Seperti yang korang dah sedia maklum, Faizal Yusof iaitu bekas suami kepada Siti Nordiana yang merupakan seorang pelakon telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1 Januari lalu.
Namun arwah sempat menghabiskan penggambaran telefilem, Jangan hantar aku ke neraka beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia. Drama tersebut akan ditayangkan di TV9 pada malam esok jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9.
Sinopsis : Jangan hantar aku ke neraka mengisahkan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami. Dia mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup. Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan. Kakak dan abangnya merasakan Zai ni membawa sial dan meminta Mak Jah menghalau Zai. Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah. Apakah kesudahan cerita ni, boleh tengok kat TV9 esok okay!
sekilas : hidup dan matiku hanya untuk Tuhanku dan agamaku.









al-fatihah utk arwah :’)