Hai semua! Monday bluessss…Happy Isnin. takpe nanti cuti panjang 3 hari gitu sebab hari pekerja jatuh hari ahad. so isnin (2 Mei) cuti.  *aku cuba untuk tidak meletak noktah panjang-panjang cam ni……..aku harap dalam entry ni aku tak akan buat. hehe*

Last Saturday, i and My Cinta went to cineleisure to watch horror movie from local film. Kalau aku ajak dia nengok horror movie mat saleh, kompom dia takmo tengok! one of his fevret movie iala horror movie Melayu dan action movie (yang ni tak kira ler melayu ke filem luar ke, dia suka) Aku ada ajak dia nak tengok Nur Kasih The Movie. Dia kata, cite gangster la baru betul…ini Nur Kasih..ekekeke. Layan jela B oii.

Sinopsis aku :

Penunggu Istana mengisahkan sekumpulan penyelidik paranormal yakni ada beberapa orang student dan juga kumpulan seekers yang membantu student2 ni untuk menjejaki makhluk halus di sebuat istana Billah. Dedulu istana ni ada kesahnya yang mana krew produksi untuk drama ‘Warkah Terakhir’ mengalami pengalaman dasyhat dan ngeri di situ. so sebab tu student2 ni nak buat kajian wujud atau tak makhluk halus ni kat situ. Kalau ada diorang dapat markah tinggi la bila dah hantar saimen tu.

Jadi sepanjang beberapa hari mereka di situ, berlaku pelbagai perkara misteri yang tidak terjawab sehingga akhir cerita. tengok ler sendiri ok.

Pandangan aku :

Aku ni dah lama tak praktikkan kritikan filem dalam review aku. Jadi bila tak praktikkan aku pun dah lupa perkara-perkara utama yang perlu dibincangkan dalam review filem. So sorry ler kalau aku hanya bagi pandangan peribadi yang takde kaitan dengan ilmu filem.

Filem ni mengingatkan aku pada filem paranormal lain version oversea iaitu “Paranormal Activity” dan “Blair Witch Project”. Kalau korang pernah tengok kedua-dua filem ni korang faham maksud aku. Penggunaan kamera hand held dan static camera from tripod. Totally dari kamera yang digunakan untuk mengambil video kehadiran makhluk halus.

Actually, aku tak expect pun filem ni macam tu. aku tak pernah tengok trailer. aku just dengar dari radio jer. that’s mean aku tak tengok video just hear the dialog from radio. That’s one of the reason aku berminat nak tengok dan ajak la my cinta.

Bila aku tengok penggunaan kamera macam tu, aku macam tengok my cinta kat sebelah, sebab dia tak suka tengok cerita kamera gerak-gerak banyak . Sebab dah pernah kena time tengok Cloverfield, dia siap pening kepala sebab kamera banyak shack pusing sana sini. Bagi aku takde masalah. sebab filem macam ni nampak real. Dan aku memang suke filem jenis dokumentari.

Cerita ni kosong sebenarnya. Tapi nama pun dokumentari kan. korang hanya melihat footage rakaman daripada 5 orang pelajar yang nak kaji pasal entiti ni. Kalau ikutkan pengajaran filem ni, jangan cakap besar, jangan menipu, jangan memandai buat benda yang bukan2 tanpa pengetahuan orang yang lebih berpengalaman dan pandai-pandai la korang cari lagi.

Korang akan nampak filem ni macam uncle seekers pernah bawa korang tengok hantu kat rancangan TV tu. lagi plak nengok uncle lagi aku rasa macam tengah tengok tv. hahaha. Mula-mula cerita, macam slow je, sebab dorang macam catat every single things dan rekod apa yang berlaku. yela untuk evidence yang dorang dapat capture kewujudan makhluk ghaib ni. Ada elemen yang lawak, yang serius, yang korang rasa mendebarkan dalam filem ini. Dan ada saat yang korang rasa, eh boleh rewind balik tak scene tadi. atau, boleh fowardkan tak sampai dia jumpa hantu. Sebab perasaan time tu macam ko tengah tengok kawan ko ambil gambar video dan ko balik rumah tengok kat laptop ko. Tapi bagi aku ia agak seram*bluekk aku kan memang penakut* Seram di sini, korang bukan nampak hantu tu!sebab dalam ni takde nampak hantu derr. cuma macam nampak entiti jela.hihi. gedik! jangan risau, takdenye korang nak jerit dalam panggung!

Watak

Watak utama adalah 5 orang pelajar yang buat kajian ni. Uncle seekers and team dia tu macam membantu dorang di awal cerita agar kita tahu flow dorang macam mana nak dapat tangkap hantu. after that dorang yang terus bawa cerita ni sampai abis.

Mus - watak yang kadangkala menghiburkan dengan aksinya dan menjengkelkan dan korang akan rasa nak maki je dia. kekadang dia ni macam ada bayang-bayang Adlin Aman Ramli / Que haidar plak rasa.

Amar – Watak ni macam watak sokongan kepada Mus . sebab deme je 2 orang lelaki. Dan dia dirasuk dalam filem ni. tapi bukan rasuk histeria tu. korang kena tengok apa dia buat!

Sara - She’s Funny! and cutE! Aku paling suke watak dia ni! hehe tak tahu apsal(kalau tak silap aku la..ini untuk watak pompuan yang rambut pendek tu) Karakter dia sangat menjadi (eh bukan filem ni kisah benar ke?memang la menjadi.huhu)

Yaya - Watak sokongan yang membantu tapi last2 dia tarik diri. tanpa sebab yang diketahui oleh kawan-kawan dia.

Sorang lagi aku lupa nama dia. Fira tak silap aku. tapi watak dia seorang gadis bertudung yang memang bagus! hehe. Aku pun suka dia!! arggh..semua nak suka. Watak dia mengingatkan aku pasal dalam sekumpulan kengkawan, mesti akan ada seorang yang memang baik. dia la orangnya! =)

Semua karakter ni real! sangat real. (katanya kisah benarkan- so lakonan dorang memang santai. dialog bukan macam filem Azura)  aku dapat tahu juga filem ni takde pengarah takde skrip. idok le teman tahu kebenarannya.

Perasaan ingin tahu sepanjang korang menonton filem ini sangat besar wujud dalam diri korang. Sebab ia bergantung kepada kamera-kamera yang ada dalam istana tersebut. Ke mana? di mana? bila? semuanya bergantung pada kamera itu. Dan banyak yang misteri bila ia tidak berlaku di depan kamera itu. Ia sangat mencemaskan ok. Aku feel macam aku ada di tempat dorang! huahua.

Para pelakon filem ni pun tak didedahkan sebab mungkin mahu penonton menilai kebenaran filem ni. sebab tu kalau tengok takde promosi besar-besaran. Bagi aku ini adalah salah satu strategi penerbit untuk menarik minat penonton. Aku sampai sekarang duk tertanya-tanya kot, betul ke filem ni?? hahaha…tapi aku dah ada jawapannya. apa kata korang ke panggung dan tengok sendiri filem ini.

Menurut kenyataan Penerbit Eksekutif, Primeworks Studios, “Tiada sebarang tokok tambah dan hanya rakaman sebenar saja disiarkan dalam cerita ini” Apa kata korang tengok sendiri dan nilai!

Aku bagi 4/5 pada filem ini. Well, jangan samakan ia dengan filem seram yang lain sebab ini adalah filem berbentuk dokumentari dan aku gelarkan ia Blair Witch Project versi Malaysia! heh. Yok sokong filem Malaysia dan cemaskan diri anda di panggung! meh tengok trailer.

sekilas : lepas ko tengok filem ni, ko mesti jadi macam aku nak tahu pasal semua pelakon ni. kat blog uncle seekers ramai tanya apa nasib pelajar-pelajar ni. aku takde la sampai nak tanya uncle seekers! aku cari sendiri jawapannya! yihaaa… (tapi my cinta tak sibuk2 pun nak tahu pasal ni. hikhik)

Leave a Reply