Bukanlah kata aku ni berlagak.
Bukan juga nak kata aku ni tak berminat. Tapi aku rasa macam aku tak sesuai pada ketikanya lagi untuk berjumpa secara jemaah dengan blogger-blogger yang ada. ekceli, aku ni pun takdelah ramah mana. Lagi-lagi dengan orang yang aku baru first time jumpa.
aku pun bukan ler jugak ektip berblog macam dedulu. Jadinya, bila ada gath yang kekorang ni anjurkan, hati aku pun berat je nak pergi. memang lah kalau tak kenal kita kenal-kenalkan.
aku rasa dah cukup ler rakan blogger yang aku dah kenal sekarang. Macam anak perak, Linda, Cik Hel, skyone, tia, aus, che arm, daydeck, kak ina, je jai, eyriqazz, ery, niza, afzan, afra….haaa…kalau nak senaraikan pun aku tak berapa nak ingat. *sorry ler kalau korang yang memang aku kenal tu tak disenaraikan. aku ni pelupo*
sebab bila ramai-ramai sangat pun aku lupa. kuikuikui. Lain ler kalau aku selalu sangat ektip jumpa2 korang kan. mesti ler aku ingat.
Salah satu perjumpaan terbesar yang pernah aku pergi. mungkin yang ini je kot!
antara sebab :
1. Aku bukan lagi remaja gila2 macam dulu. yang suka sang hang out, lepak2..kecuali untuk beberapa orang teman baik sahaja.
2. Aku dah ada tunang, jadi kena hormat pandangan dia sebagai future husband. kalau dia tak suka, kita terima sebab-sebab yang dia tak suka tu. bergaul tak tentu pasal pun tak elok jugak kan. esok dah kawen…haa….jangan harap le dapek keluar kalau takde izin suami. dosa tau. cewah!
3. Aku tak rasa kehadiran aku kat gath diperlukan. Orang pun tak kenal aku. aku pun tak kenal orang. jadi siapa aku? hahahaa….
4. Serius, aku susah nak ramah di awal perkenalan. suka diam. akan menjadi ramah kalau orang tu start dulu. heh. pemalu tahap sombong aku ni. =P Jadi, aku akan rasa janggal berada di kalangan korang yang terlalu ‘ramah’. *ekceli ada maksud lain, tapi takpelah, biar aku je yang paham*
ok. nak senarai lebih2 pun macam poyo plak kan. Aku pernah join beberapa perjumpaan kecil je dengan blogger2 yang aku kenal. Perjumpaan yang kadangkala dirancang last minute. yang hadir kadang-kadang 5-6 orang gitu…yang mana kalau korang duduk 6 orang tu nampak muka satu-satu dan tak ada puak. Kalau ramai-ramai sangat pun, ada yang duk geng ni..ada yang duk geng itu. well, aku ni mana lah ada geng kan. Jadi better ler aku tak pergi reramai tu.
Jadi aku minta maaf ler kalau ada gath yang ajak aku, aku tak pergi *muntah ijau la..takde maknanya orang ajak aku gi gath* hihihi..perasaan je lebih. Maksud aku, aku memang ignore abis bila ada gath blogger yang besar-besar nih. Aku selesa dengan kawan-kawan yang sedia ada. Aku tak mahu menambah rakan yang belum tentu akan mesra dengan aku, dan belum tentu akan keep in touch dengan aku. buat apa ramai kenalan tapi tidak berkawan kan? Bukan tak ada orang2 macam tu yang wujud dalam arena blogging ni. *ceh ayat nak terasa hati…sekeh kang*
sekilas : jika ada yang terasa hati dengan entry ini…maaf ye. takde niat nak tuju kat sesape.










betul tu…. sy sokong 100% entry nie… sblum2 nie pun join gath besar2 sbb kene pakse….ekekekeke ape2 pun rase cukup2 la kot rakan blogger yg ade skang ni. biar kawan tu dgn kualiti yg tinggi bukan kuantiti yag ramai….
jangan 100% sngt. malu ai..huhu…
saya join pun sbb ikut kakak dulu.
same la kite…sy pon malas nk g gathering semua tu…segan n jenis pemalu pendiam… pegi gath besar2 nnt leh mati kutu jdnye….better jumpe just utk lepak2 n bukan jumpe time gahtering…
kadang2 lepak ramai2 memang best…cuma dah rasa malas plak nak join. =)
byk gathering skg melibatkan blogger yang masih study…yg lama2 ni diam2 ubu berisi..xgitu.
yela…time2 ni nak kumpul kawan, nak berseronok, tukar2 cerita amatlah sesuai bila join gath2 camni…lagipun derang leh lepaskan tension bila jumpa kawan2 baru.
aku lagi lah…
sekali pon tak pernah pergi…
serius? hehehe…
kenapa tak pernah…tak seronok pulak takde pengalaman berjumpa rakan blogger. =)
Ok la jugak ramai kenal ko…maklum la ada dotcom sendiri…larikkkk!!!
kalau melalui komen ni aku mampu sekeh ko alangkah bagusnya…
takde kaitan le dot com tu…over kau ye!
berkawan xsemestinya kena bjumpa..hihi..
betul2…aku ada sorang kawan yang dah lama kenal. tapi smpai skrg tak pernah jumpa. tapi perempuan la…sebab jarak memisahkan kami utk bersua. hehe
banyak gak sbb x mo join gathering tu yea..tak pe la. Lain orang lain gayanya
ini macam sebab2 tersendiri je. takde pengaruh sesape.
betul tu kak..lain org lain ler plak pikirnya.
kdg org join gath ni nk dpt pengalaman, nak cuba sesuatu yg baru…
cuma lately sy sendiri yg malaasss le sgt…hehe..itu antara alasan je tu. ekekeke
salam perkenalan,
anyway, thanks for sharing your thoughts. wassalam.
as a newbie between nuffnangers, kawan-kawan saya ada juga yang selalu ajak pergi gathering, banyak manfaat serta pro & kontranya. tapi atas faktor umur & famili, saya terpaksa berikan alasan untuk tak pergi, lagipun jadual agak tight juga sebenarnya.
Salam kenal juga.
Yup ada pros n cons nyee…kdg yg muda mudi ni memang rajin sesangt join. ai pun mude mudi juge. tapi segan2 ayam plak ..hihi..
klu ada family pun ssh jgk kan. ada komitmen lain. tapi rasanya ada je blogger2 yg dah berkeluarga masih aktif join gath ni. sekali sekala takpe.. =)
sedih ko tak letak nama aku pun… sob2… ko tak rindu aku ke.. aku rindu ko ah.. =(
oh..bukan anma ko je..ramia lagi nama tak letak..jenuh aku nak ingatkan..hehe…ko tak yah nak ye ye sangat mejah!
Lepas ni klu ada gath mana2 tanya akak dulu.
Kot2 akak join ley kita gather2 yer
Akak pon sogan, Tapi sib baik ada si madam tu.
dia sgt2 peramah…