Malam ini aku sangat gigih menyiapkan kek coklat. sebenarnya aku dah beli salah acuan. Acuan yang sepatutnya lebih kecil dari yang aku dah buat malam ni. Bila acuan besar, kek pula jadi besar.

Sepatutnya 4 biji muat duduk dalam satu bekas ni. tapi sebab acuan besar, kek juga besar. maka aku kurang pasti berapakah harus aku jual untuk satu bekas berisi 3 biji kek coklat ini. Kalau korang ada cadangan, boleh tak tinggalkan di komen. Sebelum menjelang esok pagi, aku harus beri pada tuan kedai. masih bingung mahu menjual. kalau jual rm3 satu bekas, mesti tuan kedai jula rm3.50 atau rm4. mahu ke orang beli dengan harga itu?

Berapa yer?

sekilas : Harap2 terjual la hendaknya. tapi kalau tak aku anggap bukan rezeki aku lagi.

3 Responses to “Kek Coklat Kukus untuk di jual.”

Leave a Reply