave a Reply