Sekilass

A Simply Life of Me

   Mar 07

Sekarang memanglah tiada pilihan, nanti kalau dah ada yang mati, masih tiada pilihan ke?

Aku tahu aku takde di tempat mereka. aku tahu bukan aku yang rasa susah dan payahnya nak berjalan lebih jauh untuk ke sekolah or maybe ke tempat kerja untuk menempuh jalan besar.

Tapi tindakan melintas jalan di laluan keretapi kan bahaya.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salee, Tamliselven Tanggachami, 17, keadaan itu disifatkan tidak memberi masalah kepadanya yang sudah biasa melalui laluan terbabit selama tiga tahun.

“Orang luar mungkin akan beranggapan tindakan kami ini membahayakan keselamatan diri, tapi ini saja jalan untuk kami ke sekolah. Kami sudah biasa dengan cara ini, ia lebih mudah.

“Kebanyakan kami enggan menggunakan jalan besar kerana ia jauh dari sekolah dan sekiranya kami menggunakan motosikal ia lebih membahayakan keselamatan kerana laluan sesak setiap kali waktu puncak,” katanya. METRO

“saya tiada masalah, dah 3 tahun saya guna jalan ni” bagus. anda adalah anak jati laluan keretapi. huhuhu…

Aku cukup risau kalau dorang ni kena langgor ngan keretapi. Cubalah pihak KTM tu bertegas sikit. Kalau dibuat je pagar besi yang lebih kuat kan bagus. daripada mereka sedar ramai penduduk melintas jalan dan ‘akan’ mengambil tindakan…segerakan tindakan memasang semula pagar tu. kalau dah pasang balik pagar tu, mereka pun takde pilihan jugak..kena juga ikut jalan jauh.

Ni sebab pagar dah ada yang gatal tangan duk potong, sebab tu la dorang biasa. bayangkan dah 3 tahun budak sekolah tu jalan kat situ. maknanya dah lebih dari 3 tahun KTM tak ambil apa-apa tindakan…salah penduduk jugak ke yang nak melintas.

tolonglah KTM oiitt…segerakan tindakan memasang semula pagar.

sekilas : tunggu la kalau dah ada yang mati kena langgar, time tu nak salahkan siapa?

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Comments

  1. cik ila says:

    tunggu jadi kes,baru nak buat tindakan kot.Selalunye macam tu la.hahaha

  2. Sky0ne says:

    kalau aku, aku tak buat pagar, aku buat pintu gerbang biar diorang lalu…

    kalau buat pagar dan kene potong balik lepas tu, buat rugi je.

    hahah

Sudi-sudilah tinggalkan komen di sini ya.

%d bloggers like this: